Addin |
- Bongkar !! Lagi Bukti Pembohongan SPR
- BERSIH 2.0 Akan Berhimpun di 24 Bandaraya Dunia Esok
- Bongkar!! Bukti Pembohongan SPR
- Dedah Siapa Dalang Senjata
- Panduan Aliran Trafik Di Kuala Lumpur Pada 9 Julai Ini
| Bongkar !! Lagi Bukti Pembohongan SPR Posted: 08 Jul 2011 11:09 AM PDT Artikel ini telah aku copy paste dari blog Milo Suam. Memang tuntutan BERSIH amat berasas, banyak kepincangan sistem pilhanraya yang dikuda-kudakan oleh UMNO BN. Aku tak nak komen apa-apa sebab nak tidur awal sebab pagi-pagi esok aku nak bertolak ke KL join BERSIH 2.0. Kalau engkau rajin, tinggallah komen-komen pedas buat Suruhanjaya Penipu Rakyat.. Bagi isyarat rakyat Malaysia dah meluat dengan depa ni. Kepada semua sahabat-sahabat selamat bermain polis sentri dan aci ligan dengan Polis Raja Di Malaysia..ha..ha.. adios.. Di bawah ini salah satu bukti yang tidak dapat dinafikan oleh SPR. Hasil semakan di website rasmi SPR telah menunjukkan seorang pengundi berdaftar bernama MOHD ISA BIN MAT RANIB ini, memegang kad pengenalan lama bernombor 4786412 namun memiliki dua kad pengenalan baru bernombor 530618106367 dan 330618105173. Beliau juga dilihat memiliki alamat tempat tinggal yang berbeza. | ||
| BERSIH 2.0 Akan Berhimpun di 24 Bandaraya Dunia Esok Posted: 08 Jul 2011 08:27 AM PDT Bersih 2.0 Global meminta rakyat Malaysia di seluruh dunia supaya turut berhimpun pada masa yang sama esok, sebagai tanda sokongan kepada tuntutan untuk pilihan raya yang bersih dan adil. Bersih 2.0 Global dalam satu kenyataan menggesa agar perhimpunan diadakan serentak di 24 bandaraya di 15 negara di Eropah, Asia Timur, Australasia dan Amerika. "Di mana pun berada, kita hendaklah memakai baju-T kuning serta membawa sepanduk, belon dan plakad kuning bersama slogan menyokong pilihanraya yang bersih dan adil di Malaysia," kata wakil gerakan global itu. Bersih 2.0 Global berpendapat negara ini perlu mengamalkan demokrasi terbuka di mana kebebasan bersuara dan berhimpun secara aman adalah satu norma dan bukannya pengecualian. "Seperti kes perhimpunan di Kuala Lumpur, kami berhasrat untuk berhimpun secara aman dan bermaruah, serta kita akan berbuat demikian tanpa takut dengan meriam air, gas pemedih mata, intimidasi polis, atau tangkapan sewenangnya kerana berpakaian kuning. "Kami, rakyat biasa Malaysia di seluruh dunia, menyokong Bersih 2.0 kerana kita boleh dan kerana kita sepatutnya (berbuat demikian)," kata kenyataan itu lagi. Menurutnya lagi, adalah menjadi tanggungjawab Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk "memenuhi tugas dan tanggungjawabnya" dengan mengakui "kehendak rakyat" supaya membenarkan himpunan itu diadakan secara aman. Addin memohon peserta BERSIH 2.0 di luar negara supaya menghantar berita, maklumat dan gambar-gambar kepada kami di addin1977@gmail untuk disiarkan dalam blog Addin. | ||
| Bongkar!! Bukti Pembohongan SPR Posted: 08 Jul 2011 05:49 AM PDT Sah SPR pembohong besar, masih ada lagi ke pengundi yang berumur 132 tahun di Malaysia ni? Saya cabar SPR buktikan. Jikalau benar, bolehlah masuk dalam Guinness World Records. Sila Lihat gambar serta list dibawah.. lihat umur-umur pengundi yang lagi masih boleh mengundi dan masih tersenarai dalam Daftar SPR.. yang lahir pada tahun 1879 dan 1880 pun masih ada. Inilah yang dinamakan pengundi hantu, yang UMNO BN beria-ria halang himpunan aman BERSIH inilah sebabnya.. UMNO pembohong, SPR pembohong!! Lagi sekali saya cabar SPR buktikan masih ada pengundi Malaysia berumur 132 tahun!! Kalau tak percaya jugak, ini pengundi di Malaysia yang berumur 112 tahun hingga 132 tahun dalam senarai tipu SPR. Sila semak di sini. 790610740022 1448642 WONG SENG CINA 1879 132 800501030028 A0993271 NAZMI BINTI HARUN MELAYU 1880 131 850710740048 3498040 NG KHOA CINA 1885 126 850608740017 1453245 KONG KEW KEE CINA 1885 126 450826085273 0592818 NG AH KOW CINA 1886 125 870608740058 1392190 WONG YEE CINA 1887 124 881101080023 0336299 ITAM LATIH 1888 123 881112610069 2106517 MOHAMAD MELAYU 1888 123 881003740059 0439199 WONG PIN CINA 1888 123 890624713118 2110938 MURUGAI A/P RAMAMOORTHAI INDIA 1889 122 901102740113 0363429 HOW TOH YOON CINA 1890 121 910103740048 0387294 MOK SOON HOONG CINA 1891 120 910812740032 0914383 AH SEE CINA 1891 120 921012750017 2112135 DOORASAMY S/O PARASAMY INDIA 1892 119 921108740075 0439792 LIANG KWAY CINA 1892 119 931218740147 0596852 LEE KOOI CHIEW CINA 1893 118 931108080037 0357301 HAJI ABDUL MUTALIB MELAYU 1893 118 931116080010 2587063 HAJI HALIJAH BINTI ENDUT MELAYU 1893 118 930920740089 3841080 WONG AH SIEW CINA 1893 118 930104750019 2779357 SUPPIAH S/O SUPPIAH INDIA 1893 118 941124740073 0617600 POON SUM CHOON CINA 1894 117 940601740064 1413720 CHONG CHUI CINA 1894 117 940503740167 1042990 LEONG YAK CINA 1894 117 941231080015 4063070 YOK GUNONG ORANG ASLI 1894 117 951129740055 0608134 LEE AH NGEE CINA 1895 116 950720710019 7599200 ASA SINGH INDIA 1895 116 960913740088 1850228 SADRI B ALAM MELAYU 1896 115 961024740074 2077418 LOH YAN TAN CINA 1896 115 961122740078 0588769 LOH TAI HOI CINA 1896 115 960408740255 7603072 YONG CHAN CINA 1896 115 971123740159 0392250 LAI CHOONG YOOK CINA 1897 114 970811080049 3514775 GOVINDASAMY INDIA 1897 114 971231743699 1066220 HEE PENG FOOI CINA 1897 114 980605740076 1413246 WONG SAM NOOI CINA 1898 113 981121080256 0585983 LEE YOKE KWAI CINA 1898 113 980503740147 1042943 YON LOON CINA 1898 113 980531750019 1382853 A K RETHNAM CHETTEER INDIA 1898 113 980607750059 1449825 SINNATHAMBY S/O AVADAI INDIA 1898 113 981125740100 0623105 CHAN SOON CINA 1898 113 980410750573 7638932 K.SHAIK DAWOOD INDIA 1898 113 981017740031 0366169 NG AH TEE CINA 1898 113 991107740157 0326715 WONG SEN CHEANG CINA 1899 112 991203740069 2583162 TEOH KOK TONG CINA 1899 112 991202710052 0591839 LAU TEE CINA 1899 112 991231741990 8156595 NGAN SUAR @ NGAN OH SUAR CINA 1899 112 991120740020 0619180 THAM LEAN TAI CINA 1899 112 991126710148 0410514 LEE KWAI FONG CINA 1899 112 990615740079 1406250 YIP PENG CINA 1899 112 990509740083 1078174 CHANG KWONG CINA 1899 112 | ||
| Posted: 07 Jul 2011 07:00 PM PDT
3 perkara yang membuatkan penemuan senjata itu memang agak tidak munasabah dan tidak masuk akal, pertama kebiasaannya molotov koktail di buat dalam botol kaca bukannya dalam botol air mineral plastik yang mudah terbakar. Keduanya parang-parang yang dijumpai seolah-olah baru dibeli dari kedai, terlalu baru. Ketiga, penemuan t-shirt BERSIH itu sendiri, kerana t-shirt itu melambangkan identiti atau pengenalan. Dalam ertikata yang paling mudah, jikalau anda hendak merompak adakah anda akan tinggal kad pengenalan anda selepas merompak? Kejadian ini seolah-olah ada individu atau kumpulan tertentu bertujuan untuk memburukkan perhimpunan aman BERSIH 2.0 serta menimbulkan ketegangan. SHAH ALAM, 7 Julai (Harakahdaily) - PAS mendesak pihak polis segera melakukan siasatan terperinci mengenai penemuan berbagai jenis senjata yang dikaitkan dengan Bersih seperti diumumkan polis di dalam siaran media, baru-baru ini. AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman membuat laporan polis terhadap Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah yang mendedahkan penemuan itu pada 6 Julai lalu. Turut serta dalam laporan di IPD Shah Alam petang tadi adalah Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Sany Hamzan dan Ketua Pemuda PAS Shah Alam, Mohd Hilmi Redzwan. Mazlan berkata, ekoran pendedahan polis menemui perkara itu secara terbuka, ia telah menimbulkan banyak keraguan rakyat tentang sejauh mana ketelusan polis atas isu itu. "Penemuan senjata seperti parang yang masih baru dan baju T Bersih adalah sangat meragukan serta menimbulkan tanda tanya rakyat. "Gambaran buruk dan fitnah yang ditujukan kepada penganjur Bersih seperti pertubuhan haram, kemungkinan huru hara akan berlaku dan pertumpahan darah boleh berlaku adalah sangat tidak bertanggungjawab," tegasnya. Sekatan jalan raya dibuat pihak polis, tangkapan kepada orang awam, gangguan terhadap ceramah dan serbuan terhadap premis-premis tertentu disusuli dengan penemuan senjata berbahaya seperti dirancang membuktikan ada pihak-pihak ingin melakukan huru hara dalam negara ini, tambahnya. Katanya, penggunaan ISA, Ordinan Darurat termasuk perisytiharan Darurat boleh digunakan kononnya sebagai langkah pencegahan dan jika itulah perancangannya, ia sangat malang dalam sistem demokrasi perlembagaan negara ini. Menurut laporan media, Tun Hisan mendedahkan tentang penemuan parang, pemetik api, botol plastik berisi petrol dan baju T kuning bertulisan Bersih. Barangan itu ditemui di celah batu lereng bukit belakang sebuah tokong di Batu 14, Jalan Lama Gombak - Bentong setelah menerima maklumat seorang Asli yang mencari rotan di kawasan itu. Laporan juga dibuat terhadap Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh yang membuat pendedahan berasingan tentang penemuan barangan lain. Antara yang didedahkan adalah empat molotov koktel, 28 mercun bola, topeng dan baju T Bersih dalam bungkusan plastik hitam di celah pokok hiasan di hadapan restoren The Ship Kompleks Pertama. Menurut Mazlan, pihaknya mendesak siasatan segera dilakukan apa motif pendedahan dibuat terhadap orang awam, siasatan dan tindakan segera dilakukan terhadap suspek yang ditangkap, siasatan dan dedahkan siapa dalang di sebalik penemuan berbagai senjata itu. Desakan keempat adalah memohon penjelasan apa kaitan penemuan barangan itu dengan Himpunan Bersih pada 9 Julai ini. "Saya menuntut pihak polis memainkan peranan sebenar mereka melindungi rakyat seluruhnya tanpa menjadi boneka kepada sesiapa yang berkepentingan. "Taktik kotor seperti Peristiwa 13 Mei 1969, Peristiwa Memali dan Operasi Lalang adalah lapuk dan menjijikkan," tegasnya lagi. Menurutnya, Fasal 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak rakyat untuk berpesatuan, kebebasan bersuara dan behimpun secara aman mesti dipatuhi. Mazlan menambah, beliau bersama seluruh rakyat Malaysia menjunjung titah khas oleh Tuanku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, baru-baru ini. Katanya, prinsip keadilan, kebijaksanaan, perundingan dan mendengar rintihan rakyat sebagaimana yang ditekankan baginda sangat bertepatan dan harus dijunjung setiap lapisan rakyat termasuk polis. Dalam sidang sama, beliau mendedahkan dokumen notis penolakan masuk ke Sarawak, 6 Julai lalu yang menyatakan pihak berkuasa negeri telah mengarahkan tiada pas dikeluarkan kepadanya./Hrkh | ||
| Panduan Aliran Trafik Di Kuala Lumpur Pada 9 Julai Ini Posted: 07 Jul 2011 05:00 PM PDT Berikut adalah panduan untuk aliran trafik di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini: 1. Trafik dari Lebuhraya Persekutuan ke Kuala Lumpur akan dilencongkan ke Jalan Kelang Lam, Sungai Besi, dan Lebuh Raya Seremban 2. Trafik dari Jalan Kelang Lama ke Kuala Lumpur akan dilencongkan ke Lebuh Raya Seremban atau Petaling Jaya 3. Trafik dari Jalan Bangsar/Jalan Travers ke pusat bandar akan dilencongkan ke Jalan Mahameru 4. Trafik dari Jalan Mahameru ke pusat bandar melalui laluan Muzium Negara akan dilencongkan ke Jalan Bangsar 5. Jalan dari Sungai Besi ke Istana Negara akan ditutup. Panduan untuk menghadiri perhimpunan boleh didapati di sini dan di sini. |
| You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







Tiada ulasan:
Catat Ulasan