Isnin, 18 Julai 2011

Aku Budak Balun

Aku Budak Balun


Kenangan - Allahyarhamah Dr. Lo'Lo berbahas di Parlimen

Posted: 18 Jul 2011 05:30 AM PDT

Al-fatehah buat Srikandi Islam ini..
Yang mengorbankan segala aspek kehidupannya kepada perjuangan Islam..
Menegakkan yang haq dan menentang yang batil..
Dengan restu suami dan keluarga beliau keluar berjuang..

InsyaAllah..
Allahyarhamah sedang menuai segala usahanya di dunia kini dialam baqa..
Semoga Allah SWT memeliharanya disana..
Sepertimana seorang ibu menyayangi anaknya..

Ya Allah..
Kami rela menjadi saksi akan apa yang telah diperjuangkan oleh Allahyarhamah!
Terimalah penyaksian kami ini..
Ya Rahman..

budakbalun 18072011



Anwar Ibrahim!! Awas!!! Dia Sudah Kembali!!

Posted: 18 Jul 2011 04:02 AM PDT


Wahh!!
lama benor teman tak dengor cite bekas IGP nih..
macam-macam cite sebelum ni teman dengor..
Dia lumpuh tangan lah..
Bukak kedai runcit tapi tak laku lah..
Entah ye entah idak..

DS Anwar..
Standby.. Tak lebam mata.. putus telinga!!

wakakakaka!

Muncul-muncul terus mengarut!
bahaya betul bisa UMNO nih..
Bodoh silap-silap leh sampai ke tua!

Wehhh!!
Ingat ini zaman reformasi 98 ka??
Time tu kamu tumbuk orang pun lambat baru tau..
La ni tumbuk orang kul 2 petang,
silap-silap kul 2.01 minit orang kat Amerika dah tauuuu!!!

adehhhh!!

budakbalun 18072011

Rahim: M'sia sasaran usaha jatuhkan negara anti-Yahudi

Bekas ketua polis negara, Tan Sri Rahim Noor berkata beliau yakin di sebalik tirai isu hak asasi, sebenarnya ada puak yang menentukan supaya negara yang menentang Yahudi dan Israel, akan jatuh dan Malaysia adalah salah sebuah negara tersebut. NONE"Pihak itu akan gunakan segala-galanya dan menjadikan orang politik tempatan yang telah dikaji latarbelakangnya sebagai sasaran atau alat menghalalkan cara mereka. "Saya yakin ada tangan yang tersembunyi menggunakan soal hak asasi untuk menentukan kerajaan sesuatu negara yang ghairah membaham Israel akan jatuh," kata Rahim dalam wawancara yang disiarkan oleh Mingguan Malaysia hari ini.
-mkini

Lagi Bukti Saheh! UMNO Ikhlas...

Posted: 18 Jul 2011 02:16 AM PDT

Adehhh!! wakakakaka!

hehehe..
Itu dengan supplier sendiri tuh!
Supplier tu pulak kompom-kompom kroni-kroni puak-puak tu jugak!
Pun kena kenc*ng!!

Kalau kroni sendiri pun leh kena kenc*ng..
Inikan pulak lah rakyat yang tak seberapa nih!

Nasib la Rakyat Malaysia oiiii..

p/s: Lawyer UMNO si hafarizam ni memang terror laa..
tak pernah dengor dia kalah lagi di mahkamah bila wakili UMNO.. perghh!!! dasatttt!

budakbalun 18072011

Kos PRU 2004: BN dapat ketepi penghakiman ingkar

July 18, 2011

KUALA LUMPUR, 18 Julai — Mahkamah Tinggi menolak rayuan dikemukakan sebuah syarikat pembekal terhadap keputusan mahkamah untuk mengetepikan penghakiman ingkar terhadap Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan dua lagi berhubung dakwaan tidak membuat pembayaran bagi pembekalan bahan-bahan pilihan raya bernilai RM218 juta pada pilihan raya umum 2004.

Menurut laporan Bernama Online, Hakim Mohamad Ariff Md Yusof turut memerintahkan plaintif, Elegant Advisory Sdn Bhd untuk membayar kos RM1,000 kepada Tengku Adnan serta dua lagi defendan iaitu Bendahari Agung BN Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah dan pegawai awam BN.

Mohamad Ariff semasa membuat keputusan di kamarnya hari ini menetapkan 21 Jun bagi permohonan defendan mengetepikan saman utama.

Elegant Advisory memfailkan saman pada 17 Februari lalu selepas saman awal pada 2009 ditolak apabila Umno berjaya mengetepikan saman atas alasan bahawa plaintif tidak mematuhi Akta Kontrak 1950.

Dalam saman ini, plaintif pada awalnya memperoleh penghakiman ingkar pada 7 Mac dan defendan memohon untuk mengetepikan perintah itu pada 24 Mac.

Timbalan Pendaftar membenarkan permohonan defendan pada 23 Jun.

Dalam writ samannya, Elegant Advisory mendakwa ia terbabit dengan kegiatan membekalkan peralatan pilihan raya, pengangkutan serta penerbitan dan pada pilihan raya umum ke-11 pada 2004, ia membekalkan BN dengan pelbagai peralatan pilihan raya yang diperlukan.

Syarikat itu mendakwa telah menghantar invois RM218,013,475 namun defendan gagal membayarnya.

BN diwakili peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun manakala plaintif diwakili Nazruddin Abdullah. - malaysian insider

Bukti Saheh! UMNO Pembela Islam!

Posted: 17 Jul 2011 10:28 PM PDT

Kami melayu tulen sokong silat!! Ammakkk!!
Bukan patut muka-muka ni belajar silambam ke?? wakakaka!


Cheisss!!
PAS Kedah memang pengkhianat Islam!
PAS Kedah memang perosak tegar Islam!
PAS Kedah memang peliwat Islam!!

Tergamak PAS Kedah haramkan pusat hiburan di bulan Ramadhan?
Untuk menggalakkan umat Islam beribadat.. kena tambah masa pusat-pusat hiburan ini beroperasi!
baru lebih aula' dan mulia umat Islam di bulan Ramadhan!
Bukan Ramadhan sahaja!
Syawal,Safar,Rejab, Zulhijjah semua boleh!!

Lihat!
bagaimana Ali Rustam buat di Melaka!
Nah! Inilah cara yang betul!
Barulah nampak keseriusan UMNO nak membela umat Islam di Melaka!

ustaz Azizan MB Kedah WAJIB ikut apa yang Ali Rustam KM Melaka ni buat..

Yakinlah,
Sebaik sahaja Ramadhan ini berakhir..
Umat Islam UMNO Melaka adalah yang paling hebat dan tawadduk!
Yakinlah!!

kalau tak yakin!
UMNO akan minta Polis tangkap sesiapa yang tak yakin!
Seluruh persatuan silat seMalaysia akan keluar menghunus keris!
Mahaguru Wheelcha akan bersilat sorang-sorang atas wheelchanya!

Wakakakakaka!
1Malaysia jadi bangang dengan UMNO neh!!


budakbalun 18072011

Melaka lanjutkan tempoh operasi pusat hiburan

Di sebalik usaha kerajaan negeri Kedah di bawah pimpinan PAS mahu menutup bar, disko dan kelab karaoke pada bulan Ramadan yang akan datang, lain pula yang berlaku di negeri Melaka.

Negeri Melaka di bawah kerajaan BN, baru-baru ini pada mesyuarat Exco telah memutuskan untuk melanjutkan tempoh masa operasi pusat hiburan di negeri itu dari sekitar jam 1 pagi hingga ke 3 pagi. Malaysiakini difahamkan, tindakan itu seiring dengan kepesatan pembangunan sektor pelancongan Melaka di samping mendapat permintaan daripada pengusaha pusat hiburan terbabit.

Bagaimanapun Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam ketika ditanya berkata, lanjutan masa hanya boleh dilaksanakan pada hari Jumaat sehingga Ahad. Manakala, bermula Isnin sehingga Khamis, pusat berkenaan hanya dibenarkan beroperasi sehingga jam 1 atau 2 pagi sahaja. "Ini adalah atas permintaan pengusaha pusat hiburan dan pelaksanaan ini hanya dibenarkan untuk 15 premis sahaja di Melaka Raya. - mkini


Larangan pusat hiburan: PAS cabar Umno ikut Kedah

PAS hari ini mencabar kerajaan pimpinan Umno-BN supaya melaksanakan Penguatkuasaan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 di negeri-negeri pimpinan mereka.

Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kelantangan parti MCA dan Gerakan yang menentang rancangan kerajaan negeri Kedah untuk menguatkuasakan enakmen yang telah diluluskan 14 tahun yang lalu oleh kerajaan pimpinan Umno sendiri telah menonjolkan kepada rakyat sikap hipokrit mereka. "Kerana golongan inilah yang juga menyokong enekmen tersebut sewaktu dibentang dulu, kini tetiba cuba menjadi hero kononnya atas alasan untuk membela hak bukan Muslim," katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengumumkan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang wujud sejak zaman pemerintahan Umno akan dilaksanakan sepenuhnya tahun ini.- mkini

AMIS? Apsal Tak Panggil Najib Gereja?

Posted: 17 Jul 2011 08:30 PM PDT


Teman nak cabar puak-puak UMNO yang berselindung di sebalik nama Anak Anak Muda Islam Selangor (AMIS) ni..

Dulu bukan main marah YB Khalid Samad masuk gereja..
Siap gelarkan Khalid sebagai 'Khalid Gereja" tuh!!

Bukan main maki..
Kata Peliwat agama laa..
Pengkhianat Islam la..

Sebabnya? sebab melawat gereja kecik di Selangor..

Woi.. mangkuk-mangkuk UMNO sekalian!
Ni haaa..
Bapak UMNO korang bukan takat masuk gereja..
Masuk negara Kristian teruss!!
Vatican City!!

Apa korang nak kata??

Teman cabar AMIS ni pijak gambo Najib ni kat Masjid Negara atau kat mana-mana pun!!

Ada bran ke??
ke kcut tel* bila tengok gambo Rosmah??

Wakaakaka!
Bangang tak sudah-sudah!

budakbalun 18072011

Najib tiba di Itali, dijadual temu Pope Benedict

July 18, 2011


ROM, 18 Julai — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiba di sini semalam untuk memulakan lawatan kerja.

Pesawat yang membawa Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba kira-kira pukul 6 petang waktu tempatan.

Ketibaan beliau disambut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Najib dijadualkan menemui Pope Benedict XVI (gambar) dan mengadakan perjumpaan dengan Kardinal Tarcisio Bertone, Setiausaha Negara Vatican di Castel Gandolfo di sini.-MalaysianInsider

sumber bangang UMNO - sila klik

Al-Fatehah buat Serikandi Agung!

Posted: 17 Jul 2011 07:41 PM PDT

Gambar Allahyarhamah dalam simpanan teman.. Bertugas di PRK Kuala Terengganu!


Teman pertama kali dan terakhir kali terserempak dengan Allahyarhamah masa on the way balik daripada PRK Bukit Gantang tepatnya malam kemenangan..

Di R&R Behrang.. Berhenti nak ke toilet.. dan kebetulan Allahyarhamah pun ada di parking area..
Sempat ucapkan tahniah pada beliau dan YB pun sempat mengucapkan terima kasih kerana bertugas...

Al-Fatehah buat serikandi agung Islam ini..
Sangat humble walaupun bergelar doktor..

budakbalun 18072011


Pemergian Dr Lo' Lo' sangat dirasai

KUALA LUMPUR, 18 Julai: PAS merakamkan ucapan takziah di atas pemergian Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali ke rahmahtullah malam tadi.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pemergian beliau sangat dirasai oleh seluruh ahli PAS dan juga rakyat, terutamanya penduduk-penduduk kawasan Titiwangsa yang mengenali beliau, kerana beliau merupakan seorang pejuang yang sangat gigih dalam memperjuangkan cita-cita Islam.

Katanya, ketabahan beliau menghadapi penderitaan kanser yang dihadapinya amat dikagumi sehingga di saat himpunan Bersih 2.0 minggu yang lalu, beliau masih memberikan semangat agar semua turun bagi memperjuangkan sistem pilihanraya yang adil dan bersih.

"Kita doakan agar Allah mencucuri rahmat dan inayah-Nya kepada beliau dan juga kesabaran kepada seluruh anak-anak dan keluarga beliau di atas pemergiannya," ujarnya.

Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamuha Dr Lo' Lo'.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusuf berkata, DMPP amat berasa kehilangan di atas pemergian allahyarhamah yang merupakan ahli Parlimen Titiwangsa itu.

"Bagi pihak Dewan Muslimat,kami amat sedih dengan pemergian allahyarhamah yang amat kami sayangi ini dan mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarhamah," kata beliau yang juga ahli Parlimen Rantau Panjang ketika ditemui di Masjid Al- Akram, Datuk Keramat awal pagi tadi.

Sementara itu, timbalannya, Dr. Siti Mariah Mahmud menyifatkan pemergian bekas ahli jawatankuasa DMPP dan PAS Pusat itu sebagai kehilangan besar dalam perjuangan.

"Saya kehilangan sahabat dan kakak yang saya sayangi dan hormati dalam perjuangan ini," katanya menahan sebak ketika ditemui dalam majlis yang sama.

Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam tadi setelah bertahun-tahun menghidap kanser paru-paru.

Beberapa pimpinan PAS turut hadir menziarahi jenazah antaranya pengarah pilihan raya PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli yang juga ahli Parlimen Kuala Krai dan AJK DMPP, Mastura Mohammad.

Turut kelihatan aktivis Hishamuddin Rais.-Harakahdaily

Tiada ulasan: