Addin |
- Liwat II : Bekas IGP Enggan Ke Mahkamah
- Mat Sabu - Malaysia Masih Berada Di Alam Primitif
- Bukti Pembelian Cincin Rosmah Mansor Bernilai RM24.4 Juta
- SUHAKAM Jamin Siasat " Pesta Pukul Rakyat "
- Hakim Tetapkan Anwar Bela Diri 8 Hingga 26 Ogos
- Wall Street Journal : Sikap BN Sebabkan Momentum Besar
- Peserta Cina BERSIH 2.0 " Saya Rasa Selamat Bersama Orang PAS "
- BERSIH 2.0 : (Video) Di Perkarangan Hospital Tung Shin
Liwat II : Bekas IGP Enggan Ke Mahkamah Posted: 13 Jul 2011 09:36 AM PDT Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan (gambar) enggan ke mahkamah untuk memberi keterangan dalam kes Liwat II. Perkara itu diberitahu oleh peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair di perkarangan mahkamah selepas selesai sebutan kes itu pagi tadi."Kami dimaklumkan polis (Musa Hassan enggan ditemuramah)" kata Sankara yang mengesahkan perkara itu sewaktu ditanya wartawan. Musa termasuk di antara 25 orang saksi yang diminta pasukan peguambela Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberi keterangan apabila peguam bela memulakan penghujahan bela mereka 8 Ogos ini. Selain Musa, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor termasuk dalam senarai saksi yang diminta oleh pasukan peguambela Anwar. Sankara selanjutnya berkata akan memohon kepada mahkamah untuk mengarahkan saksi-saksi yang disenaraikan untuk hadir memberi keterangan di mahkamah apabila peguam bela membentangkan hujah mereka 8 Ogos ini. "Kami belum dapat saksi-saksi kami.Jadi kami perlu minta mahkamah untuk berikan saksi-saksi itu. "Kami akan buat permohonan rasmi dalam masa seminggu kepada hakim untuk memohon pendakwa memberikan kami saksi-saksi di mahkamah. Ingat tak kami cuma dapat lima saksi daripada 25 saksi. Kami ada hak untuk temubual. "Sebab itu kami mohon di mahkamah untuk mohon bawa saksi untuk ditemubual. "Samada mereka mahu ditemubual atau tidak itu cerita lain. Tetapi yang penting mereka perlu dibawa ke mahkamah," kata Sankara. Perbicaraan kes Liwat II akan disambung semula pada 8 Ogos sehingga 26 Ogos depan. Tarikh itu ditetapkan Hakim Zabidin Mohd Diah selepas beliau kekal mendengar kes ini walaupun peguambela sudah memohon untuk mengenepikannya daripada terus mendengar kes. Permohonan itu dibuat kerana peguam bela Anwar berpendapat Hakim Zabidin melakukan pra-penghakiman sewaktu memutuskan wujud kes prima facie dalam kes ini. Anwar yang hadir memakai pemaut leher akibat kecederaan ketika menghadiri perhimpunan BERSIH 2.0 pada Sabtu lalu akan menjadi orang pertama memberi keterangan apabila perbicaraan bermula 8 Ogos ini. Anwar yang hadir di temani isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada prosiding hari ini akan menjadi orang pertama memberi keterangan apabila perbicaraan bermula. Pada 6 Julai lalu, Anwar telah gagal dalam usaha ketiganya menggugurkan hakim Mohd Zabidin Mohd Diah daripada terus mendengar kes liwat beliau dan mahu membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan. Mohd Zabidin berkata pendakwa raya telah membuktikan kesemua keterangan dan saksi untuk mempertahankan tuduhan ke atas Anwar. Anwar, 63, dituduh meliwat Saiful di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Ini kes liwat kedua melibatkan Anwar selepas yang pertama 13 tahun lalu. | ||
Mat Sabu - Malaysia Masih Berada Di Alam Primitif Posted: 13 Jul 2011 02:18 AM PDT Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengungkapkan negara Malaysia masih berada di alam primitif dunia ke tiga berikutan kecenderungan pihak berkuasa mengasari rakyat bagi melindungi kepentingan pemimpin. Sehubungan dengan itu beliau merayu kepada pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) agar menjaga keselamatan rakyat dan bukan menjadi alat Umno-Barisan Nasional (BN). Beliau yang cedera di lutut kiri ekoran tindakan ganas polis pada perhimpunan gabungan Bersih di ibu negara Sabtu lalu menyamatarafkan corak diktator pemerintahan di Malaysia dengan Burma. Katanya, kebanyakkan negara rantau Asia Tenggara telah mengorak langkah memperbaiki sistem perundangan dan gerak kerja pasukan polis berlandaskan prinsip menjaga keselamatan rakyat dan negara. "Ketua polis Jakarta kata kepada rakyat (Indonesia) kalau mahu sertai himpunan tunjuk rasa, sila keluar awal. Ikut laluan yang telah ditetapkan...... jaga lalu lintas dengan baik," ujarnya. Namun ujar beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu, apa yang terjadi di Malaysia adalah sebaliknya di mana kerajaan pemerintah memperhambakan polis untuk menyakiti rakyat demi mengekalkan kuasa mereka. " Bilakah hendak keluar dari alam primitif ini?,"soal beliau. Mat Sabu sebelum itu menceritakan kepada pengunjung tentang kejadian ditangkap polis ketika sedang membonceng motosikal menuju ke Masjid Negara untuk menunaikan solat Zohor pada 9 Julai lalu. Menurutnya, ketika itu beliau bersama rakan yang menunggang motosikal tiba-tiba dirempuh kereta polis dari arah tepi hingga menyebabkan beliau tercampak ke jalan raya. Ekoran itu, doktor hospital swasta mengesahkan ligamen lutut kanan beliau telah koyak dan akan menjalani pembedahan pada Jumaat nanti, jelas beliau lagi. "Kamu dapat melukakan lututku, tapi tidak dapat lukakan otakku," ujar beliau disahut gelak ketawa hadirin. Terdahulu, Mat Sabu menduduki tempat kedua senarai individu yang dilarang masuk ke Kuala Lumpur pada 9 Julai selepas Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga. Beliau seterusnya mendakwa senarai larangan tersebut telah dikeluarkan oleh Umno-BN kepada polis untuk mengekang kepimpinan badan bukan kerajaan (NGO) dan Pakatan Rakyat daripada mengepalai perhimpunan itu. Mat Sabu kemudian tidak menolak dakwaan bahawa anggota polis telah disuntik doktrin perkauman oleh Umno-BN. Tuduhan itu dilemparkan apabila mendapati sesetengah anggota polis yang mengarahkan supaya kaum Melayu untuk tidak mengikut telunjuk Ambiga yang berbangsa India menyertai perhimpunan Bersih. " Kami bukan kira siapa Ambiga yang ketuai kami, kami melihat kepada tuntutan lapan perkara (yang dibawa Bersih)," kata Mat Sabu. Dalam pada itu beliau menuduh Najib sebagai seorang pembohong dan hanya layak untuk menjadi suami kepada Rosmah Mansor. Kenyataan tersebut diungkap berdasarkan respon Perdana Menteri itu yang tidak berpegang kepada kata-kata apabila gagal membenarkan rakyat berhimpun di Stadium Merdeka walaupun telah mendapat pekenan Yang diPertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. "Najib bohong, Najib bohong, Najib Perdana Menteri bohong, Najib Perdana Menteri bohong," tempik beliau sambil disambut oleh kira-kira lima ribu rakyat yang hadir ke Tapak Exco Seberang Jaya, malam tadi. Sementara itu, pada sidang media di ibu negara hari ini, Mat Sabu berkata, gambaran yang cuba diberikan oleh media arus perdana tentang kerugian yang dialami oleh peniaga pada himpunan Bersih, hakikatnya tidak akan berlaku sekiranya kerjasama baik diberikan oleh kerajaan dan polis. "Bayangkan kalau pihak polis bekerjasama memberi tiga jam misalnya... rakyat berkumpul secara aman berjalan dari Dataran Merdeka ke Istana Negara sudah tentulah himpunan aman. "Peniaga-peniaga di Kuala Lumpur akan bergembira dengan kehadiran ratusan ribu rakyat yang akan berbelanja di sini tetapi semua berlaku kucar-kacir kerana tindakan polis yang dihantui oleh Umno yang sedang lemas," kata beliau kepada media./tvsnews | ||
Bukti Pembelian Cincin Rosmah Mansor Bernilai RM24.4 Juta Posted: 13 Jul 2011 01:18 AM PDT PULAU PINANG - Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bagi menyiasat pembelian sebentuk cincin berharga RM24.4 juta oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Laporan itu dibuat oleh pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin pada pukul 11.45 pagi tadi di SPRM Pulau Pinang. Menurut Badrul, pihaknya mendesak SPRM secara serius menjalankan siasatan terhadap punca dan sumber wang yang digunakan Rosmah bagi membeli cincin berkenaan. Badrul sebelum ini mendedahkan cincin itu diimport daripada syarikat beralamat di New York, tanpa dikenakan cukai."Kita juga ingin mendapatkan penjelasan (dari perdana menteri dan isterinya) dan penyiasatan serius serta pantas kerana kami mendapat sumber bahawa arahan telah diberikan kepada pihak Kastam Diraja Malaysia (KDRM) agar maklumat pangkalan data dan bukti dipadam," kata Badrul atau Chegu bard.
Menurut Badrul, bukti pembelian cincin itu diperolehi melalui skrin sistem maklumat (KDRM), yang tertera nama Rosmah sebagai pengimport. "SAMM juga telah membuat kajian padanan barangan syarikat Jacob & Co terhadap perhiasan rosmah dan ternyata kebanyakan perhiasannya adalah dari syarikat tersebut," kata Badrul. Menurut beliau, gambar bukti pemadanan tersebut akan dimasukkan ke laman internet secepat mungkin. Sebelum ini, Rosmah yang digelar 'Imelda Marcos Malaysia' oleh sesetengah pihak membelanjakan sebanyak RM4,498,0949.99 juta wang rakyat untuk mengadakan Sidang Kemuncak Wanita Pertama di Ibu negara Oktober tahun lalu. Beliau juga dikatakan gemar melancong menerusi perbelanjaan lawatan rasmi suaminya, Datuk Seri Najib Razak. Sebanyak RM17,118,650.58 diperuntukkan bagi tujuan itu dari 2008 hingga 2011./kd | ||
SUHAKAM Jamin Siasat " Pesta Pukul Rakyat " Posted: 12 Jul 2011 09:32 PM PDT Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) memberi jaminan akan menyiasat aduan dakwaan mengenai tindakan polis menggunakan kekerasan terhadap peserta perhimpunan Bersih 2.0 di sini Sabtu lalu. Naib Presidennya, Prof Datuk Dr Khaw Lake Tee berkata pihaknya mengambil serius terhadap isu ini dan akan mengkaji aduan yang dikemukakan Dewan Pemuda PAS Pusat sebelum memutuskan tindakan selanjutnya. "Kami akan ambil perhatian dan akan mengkaji bukti (aduan) sebelum mengumumkan tindakan susulan yang akan kami ambil selepas berbincang dengan pesuruhjaya Suhakam yang lain," katanya dalam sesi dialog di pejabat Suhakam di sini petang tadi. Pemuda PAS sebelum ini mengemukakan aduan mengenai empat perkara mengenai penggunaan kekerasan tidak munasabah dan penafian akses orang awam kepada peguam semasa Bersih. Aduan setebal tujuh muka surat itu membangkitkan mengenai tindakan polis dan pasukan simpanan persekutuan (FRU) mengasari orang awam yang berhimpun secara aman tanpa senjata yang jelas melanggar Perkara 10 (1)(b) Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan hak untuk berhimpun. Menurut aduan itu, orang awam ditahan, ditendang dan dipukul dengan belantan sebelum digari, selain tindakan polis yang menggunakan meriam air dan gas pemedih mata sehingga mendatangkan kecederaan terhadap orang awam. Selain itu, aduan itu juga membangkitkan mengenai hak penafian peguam oleh peserta yang ditahan polis, hak kebebasan beragama mengikut Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan yang dinafikan polis apabila Masjid Negara dan Masjid Jamek ditutup sehingga orang awam terpaksa bersembahyang dikaki lima jalan. "Kami mahu Suhakam menubuhkan panel penyiasat seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 12(1) Akta Suhakam 1999 bagi menyiasat penggunaan kekerasan Polis Diraja Malaysia (PDRM), layanan buruk terhadap tahanan dan penafian akses kepada peguam semasa dalam tahanan. "Kami juga mahu Suhakam mengisytiharkan tindakan PDRM itu adalah menyalahi undang-undang dan bertentangan dengan Perlembagaan dan mahu polis memohon maaf secara terbuka kepada tahanan yang dikasari," kata ketika mengemukakan aduan itu. Polis tidak bertanggungjawab Sementara itu, Pesuruhjaya Suhakan Muhammad Sha'ani Abdullah berkata tindakan polis yang menahan orang awam tanpa tujuan dan dakwaan yang khusus dilihat sebagai tidak bertanggungjawab. Sehubungan itu, beliau mahu seramai mungkin saksi tampil mengemukakan aduan bagi menguatkan lagi penubuhan inkuiri itu. "Kalau pihak lain soal pun kami ada bukti yang tidak boleh dinafikan," katanya. Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan Tantawi berkata pihaknya mengecam tindakan polis yang dianggapnya sebagai 'pesta' apabila memukul dan menahan rakyat yang berhimpun tanpa belas kasihan seperti melayan penjenayah yang telah melakukan kesalahan berat. "Kami akan berbincang untuk mengemukakan saman terhadap PDRM, Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan," katanya. Sementara dalam sesi dialog kira-kira sejam antara Pemuda dengan Suhakan turut mendengar keluhan beberapa peserta Bersih yang mempunyai pengalaman sendiri dikasari polis semasa menyertai perhimpunan itu./FMT | ||
Hakim Tetapkan Anwar Bela Diri 8 Hingga 26 Ogos Posted: 12 Jul 2011 09:31 PM PDT KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan tarikh perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari 8 Ogos hingga 26 Ogos depan untuk membela diri. Tarikh itu ditetapkan Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah. Sebelum prosiding bermula, peguam Anwar dan pihak pendakwa bertemu dua kali dengan Zabidin di kamarnya. Anwar yang hadir memakai pemaut leher akibat kecederaan ketika perhimpunan Bersih Sabtu lalu akan menjadi orang pertama memberi keterangan apabila perbicaraan bermula 8 Ogos ini. Pada 6 Jun lalu, mahkamah menerima permohonan peguam untuk menangguhkan kes berkenaan dan sebutannya ditetapkan pada hari ini. Pada hari yang sama, peguam membuat permohonan untuk menyingkirkan Zabidin kerana melakukan pra penghakiman sewaktu membuat keputusan memanggil Anwar membela diri, 16 Mei lalu. Rayuan Ketua Umum KEADILAN untuk menyingkirkan Zabidin didengar di Mahkamah Rayuan pada 6 Julai lalu. Bagaimanapun Mahkamah Rayuan menerusi keputusan tiga anggota panel diketuai hakim Datuk Hasan Lah sebulat suara menolak permohonan itu ketika mereka membenarkan bantahan awal pihak pendakwa. Peguam Anwar, Karpal Singh kemudian memohon penangguhan prosiding sehingga kes untuk menggugurkan Zabidin dibicarakan di Mahkamah Persekutuan/kd | ||
Wall Street Journal : Sikap BN Sebabkan Momentum Besar Posted: 12 Jul 2011 08:11 PM PDT Datuk Ambiga Sreenevasan menegaskan pentadbiran Najib bahawa Putrajaya yang sepatutnya dipersalahkan atas respons luar dugaan rakyat ke atas perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara, Sabtu lalu.Dalam temu bual dengan Wall Street Journal yang diterbitkan oleh laman web akhbar itu semalam, Pengerusi Bersih 2.0 itu menolak tanggapan bahawa perhimpunan penghujung minggu lalu mirip kebangkitan rakyat di negara-negara Arab sebab pihaknya tidak berhasrat untuk menggulingkan Barisan Nasional (BN) meskipun kepimpinan perikatan itu mendakwa sedemikian. Kata beliau , sebuah kerajaan yang banyak mengerasi berhadapan dengan sikap menjijikkan membabitkan rakyat jelata. "Dan, saya fikir itu sebabnya kami ada bilangan (penyerataan yang besar) dan momentum kami lalukan. "Secara jujur, jika kami dibenar meneruskan dan mengadakan (perhimpunan sebagaimana dirancang), kami sudah pasti bilangan ini tidak sebesar itu," kata bekas presiden Majlis Peguam ini sambil menambah, pada awalnya beliau meragui sama ada akan memperoleh sokongan yang sebesar itu. Ia laporan kritikal yang terbaru selepas tulisan yang sama dibawa oleh Jakarta Post dan Straits Times masing-masing dari Indonesia dan Singapura. Penganjur mendakwa bahawa perhimpunan Bersih 2.0 telah disertai sekitar 50,000 orang tetapi ia dinafikan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang mengatakan bahawa ia hanya menghimpunkan 6,000 orang. Wall Street Journal, akhbar bisnes antarabangsa berkata kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak mencetuskan persekitaran "takut dan menekan", yang akhirnya mengakibatkan penentangan terhadap perdana menteri itu yang mengambil alih jawatannya April 2009. Ambiga juga berkata, Bersih 2.0 hanya menuntut pembaharuan sistem pilihan raya, bukannya perubahan kerajaan yang memerintah sebagaimana disaksikan di rantau Timur Tengah dan di beberapa negara dunia Arab. "Kesemua apa yang kami lakukan hanyalah meminta satu sistem pilihan raya yang adil dan bersih. "Respons tidak seimbang kerajaan yang mencetuskan momentum ini. "Tetapi kami masih sebuah negara yang mencintakan keamanan. Kami masih mahukan kerajaan yang adil," kata beliau. Ambiga seterusnya berkata, "bagi saya, bukan menjadi niat kami dan masih bukan niat kami untuk menjatuhkan kerajaan ini." "Kami mahu bekerjasama dengan kerajaan ini untuk memperbaiki sistem pilihan raya," katanya lagi. Beliau juga mengkritik respons kerajaan ke atas perhimpunan Sabtu lalu yang menyaksikan polis menggunakan air berasid dan gas pemedih mata, sekali gus lebih 1,600 orang ditahan termasuk pemimpin-pemimpin parti politik. Katanya, Putrajaya tidak memahami situasi yang wujud dengan tepat dan betul. "Mereka datang balik pada hari Isnin dan menyerang Bersih lagi. Anda menyerang orang ramai. Golongan pengundi yang anda serang," katanya lagi. | ||
Peserta Cina BERSIH 2.0 " Saya Rasa Selamat Bersama Orang PAS " Posted: 12 Jul 2011 07:59 PM PDT Seorang pakcik yang berkopiah menuju ke arah saya, "Di manakah stadium?" Saya menuding jari ke depan. Lantas beliau berjalan ke arah sana, tanpa sebarang keraguan. Saya merasakan diri saya amat tidak berguna pada ketika itu. Mengapa tidak saya bertindak sebagaimana pakcik itu? Berarak adalah hak kita. Mengapa pula saya takut? Saya tetap berdiri di situ, menyaksikan bagaimana orang tua itu dihalang polis, dan kemudian beliau terus berjalan ke depan. Kemudian saya berjalan, dan terserempak dengan seorang polis muda. Beliau bertanya untuk apa saya berada di situ, saya sekadar jawab, tak ada, cuma jalan-jalan. Beliau menunjuk ke arah Jalan Sultan, mengarahkan saya beredar dari situ, atau saya akan ditangkap. Saya tahu beliau cuba menakutkan saya. Masih awal lagi, saya tidak mahu timbul hal, maka saya pun beredar. Saya nampak sekumpulan orang di kedai KL Commercial Book Co., semacam orang PAS, maka saya berjalan menuju ke arah mereka. Pada hakikatnya, saya amat yakin dengan mereka. Saya rasa diri saya berselindung di dalam kelompok mereka pada ketika itu. Ya, saya rasa sangat selamat. Pada kira-kira jam 12.20 tengah hari, kelompok di sini hanya kira-kira 20 orang. Tiba-tiba kami dengar jeritan orang, dan kami bergegas ke situ dan mendapati kira-kira 2,000 orang. Mereka muncul entah dari mana, sungguh ajaib! Tapi kami masih menganggap bilangan ini terlalu sedikit! Pada kira-kira jam 12.30 tengah hari, saya tak berapa ingat lagi. Kami nampak sekumpulan manusia menuju ke arah kami melalui Jalan Sultan, sambil melaungkan slogan. Bilangan mereka terlalu ramai berbanding kami. Ramai orang tua yang bertanya, PERKASA? Pemuda UMNO? Kami berdiri di situ dan memandang, gagal mendengar apakah yang dilaungkan. Tiba-tiba, ada yang bertepuk tangan, berkata "Tengok, Cina ada, India ada, bukan PERKASA, bukan Pemuda UMNO, orang kita!" Kami bertepuk dengan gemuruh, berarak ke arah mereka untuk berkumpul bersama. Kami seolah-olah dapat membentuk pasukan kami, dan tidak lagi keseorangan atau kesepian. "BERSIH! BERSIH! Hidup BERSIH!" Ribuan yang membanjiri Jalan Sultan. Orang berada di tengah dan di tepi jalan, warga tua dan warga muda. Maka kami terus berjalan, tidak memasuki jalan ke arah Stadium Merdeka. Saya sedar, bilangan kami masih tidak mencukupi. Kami menuju ke arah Pudu Raya, dan di situ telah dibanjiri lautan manusia yang lebih daripada 10 ribu. Abang saya menghantar sms kepada saya, memberitahu bahawa pasukan di Hotel Hilton telah mula bertolak. Dengan serta-merta saya berkongsi maklumat ini dengan orang yang berada di sisi saya. Kira-kira jam 1 tengah hari, kami nampak satu pasukan yang lebih besar, kemas sususannya berarak dari arah Hospital Tung Shin. Kemudian, muncul lagi satu pasukan dari Kota Raya. Tidak berhenti kami bertepuk tangan. Kami menjerit sepuas-puasnya. Saya nampak ramai yang menakung air di matanya. Saya amat terharu. Saya kini berada di tengah-tengah belasan, malah puluhan ribu orang. Saya tidak kesepian, kami tidak kesepian! Terharu kerana dibantu orang yang saya tidak kenal langsung! Kami berkumpul di depan Menara MayBank. Saya tak dengar apa yang diucap pemidato. Tapi saya hanya seorang penyokong. Saya hanya menyorak bersama kelompok manusia, bertepuk tangan apabila semua orang berbuat demikian. Kemudian saya mendapati trak FRU. Seorang warga tua, mungkin dari PAS, memesan agar saya undur dahulu. Tidak lama kemudian, FRU melepaskan gas pemedih mata, dan meriam air kimia yang berwarna biru. Saya rasa macam tersengit. Baunya sangat tidak menyenangkan. Orang di sisi saya (sahabat dari kaum lain) menuangkan air ke atas kepala saya. Ada seorang yang menyapu minyak angin di bawah kelopak mata saya. Ada pula yang memberi garam kepada saya. Saya teringat, air mata saya mengalir pada ketika itu bukan disebabkan gas pemedih mata, tetapi mengalir kerana terharu dengan bantuan yang dihulurkan oleh orang-orang yang saya tak kenal ini. Pada ketika itu saya nampak polis, kononnya, menangkap orang ramai di depan Menara MayBank. Ramai yang memanjat ke atas di cerun pada mulanya, kemudian mereka melompat dari tembok yang tinggi. Saya sangat marah ketika itu, kerana saya nampak ramai wanita dan warga tua. Dan mereka yang kononnya polis itu dicemuh dalam hati saya, "Bukan manusia!" Saya berehat seketika. Saya menjangkakan bahawa orang ramai akan menuju ke Jalan Sultan. Maka, saya berjalan dahulu ke arah sana. Apabila berdekatan dengan KFC, hujan mulan turun. Seorang peserta yang tua berkata kepada saya, "Komunis pun tak macam ini!" Saya tercengang seketika, gagal memberi apa-apa jawapan.... Matlamat sama.. Pada sebelah malam, saya dimaklumkan bahawa kawan dari kaum Melayu amat terharu dengan kehadiran kami. Mereka berkata, "Itu kebanggaan kami apabila kamu muncul bersama. Kamu duduk belakang sikit, biar kami yang hadapi peluru (gas pemedih mata) dan keganasan di depan!" Akhirnya saya sedar, mengapa saya berselindung dalam kelompok orang PAS. Mereka membuktikan dengan tindakan mereka, itu yang membuatkan saya terharu dan berasa selamat. Lain kali, saya tetap akan bersama mereka, berada di garis depan, untuk menghadapi peluru (gas pemedih mata) dan keganasan. Terima kasih, sahabat semua. Walaupun kita tidak berkenalan, tapi matlamat kita sama. Dan ini hanya boleh dirasai mereka yang hadir dalam perhimpunan. Saya menyeru agar lebih ramai bangkit dari tidur, dan mereka yang sudah sedar, biarlah bertindak./merdeka review | ||
BERSIH 2.0 : (Video) Di Perkarangan Hospital Tung Shin Posted: 12 Jul 2011 05:57 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan