Addin |
- Laporan Suruhanjaya Serlah Kepincangan SPRM
- Polis Mengakui Tembak Meriam Air Ke Hospital Tung Shin, Tapi...
- Ikhwanul Muslimin - Islam Anjur Perhimpunan Aman
- Bukti FRU Tembak Kanister Gas Tepat Pada Peserta BERSIH
- Ada Bukti.. FRU Guna Kanister Gas Buatan Israel
- Khaled Noordin Pertahan Anugerah Ibrahim Ali?
- Sah!! UMNO Jadi Kuda Tunggangan MCA
- Cincin RM73 Juta, Rosmah Guna Blogger Tangkis Dakwaan
Laporan Suruhanjaya Serlah Kepincangan SPRM Posted: 21 Jul 2011 05:00 PM PDT KUALA LUMPUR - Keluarga Teoh Beng Hock tidak dapat menerima keputusan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bahawa beliau meninggal dunia akibat membunuh diri. Dalam sidang media penuh emosi di Pejabat peguam Karpal Singh hari ini, adik mendiang, Teoh Lee Lan menyatakan bahawa keluarganya tidak dapat menerima motif Beng Hock membunuh diri. "Beng Hock dibunuh. Apa yang dibuktikan RCI? Ia memberitahu kita betapa teruknya prosedur SPRM tapi tak beritahu kita apa yang berlaku kepada Beng Hock," kata beliau dengan sebak. Beng Hock 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, plaza berkenaan. Lee Lan menyatakan bahawa beliau dan keluarga akan terus berjuang memastikan kematian Beng Hock terbela. "Apakah suruhanjaya diraja ini sudah menjalankan tugasnya? Kami akan meneruskan perjuangan untuk keadilan. (Keputusan) ini bukan jawapan kepada kami," kata Lee Lan lagi. Justeru Teoh Lee Lan berkata pihak keluarga akan membuat semakan kehakiman ke atas pendedahan yang dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz. Suruhanjaya tersebut memutuskan tindakan bunuh diri itu akibat soalsiasat yang agresif dan berterusan oleh pegawai Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Menurut peguam keluarga Beng Hock, Karpal Singh, beliau akan melakukan penyelidikan terperinci terhadap laporan tersebut dan akan memfailkannya di Mahkamah tinggi pada minggu hadapan. "Kami mahu membuat semakan hakiman terhadap keputusan suruhanjaya diraja ini di Mahkamah Tinggi dalam masa terdekat. Ini kerana suruhanjaya diraja merupakan tribunal yang bertaraf lebih rendah (inferior) berbanding semakan kehakiman Mahkamah Tinggi," kata Karpal dalam sidang media di pejabatnya hari ini. Merujuk pada penemuan suruhanjaya diraja tersebut bahawa memang terbukti siasatan SPRM bersifat zalim, Karpal turut menyatakan beliau akan membuat apa yang boleh dilakukan undang-undang dalam memastikan kematian Beng Hock terbela. Beliau juga menolak permohonan maaf atau kompensasi dari pihak SPRM atau kerajaan. "Maaf tidak cukup. Apa yang kita cari ialah Keadilan. "Lihat menteri (Nazri) ketika umumkan keputusan RCI hari ini. Dia tersenyum (bangga). Ini ialah perkara yang serius," katanya lagi./tvsnews | ||
Polis Mengakui Tembak Meriam Air Ke Hospital Tung Shin, Tapi... Posted: 21 Jul 2011 08:50 AM PDT Di sebalik pengakuan polis bahawa meriam air dipancutkan ke kawasan Hospital Tung Shin, polis hakikatnya tidak menjawab secara keseluruhan tentang keganasan yang dilakukan terhadap ribuan peserta Himpunan Bersih 9 Julai lalu. Selain puluhan malah mungkin ratusan video yang didedahkan di internet, malah paling penting ribuan saksi mata yang melihat keganasan polis pada 9 Julai lalu, polis ironinya terus bertindak menafikan dengan menyajikan rakyat rakaman video terpilih, kata peguam hak asasi manusia, N Surendran. "Apa jawapan polis tentang kecederaan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad, ke atas pengawal peribadi Anwar, Yew Boon Lye dan ramai yang berada di dalam terowong termasuk Datuk Seri Anwar. Bukankah mereka cedera? Bukankah kita sudah tunjuk keterangan video dan gambar. Tiada jawapan. " Penafian polis hari ini mereka menggunakan rakaman yang terpilih. Tidak menunjukkan keseluruhannya sedangkan kita telah menunjukkan banyak video tentang berlaku banyaknya keganasan. Apa jawapan polis tentang tembakan 12 das di terowong KL Sentral?,"katanya kepada Tv Selangor. Dalam insiden 9 Julai lalu, puluhan ribu rakyat Malaysia menyertai himpunan aman menuntut pilihan raya yang adil walaupun terpaksa meredah pancutan air kimia dan tembakan gas pemedih mata polis. Dunia hari itu menyaksikan Malaysia mencatat sejarah apabila menahan lebih 1,600 rakyat Malaysia yang berhimpun secara aman di ibu negara. Selain puluhan mengalami kecederaan, seorang meninggal dunia. " Mereka seolah-olah berpura-pura bahawa tidak ada isu. Walhal sebenarnya banyak keterangan dan isu telah dibawa tetapi tidak dijawab. Bagaimana kes Mohamad Sabu, kes Baharuddin, bagaimana pula orang ramai yang dipukul dan dikasari oleh pihak polis,"soal Surendran. Malah naib presiden PKR itu turut mempersoalkan bagaimana video-video rakaman media antarabangsa yang memaparkan aksi ganas polis." Bagaimana rakaman daripada Al-Jazeera yang menunjukkan pihak polis menyepak mereka yang berhimpun secara aman? Tidak ada jawapan untuk semua ini,'kata Surendran. Sementara itu, ahli parlimen Batu, Tian Chua ketika dihubungi Tv Selangor menyerahkan hal ini kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) untuk membuat siasatan. Malah katanya beliau yakin, saksi-saksi keganasan polis pada hari kejadian akan tampil menceritakan hal sebenar sekaligus menafikan kenyataan dan video yang dipaparkan polis hari ini. " Polis tidak ada kredibiliti. Oleh itu apa jua video yang mereka tunjuk, ia tidak menunjukkan apa yang berlaku. Beribu-ribu orang di sana menjadi saksi dan kita lihat banyak lagi video lain. " SUHAKAM selepas ini akan membuat inkuiri awam dan kita tunggu lah orang-orang ramai untuk kemukakan bukti. Kita harap polis pun akan kemukakan bukti mereka juga,"katanya. SUHAKAM sebelum ini memutuskan akan mengadakan inkuiri awam menyiasat dakwaan keganasan polis bulan depan.Menurut naib pengerusi SUHAKAM, pihaknya yang turut menghantar pasukan pemantaunya ketika perhimpunan Bersih 2.0 juga akan bergantung pada maklumat yang mereka perolehi pada hari terbabit./tvsnew | ||
Ikhwanul Muslimin - Islam Anjur Perhimpunan Aman Posted: 21 Jul 2011 06:23 AM PDT Pemimpin Ikhwan Al-Muslimin Kuwait, Dr Tareq Mohammed Al-Suwaidan (gambar) berkata Islam sendiri menganjurkan tradisi demonstrasi atau perhimpunan aman, sekaligus menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa ia menyalahi hukum."Dalam Islam sendiri ada tradisi demonstrasi. Demonstrasi pertama dalam sejarah Islam ialah pada hari ketiga perisytiharan negara Islam oleh Nabi Muhammad (SAW) ketika berhijrah ke kota Madinah. "Muaz Ibnu Umair mengumpulkan orang Islam untuk mengalukan ketibaan Muhammad. Mereka bernyanyi dan mengalu-alukan ketibaan baginda. Inilah demonstrasi," jelas Dr Tareq yang juga jurucakap Ikhwan Al-Muslimin Kuwait.Beliau yang kini dalam rangka lawatan kerja selama 3 minggu ke Malaysia, berkata demikian ketika ditemui dalam satu program di sebuah hotel di sini, 20 Julai. Menurut Dr Tareq, beliau berpendapat demonstrasi anjuran Bersih pada 9 Julai lalu, hanya proses biasa yang dilakukan rakyat untuk memastikan sistem pilihan raya di negara ini bebas, adil dan bersih. "Mereka (rakyat) tidak boleh dirempuh (penguasa). "Saya ada berjumpa (Datuk Seri) Anwar, dia cedera akibat demonstrasi itu dan pengawal peribadinya luka teruk. Saya ketawa. Ini kan Malaysia, sebuah negara maju. Kamu tak boleh mempunyai rakyat yang maju tanpa sistem demokrasi yang bebas dan bersih," kata Dr Tareq. Ketika ditanya berhubung hadis dari sahih riwayat Muslim mengenai ketaatan kepada pemimpin, yang seringkali dijadikan modal oleh 'ulama Umno', Dr Tareq menjelaskan ia bergantung kepada keadaan. "Hadis Imam Muslim itu benar. Tetapi banyak hadis dan riwayat dari Sahabat yang merakamkan sabda Nabi Muhammad bahawa perkara ini sebenarnya bergantung kepada keadaan. "Jika kerajaan menjalankan kewajipannya sebagai pemerintah dan menyelesaikan hak rakyat, maka rakyat perlu patuh," kata Dr Tareq merujuk peristiwa teguran Salman Al Farisi terhadap Saidina Umar. Ketika ditanya tentang pandangan perbicaraan kes fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau berpendapat kes itu kini menjadi bahan ketawa dunia. "Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad disanjungi di dunia Arab. Namun berhadapan kes fitnah dan perbicaraan terhadap Anwar, ia menjadi tuduhan yang melucukan. Ia menjadi bahan ketawa. "Dalam sebuah sistem yang korup kita tidak akan mendapat keadilan. Bagaimana keadilan akan muncul jika para hakim berada dalam poket pemerintah?," kata Dr Tareq. | ||
Bukti FRU Tembak Kanister Gas Tepat Pada Peserta BERSIH Posted: 21 Jul 2011 05:45 AM PDT Meskipun berulangkali menafikan, terdapat bukti jelas menunjukkan Polis di Raja Malaysia melepaskan tembakan gas pemedih mata secara tepat ke arah peserta Himpunan Bersih 2.0, 9 Julai lalu. Tembakan tersebut yang dilakukan secara mendatar ke arah orang ramai, menyalahi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dibenarkan. Terdapat beberapa rakaman yang disiarkan di internet terutama menerusi laman Youtube yang membuktikan perkara itu. Salah satunya rakaman video oleh sebuah portal berita. Video berdurasi kira-kira 14 minit itu menunjukkan tembakan dilepaskan di dua tempat berasingan bermula di KL Sentral dan Dataran Merdeka. Bermula minit ke 7:48, rakaman itu menunjukkan Polis Simpanan Persekutuan (FRU), menghalakan penembak gas tepat ke arah peserta yang berkumpul antara jarak 20 hingga 30 meter di KL Sentral. Mengikut pemerhatian dalam rakaman berkenaan, polis tidak mensasarkan tembakan pada paras 45 darjah ke udara seperti sepatutnya dilakukan, sebaliknya disasarkan pada paras hidung.
Sekurang-kurangnya tiga das pertama tembakan dilepaskan ke arah peserta himpunan dengan muncung senapang dihalakan terus ke arah mereka. Bermula minit ke-8 pula, tujuh lagi das tembakan dilepaskan mengakibatkan orang ramai terperangkap di laluan bawah KL Sentral. Keadilandaily difahamkan dua arah laluan berkenaan pada masa itu telah pun dikepung pasukan FRU. Visual polis menembak terus ke arah ratusan peserta himpunan berhampiran Dataran Merdeka pula ditunjukkan bermula pada minit ke-12. Polis tanpa teragak-agak turut melepaskan tembakan kanister termasuk ke arah seorang orang kelainan upaya (OKU) bertongkat yang turut sama berhimpun di situ. Cara polis melepaskan tembakan gas pemedih mata sebelum ini menjadi isu kerana kanister yang dilepaskan secara mendatar menyebabkan kecederaan teruk kepada orang awam. Ia bertentangan sekali dengan arahan atau kaedah penggunaan yang tertera pada Kanister gas tersebut. Antaranya menyebut 'Do Not Fire Directly At Persons' atau Jangan tembak ke arah orang ramai. Kanister yang bergerak pada halaju tinggi itu antaranya menyebabkan kecederaan parah terhadap pengawal peribadi Anwar, Fayyadh Al-Bakqry menyebabkan pipinya remuk dan terpaksa menjalani pembedahan. Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula menerima enam jahitan di kepalanya akibat terkena tembakan kanister gas pemedih mata itu. KeadilanDaily sebelum ini mendedahkan kanister yang digunakan polis adalah dari jenis sama yang digunakan tentera Israel dalam memerangi rakyat Palestin./kd | ||
Ada Bukti.. FRU Guna Kanister Gas Buatan Israel Posted: 21 Jul 2011 04:52 AM PDT Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya mempertahankan kenyataannya bahawa polis menggunakan gas pemedih mata yang sama digunakan tentera Israel dalam memerangi rakyat Palestin. Beliau mengulas kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar yang menafikan laporan KeadilanDaily bahawa polis menggunakan gas pemedih mata yang sama ketika perhimpunan aman 9 Julai lepas. Gas pemedih mata jenis CS itu, atau nama saintifiknya 2-chlorobenzalmalononitrile, dikatakan mampu mengakibatkan kerosakan sistem saraf, kecederaan pada mata, paru-paru dan penyakit kulit, malah pernah menyebabkan kematian kepada penduduk Palestin. Menurut Latheefa, pihak polis tidak perlu menafikan dakwaan itu kerana pihaknya memiliki bukti kanister gas berkenaan yang diperolehi ketika serangan gas pemedih mata itu dilakukan pada himpunan Bersih 2.0. Kanister itu, katanya, dikeluarkan syarikat Federal Laboratories yang berpengkalan di Amerika Syarikat. "Kita sememangnya dapat dan ada kanister itu. Ini bukan kali pertama (ia berlaku). Yang saya dapat satu, masih panas sewaktu dikutip, tertulis Federal Laboratories," katanya. Berdasarkan kajian yang dilakukan, Latheefa menegaskan, Federal Laboratories adalah pembekal utama gas pemedih mata kepada askar Israel, yang digunakan untuk memerangi rakyat Palestin. "Jadi, apabila polis menggunakan gas pemedih mata yang sama, adakah mereka menganggap mereka itu tentera Israel dan kita rakyat biasa sebagai musuh?" kata Latheefa. Beliau seterusnya meminta orang ramai tidak terkeliru di antara gas pemedih mata jenis CS, dengan syarikat Combined Systems yang turut mengeluarkan gas pemedih mata yang sama. "CS adalah nama gas, nama (singkatan) saintifik gas itu. Kita jangan keliru dengan Combined Systems yang juga merupakan nama syarikat yang turut sama mengelurkan gas pemedih mata CS," kata Latheefa. Keadilandaily sebelum ini melaporkan kanister mengeluarkan gas jenis CS itu dikeluarkan syarikat Combined System Inc dari Amerika Syarikat yang boleh menjejaskan sistem saraf, kecederaan mata, paru-paru dan penyakit kulit. Bagaimanapun, Latheefa berkata, kanister model 560 CS itu dikeluarkan sebuah syarikat Federal Laboratories dan nama syarikat berkenaan juga tertera pada kanister yang diperoleh beliau. Pada masa sama, Keadilan daily mendapati satu lagi jenis kanister model ALS5727 dikeluarkan oleh sebuah syarikat ALS Technologies Inc, digunakan ketika menyuraikan peserta himpunan aman 9 Julai lalu. Kedua-dua model kanister berkenaan- iaitu yang dikeluarkan Federal Laboratories dan ALS Technologies Inc- mengeluarkan jenis gas CS yang boleh membahayakan nyawa manusia./kd | ||
Khaled Noordin Pertahan Anugerah Ibrahim Ali? Posted: 21 Jul 2011 12:48 AM PDT Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang tidak mahu terheret secara langsung dengan kontroversi Anugerah Ibrahim Ali yang ditawarkan kepada mahasiswa UiTM berkata menjadi kelaziman bagi universiti mendapatkan sumbangan daripada bekas pelajar mereka."Kita lihat mana-mana pembangunan kepada universiti di luar negara, satu daripada kekuatannya (adalah) setiap universiti sumbangan dibuat oleh bekas pelajarnya. "Di (Universiti) Harvard, ia mengumpulkan berbilion dolar daripada bekas-bekas pelajarnya, kerana dia (pelajar) tahu dia dapat ilmu daripada institusi ini. Sekarang giliran dia pula untuk memulang balik (sumbangan). "Jadi Ibrahim Ali pun sama. Dia pun nak pulang balik (sumbangannya). Jadi beliau menawarkan kepada pelajar-pelajar di UiTM sesiapa nak anugerahnya," katanya dalam satu sidang media. Menurut Mohamed Khaled, anugerah tersebut bukan ditawarkan oleh pihak universiti, sebaliknya ditawarkan oleh presiden PERKASA itu sendiri. Sehubungan itu, beliau berharap perkara tersebut tidak "digembar gembur". Isnin lalu, Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak) pada laman webnya membuka pencalonan bagi Anugerah Ibrahim Ali kepada pelajar universiti itu yang membuktikan komitmen dan sumbangan mereka dalam memartabatkan bangsa Melayu. Anugerah itu menawarkan RM5,000 yang ditaja oleh Ibrahim sendir. Bagaimanapun naib canselor UiTM, Datuk Profesor Sahol Hamid Abu Bakar dalam kenyataannya di Facebook berkata pihak universiti belum membuat sebarang keputusan berhubung cadangan Anugerah Ibrahim Ali itu. Selepas ditertawakan pelbagai lapisan rakyat, Profesor Sahol semalam memperjelaskan status kedudukan Anugerah Ibrahim Ali yang tertera di laman web Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak) UiTM semalam. Menurut beliau, anugerah tersebut dicadangkan oleh Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali sendiri tetapi menegaskan bahawa sebelum anugerah boleh diberi, ia perlu dibawa ke Senat dan Lembaga Pengarah UiTM untuk kelulusan. "UiTM tidak pilih nama atau buat sebarang cadangan anugerah tersebut. Cadangkan itu datang dari Datuk Ibrahim Ali sendiri. Saya hanya minta dibawa ke Senat untuk keputusan. Kalau setuju, baru bawa untuk endorsement lembaga. "Proses bukan muda dan mengambil masa di senate – ada 60 org professor ,dekan-dekan dan rektor-rektor kampus. Masing-masing bertindak secara individu. Tidak boleh lobby. Satu badan yang kuat dan independent di UiTM," terang beliau di laman Facebook beliau. Menurut naib canselor itu, isu itu berlaku kerana impak terlepas pandang dan membuat hebahan mengenainya di laman web mereka. Addin : Layakkah individu yang bernama Ibrahim Ali untuk anugerahkan seseorang? | ||
Sah!! UMNO Jadi Kuda Tunggangan MCA Posted: 20 Jul 2011 10:56 PM PDT KOTA BHARU - Tanpa rasa syak lagi Kelantan kemungkinan besar kembali ke era lama sekiranya Umno diberi mandat semula mentadbir negeri ini. Premis-premis judi dan loteri seperti wujud sebelum 1990 dijangka muncul semula serupa negeri-negeri lain sekarang. Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, kemungkinan itu tidak dapat dinafi memandangkan parti kompenan Barisan Nasional (BN), MCA dilihat berada di sebalik tiga individu menyaman kerajaan Kelantan dalam isu pengharaman premis judi.Katanya, kehadiran anggota Jawatankuasa MCA Pusat, Datuk Ti Lian Ker semasa saman tersebut difail menggambarkan penglibatan parti kompenan BN dalam kes menyaman kerajaan negeri. "Ini sebagai satu petanda Umno pada hakikatnya hanyalah bermain wayang dan melakukan pembohongan besar apabila menyatakan perjuangan untuk membela agama Islam dan umat Melayu. "Mengapa dalam isu ini Umno tidak bersuara, bahkan mungkin merestui tindakan yang dilakukan MCA tersebut," katanya di sini. Akhbar hari ini melaporkan tiga penduduk Kelantan iaitu Wong Meng Yit, 47, Lee Khim Haw @ Lee Khim Hwa, 58 dan Gan Han Chuan, 44 mengemukakan saman pemula menuntut pengisytiharan Kelantan tidak mempunyai kuasa melarang aktiviti judi. Saman itu difail di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur. Kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam dinamakan sebagai defendan. Salinan writ saman terbabit diserah seorang pemimpin MCA kepada media semalam. Malah Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan mahu menyaman Kelantan kerana melarang premis perjudian. Fadhli berkata, sekiranya rakyat Kelantan memberi sekali peluang kepada Umno menjadi kerajaan, pastinya kegiatan judi dan maksiat akan subur semula. Oleh itu beliau berharap umat Islam memberikan sokongan kepada kerajaan negeri menjaga kesucian syariat Islam di bawah dasar Membangun Bersama Islam. Beliau juga mencabar Pergerakan Pemuda Umno Kelantan menyatakan sikap ekoran tindakan tiga individu terbabit menyaman kerajaan negeri dalam isu pengharaman judi dan loteri. "Pemuda PAS mempersoalkan di manakah ketegasan Umno dan juga NGO-NGO mereka yang selama ini nyaring mendakwa mempertahankan kesucian Islam. "Atau adakah Umno sudah hilang kejantanan sehingga membisu seribu bahasa dengan tindakan MCA yang jelas mencabar kedaulatan Islam," ujarnya. Katanya berdasar kepada perkembangan tersebut Umno sudah tidak layak untuk diberikan kepercayaan menjaga kesucian Islam./hrkh Addin : Sah!! UMNO jadi kuda tunggangan MCA.. UMNO hanya perjuangkan poket dan temolok kroni-kroni mereka sahaja. Isu agama, hanya jadi alat permainkan mereka sahaja.. | ||
Cincin RM73 Juta, Rosmah Guna Blogger Tangkis Dakwaan Posted: 20 Jul 2011 10:29 PM PDT Selepas hampir dua minggu, isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor masih berdiam diri berhubung dakwaan beliau membeli sebentuk cincin berlian bernilai RM73 juta. Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata, Rosmah sebaliknya menggunakan blogger pro Umno untuk menangkis dakwaan itu. Katanya, selepas menyatakan tuduhan itu sebagai palsu, pihak berkenaan kini mendakwa berlian itu dibawa masuk ke negara ini bagi tujuan pameran. "Maka muncul pula 'borang kastam kedua' kononnya berlian itu dibawa keluar 4 hari selepas itu. "Kononnya berlian itu untuk satu pameran belian yang diadakan secara sulit, di tempat yang sulit dengan tetamu-tetamu yang sulit. Semua yang sulit itu sedang diusahakan dan disusun skripnya," katanya yang lebih dikenali Chegu Bard. Chegubard pada 13 Julai lalu membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pulau Pinang berhubung pembelian cincin 'Natural Fancy Gray Cushion Cut Diomand yang dibeli Rosmah. Bukti pembelian cincin itu didapatinya melalui skrin sistem maklumat Kastam Diraja Malaysia (KDRM), yang tertera nama Rosmah sebagai pengimport daripada syarikat beralamat di New York, Jacob & Co. Selain cincin berkenaan, Chegu Bard mendakwa Rosmah juga memakai gelang dan jam 'zebra' dari jacob & Co, dianggarkan bernilai RM1.6 juta. Menurutnya, sebaik sahaja siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilakukan ke atas individu bernama A. Krishnan, sistem kastam di kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur diganggu selama tiga jam. Beliau mengesyaki kewujudan satu borang yang dikeluarkan KDRM bagi membuktikan cincin itu dibawa keluar ke Singapura, 4 hari selepas itu./kd |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan