Isnin, 27 Jun 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


VIDEO - AYUH DENGARKAN LAGU `BERSIH'

Posted: 27 Jun 2011 09:40 PM PDT




Lirik SELOKA CAK KUN CAK di bawah :

Satu masa yang telah silam

Tak dapat diambil kembali

Melayu masyhur serata alam

Hidup mewah gagah sekali

Pahlawan kita ramai terbilang

Ditakuti ramai perwira

Melawan musuh tak terbilang

Keras semangat kerana bangsa

Gerak semangat kerana bangsa


Dialog itu orang dulu, berani rajin


Kelekaan jangan dikenang

Lautan juga kelak direnang

hampir tinggal sehelai benang

bencana sengaja dipinang

jika perhati bangsa dagang

kapak beliong,di tangan memegang

kekayaan hendaklah diregang

akhirnya saudagar pangkat dijulang


Disulami syair termasyhur

usahlah berdengkur

Kita jua yang bertafakur

Yang mana khilaf tegur menegur


laallalala


kulitnya BERSIH, hatipun BERSIH

budi yang baik hatinya pengasih

kulitnya besih, hatipun BERSIH

memikul belati tiada yang memilih


Jadikan besih, hatipun putih

Berkata benar bermulut fasih

Jadikan BERSIH, hatipun putih

Biarlah khazanah pintu terpilih


hohoohoh


Awak yang payah membelah ruyung

Orang bertandang yang beroleh untung

Akhirnya kita tak akan dihitung



MAHKAMAH PUN TAYANG VIDEO LUCAH TANPA SEBAB?

Posted: 27 Jun 2011 08:37 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

SISTEM kehakiman negara sekali lagi tercemar apabila di dalam mahkamah itu sendiri tayangan video seks dipertontonkan tanpa ada keperluan dari segi undang-undang. Sistem ini rosak apabila institusi kehakiman diperbudak-budakkan oleh kuasa politik yang dikuasai oleh rejim yang zalim, angkuh dan dipimpin oleh pemimpin yang tiada didikan agama. Maka, rosaklah institusi kehakiman angkara mereka.

Di dalam kes Datuk T yang dituduh menayangkan video lucah, mereka telah pun mengaku bersalah dan video tersebut telah diperakui sebagai tulen, maka di mana keperluannya mahkamah untuk menayangkan video lucah tersebut di khalayak awam? Apa tujuan tayangan itu dan relevenkah dengan kes yang dibicarakan sedangkan sidituduh mengaku bersalah? Ertinya. sememang ianya sengaja dilakukan dan buktinya bak kata Nazri Aziz, Hakim menggunakan budi bicaranya untuk menayangkan video seks atau tidak di dalam mahkamah. Adakah budi bicara sewenang-wenangnya boleh digunakan tanpa mempunyai alasan yang kukuh? Kenyataan Nazri Aziz di sini.

Adakah selama ini sesiapa yang dituduh di mahkamah atas kesalahan menayangkan video lucah dan mereka mengaku bersalah, maka mahkamah tayangkan juga video berkenaan? Saya rasa inilah satu-satunya kes yang ganjil berlaku dan sememangnya apa jua kes yang melibatkan DS Anwar pasti berlaku beberapa keganjilan. Baru-baru ini seorang India pemandu lori yang didakwa atas kesalahan yang sama, mengaku bersalah dan dipenjarakan 3 tahun. Adakah video Linklucah kepunyaan beliau ditayangkan di mahklamah?

Sekiranya seseorang yangh dituduh tidak mengaku bersalah, ada lojik dan relevennya video tersebut ditayangkan sebagai bahan bukti di mahkamah. Itu pun kebiasaannya dibuat secara tertutup di dalam mahkamah. Berbeza dengan kes melibatkan DS Anwar ini. Apabila ini terjadi, mudah kita buat kesimpulan bahawa drama ini memang sengaja dilakukan untuk mengaibkan Ketua Pembangkang tersebut sedangkan sehingga kini mereka gagal menyabitkan DS Anwar./wfauzdin.blogspot.com

GEMPAR - IBU PEJABAT PKR DI TROPICANA DI GANGGU `WOLFMAN' ?

Posted: 27 Jun 2011 10:06 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

JIKA benar berita di bawah ini, maka sahih lah bahawa sememangnya Pemuda Umno bacul dan dayus serta kehabisan modal di dalam meraih sokongan rakyat. Tindakan paling tidak bertamaddun dengan menunjukkan `berani' tidak bertempat berlagak seperti `Samseng Kampung Dusun' hanyalah menyerlahkan `ketololan' pimpinan mereka berpolitik.

Tiada keberanian bersemuka, jauh sekali untuk berdebat samada bos mereka yang paling tinggi sehingga ke `cicak mengkarung'. Sikap ganas dan provokasi ini seperti telah mula dihalalkan di negara ini dan amat malang sekali tiada seorang pun yang ditangkap hatta sehelai baju `merah patriot' yang dirampas. Ini lah yang dikatakan oleh DS Anwar perangai `Pandi Kutti'.

Setelah puas menyalak siang malam di dalam TV menentang Perhimpunan BERSIH, kata-kata mereka tidak laku lagi malahan ditertawakan orang. Sambutan kepada BERSIH bertambah hebat sehebat nyaringnya salakan puak ini. Akhirnya, mereka bertindak umpama `mat rempit' yang tidak bersekolah menyerbu ke Pejabat PKR. Ugutan dikeluarkan dan cabaran dibuat di hadapan bangunan batu. Tiada sesiapa pun waktu itu, andainya batu bangunan itu boleh bercakap, sudah pasti kumpulan tidak siuman itu akan ditertawakan oleh bangunan itu sendiri.

Betapa teruknya mereka, berani berdebat dan menyalak di hadapan bangunan tidak berpenghuni. Kita sering mendengar anjing menyalak di tengah malam ketika sunyi sepi dan tiada orang. Mengapa tidak boleh berfikiran rasional? Beranikah puak ini berdebat secara terbuka melalui TV tentang isu Perhimpunan BERSIH yang dibenarkan oleh Perlembasgaan ini? Jawapannya, sudah pasti tidak. Mereka tidak akan berani untuk berdebat kerana bos mereka pun tidak pernah berani untuk berdebat walaupun dicabar banyak kali oleh DS Anwar.

Tidak perlu ulas panjang, anda boleh nilai sendiri kualiti yang ada pada Pemuda Umno setelah anda membaca berita ini seperti di bawah;

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Polis 'tengok' 300 Pemuda Umno berhimpun, ugut bakar ibu pejabat KEADILAN

(Oleh Sidiqin Omar)


DAMANSARA: Kira-kira 300 Pemuda Umno yang berkonvoi dengan motosikal, kereta dan kenderaan pacuan 4 roda berhimpun depan ibu pejabat KEADILAN dengan lempar ugutan untuk membakar bangunan itu, jika pimpinan KEADILAN meneruskan Himpunan Bersih.

Konvoi itu tiba di hadapan ibu pejabat parti di Tropicana di sini, kira-kira jam 11 malam semalam dan melaungkan perkataan kesat termasuk mencaci dan menghina pimpinan Bersih, Datuk Ambiga Sreevenasan dan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengikut paparan twitter, konvoi itu dilapor bergerak dari Batu Tiga, Shah Alam dan berkumpul di stesen minyak Kampung Sungai Kayu Ara sebelum bergerak ke ibu pejabat parti.

Ketua Ranting PJS, M Jeyabalan memberitahu Keadilan Daily, anggota polis yang berada di tempat kejadian hanya memerhati gelagat penyokong yang membawa bendera Umno dan memakai t-shirt Patriot, tanpa mengambil sebarang tindakan menghalang.

Ketika konvoi yang diketuai Exco Pemuda Umno, Lokman Nor Adam tiba di ibu pejabat parti, tiada pimpinan KEADILAN berada di lokasi berkenaan.

Mengikut satu sumber, konvoi berkenaan kemudian bergerak ke PJS 8, Petaling Jaya.

Beberapa pimpinan parti termasuk Angkatan Muda KEADILAN (AMK) kemudian bergegas ke ibu pejabat sebelum membuat laporan polis di balai Tropicana yang terletak di deretan bangunan sama./SK

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=16085

Tiada ulasan: