Selasa, 19 Julai 2011

Addin

Addin


PDRM Guna Gas Pemedih Mata Buatan Israel.. Ini Buktinya

Posted: 19 Jul 2011 08:53 AM PDT

Kanister gas pemedih mata yang digunakan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) untuk menyerang peserta himpunan Bersih, didedahkan adalah jenis sama digunakan tentera Israel untuk membunuh rakyat Palestin.Ia sekaligus mengesahkan kekejaman BN yang sanggup melakukan apa sahaja, termasuk meniru pendekatan tentera zionis bagi mendatangkan kecederaan kepada rakyat yang menentangnya. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei berkata demikian mengulas laporan Suara Keadilan edisi terbaru, yang mendedahkan bahawa FRU menggunakan kanister tersebut untuk menyerang peserta Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.


Kanister mengeluarkan gas jenis CS itu dikeluarkan syarikat Combined System Inc dari Amerika Syarikat yang berupaya menyebabkan kecederaan mata, paru-paru dan penyakit kulit. Ia pernah meragut nyawa seorang warga Palestin, Jawaher Abu Rahmah dari Kampung Bil'in pada 1 Januari 2011 akibat terhidu gas berlebihan yang dikeluarkan kanister itu.

Sebelumnya pada April 2009, abang Jawaher, Baasem Abu Rahmah juga mati akibat terkena tembakan kanister gas pemedih mata itu di bahagian dada. Pendedahan itu dilakukan Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya yang mendakwa syarikat Federal Laboratories berpengkalan di Amerika Syarikat, pernah disaman berikutan penyalahgunaan gas pemedih mata yang sama pada 1992.

Ia menyebabkan syarikat itu terpaksa membayar pampasan kepada 30 keluarga Palestin. Menurut Shuhaimi, beliau tidak terkejut dengan pendedahan itu kerana polis yang diperalatkan Umno akan menggunakan apa sahaja termasuk meniru pendekatan tentera Israel menzalimi rakyat Palestin. 
"Kita memang tidak terkejut. Dari awal lagi (kita tahu) mereka akan guna kekerasan yang boleh mendatangkan kematian (kepada peserta himpunan)," katanya. "Mereka akan guna apa-apa sahaja cara, termasuklah ilmu yang diajar APCO untuk memusnahkan kebangkitan rakyat," kata Shuhaimi.

Katanya, ia bukti kelakuan ganas polis terhadap demonstran Bersih pada 9 Julai lalu sememangnya disengajakan untuk mendatangkan kecederaan kepada warga Malaysia yang menuntut reformasi pilihan raya.

"Polis Malaysia dengan arahan Umno sememangnya berniat melakukan kecederaan serius terhadap semua peserta Bersih. Malangnya, perancangan jahat mereka tidak berhasil kerana ia memakan diri," kata Shuhaimi./kd

"Sungguh Kejam, Tanah Adat Kami Di Rampas"

Posted: 19 Jul 2011 06:00 AM PDT

Kerajaan Barisan Nasional Sabah disifatkan lebih kejam daripada Israel kerana bertindak merampas tanah adat Anak Negeri Sabah untuk diluluskan kepada konglomerat perladangan sehingga rakyat Sabah menjadi pelarian di negeri sendiri. Rampasan tanah khususnya di kawasan Pedalaman Sabah yang dilakukan Konglomerat berkenaan dengan subahat Jabatan Tanah dan Ukur semakin menjadi-jadi; tanpa rasa belas kasihan dan perikemanusian terhadap sesama insan. Senario ini banyak berlaku di kawasan Keningau, Pensiangan, Tongod, Ranau dan di tempat-tempat lain; termasuk di Kampung Bawang dan Kampung Tangkarason di Beluran.

Seorang penduduk pedalaman dihimpit masalah ini, Jakiy Tayan Taja menghubungi Sabahkini.Net meminta agar isu rampasan tanah di kampungnya didedahkan untuk pengetahuan umum dan menagih simpati rakyat Sabah.

Menurut Tayan, Kampung Bawang diasaskan oleh O.T Linotupan Santopo pada 1946 lagi sebagai penempatan perkampungan untuk orang Sungai di Sugut agar tidak merempat di tanah air mereka sendiri. Manakala Kampung Tangkarason pula diterokai sebagai penempatan perkampungan pada 1977 oleh Majupi OT Linotupan.

"Tindakan kejam Jabatan Tanah dan Ukur merampas tanah adat yang diusahakan Anak Negeri sejak sekian lama tanpa sebarang pampasan adalah terlalu kejam, seiras dengan Yahudi yang merampas tanah penduduk Palestine di Semenanjung Gaza," kata Tayan yang meyakini Wakil Rakyat turut bersubahat dengan Jabatan Tanah dan Ukur, meluluskan tanah adat kepada syarikat besar daripada Semenanjung.

Tegas Tayan, Kerajaan dan Wakil Rakyat BN sekarang terlalu mengagung-agungkan dan memelihara Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) daripada membela kepentingan Orang Asal Sabah sehingga bukan sahaja hak mereka dirampas; malah terpinggir serba serbi.

Dengan pemilikan lebih 90 % kawasan ladang kelapa sawit oleh Konglomerat daripada Semenanjung Malaysia, kata Tayan, maka hak Anak Negeri semakin terhakis dan sukar ditebus semula; terutama apabila Kerajaan BN membenarkan penggunaan Sijil Anak negeri Palsu.

Katanya Tayan lagi, rakyat Sabah marah kerana sehingga kini seluas 2,465 ekar tanah adat di Kampung Tangkarason telah dirampas oleh syarikat luar dengan izin Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Tanah dan Ukur; namun kerajaan BN mendiamkan isu penting ini.

"Sekarang pemimpin kerajaan BN/UMNO sombong dan bongkak terhadap para penduduk asli tempatan sejak BN/UMNO mempunyai Fixed Deposit 1.2 Juta PATI yang sudah berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kerana PATI adalah sebagai penentu kemenangan UMNO/BN pada pilihanraya umum ke 13 nanti (PRU-13)," ujar Tayan yang kesal kerana tidak ada pemimpin BN yang berani membela Anak Negeri yang ditindas./sabahkini


Marina Mahathir Marah Najib

Posted: 19 Jul 2011 04:46 AM PDT

Anak perempuan Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau marah dengan serangan peribadi pemimpin termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap Ketua Bersih 2.0 Datuk S Ambiga."Saya rasa, rakyat Malaysia sangat terkejut dengan tindakan ini. Juga tindakan kerajaan menahan anggota-anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) dengan alasan mereka 'komunis'. Satu tuduhan yang sangat tidak berasas," kata Datuk Marina Mahathir seperti disiar VIVANews.com. Anak sulung (bekas perdana menteri) Dr Mahathir ikut serta dalam perhimpunan Bersih di Kuala Kumpur pada 9 Julai lalu bagi menuntut pilihan raya adil dan bersih(gambar).



Beliau juga menegaskan, ramai yang tidak menyertai perhimpunan Bersih itu namun tetap bersimpati. "Di Malaysia kami jarang tunjuk perasaan seperti itu. Jadi, ramai juga yang takut untuk ikut serta kerana takut berlaku keganasan," katanya. Bagaimanapun katanya, beliau sukar untuk menjangkakan sama ada momentum Bersih ini boleh kekal.

"Tetapi menegaskan jika pihak penyelaras Bersih terus memperingatkan anggota masyarakat mengenai isu-isu penting ini, mungkin ada harapan bahawa momentum ini akan terus meningkat," terang beliau.Marina berkata, sepanjang perhimpunan tersebut beliau bernasib baik, kerana berjalan di kawasan di mana polis tidak langsung menggunakan kekerasan.

"Polis memberi peluang kepada rakyat yang memprotes untuk berjalan ke arah Stadium Merdeka, menyorak dan sebagainya, dan kemudian bersurai secara aman.

"Polis di situ benar-benar profesional. Jadi saya sendiri tidak mengalami atau melihat keganasan polis sedikitpun. Dan sebenarnya tidak ada alasan untuk bertindak keras. Para penunjuk perasaan ini sangat aman dan berdisiplin semasa di jalanan sekitar Kuala Lumpur.

"Mereka mewakili semua lapisan masyarakat, tua muda, dari semua komuniti dan tidak seorang pun yang saya lihat, bersikap agresif dan malahan suasana di situ seperti karnival. Mereka meramaikan aksi dengan nyanyian dan tarian.

"Tetapi di tempat lain, para penunjuk perasaan mengalami kekerasan yang berlebihan. Ada banyak cerita dari peserta lain, termasuk rakan kerja saya. Mereka merasakan gas pemedih mata, meriam air dan keadaan kacau bilau," katanya.

Marina berkata, walaupun mereka tidak melakukan hal-hal yang provokatif, tetapi mereka tetap diserang polis. Mereka terus dikejar walaupun telah melarikan diri, dan terus diserang dengan tembakan gas pemedih mata ke dalam pekarangan hospital Tung Shin.

"Shame On You, Ali Rustam"..

Posted: 19 Jul 2011 02:59 AM PDT

MELAKA - Kerajaan Umno-BN Melaka di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam patut berasa malu kerana merestui keputusan melanjutkan operasi pusat hiburan di negeri itu sehingga jam 3 pagi. Timbalan Pesuruhjaya Pas Melaka, Kamarudin Sidik berkata, Melaka sepatutnya mencontohi langkah yang diambil kerajaan Kedah bagi mengelakkan pusat hiburan dikunjungi umat Islam sepanjang Ramadan. "Cadangan ini wajar dipertimbangkan untuk dilaksanakan di Melaka supaya dapat mengekang masyarakat Islam terus terjerumus dengan keadaan mungkar ini apatah lagi dalam bulan mulia. 



"Saya turut berasa malu apabila bangsa lain turut tidak bersetuju dengan tempoh operasi pusat hiburan dilanjutkan sehingga jam 3 pagi kerana boleh meningkatkan gejala maksiat dan jenayah," katanya seperti dilapor Malaysiakini. Sementara itu, Harakahdaily pula melaporkan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mempersoalkan mengapa MCA dan Gerakan tidak mempertikai Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang diluluskan Umno. 

Sedangkan Pas di Kedah katanya, hanya menjalankan tanggungjawab menguatkuasakan enakmen tersebut untuk membantu umat Islam menumpukan perhatian kepada ibadah semasa Ramadhan. "Sewaktu enakmen ini diluluskan tentulah kajian telah dibuat, tapi minda MCA dan Gerakan tidak timbul pun soal ada agenda untuk menubuhkan negara Islam," ujarnya merujuk kepada kenyataan MCA di Kedah. 

Media pada 17 Julai lalu melaporkan kerajaan Kedah membatalkan rancangannya untuk menguatkuasakan enakmen negeri 1997 bagi menutup bar, disko dan kelab karaoke pada Ramadan yang akan datang. Bagaimanapun Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor hari ini berkata larangan operasi pusat hiburan di Kedah pada bulan Ramadan tidak pernah ditarik balik. 

Sebaliknya, menurut beliau, secara umum Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak bersetuju pusat hiburan dibenarkan beroperasi sepanjang bulan itu untuk masyarakat bukan Islam sahaja./kd

Addin :

Teringat laungan rakyat Malaysia semasa himpunan AMAN BERSIH di hotel penginapan Najib di London" Shame On You Najib".. dan selepas ini bolehlah rakyat negeri Melaka melaungkan "Shame On You, Ali Rustam".. Kononnya Umno parti memperjuangkan Islam..


Najib Jumpa Pope Untuk Raih Undi Penganut Kristian?

Posted: 19 Jul 2011 01:14 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seramai 365 rakyat Malaysia penganut Katolik menulis surat kepada Ketua Gereja Katolik, Pope Benedict XVI menyatakan kegusaran mereka terhadap lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Vatican 18 Julai lalu. Surat itu disampaikan kepada wakil Pope Benedict di Singapura, delegasi Apostolik His Grace Archbishop Leopoldo Girelli. Perkara itu didedahkan oleh penulis, Anil Netto dalam laman web Aliran.com semalam. Ia menyampaikan rasa hati penganut Katolik yang risau kemungkinan kerajaan dan pemimpin asing terpengaruh dengan Najib yang ghairah menyebarkan mesej kesederhanaan di luar negara sedangkan kerajaan Najib sendiri berulang kali menggunakan kekerasan terhadap rakyat dalam negaranya.


Antara lain mereka menyebut tentang keganasan Najib menangani himpunan aman Bersih, manipulasi sentimen etnik dan keagamaan yang diamalkan Najib untuk kekal berkuasa, dan kekangan terhadap kebebasan beragama di Malaysia.

Mereka juga risau Najib akan menggunakan lawatan tersebut untuk meraih undi dan mengekalkan popularitinya di kalangan penganut Kristian di Sabah Sarawak. "Kami risau jika terdapat agenda politik tersembunyi untuk memenangi sokongan pengundi Kristian di Sabah dan Sarawak bersempena lawatan Najib ke Vatican ini.

"Akhir sekali, kami juga risau Najib cuba untuk mendekati Holy See pada masa ini untuk mendapatkan sokongan popular dalam pilihan raya umum akan datang yang bakal berlangsung menjelang awal 2013," tulis mereka dalam surat itu.

Justeru, mereka meminta Pope Benedict agar berwaspada dalam berurusan dengan kerajaan pimpinan Najib "Kami berdoa agar Holy See akan mempertimbangkan isu-isu yang kami nyatakan ini dan mendapat petunjuk dari Roh Kudus dalam berurusan dengan kerajaan Malaysia," kata mereka.

Akhbar arus perdana hari ini menyiarkan berita hubungan diplomatik yang baru termeterai di antara Vatican dan kerajaan Malaysia selepas Najib bertemu Pope Benedict XVI di istana musim panasnya di Castel Gandolfo.

Lawatan itu dibuat Najib selepas beberapa minggu sebelumnya, Najib membuat kenyataan terbuka kononnya himpunan aman Bersih yang berlangsung 9 Julai lalu didalangi dan dibiayai gerakan Kristian luar negara./kd

Addin :

Najib cukup terdesak sehingga sanggup berbuat apa sahaja untuk meraih undi.. "Shame On You, Najib"..


Pensyarah Hentam UMNO BN Dalam Ceramah DSAI

Posted: 18 Jul 2011 10:59 PM PDT

Kunjungan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Semporna sekitar jam 6 petang kelmarin sempat memugai 300 penduduk di rumah seorang penjual papan, Tahir Haji Arifin; namun agak luar biasa kerana auranya memukau Pegawai Kerajaan agar berani untuk berucap. Majlis petang tersebut begitu bersemangat kerana dihangatkan oleh kehadiran guru-guru tempatan dan yang berasal dari Semenanjung Malaysia tetapi mengajar di Semporna.

Hadirin terpukau dengan keberanian seorang Pensyarah Maktab Perguruan Tawau, Arbaa, iaitu adik ipar Mantan Calon PBS Kunak, Hj Abdullah Minun yang tanpa segan silu mengutuk kerajaan dengan pelbagai isu tanpa gentar diambil sebarang tindakan kerana yakin dengan haknya untuk bercakap.

Ketika ditanya seorang rakan yang mengatakan beliau perlu letak jawatan jika ingin berpolitik, Arbaa melenting dan berkata bahawa gertakan agar beliau meletakkan jawatan sebagai Pensyarah; semata-mata kerana berucap di majlis pembangkang adalah terlalu dangkal dan bersifat emosi dari kepimpinn BN yang tidak insaf akan kelemahan mereka.

"Biarkan rakyat dengan pilihan dan kemahuan mereka sendiri. Kalau benar mahu penjawat awam itu sokong parti kerajaan, tunjukkan kelebihan kenapa harus disokong. Dalam institusi rumah tangga juga tidak semua anak-anak satu fikiran dengan ayah," kata Arbaa yang menekankan perkara ini harus disedari oleh kepimpinan parti dan negara kerana pada pandangan beliau negara dan parti tidak harus bergabung.

Beberapa orang Ketua Cawangan UMNO yang menghubungi Koresponden Sabahkini.net di Semporna turut melahirkan kekecewaan atas tindakan tidak wajar pensyarah dan guru-guru berkenaan, namun akan membuat kenyataan berasingan setelah berbincang dengan jawatankuasa masing-masing./sabahkini

Addin :

Kebangkitan rakyat boleh dikatakan sudah samapai ke puncaknya. Contohnya di himpunan aman BERSIH 2.0, segala gertakan dan ugutan pihak kerajaan dan polis tidak melunturkan semangat hampir 120,000 orang yang hadir ke himpunan tersebut. Bak kata saudara Hanipa Maidin, " pelacur pun ambik cuti untuk sertai BERSIH.." itulah perumpaan betapa meluatnya  rakyat terhadap kepimpinan UMNO BN.


Prof. Aziz Bari : Rakyat Tertunggu - Tunggu Video PDRM

Posted: 18 Jul 2011 07:22 PM PDT

Rakyat tertunggu - tunggu jika pihak kerajaan khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai bahan bukti bagi menjelaskan situasi sebenar ketika Himpunan Bersih 2.0 9 Julai lalu sehingga polis terpaksa bertindak mengasari rakyat. Bagaimanapun bahan bukti seperti video itu janganlah pula disunting atau ditokok tambah sehingga boleh menyebabkan situasi yang berlainan dipaparkan kepada rakyat, tegas Penganalisis Politik, Prof Dr Abdul Aziz Bari.


Beliau menyatakan demikian ekoran kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu polis menyegerakan siaran rakaman video serta bukti lain bagi menghalalkan tindakan polis menyuraikan orang ramai pada 9 Julai lalu. 
"Ya pada saya terpulanglah kalau polis ada video , bukti dan sebagainya boleh dkemukakan, tinggal lagi kita tak mahulah video atau gambar itu diubah-ubah atau ubah suai sebagainya seperti yang kita lihat dalam NST dan Berita Minggu baru-baru ini. Gambar itu sudah diubahsuai sudah disunting dan sebagainya dipaparkan, jadi kekeliruan itu tak bolehlah.

"Sama juga dengan video... jika video itu sudah disunting, dipotong dan sebagainya (tetapi) kita harap jangan begitulah,"kata Aziz kepada Tv Selangor.Muhyiddin sebelum ini berkata, media dalam dan luar negara dilihat melakukan tohmahan kepada pihak polis dengan hanya menyiarkan rakaman video pihak polis
menyuraikan orang awam.

Namun katanya, video-video yang dipamerkan tidak pula memuatkan tindakan para peserta yang sengaja melakukan provokasi dan bertindak ganas membaling batu.

Hakikatnya hujah Aziz yang juga Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu ada asasnya apabila Berita Minggu pada 10 Julai lalu memaparkan watak seorang peserta yang disifatkan ganas dengan memanipulasi tindakan peserta itu pada hari kejadian.

Abdul Razak Endut, individu yang dipaparkan gambarnya di muka depan akhbar itu dikatakan bertindak membalas serangan pihak polis ke atas orang awam. Malah beliau didakwa membawa pisau dan membaling batu ke arah polis.

Namun menceritakan apa yang berlaku pada hari itu, Abdul Razak yang merupakan Unit Amal PAS berkata, beliau hanya memegang sebatang bendera Malaysia dan bukannya pisau seperti yang dilaporkan akhbar milik Umno-BN itu pada ceramah PAS malam tadi.

"Apabila polis menembak gas pemedih mata, saya ternampak angin meniup ke arah orang ramai... saya mengambil kanister itu dan membalingnya ke arah sebuah padang dengan harapan orang ramai akan selamat,"ujar beliau.

Gambar Abdul Razak berdepan pancutan meriam air dengan memegang bendera negara juga dirakamkan oleh Reuters yang sekaligus menolak dakwaan beliau memegang pisau.

"Ketika itu (saya baling kanister gas pemedih mata) gambar saya dimanipulasikan. Mana logiknya saya bawa pisau dari Temerloh? Saya terpaksa lalui tiga sekatan jalan (untuk sampai ke ibu negara)," katanya. Justeru itu menurut Aziz, beliau agak sangsi dengan rakaman video mahupun gambar yang bakal dipaparkan oleh PDRM sendiri.

"Dan saya fikirkan kalau bahan-bahan bukti itu ada, sudah lama dikeluarkan.. tak perlu tunggu lama sehingga sekarang setelah diserang, dikritik bertubi-tubi belum ada yang kita lihat. Begitu juga tuduhan polis tembak air ke hospital,itu sudah banyak dikemukakan bukti dan nampaknya selepas itu kerajaan dan polis cuba pula buat siasatan lain.

"Kalau mereka ada (bukti) mereka boleh keluar lebih awal lagi sebelum mereka diserang. Sebenarnya sebelum himpunan Bersih itu pun pihak polis telah dikecam dan dikritik begitu hebat. Jadi mengapa perlu tunggu lama untuk mengeluarkan bukti yang ada,"kata Aziz.

Namun ujar beliau, jika polis berani bertindak menyunting mahupun menokok tambah video sedia ada, ia hakikatnya boleh menjadi boomerang kepada PDRM sendiri. " Bukti-bukti seperti itu bukan saja tak menyakinkan tetapi menjadi boomerang juga boleh menjauhkan lagi imej pasukan polis.


" Dan saya fikir dalam hal ini, saya rasa pihak kerajaan janganlah menarik polis begitu teruk atau melibatkan pihak polis sebab kalau imej dan kredibiliti polis itu jatuh begitu teruk...yang menerima kesan ialah rakyat,"tambah beliau lagi./tvsnew

Sehingga Ke Hari Ini, Keluarga Baharuddin Belum Terima Laporan Bedah Siasat

Posted: 18 Jul 2011 05:00 PM PDT

PETALING JAYA - Keluarga Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal dunia ketika menyertai perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu masih belum menerima laporan awal bedah siasat mengenai kematiannya. "Kami amat hairan kerana tanpa laporan itu dan tanpa persetujuan pihak keluarga ada pihak lain boleh membuat kenyataan rasmi berhubung kematian beliau," kata Ahmad Jufliz Faiza, peguam yang mewakili keluarga Baharudin dalam satu kenyataannya hari ini.

Menurut Ahmad Jufliz, pihak keluarga turut bersedih memandangkan sehingga kini tiada ucapan takziah diterima daripada pihak polis mahupun kerajaan. Sebaliknya pihak keluarga terharu dengan hampir semua pemimpin Bersih, NGO dan pemimpin dari kalangan Pakatan Rakyat yang sudi meluangkan masa untuk menziarahi mereka.

"Terdapat beberapa saksi memberitahu kami sekeluarga bahawa semasa arwah berada di kawasan dan tempat kejadian, pihak FRU telah menembak beberapa das gas pemedih mata ke arah peserta perhimpunan Bersih untuk menyuraikan perhimpunan tersebut dan pada masa sama polis bertindak dan melakukan kekerasan lebih dari yang dibenarkan oleh undang-undang.

"Walaupun tiada penentangan berlaku di kalangan peserta perhimpunan dan akibat daripada kekerasan itu termasuk kelewatan untuk memberi bantuan kecemasan kepada beliau menyebabkan kematiannya.

Kami percaya jika pihak kerajaan dan polis lebih berhati-hati, bertanggungjawab dan berperikemanusiaan kejadian ini boleh dielakkan," katanya. Pihak keluarga juga berharap agar saksi-saksi yang berada di tempat kejadian dan mengetahui kejadian itu untuk tampil dan membantu mereka.

Satu laporan polis juga telah dibuat semalam dan memohon agar satu siasatan mengenai kematian Baharudin dibuat dalam masa tujuh hari./fmt

Tiada ulasan: