Ahad, 10 Julai 2011

Addin

Addin


PAS Bangga Dengan Kebangkitan Rakyat

Posted: 10 Jul 2011 09:04 AM PDT

KUALA LUMPUR - PAS merasa bangga dengan kebangkitan rakyat apabila melihat rakyat jelata puluhan ribu orang yang berbilang bangsa tanpa mengira peringkat umur telah berkumpul dalam himpunan Bersih 2.0 yang diadakan petang semalam dalam keadaan berhujan. Walaupun semua pelusok jalan utama telah disekat oleh polis dan FRU yang telah dirancangkan oleh penganjur himpunan Bersih 2.0 untuk semua peserta Bersih berhimpun tetapi telah berjaya dirempuh oleh semua rakyat dengan keadaan aman untuk menuju ke stadium merdeka.


Lebih membanggakan, bagaimana mereka boleh menembusi semua sekatan yang ada, kata Datuk Husam Musa, Naib Presiden PAS. Husam musa, yang tiba kira-kira dalam 2.30 petang diiringi oleh pengikut-pengikutnya telah memberi ucapan kepada rakyat jelata yang berkumpul di sebuah hadapan kuil Budha menuju ke stadium Merdeka.

Laungan beliau "BN itu Umno.. BN itu Najib..BN itu derhaka..BN itu politik" disambut dengan penuh semangat dan telah menusuk ke semua jiwa yang hadir dalam himpunan itu di hadapan semua polis yang telah buat sekatan jalan.

"Tahniah kepada semua rakyat jelata, yang saya lihat hari ini merupakan orang-orang muda ramai berkumpul disini dengan bersatu hati untuk membersihkan sistem politik negara kita. Semua bangsa berpegang teguh dengan berazam untuk berhimpun dengan tidak mengambil kisah dan merasa gentar dengan ugutan Najib yang menggunakan kuasa politik BN".

Orang ramai yang berhimpun di situ juga telah telah dimaklumkan bahawa muka pembantu Datuk Sri Anwar Ibrahim (DSAI) mengalami kecederaan yang teruk disebelah kanan akibat ditembak pemedih mata. "Alhamdulilah DSAI selamat manakala Tok Guru Hadi Awang, Presiden PAS di tahan polis," katanya.

"Saya juga merasa bangga dan terharu apabila melihat sokongan rakyat jelata untuk pertahankan pimpinan-pimpinan kita daripada di heret polis.

"Rakyat jelata nampak hebat dan tidak berganjak disitu walaupun digertak dengan polis dan disembur dengan pemedih mata berulang kali semata-mata untuk pertahankan pimpinan dan menutut kebebasan pilihanraya di Malaysia ini yang telah dikotori oleh pihak tidak bertanggungjawab".

Beliau yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri Kelantan berkata lagi, "polis boleh tahan pimpinan kita, tetapi mereka tidak boleh sekat dan halang kebangkitan rakyat malaysia." Hari ni merupakan hari bersejarah buat negara malaysia kerana rakyat telah berhimpun dengan aman sekali walaupun diri terpaksa dikorbankan, katanya.

"Kita akan tunjukkan pada mereka, kita berhimpun degan aman, baik sopan..kita berani keluar ke jalan raya untuk menuntut keadilan bagi seluruh rakyat Malaysia agar sistem perjalanan pilihanraya mesti berjalan dengan jujur, tulus dan bersih," katanya.

"Agong telah bertitah agar kerajaan diminta jalankan sistem pilihanraya dengan adil, tulus dan saksama. Agong juga telah bertitah kerajaan mesti dengar suara rakyat tetapi sekarang Najib langgar perintah Agong, Umno-BN langgar perintah Raja, mereka derhaka kepada Raja dan Negara".

SPR mestilah menjadi badan kepercayaan awam, tetapi fenomena hari ini menunjukkan perhimpunan rakyat Malaysia telah dihalang. "Petugas Media juga disekat oleh polis. Ini jelas terbukti sistem pilihanraya negara kita lemah. Rakyat hilang terus kepada SPR yang ada di malaysia ini," katanya.

"Kita memohon kepada Yang di Pertuan Agong agar bubarkan sistem SPR yang ada sekarang. Dalam perlembagaan negara kita, Agong boleh melantik SPR yang baru, menggunakan sistem SPR yang baru dan bersih, SPR yang tidak berat sebelah tetapi menjalankan tugas dengan bertanggungjawab, tulus dan adil," kata Husam.

Dengan berbagai tragedi yang berlaku dalam himpunan Bersih 2.0 akibat provokasi daripada polis dan FRU kepada rakyat, Husam percaya Pakatan akan menang dalam PRU ke 13 nanti dengan hapuskan Najib dan semua kuncu pimpinan Umno melalui kuasa rakyat. 

"Kita akan campakkan mereka keluar daripada Putrajaya dalam pilihanraya nanti. BN itu Umno.. BN itu Najib..BN itu derhaka..BN itu politik," katanya dengan sambutan sorakan takbir dengan penuh semangat oleh rakyat jelata yang hadir di himpunan itu./hrkh


Perpecahan UMNO Sungai Petani Semakin Parah

Posted: 10 Jul 2011 06:45 AM PDT

Persidangan perwakilan Umno Bahagian Sungai Petani sedikit kecoh berikutan tindakan sekumpulan anggota parti bahagian itu yang tidak berpuas hati dengan penggantungan ketua bahagian itu Ali Yahya oleh Majlis Tertinggi (MT).Kumpulan kira-kira 40 lelaki itu yang membawa sepanduk dan kain rentang memasuki dewan Institut Kemahiran Mara (IKM), tempat persidangan berlangsung sebaik Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanifah memasuki dewan kira-kira pukul 10 pagi. Sepanduk dan kain rentang itu, antara lain tertera perkataan "mengapa ketua yang dipilih dipinggirkan" dan "kami mahu keadilan" selain mempersoalkan keputusan MT berhubung masalah bahagian itu.


Kekecohan itu bagaimanapun reda selepas 10 minit apabila Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Tun Mahathir meminta supaya anggota Umno menyelesaikan semua masalah sebagai satu keluarga. Kumpulan lelaki itu kemudiannya beredar keluar.

Jawatan Ali sebagai ketua bahagian itu digantung berikutan kekecohan persidangan perwakilan bahagian itu pada 2009 dan kini ditadbir oleh sebuah jawatankuasa Panel Pengurusan dan Pentadbiran diketuai Mukhriz.Selain Mukhriz, jawatankuasa Panel itu dianggotai Datuk Md Rozai Shafian (Ketua Umno Bahagian Pendang); Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir (Ketua Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu); Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Ketua Penerangan Umno Negeri) dan Datuk Othman Aziz (Setiausaha Umno Negeri).

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Ahmad Bashah berkata memang ada sedikit rasa tidak puas hati di kalangan perwakilan tetapi keadaan adalah terkawal dan tidak sampai menjejaskan perjalanan mesyuarat. Mukhriz  pula berkata beliau yakin semua masalah yang berlaku atau rasa tidak puas hati dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

Addin :
Perpecahan Umno semakin parah.. tambahan menghadapi PRU 13 nanti. Umno berpecah luaran dan dalaman.. petanda Umno akan dikuburkan.


Al-Fatihah.. Perginya Seorang Pejuang Rakyat

Posted: 10 Jul 2011 02:00 AM PDT

Orang ramai mula bertali arus ke Kelompok Camar, Ampang Ulu Klang bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Baharudin Ahmad, 56, yang meninggal di perhimpunan Bersih semalam. Yang awal tiba di sini menjelang solat jenazah dan pengkebumian adalah pemimpin Bersih, Datuk S Ambiga di samping AJK PAS Pusat Khalid Samad, timbalan presiden PKR, Azmin Ali dan juga Nurul Izzah Anwar.


Turut tiba adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terpaksa berbalut lehernya selepas cedera semalam.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi tidak dapat hadir kerana sudah terpaksa berlepas ke Langkawi pagi tadi untuk persidangan anggota Parlimen Islam Antarabangsa di mana PAS adalah tuan rumahnya.

Haji Mohamad Sabu yang jatuh selepas motor yang diboncengnya dilanggar kereta peronda polis sebelum ditangkap juga tiba namun terpaksa duduk di atas kerusi kerana kecederaan pada kakinya.

Selain mereka, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan bekas MB Perak, Datuk Seri Nizar Jamaludin juga hadir. Nizar masih memakai baju Bersih bagi menyatakan sokongannya kepada perhimpunaan semalam.

Malam tadi Datuk Husam Musa bersama beberapa pemimpin kanan PAS yang tidak ditangkap menziarahi jenazah Allahyarham.

Turut bersama beliau adalah Datuk Kamarudin Jaffar dan Dr Siti Mariah Mahmud. Baharudin meninggal selepas pengsan di perkarangan KLCC dan disahkan meninggal di HKL.

Beberapa maklumat diterima sehingga kini sebagai punca kematian selepas post mortem dibuat namun ianya masih belum dapat disahkan lagi oleh Harakahdaily.

Berikut adalah gambar-gambar pagi ini.

 









Addin :

Semoga roh allahyarham di cucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan para syuhada. Pemergian beliau menjadi pembakar semangat kita semua untuk menentang kezaliman  rejim Umno BN yang sampai penghujung hayatnya..



KJ Di Beri Layanan Baik Oleh Polis, Ini Buktinya..

Posted: 10 Jul 2011 12:40 AM PDT

Perhatikan gambar bagaimana lemah lembutnya polis bertindak terhadap puak pemimpin UMNO. Sehingga kelihatan bukan polis menangkap Khairy Jamaludin (KJ) tetapi KJ yang berjaya menangkap 2 orang anggota polis. Mungkin KJ nak bawa mereka ke rumah pak mentua dia. Polis siap posing lagi dengan Ketua Pemuda UMNO yang berjaya berarak 200 meter secara aman. Kah!Kah!Kah! Inilah imej pemuda UMNO yang cakap berdegar-degar tu. Demikianlah cara layanan, lakonan serta sikap polis Malaysia. KJ pulak betul-betul kelihatan seperti beruk. 


Bukan aku cakap. KJ cakap sendiri. Masihkah kamu ingat kata-kata KJ? Dahulu KJ pernah berkata bahawa orang yang berdemonstrasi adalah seperti beruk-beruk di jalanan. Anehnya, tak pernah pulak aku lihat wajah demontran macam beruk sepertimana wajah KJ sekarang (dalam gambar itu). Perhatikan betul-betul. Tak malukah pemuda UMNO lihat pemimpin kamu macam ini? Tak malukah Berahim Ali yang sedang bertelur untuk melahirkan ribuan anak-anak katak? 

Kata nak demonstrasi bersama, kenapa pergi bertelur pulak? Dayus betul. Sedayus mahaguru silat Omar Din yang bercakap hebat. Para pejuang Islam sudah lama maklum sejauh mana keberanian musuh-musuh Islam. Sejak zaman Rasulullah s.a.w. dah. Pejuang Islam 313 orang sanggup berdepan dengan 1 000 orang musyrikin. Pejuang Islam guna pelepah tamar saja untuk pukul muka para musyrikin. 

Apabila tentera musuh berjumlah 100 000 orang, pejuang Islam mengalahkan mereka dengan 10 000 tentera sahaja. Ini bermakna 10 000 orang pemuda UMNO, pakar silat Omar Din dan ahli PERKASA yang bodi sasa tak layak untuk berhadap dengan golongan jihad dan sanggup mati kerana Islam. 

Percayalah. TG Haji Hadi telah berkata, "BERSIH 2.0 hanya permulaan kepada satu perjuangan yang akan mencapai kemenangan. Keputusan seterusnya terletak kepada kerajaan. Kita akan terus bangkit dengan lebih gagah sama ada sebelum atau selepas PRU13". 

Demikian kata-kata Tuan Guruku. Aku bersama. TETAP BERSAMA. YA TETAP BERSAMA DENGAN PERJUANGAN SUCI INI. Kata TG Nik Aziz, " kezaliman akan ada tarikh luputnya." Kata-kata semangat dua tuan guruku bergelombang dalam darahku. AWAS KEZALIMAN./BayangDiAir-TKO

BERSIH 2.0 : Kebenaran Sentiasa Atasi Kekejaman

Posted: 09 Jul 2011 10:38 PM PDT

Penganjur BERSIH 2.0 petang semalam mengisytiharkan matlamat perhimpunan itu menuntut pilihan raya adil dan telus berjaya dipenuhi walaupun lebih seribu rakyat dan pemimpin ditahan polis manakala ribuan lagi ditembak dengan gas pemedih mata dan dipancut air berkimia. Walaupun hasrat untuk menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dihalang oleh ribuan polis bersenjata automatik di laluan ke Istana Negara, BERSIH 2.0 berjaya menyemat keperluan untuk pembaharuan proses pilihan raya disanubari kita semua.

Stesen televisyen Al-Jazeera melaporkan lebih 100,000 rakyat menyertai BERSIH 2.0 walaupun terpaksa menongkah pelbagai kezaliman polis dan pemerintah. Secara ringkas berikut adalah "harga" yang terpaksa dibayar oleh pendokong Bersih :

1,667 orang ditahan termasuk Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan dan ahli jawatankuasanya Maria Chin Abdullah. Lebih 250 yang lain ditangkap sebelum ini, termasuk enam di bawah Ordinan Darurat.Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ditembak gas pemedih mata dan mengalami kecederaan di kepala dan kaki. Beliau menerima rawatan di Hospital Pantai. Anaknya Nurul Iman dan Hana ditahan manakala pengawal Anwar dikasari.Turut cedera ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad. Kepimpinan utama PAS turut diberkas termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya, Mohamad Sabu serta dua naib presidennya, Sallehuddin Ayob dan Datuk Mahfuz Omar. Ahli parlimen yang ditahan termasuk Tian Chua, RSivarasa, Azmin Ali, Fuziah Salleh (PKR) dan Ngeh Ko Ham (DAP).

Harga murah Namun harga itu dianggap "murah" berbanding dengan mesej tajam yang dihantar oleh Himpunan BERSIH 2.0.Perkara paling memberangsangkan adalah hakikat bahawa ratusan ribu orang yang turun padang menyertai BERSIH merangkumi pelbagai kaum, khususnya Melayu, Cina dan India, menjadikan BERSIH sebuah gerakan rakyat dalam erti kata sebenarnya.

Kehadiran mereka membuktikan "kuasa rakyat" masih kuat membara di negara ini dan tidak mungkin ditenggelamkan dengan provokasi dan kekerasan polis serta pemerintah, walau sehebat manapun.

"Kebenaran akan sentiasa mengatasi kekejaman," kata Ambiga, sejurus sebelum beliau ditangkap oleh polis dan dibawa ke suatu lokasi yang tidak diketahui.Beberapa "adegan-adegan" BERSIH 2.0 akan sentiasa terpahat dalam sejarah negara ini.

Contohnya: ribuan rakyat berbilang kaum bersilang tangan, membentuk saf berjalan walaupun disekat polis yang menembak air bercampur kimia dan gas pemedih mata di Jalan Pudu.

Begitu juga dengan rakyat yang menyanyi 'Negaraku' di Stadium Merdeka bagi meraikan kejayaan melepasi sekatan jalan dan kekerasan polis.

Imej-imej anggota polis yang bergerak secara berkumpulan, memukul, memijak rakyatnya sendiri sebelum mengheret mereka ke lokap juga akan terpahat dalam ingatan.Pancutan air berkimia dan bau gas pemedih mata pula akan menandakan 9 Julai 2011 sebagai hari di mana aparatus pemerintah diguna untuk menghalang rakyat berjalan aman ke sebuah lokasi untuk menzahirkan keperluan diadakan pilihanraya adil dan telus.

BERSIH 2.0 berjaya membongkarkan wajah sebenar pemimpin-pemimpin utama negara ini.

Wajah sebenar Najib Sebuah gerakan yang aman, ditunjangi oleh pemimpin masyarakat madani menjadi mangsa serangan pemerintah dengan ribuan orang ditangkap hanya kerana memakai baju berwarna kuning atau berjalan secara berkumpulan.Wajah sebenar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terdedah apabila beliau sendiri mengikut rentak PERKASA, mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman terhadap Ambiga.

Media arus perdana dan khutbah Jumaat di masjid dipergunakan untuk melabelkan BERSIH sebagai kumpulan pelampau, berfahaman komunis dan mahu menggulingkan kerajaan menerusi kekerasan.

Apabila Yang di-Pertuan Agong memberi petunjuk jelas supaya kerajaan dan BERSIH berdialog, Najib bertindak dengan menegaskan BERSIH adalah sebuah pertubuhan yang diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri .Justeru, Najib mendakwa BERSIH tidak layak memohon permit untuk menganjurkan perhimpunan itu di stadium.

BERSIH 2.0 menunjukkan Najib dan Umno pimpinannya sebagai orang yang tidak teragak-agak membelakangi institusi Raja. Negara diktator

Najib bukan sahaja bersifat rasis tetapi juga tidak langsung melihat keperluan merombak proses pilihan raya negara ini yang banyak menguntungkan pemerintah selama ini.

Perdana Menteri dan sepupunya Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein juga mempamerkan kesanggupan luar biasa menggunakan polis untuk menangkap orang awam di atas sebab-sebab dangkal yang mirip sebuah negara diktaktor. Walaupun mencanang dirinya sebagai adil dan berjiwa rakyat, BERSIH membuktikan Najib tidak akan teragak-agak menggunakan kuasa eksekutifnya untuk menumpaskan sesiapa yang dianggap sebagai musuh politik Umno.

Dalam konteks Himpunan BERSIH, beliau melihat tokoh-tokoh seperti Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, Ambiga dan Presiden Jamah Islah Malaysia Zaid Kamaruddin sebagai musuh politiknya.

Semua mereka adalah aktivis berhemah tinggi, mempunyai kewibawaan dan keikhlasan mendokong agenda murni iaitu berjuang untuk proses pilihanraya yang lebih baik.

Kenapa agenda begitu digeruni oleh Umno dan Najib?Inilah persoalan yang berlegar di minda rakyat sebelum dan pada 9 Julai , dan terus akan berlegar pada hari-hari menjelang pilihan raya umum ke 13.

Kebingkasan kerajaan mengeluarkan segala senjata yang ada padanya (media, khutbah jumaat, polis, mahkamah, pendaftar pertubuhan,) untuk menumpaskan BERSIH 2.0 menimbulkan banyak tanda tanya mengenai kepemimpinan Najib, khususnya bersabit keikhlasan beliau.Kesetiaan kepada Raja?

Episod BERSIH telah menawarkan Najib ruang yang cukup luas untuk mendokong sebuah agenda rakyat yang mustahak dan pada masa sama menzahirkan kesetiaan beliau kepada Istana Negara.Namun semua ini ditempelak oleh Perdana Menteri dalam keghairahan untuk memastikan kelangsungan penguasaan penuh kerajaan ke atas insitutusi seperti Suruhanjaya Pilihan Raya, polis dan badan kehakiman kekal berterusan.

Perhimpunan aman BERSIH 2.0 bagaimanapun memberi semangat bahawa kuasa rakyat masih membara di Malaysia dan tidak mudah dipadamkan oleh pemerintahan kuku besi.

Seperti mana kata Ambiga "kebenaran akan sentiasa mengatasi kekejaman." 

Wira Arjuna/mk

Kulit Buku Dari Kulit Manusia

Posted: 09 Jul 2011 09:00 PM PDT

Kulit buku ini diperbuat daripada kulit manusia yang di lapah daripada seorang hamba abdi yang meninggal dunia semasa zaman Revolusi Peranchis.Pemilik asalnya adalah seorang bangsawan Peranchis dan relah mendermakan buku ini kepada perpustakaan di Kota Leeds, UK kerana tidak tahan menghadapi gangguan yang aneh setiap malam. Bangsawan Peranchis itu kerap kali mendengar suara kesakitan meminta tolong dan pelbagai gangguan aneh dan menakutkan. Tidak dapat di pastikan kenapa mereka menjadikan kulit manusia mati sebagai kulit buku.Adakah untuk mengekalkan buku itu tahan lama?

Cekik Anak Kerana Banyak Tanya

Posted: 09 Jul 2011 07:00 PM PDT

Seorang ayah dijatuhi hukuman lapan tahun penjara kerana membunuh anak perempuannya kerana gara-gara masalah kewangan. Demikian diberitakan The Korea Herald/ANN, Jumat (8/7/2011).Lelaki berusia 51 tahun yang namanya dirahsiakan itu mencekik anak perempuanya ketika dia sedang tidur. Lelaki ini sebelumnya bercerai dan harus membesarkan dua anaknya seorang diri. Sayangnya, perceraian itu menganggu jiwanya dan membuatnya tak boleh bekerja lagi.

Rumah kemudian dilelong dan keluarga ini tak punya tempat tinggal. Anak perempuannya kemudian kecewa dan menanyakan keadaan ini kepada sang ayah. "Di mana kita akan tinggal, bagaimana dengan wang kuliah saya? Cari wang sekarang," demikian ujar anak perempuannya.

Dia meminta maaf kepada anak perempuannya namun sang anak tak mahu mengerti dan terus mendesak sang ayah yang membuatnya kehilangan kawalan. Pengadilan Incheon, Korea Selatan, kemudian menjatuhkan hukuman setelah melihat sejumlah fakta di persidangan.

Masjid dan Gereja Bersebelahan

Posted: 09 Jul 2011 05:00 PM PDT

Gereja Kristian jawa atau gkj joyodiningratan dan Masjid Al hikmah di kota Solo, Jawa Tengah, sejak sekitar 60 tahun lalu berdiri berdampingan. Umat dari dua tempat ibadah itu pun hidup berdampingan. Bahkan, gereja dan masjid ini menggunakan alamat yang sama, yakni jalan gatot subroto 222, kampung joyodiningratan, kratonan, serengan, solo. Mereka membangun harmoni kehidupan dengan saling menghargai. Bagi pihak gereja, mendengarkan suara azan pada saat khUtbah sudah menjadi hal biasa.


Begitu juga bagi jemaah masjid, mendengar paduan suara dari gereja juga sudah biasa. Jemaah solat yang memenuhi jalan raya, termasuk area depan gereja, sudah biasa terjadi. 

Tak hairan, walau pemimpin di gereja mahupun pengurus masjid telah berganti-ganti, kedua tempat ibadah ini tetap eksis hingga sekarang. Ketika hari raya idul fitri jatuh pada hari minggu, demi menghormati umat yang mengikuti solat di Masjid Al Hikmah, pihak gereja meniadakan kebaktian pagi hari.

"Biasanya setiap minggu kebaktian dilakukan empat kali. Namun, kalau hari minggu itu bertepatan dengan sOlat idul fitri, maka khusus kebaktian pukul 06.30 kami tiadakan," tutur pendeta Widiatmo Herdjanto sth, pendeta jemaat gkj joyodiningratan yang memimpin gereja tersebut selama 20 tahun.

Jika perayaan natal berlangsung, biasanya urusan parkir kendaraan dari jemaat gereja dibantu pemuda masjid. Bahkan, ketika seorang pendeta di gkj joyodiningratan meninggal, pengurus Masjid Al Hikmah menyediakan tempat parking di sekitar masjid.

Tugu lilin

Kerukunan umat Masjid Al Hikmah dan gkj Joyodiningratan disimbolkan dengan tugu berbentuk lilin yang didirikan persis di antara tembok gereja dan masjid. Tugu itu dibuat sebagai komitmen pihak masjid dan gereja untuk selalu menjaga hubungan baik.

Masjid al hikmah dibangun tahun 1947 di atas tanah milik Haji Ahmad Zaini. Adapun gedung gkj dibangun tahun 1929.

"Almarhum bapak mertua saya punya tanah persis di samping gereja. Ia lalu menyampaikan izin membangun masjid di tanah itu. Sekarang masjid diwakafkan untuk umat," ujar Nur Aida (60) yang tinggal di joyodiningratan sejak 1967.

Pendeta gereja dari masa ke masa telah biasa memenuhi undangan halal bihalal yang diadakan warga kampung setempat. Hubungan antara mereka juga terjalin cukup erat. "Kalau lebaran saya dikirim roti oleh tetangga-tetangga yang non-muslim. Gantian saat natal, saya kirim kuehke tempat mereka," ungkap gusti.

Umat masjid dan gereja pernah saling bantu membantu korban gempa Yogyakarta dan klaten tahun 2006. "waktu itu masjid sedang membuat acara bakti sosial untuk korban gempa. Gereja dan tetangga yang non-muslim ikut memberi bantuannya," ungkap ketua takmir Masjid Al Hikmah m nasir (45).

Ayah nasir, abu bakar, adalah salah satu yang terlibat dalam kesepakatan menjaga hubungan harmonis antara gereja dan masjid. "waktu masjid mau ditingkat, kami menyampaikan dan minta izin ke pendeta. Begitu juga sebaliknya, saat gereja mau ditingkat, mereka datang dan minta izin ke sini," sebut nasir.

Menurut Nasir, pernah ada usaha provokasi dari pihak luar. Namun, latar belakang dan sejarah hubungan keduanya yang sudah terjalin baik menjadi penangkal hasutan tersebut.

"Tugu lilin itu punya makna dalam. Setiap kali melihatnya, kami teringat bahawa bapak ibu kami dulu telah membangun fondasi hubungan yang baik. Jangan sampai itu rosak dalam sekejap. Hubungan seperti ini sangat indah," kata Nasir.


Tiada ulasan: