Jumaat, 29 Julai 2011

AdlyZahari

AdlyZahari


BATALKAN PEMBEKUAN CUTI PDRM

Posted: 29 Jul 2011 02:58 AM PDT

  • Kalau mengikut maklumat terkini, cuti anggota bawahan PDRM dibekukan sehingga Nov 2011.
  • Ia sekaligus memberikan tekanan kepada pasukan PDRM.
  • Apa alasan sebenarnya pembekuan ini dilakukan. Kalau mengikut sumber PDRM, alasan KDN adalah rampasan kuasa dan kerajaan BN akan tumbang.
  • Rampasan kuasa adalah mengarut.
  • Tapi alasan kedua bahawa kerajaan BN akan tumbang ada rasionalnya. Itupun bergantung pada pilhanraya umum ke 13. Bergantung pada rakyat bukan pada KDN.
  • Mengarahkan anggota PDRM bertugas dengan cuti dibekukan adalah membebankan. Pasti bercanggah dengan undang-undang buruh apatah lagi alasan mengarut yang diberikan kerajaan.
  • Lebih malang lagi Latihan Anti Rusuhan (POPO) sedang giat dijalankan dalam pasukan PGA.
  • Tak cukup dengan itu, taklimat ancaman dalam negeri disebut-sebut telah diberi kepada pihak kem komander dalam pasukan polis.
  • Adalah wajar pasukan PDRM tidak dibebankan dengan kerja mengarut sebegini. Negara akan kekal aman, BN masih berkuasa.
  • Jangan bazirkan wang rakyat untuk kerja tak berfaedah. BN harus terima hakikat bahawa PDRM pun manusia, tiada gunanya mereka diasak dengan kerja yang tak sepatutnya.
  • Asasnya mereka menjaga keselamatan negara bukan keselamatan BN.
  • Tamatkan pembekuan cuti anggota PDRM.

Tiada ulasan: