Khamis, 7 Julai 2011

Addin

Addin


Mesyuarat Tergempar PR Malam Ini Bincang Larangan Masuk KL

Posted: 07 Jul 2011 09:13 AM PDT

Pimpinan Pakatan Rakyat akan mengadakan mesyuarat tergempar malam ini yang antara lain akan membincangkan larangan memasuki KL terhadap 91 individu yang dikeluarkan polis petang tadi. Perkara itu diberitahu Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu kepada KeadilanDaily.com sewaktu dihubungi bagi mendapatkan reaksi terhadap larangan itu. Belia merupakan salah seorang daripada 91 individu yang dilarang masuk ke Kuala Lumpur Sabtu ini.


Bercakap lebih lanjut, Mat Sabu menyifatkan UMNO sebagai sudah terlalu panik kerana menggunakan pelbagai halangan untuk menyekat perhimpunan aman Bersih. Beliau juga melihat sikap tidak profesional polis kerana terlibat dalam usaha melakukan intimidasi terhadap himpunan Bersih yang menuntut pilihan raya aman dan Bersih semata-mata.

"UMNO panik, PM pembohong, dan polis tidak profesional. Sekejap nak bagi stadium, sekejap tak bagi berarak, permit pun tak mahu diberikan" katanya. Polis Kuala Lumpur petang tadi mengeluarkan senarai 91 orang yang dilarang berada di Kuala Lumpur, Sabtu ini.

Seramai 66 orang invididu yang dinamakan adalah berkaitan dengan Bersih termasuklah pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevasan, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsuliskandar Mohd Akin dan peguam muda LFL, Fadiah Nadwa Fikri./KD

Addin :

Lawan tetap lawan!!


Najib Gagal Kawal Kebuasan Hishamuddin

Posted: 07 Jul 2011 03:30 AM PDT

Ketua Wanita KEADILAN Malaysia, Zuraida Kamaruddin menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Hussein untuk patuh pada titah baginda yang Di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Zuraida membuat kenyataan itu pada satu sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya pagi tadi. Ia dibuat berikutan Hishammuddin berterusan menggalakkan polis menekan dan menindas rakyat yang bersimpati dengan himpunan aman Bersih yang akan berlangsung 9 Julai ini.


"(Tindakan) Hishammuddin Hussein yang berterusan menggalakkan institusi polis untuk menahan dan menghalang perhimpunan aman Bersih pada 9 Julai ini adalah suatu tindakan yang amat biadap kerana jelas melanggar titah baginda Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

"Tindakannya membuatkan rakyat kini hairan, siapa sebenarnya yang lebih berkuasa? Yang DiPertuan Agong, Datuk Seri Najib Razak atau Hishammuddin? "Ini kerana, secara jelas Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan telah memberi perkenan untuk diadakan perhimpunan aman ini.

"Maka, Hishammuddin seharusnya taat dan patuh, seperti seharusnya sebagai seorang Melayu dan warganegara Malaysia," kata Zuraida. Bercakap lebih lanjut, Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersikap lepas tangan dan membiarkan sahaja menteri-menterinya bertindak sesuka hati dalam isu Bersih ini.

"Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri nampaknya sudah lepas tangan dan tidak berupaya lagi untuk menambat dan mengawal perilaku buas Menteri-menterinya. "Kedayusan Najib ini melihatkan seolah beliau pak turut dan mangsa buli menteri bawahannya," kata Zuraida.

Selain daripada itu, Zuraida juga menuntut agar semua mereka yang ditahan berkaitan Bersih dibebaskan dan barang-barang berkaitan Bersih yang dirampas dipulangkan agar tiada lagi sabotaj dilakukan terhadap Bersih. "Selain dari lapan tuntunan Bersih sedia ada, kami menuntut agar Hishamudin membebaskan kesemua 194 tahanan termasuk 6 yang ditahan Ordinan Darurat.

"(Kami juga menuntut polis) mengembalikan kesemua barangan Bersih yang dirampas. Polis harus bekerjasama mengawal keadaan, bukan memburukkannya lagi," kata Zuraida./KD


Rosmah Ajak Isteri Wakil Rakyat Jaga Kecerdasan Fizikal

Posted: 07 Jul 2011 01:53 AM PDT

KUALA TERENGGANU - Isteri wakil rakyat perlu menjaga kecergasan fizikal bagi memastikan mereka berkeupayaan mengiringi suami menjayakan pelbagai program untuk rakyat selain melaksanakan program sendiri. Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berkata sebagai isteri kepada wakil rakyat, mereka memainkan peranan penting khususnya dalam memberi sokongan kepada tanggungjawab si suami. "Sehubungan itu, penjagaan kesihatan perlu menjadi agenda dan resepi peribadi dalam kehidupan kita seharian. Individu yang sihat mampu memberi sumbangan kepada pembangunan dan kemakmuran negara selaras dengan slogannya iaitu 'Rakyat Sihat, Negara Sejahtera'," katanya.


Rosmah yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) berkata demikian ketika berucap pada perasmian Program Tahunan Isteri-isteri Wakil Rakyat, di sini pada Khamis.


Perasmian dilakukan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said. Turut hadir isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta Yang Dipertua Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Terengganu Toh Puan Seri Norliza Mamud.

Rosmah berkata kegagalan isteri memainkan peranan di samping suami boleh meninggalkan kesan negatif khususnya terhadap imej suami sebagai wakil rakyat.

"Hendak atau tidak, suka atau tidak suka, sebagai seorang isteri wakil rakyat, para suri haruslah pandai memainkan peranan masing-masing selaras dengan keperluan masyarakat setempat apatah lagi dengan pilihan raya yang sudah hampir tiba," katanya.

Beliau juga mahu isteri wakil rakyat membuka minda dan mendekati rakyat seperti yang dilakukan suami masing-masing.

"Rajin-rajin ikut suami balik ke kawasan, jenguk-jenguklah rakyat jelata dan teruskanlah khidmat bakti di tempat masing-masing melalui pelbagai aktiviti berorientasikan rakyat, dengan itu insyaAllah peranan kita akan dianggap relevan," katanya.

Pada program yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini, sebanyak 14 kontinjen dengan 478 peserta mengambil bahagian.

Mengulas program itu, Rosmah berkata ia diharap dapat mengeratkan hubungan dan perpaduan pada kalangan isteri wakil rakyat Barisan Nasional dari seluruh negara.

"Fokus pertemuan kita dalam program ini bukan sekadar untuk bersukan tetapi fokus utamanya adalah sebagai wadah bagi mewujudkan persefahaman, perpaduan dan semangat muhibah di kalangan isteri wakil rakyat," katanya./ Bernama

Addin :



Macam ni ke dimaksudkan oleh Rosmah menjaga kecerdasan fizikal??

Najib Mintak Silat Lincah Halang BERSIH?

Posted: 06 Jul 2011 11:55 PM PDT

Najib mintak bantuan anak buah Omar Din untuk halang BERSIH ke? Tak akan sampai tahap pengecut macam tu kot.. Kami nak buat perhimpunan aman, bukannya nak bersilat, berparang dan bermolotov koktail. Aku percaya kalau Najib mintak betul-betul pasti Omar Din sanggup punya.. tak mintak pun dia boleh jadi pak sanggup. Apa yang payah sangat Najib, engkau bagi je kami berhimpun di stadium habis cerita. Tapi sebab engkau takut dengan suara keramat rakyat.. macam-macam helah engkau buat. Mula-mula sanggup berjumpa dengan BERSIH lepas tu tak jadi pulak.. betul-betul lidah bercabang macam biawak.


Artikel yang aku petik kat Malaysian Digest.com, engkau baca dan nilai maksud tersirat artikel ini :-


Addin

Hisham Saje - Saje Buat Bangang!!

Posted: 06 Jul 2011 09:58 PM PDT

KUALA LUMPUR -  "Saya berpendapat Bersih bukan sejenis pertubuhan tetapi adalah sejenis kempen," kata Pengerusi Pemulihan Demokrasi Dan Mobilisasi Rakyat, Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat. Beliau menyatakan demikian sebagai respons terhadap kenyataan yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang telah menuduh Bersih adalah sebuah pertubuhan haram. Atas tuduhan itumaka pihak polis telah menangkap lebih daripada 100 orang, melarang ceramah-ceramah, menggeledah rumah suspek, membuat sekatan jalan raya, melarang memakai baju Bersih dan lain-lain lagi.


Suhaizan berkata, dalam Akta Pertubuhan di bawah seksyen 2 akta itu menyatakan bahawa sesuatu pertubuhan ditakrif sebagai termasuk mana-mana kelab, syarikat, perkongsian atau persatuan dengan tujuh (7) atau lebih orang tidak kira apa jua jenis atau tujuannya, sama ada sementara atau kekal.

Menurutnya, mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka kempen pula bermaksud segala usaha (kegiatan dan tindakan) yang dirancangkan dan dilaksanakan dengan menggunakan penerangan (rayuan dll) untuk mempengaruhi pendapat umum atau mendapatkan sokongan umum terhadap sesuatu (matlamat dll) Bersih adalah sejenis kempen untuk menjayakan suatu pilihanraya yang adil dan bersih.

"Kempen ini disingkatkan sebagai Bersih," ujarnya yang juga Ketua Pemuda PAS Negeri Johor dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, bagi menjayakan kempen itu, maka ditubuhkan jawatankuasa yang dianggotai oleh 63 NGO yang diketuai oleh Datuk Ambiga. Katanya, jawatankuasa kempen ini bergerak keseluruh negara untuk mendapatkan sokongan bagi mengadakan Himpunan Bersih pada 9hb Julai 2011.

Tambahnya, kempen Bersih adalah seperti Kempen Tak Nak Rokok dan Kempen Kami Benci Dadah. Jelasnya, kempen-kempen itu dianggotai oleh agensi-agensi kerajaan dan NGO seperti Kementerian Kesihatan, Kementerian Penerangan, Kementerian Luar Bandar, Pemadam, Pengasih dan lain-lain lagi.

Kempen itu, ujarnya tidak memerlukan pendaftaran dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan yang diwujudkan pada tahun 1966 untuk menguatkuasakan Akta Pertubuhan 1966. Kempen ini adalah sejenis aktiviti agensi kerajaan dan NGO sahaja. Oleh itu Kempen Bersih adalah aktiviti 63 NGO terbabit.

"Saya berpendapat adalah wajar Menteri Dalam Negeri menarik balik tuduhan Bersihsebagai pertubuhan haram," katanya. Baginya, Menteri Dalam Negeri sebenarnya gagal membezakan antara pertubuhan dan kempen.

Oleh itu, ujarnya tuduhan-tuduhan di bawah seksyen 47 dan 50(3), Akta Pertubuhan 1966 yang melibatkan kesalahan menyebarkan bahan-bahan berkaitan dengan pertubuhan haram hendaklah digugurkan dengan segera./Hrkh

Addin :

Saje-saje buat bangang @ memang bangang!!


Papan Iklan "Jesus Nabi Islam" Cetus Kontroversi

Posted: 06 Jul 2011 09:45 PM PDT

SDYNEY - Sebuah kelompok Muslim bernama "MyPeace" (Damai Milikku) saat ini sedang mengkampanyekan kehidupan harmonis antara penganut agama Islam dengan pemeluk Nasrani. Salah satu wujudnya adalah memasang papan iklan di tempat umum dengan tulisan provokatif, yakni "Yesus Nabi Islam". Papan iklan itu pertama kali berdiri di Kota Sydney, di atas bangunan sebuah toko ban dekat perempatan jalan. Menurut pendiri MyPeace, Diaa Muhammad, pihaknya akan memasang papan iklan serupa berikutnya di Kota Adelaide.


Sebanyak 64 persen dari 22,6 juta penduduk Australia adalah penganut Kristen. Islam merupakan agama terbesar ketiga setelah Buddha dengan jumlah 1,7 persen.

Tentu saja, papan iklan "Yesus Nabi Islam" itu menimbulkan kontroversi di masyarakat Negeri Kanguru itu. Sejumlah orang yang tidak suka mulai melakukan perusakan terhadap tempat-tempat ibadah kedua agama. Sebanyak 65 protes sudah disampaikan kepada Biro Standar Iklan Australia agar pemasangan papan iklan semacam itu dilarang.

Namun, otoritas iklan Australia menolak semua keluhan itu dengan alasan kebebasan berpendapat dalam negara demokrasi. Salah satu pendukung ide iklan itu menyatakan, "Tentu tidak akan ada kesempatan sebuah papan iklan "Yesus Putra Tuhan" terpampang di Iran."

Kampanye harmonisasi Islam-Kristen yang dilancarkan Diaa Muhammad ini mendapat tanggapan positif dari seorang pendeta bernama Ian Powell. Keduanya lantas kerap bertemu untuk membahas soal agama dan ekstremisme.

Menurut Diaa, sebagai bagian memberikan pemahaman soal Islam terhadap penganut agama lain, kantornya membagikan Al-Quran gratis bagi siapa saja yang memerlukan. "Telepon sekarang, operator kami siap membantu," katanya./Tempo


"Sungguh Biadap Demonstrasi Ini"

Posted: 06 Jul 2011 07:08 PM PDT

Naib Presiden KEADILAN N. Surendran berkata, demonstrasi Angkatan Tentera Malaysia dan Polis di Raja Malaysia bertujuan menakut-nakutkan orang ramai berhimpun 9 Julai ini. Beliau mengulas Demontrasi yang dinamakan 'Demonstrasi Ketenteraman Awam sempena Eksesais Bersatu Aman di antara tentera dan polisyang dilakukan di Kem Sungai Besi di Kuala Lumpur. Antara yang paling menonjol semasa demontrasi berkenaan adalah sehelai kain rentang yang memberi amaran kepada orang ramai supaya 'bersurai jika tidak mahu ditembak', dalam pelbagai bahasa.


Surendran yang juga peguam berkata, tindakan tersebut salah dari segi undang-undang, malah demontrasi itu sendiri yang kononnya bertujuan menangani perhimpunan aman adalah bercanggah dengan perlembagaan.

"Memaparkan kain rentang dengan ugutan itu adalah salah di sisi undang-undang di bawah kesalahan jenayah di bawah Seksyen 503 Kanun Keseksaan (perbuatan memeras ugut dan menakut-nakutkan) dan melanggar perlembagaan persekutuan," katanya.

"Dengan apa yang dibuat menggambarkan negara berada di bawah pemerintahan kuku besi seperti yang dipraktikkan di Korea Utara dan Syria," katanya ketika dihubungi Keadilandaily.

Menurut Surendran, ia jelas merupakan intimidasi terhadap Bersih meskipun pemerintah tertinggi negara, Yang di Pertuan Agong perkenan perhimpunan anjuran NGO itu diadakan di stadium.

"Saya juga kesal walaupun Bersih sudah bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk mengadakan perhimpunan di stadium, polis masih lagi tidak menghentikan tangkapannya terhadap aktivis Bersih," kata Surendran.

Beliau bagaimanapun berkata semangat rakyat masih lagi kuat dan yakin rakyat akan terus berhimpun demi menuntut supaya kerajaan melaksanakan pilihan raya adil dan telus./KD

Addin :

Sungguh biadap demonstrasi ini.. menakut-nakutkan rakyat dengan cara sebegini adalah cara paling tak bertamadun. Memang sekarang kamu  berkuasa.. Tapi kamu kena ingat, kuasa rakyat kuasa keramat.. Ingat pengajaran di Mesir, Tunisia, Syria,serta Yaman. Rakyat bangkit apabila terlalu di tekan serta di nafikan haknya.


Tiada ulasan: