Ajijoi |
Gerakerja Webtv Pas Perak dilancarkan Posted: 30 Jul 2011 07:37 AM PDT AIR KUNING (30.7.11): Pelancaran Gerakerja Webtv Pas Perak telah diadakan di Markaz Air Kuning, Taiping petang tadi. Gerakerja yang menggabungkan Lajnah IT dan juga Lajnah Penerangan dan Dakwah Pas Perak ini menambahkan momentum dalam arus deras informasi maklumat masa kini. Pas Perak telah melangkah setapak lagi dalam misi penyampaian maklumat kepada ahli-ahli dan juga khalayak ramai dengan penggunaan video secara online ini. Rakyat kini mahu dan dahagakan info yang tepat dan cepat, sekaligus mencabar keupayaan Pas Perak untuk menggapai seramai mungkin rakyat dengan berita-berita alternatif yang terkini. Pihak IT Pas Pusat telah sudi meluangkan masa dan bersama-sama meraikan impian Pas Perak untuk mewujudkan webtv mereka sendiri. Sdr Shuhaimi Embong bersama teamnya, Ustaz Jamali dan Sdr Wan telah memberikan sedikit input serta tips-tips yang berkesan dan berguna di dalam menjayakan misi ini. Biarpun cabaran yang dihadapi ini amat berat, namun Lajnah IT serta Lajnah Penerangan dan Dakwah telah berazam untuk menjayakan apa yang selama ini hanyalah impian sahaja. Untuk tujuan itu, kesepakatan mereka telah bersetuju untuk menubuhkan webtv yang diberi nama 'YOPtv' sebagai singkatan kepada Your Online PAS Perak TV. Nantikan kemunculan YOPtv sedikit masa lagi. Peneraju utama didalam Lajnah IT dan Lajnah Penerangan dan Dakwah bersama team IT Pas Pusat Sebagai penutup majlis, Ustaz Ahmad Nuri membacakan doa. Semoga gerakerja dalam mengendalikan webtv ini berjalan dengan lancar dan YOPtv menjadi saluran informasi yang berguna kepada ahli dan rakyat sekalian |
Diskusi menuju Negara Berkebajikan Posted: 30 Jul 2011 03:37 AM PDT Satu program Diskusi Ucapan Dasar Presiden Pas mengenai "Menuju Negara Berkebajikan" akan diadakan pada hari Ahad (31 Julai 2011) jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Tokong Cina, Jalan Hospital, KAMPAR. Diskusi ini akan dibentang oleh Dr Dzulkifli Ahmad, bersama-sama dengan Dato Seri Ir Nizar Jamaluddin dan dikendalikan oleh Ustaz Hisham Mohd Ali. Semua masyarakat adalah dijemput hadir untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai apa yang dikatakan sebagai NEGARA BERKEBAJIKAN atau STATE OF CARE. Masuk adalah percuma. Sent from my iPhone |
You are subscribed to email updates from Ajijoi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan