AdukaTaruna |
- Harap2 Malaysia menang.
- Greenboc dituduh menggelapkan duit.
- Hadi Awang tegak atas pemaksum yang bodoh.
- Orang2 kaya beruntung di alam kubur.
Posted: 28 Jul 2011 04:05 AM PDT Oleh : AdukaTaruna Cakap bab sukan. Gua harap Raja tak lepas Sharbinee. Letak Fahmi. memanglah 2-2 bukan tahap Casilas, tapi pada gua Fahmi lebih konsisten. Masa game lawan Liverpool ari tu, memang prestasi Sharbinee bagus. Tapi kena tengok keadaan bagaimana jaringan itu terhasil. Ketiadaan Shafiq pun problem jugak. Gua pun tak tau alternatif pemain Malaysia nih. Tapi kalau gua Raja, gua ambil pemain tengah harimau Malaysia. Gary Steven Robat. Tengok macam India, dengar macam omputih. Pada gua, dia memang kreatif dalam mencari dan mencipta suasana. Cakap bab perjuangan. Game kali ni pengumpulkan audien 100 ribu. Satu audien yang besar. lawan pula Singapore. Gua memang tak mampu buat sebab gua persendirian dan kalau kumpul rakan2 PAS Reform pun, tak sampai 100. Kalau kumpul yang mampu hadir di Bukit Jalil pun maybe sekor. Tapi PAS dan PKR gua yakin mereka mampu buat. Bawa masuk banner seperti : "Batu Putih maruah Malaysia yang digadaikan." "Malaysia Baru akan tebus Tanjung Pagar." "Pertahankan gol, pertahankan air Johor." Jika maruah rakyat Kelantan, gua boleh lihat bagaimana mereka berjuang dalam royalti. Jika maruah rakyat Johor, gua belum nampak apa2 lagi sejak kecil. |
Greenboc dituduh menggelapkan duit. Posted: 27 Jul 2011 09:00 PM PDT Oleh : AdukaTaruna Gua tahu cerita ini. Tapi tiada bukti untuk gua melanggar Greenboc. Malah, Greenboc pada gua tidak mampu mengubah dasar atau polisi negara. Dan gua pernah suarakan supaya Greenboc disiasat di TKO. Hari ini, takdirnya, Moderator TKO, Wan JTK membangkitkan hal yang sama. Maka, gua menerbitkan artikel ini dengan memberi peluang kepada si penuduh dan tertuduh mempertahankan diri masing2. Tanpa bukti pada gua, ianya mengisahkan Greenboc yang menggelapkan duit kepada rakan TKO. Dan kini, Wan JTK meminta gua dan PAS refrom tidak senyapkan korupsi Greenboc. Gua akan berada di pihak orang yang berjaya membuktikan dia benar. Itu kemampuan manusia. Lebih dalam dari itu Allah nilaikan. Kita hanya ada hak menilai bukti2 fizikal dan jasad. |
Hadi Awang tegak atas pemaksum yang bodoh. Posted: 27 Jul 2011 08:16 PM PDT Oleh : AdukaTaruna Ni TKO versi FB. Takda lock dan ban. Gua sajer jer sakat pemaksum Hadi Awang ni. Walau gua tahu mereka bukan pembolehubah direct. Cuma pembolehubah kepada tegak dan berkuasanya Hadi Awang sahaja. Tegak dan berkuasanya Hadi Awang membawa kepada jalan2 lambat mencilok sistem Islam. Sapa2 kenal Wan JTK. Dia bagus dari segi aktivis kepartian. Berbanding dengan gua. Program kemasyarakatan dia pun tip top. Cuma atas tajuk pemaksum Hadi, jer yang gua nak catit. Wan JTK mod TKO. 2005 gua bergaul dengan puak2 pemaksum makhluk ni. Cara dia berhadapan dengan hujah adalah dengan lock, ban dan serang peribadi lawan. Haha. Mari kita lihat. Ini adalah antara soalan berbangkit dari penghujahan topik utama yang tidak dapat dijawab. Tapi diserang peribadi. 10 MP PAS yang kini dilantik muktamar semuanya salah, kata Mod TKO. pemaksum Hadi. Wakaka. So, gua tanya lagi. Last sekali macam biasa. Kena serang peribadi. Kesian gua yang iras2 Aaron Aziz nih. Hua3... So, gua try ajak dia berdebat secara terbuka. Kalau dia berani, gua maklumkan dalam blog. Insyaallah. Rujukan di sini. Tapi gua tak tahu lu boleh masuk ke tak group ni. Just share sahaja. Bukan gua suruh lu maki-memaki. Sifat2 buruk gua ni, lu sempadani la. Gua memain jer dengan pemaksum hadi Awang ni sekali-sekala. Sebab mereka juga pembolehubah (tidak langsung). Terbaru. Cabaran debat ditolak atas kerana gua nak famous. Woooo.... |
Orang2 kaya beruntung di alam kubur. Posted: 27 Jul 2011 07:33 PM PDT Oleh : AdukaTaruna 1 tokey pelacuran. Mati ketika menentang polis dalam usaha membawa masuk 16 wanita China untuk dijadikan pelacur. Tapi sebab dia kaya, di alam kubur, dia mewah. Bertambah mewah bila menjelang Ramadan. Di sana-sini surau dan masjid telah mengedarkan borang membeli pahala. Untuk diposkan secara ekspress ke alam kubur. Borang tahlil itu boleh mengepos pahala pahala sehingga 5 waris. Siapa punya duit, dia boleh beli pahala. Alangkah beruntungnya manusia yang kaya semasa di dunia. Tahun 2000, sudah terdapat syarikat yang menunaikan fardu kifayah pengurusan jenazah. Harganya sekian. Dari A to Z, syarikat inilah yang akan menguruskannya. Bagus. Tahun 2020, akan ada syarikat yang memasukkan pakej tahlil dalam perkhidmatan pengurusan jenazahnya. Kalau nak pakej tahlil sebulan sekali sekian harga. Kalau pakej tahlil setiap hari sekian harga. Pahala boleh dibeli dan diposkan. Wah.... beruntungnya orang kaya. Tahun 2025, si kaya tidak lagi mewasiatkan harta2nya kepada waris. Tetapi si kaya akan mewasiatkan hartanya kepada syarikat penghantar pahala. "Dengan wasiat ini, tuan akan mendapat pahala sebulan sekali, selama 25 tahun. kami akan memilih pembaca tahlil yang terbaik untuk tuan." Di alam kubur, si kaya yang mendapat bekalan pahala sebulan sekali terjumpa dengan seorang yang mendapat pahala setiap hari. "Wow! Tentu anda seorang yang kaya!" "Sudah tentu. Sebab akulah Perdana Menteri tahun 2020. Parlimen telah meluluskan peruntukan tahlil setiap hari kepada bekas2 ahli parlimen, mengikut jawatan." "Wah... beruntungnya jadi sunnah wal jamaah." |
You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan