Jumaat, 1 Julai 2011

Ajijoi

Ajijoi


Bersih: Jangan panik jika ditangkap polis - Peguam

Posted: 30 Jun 2011 11:11 PM PDT

KUALA LUMPUR: Peserta Perhimpunan Bersih 2.0 dinasihatkan supaya tidak panik sekiranya ditangkap polis, kata peguam Hak Asasi Manusia, Lawyers For Liberty (LFL) dalam forum anjurannya bertajuk 'Hak Untuk Berhimpun'.

Forum tersebut menampilkan panel yang terdiri daripada N. Surendran, R. Sivarsa dan Latheeya Koya yang dipengerusikan Fadiah Nadwa Fikri di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, semalam.

Latheefa berkata, perkara asas yang perlu dilakukan apabila seseorang ditangkap kerana menyertai perhimpunan aman ialah bertenang dan menggunakan sebaik mungkin hak yang mereka ada.

"Jika Polis itu tidak berpakaian seragam, pastikan dia menunjukkan kad kuasanya dan jika kad kuasa itu berwarna merah, bermakna pegawai itu sedang digantung tugas dan tiada kuasa apa-apa terhadap anda," katanya di hadapan lebih 100 orang.

Menurutnya, jika sebaliknya, orang ramai  perlu memastikan nama, nombor ID, nombor pendaftaran kereta atau motorsikal mereka dicatat kerana semua itu amat penting.

Latheefa berkata, seseorang hanya ditahan sekiranya mereka bertanya 'Adakah saya ditangkap' dan dijawab 'ya' oleh pihak polis, atau tidak dibenarkan berlalu, atau mahu dibawa ke balai polis, atau digari.

Namun katanya, tangkapan tidak sah sekiranya pihak polis tidak memberitahu alasan tangkapan itu dibuat.

"Perkara asas apabila anda ditangkap atau ditahan Polis ialah jangan panik, bertenang dan gunakan sebaik mungkin hak anda untuk tindakan seterusnya- Latheefa

"Pastinya, semasa tangkapan, Polis tiada hak memukul atau merampas barangan peribadi seperti dompet dan telefon bimbit kecuali selepas anda dihantar ke lokap untuk tahanan.

"Barang itu perlu direkodkan dalam Borang Senarai Rampasan dengan memastikan barangan dipulangkan sebaik anda dibebaskan," katanya.

Pastikan balai atau lokap yang dihantar

Orang ramai yang ditahan juga perlu memastikan mereka dihantar ke lokap yang dinyatakan pegawai polis dan bukan dibawa ke tempat lain atau balai Polis lain.

"Semasa ditangkap, setiap tahanan berhak membuat satu panggilan telefon kepada keluarga, rakan dan peguam dengan memaklumkan masa, tempat, alasan ditangkap dan di balai polis mana anda di bawa dengan tempoh siasatan terhad dalam tempoh 24 jam sahaja.

"Jika Polis ingin meneruskan tempoh itu, mereka mestilah membawa anda ke hadapan Majistret dan pastikan anda tahu nama serta pangkat Polis yang menyoal siasat anda," katanya.

Semasa soal siasat, katanya, lazimnya polis bersifat mesra pada awalnya dengan bertanyakan pelbagai perkara untuk mencungkil maklumat.

"Namun hanya nama, alamat, pekerjaan, dan umur sahaja yang boleh anda berikan dan selain itu anda wajar berdiam diri dengan berkata 'Saya menggunakan hak  berdiam diri di bawah seksyen 112 (2) atau 'saya menggunakan hak berdiam diri dan akan menjawab di mahkamah'," katanya.

Latheefa berkata ia penting  bagi mengelakkan tahanan terperangkap dengan soalan mengelirukan kerana setiap rekod akan menjadi bukti di mahkamah.

"Jika anda diugut atau dipaksa memberi kenyataan, anda berhak membuat laporan polis terhadap pegawai itu," katanya.

Sekiranya, seseorang di hadapkan ke mahkamah kerana berhimpun secara aman, mereka disaran supaya tidak mengaku salah dan mohon dibicarakan.

"Selepas itu, anda juga berhak dilepaskan, dengan ikat jamin Mahkamah di bawah seksyen 29 Kanun Acara Jenayah serta boleh memohon mengurangkan ikat jamin dengan mengemukakan tanggungan anda," katanya.

Sumber: keadilandaily

Laporan kepada SPRM terhadap pemberian projek kepada syarikat tamat tempoh

Posted: 30 Jun 2011 08:41 PM PDT



KENYATAAN MEDIA
Pejabat ADUN Titi Serong/
Ketua Sekretariat PR Perak.

Saya dan beberapa pimpinan ADUN Pakatan Rakyat Perak hari ini telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai salah guna kuasa oleh kerajaan Barisan Nasional berhubung kelulusan tanah yang seluas 150 ekar di Segari, Manjung.

Kelulusan tanah tersebut diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional kepada sebuah syarikat Atigas Teknologi Sdn Bhd untuk projek pelaburan gas asli bernilai RM 5.8 billion. Menjadi persoalan sekarang ini ialah mengapa sebuah syarikat bermodal kecil dapat melaksanakan sebuah projek yang begitu besar.

Aduan ketidakpuasan hati juga datang dikalangan pemimpin UMNO yang tidak bersetuju dengan dan mahu SPRM menyiasat perkara ini memandangkan syarikat Atigas Teknologi Sdn Bhd itu mengikut rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merupakan syarikat yang tidak aktif dalam pangkalan data SSM.

Pemberian tanah ini telah diumumkan oleh exco kanan, Hamidah Osman yang bertarikh pada 9 Jun 2011 yang memaklumkan telah diluluskan oleh kerajaan Perak.

Hamidah berkata, syarikat Atigas Teknologi Sdn Bhd itu akan melabur sebanyak RM5.8 bilion dan akan mengimport gas dalam bentuk cecair dari negara Qatar dan Timur Tengah.

Katanya lagi, syarikat Atigas Teknologi Sdn Bhd itu juga akan membekalkan 33 peratus untuk pasaran tempatan yang mana untuk pembinaan loji dan kilang yang dijangkakan siap dalam tempoh 15 bulan pembinaannya.

Menjadi persoalannya sekarang ialah kajian terhadap kesan alam sekitar yang telah dilakukan dan adakah satu jaminan projek ini akan selamat atau sebaliknya sedangkan kawasan tersebut merupakan sebauh kawasan penternakan haiwan seperti penyu dan perikanan.

Bagaimana pula proses pemberian tender ini? Adakah dilakukan secara tender terbuka atau secara terus kepada pembida? Jika secara terbuka, adakah proses tender ini dipertimbangkan dan diluluskan oleh kerajaan Perak?

Bagaimana pula mereka boleh memilih sebuah syarikat yang telah tamat tempohnya pendaftaran syarikat pada 28 Februari 2008 dan tidak aktif selepas tarikh tamat tersebut?

Dijangkakan seekar tanah disitu boleh mencecah nilai RM3000. Menurut rekod juga, syarikat Atigas Teknologi Sdn Bhd tidak mempunyai sebarang perniagaan dan keuntungan syarikat sebelum ini.

Sebenarnya perkara ini pernah didedahkan oleh Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming berkaitan isu ini dan memberikan tempoh selama 3 hari kepada Hamidah Osman untuk memberikan penjelasan. Jika sekiranya tiada jawapan, kita akan mengambil tindakan selanjutnya.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
PARIT BUNTAR, 1 Julai 2011.

Bukti terdapat 60 orang pengundi dalam satu rumah, SPR perlu BERSIH

Posted: 30 Jun 2011 04:11 PM PDT

Rumah beralamat No 1138, Kampung Bagan Serai, Permatang Pauh mungkin tak sehebat Kediaman Rasmi Perdana Menteri. Sekadar rumah kampung biasa bagi golongan sederhana di sebuah Kampung di Pinggir Bandar.


Keistimewaan rumah kayu kecil ini cuma nampak setiap kali datangnya Pilihanraya Kecil atau Pilihanraya Umum dan sebab utamanya ialah:


Apekejadahnya sebijik rumah kampung berkualiti kayu ada lebih dari 60 pengundi berdaftar..? Untuk pengetahuan korang, semakan dekat atas gua bikin antara jam 1:00 pagi sampai jam 2:00 pagi tadi.

8 Tuntutan Bersih 2.0:
  1. BERSIHkan Senarai undi
  2. Mereformasikan Undi Pos
  3. Penggunaan Dakwat Kekal
  4. Akses Media yang Bebas dan Adil
  5. Tempoh Kempen Minima 21 hari
  6. Kukuhkan Institusi Awam
  7. Hentikan Rasuah
  8. Hentikan Politik Kotor
Adakah Tuntutan BERSIH 2.0 bernombor 1 boleh dianggap "Tidak Relevan"..? Pengerusi Suruhanjaya Pilihan-Raya kena jawab SEGERA...!!!

- Perisik Rakyat

Tiada ulasan: