Jumaat, 15 Julai 2011

Ajijoi

Ajijoi


Petugas penerangan bangkitkan kesedaran rakyat mengenai Bersih

Posted: 15 Jul 2011 03:27 PM PDT

Bersih bakal menjadi suara keramat pilihanraya kali ini menggantikan seruan makkal Sakti dalam pilihanraya lepas.

Malah agak menguntungkan apabila Matthias Chang bekas SU Politik Dr Mahathir berkata, 40% pengundi atas pagar sedang menolak BN apabila melihat keganasan polis. BN perlukan 10 bulan untuk baiki perspsi rakyat. Penasihat APCO najib gagal memberi nasihat tangani kebangkitan aman rakyat berdasarkan adat sopan ketimuran, sebaliknya mewariskan nasihat penguatkuasaan ala Israel.

UMNO diramalkan akan  keseorangan dalam BN pada masa akan datang, memandangkan MIC, MCA dan Gerakan tidak menunjukkan kepedulian dalam isu ini. Mereka hanya boleh memperkuda  mengharapkan NGO seperti PERKASA untuk menyemarakkan politik perkauman yang diperjuangkan sejak zaman penjajahan.

Namun begitu ia bukan alasan untuk petugas penerangan berdiam diri. Para petugas penerangan PAS da pakatan rakyat perlu memainkan peranan aktif dan efisyen untuk menyemarakkan momentum benci terhadap keganasan Polis-BN.

Rata-rata  bersetuju, bahawa persepsi rakyat mulai berlainan dengan retorik dan propaganda BN terhadap BERSIH apabila rakyat yang tidak hadir ke perhimpunan mampu menyaksikan video yang dirakam oleh para blogger, wartawan TV Selangor dan Al jazeera yang kini tersebar luas ke serata dunia.

Video serta koleksi gambar dalam blog-blog tertentu kini menjadi 'senjata makan tuan' kepada BN.

Youtube kini menjadi nadi penyebaran maklumat penerangan yang kian ampuh dan berkesan. Terlalu ramai rakyat yang kini terkesan apabila menonton melalui web bebas ini.

Para petugas penerangan perlu memastikan para penggerak pilihanraya mengaktifkan blog peribadi dan memasukkan video keganasan tersebut dalam blog mereka. Malah face book perlu dimainkan secara optima dalam usaha menyebarluas video tersebut. Kempen sehari 5 minit untuk anda menulis sesuatu berkenaan BERSIH dan kebangkitan rakyat mampu melonjak kesedaran umpama kesedaran Timur tengah walaupun wadah perjuangan adalah tidak sama (mengambil jalan aman).

Pastikan juga cetakan dalam bentuk CD boleh dilakukan untuk edaran ke kawasan tanpa ekses internet.

Jadikan satu hari satu 'shout' berkenaan BERSIH dan tuntutan keramatnya dalam twitter dan facebook para ahli dan penggerak pilihanraya. Inilah tugas kita anggota penerangan mencipta badai besar akibat kesilapan BN menangani permintaan ikhlas rakyat melaui BERSIH.

Muhammad Nuruddin Bashah

Ketua Penerangan DPPK Gopeng 2011

Perak mempunyai warga emas teramai didunia?

Posted: 14 Jul 2011 09:03 PM PDT

Lebih 1,600 warga emas berusia lebih 100 tahun di Perak
Perak KINI MEMILIKI warga emas TERTUA PALING RAMAI bukan sahaja di Malaysia, mungkin di dunia kerana terdapat kononnya 1,607 pengundi berusia lebih 100 tahun yang berdaftar di negeri itu mengikut PKR.

Ahli majlis tertinggi PKR yang juga ahli parlimen Gopeng Lee Boon Chye berkata demikian pada sidang akhbarnya di Ipoh.

Bersama naib ketua pemuda PKR yang juga ADUN Simpang Pulai Chan Ming Kai, Lee membekalkan dokumen bagi menyokong hujahnya itu.

Katanya dengan penemuan itu, Perak mungkin menjadi negeri yang mempunyai warga emas paling ramai.

Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, pengundi paling tua di negeri Perak berusia 132 tahun dan terdapat 160 pengundi yang berumur lebih 110 tahun.

Lee berkata jumlah pengundi berusia antara 100 hingga 109 tahun pula adalah 1,447 orang.

Sehubungan itu, PKR menggesa SPR menyiasat pengundi berkenaan. Mereka juga mecadangkan badan pilihan raya itu melaksanakan pendaftaran pengundi secara automatik - yang dituntut oleh gabungan BERSIH 2.0 yang didakwa mereka boleh menyelesaikan masalah senarai pengundi yang telah meninggal dunia tetapi masih berada di senarai pendaftar.

"Pendaftaran automatik boleh menyelesaikan banyak masalah SPR, jadi mereka boleh fokus pada kerja-kerja penting yang lain," kata Lee.

Tiada ulasan: