WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
Posted: 05 Jun 2011 05:05 AM PDT Mula-mula dikatakan PAS mengikut telunjuk DSAI dan hanya akan menjadikan PAS parti serpihan sahaja.Malah menyelar PAS korbankan prinsip islam...Sebelum itu dikatakan jika PAS tidak menyertai Umno pun tidak mengapa asal keluar dari Pakatan Rakyat.Hari ini lain pula bunyinya ..pintu masih terbuka..Maka sah lah Umno ini masih gila talak atau meroyan tak tentu pasal mengajak PAS sertai Umno...Muhyiddin selar PAS korban prinsip Islam kerana politikMuhyiddin: Meskipun PAS terus tolak, pintu Umno masih terbuka
KUALA LUMPUR, 5 Jun — Meskipun PAS terus menolak kerjasama dengan Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengulangi bahawa pintu komponen BN itu masih terbuka kepada parti Islam tersebut untuk membentuk kerajaan perpaduan. Timbalan presiden Umno itu berkata, idea berkenaan adalah demi Islam, bukan kerana kepentingan politik. "Demi kepentingan rakyat, kita tidak pernah menutup pintu (kepada PAS). Sama ada menerima atau tidak, itu soal lain. "Pelawaan kami bukan kerana politik, tetapi demi kepentingan politik. Dan, itu yang membezakan Umno daripada PAS, Umno melihat kepentingan rakyat secara keseluruhan manakala PAS hanya fokus pada kepentingan parti," kata beliaus selepas mengadakan kunjungan ke beberapa lokasi di ibu negara petang ini. Dalam ucapan dasarnya kelmarin, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengulangi pendirian partinya akan terus bersama Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 meskipun dihujani siri pelawaan dan jemputan daripada kepimpinan Umno sepanjang tiga tahun lalu. "PAS akan bersama dengan rakan dalam Pakatan Rakyat untuk menggerakkan agenda perubahan sebagaimana yang dipersetujui dalam dokumen Dasar Bersama Pakatan Rakyat, yang sudah diperbahas dan diterima oleh PAS," kata beliau. Kata Hadi, ia melibatkan satu paradigma baru pendemokrasian, suatu islah menyeluruh dalam sistem pemerintahan dan urus tadbir negara. "Perubahan ini tidak memberi sebarang makna sekiranya tidak melibatkan reformasi spiritual dan kesejahteraan fikiran rakyat," katanya. Sejak pilihan raya umum 2008, PAS menerima pelawaan demi pelawaan sama ada secara langsung daripada Umno sendiri ataupun daripada pihak-pihak yang pro-Umno termasuk beberapa tokoh agama agar ia meninggalkan Pakatan Rakyat untuk bersama BN atau berganding dengan Umno. Idea itu termasuk membentuk kerajaan perpaduan bersama Umno. Pelawaan itu sendiri pernah dipanjangkan oleh Datuk Seri Najib Razak selaku pengerusi BN dan presiden Umno dan juga Muhyiddin sendiri. Awal tahun ini, The Malaysian Insider pernah membawa laporan bahawa empat pemimpin dari PAS dan Umno bertemu di Istana Terengganu di sini dan dilaporkan ada menyentuh soal kerjasama kedua-dua parti. Hadi menambah, "kita sama-sama sedar bahawa demokrasi sedia ada dalam negara kita sudah tempang, akibat dari kerakusan Umno-BN yang ingin mengekalkan kuasa mereka sampai bila-bila." "Pun begitu, sehingga kini kita tetap mendahulukan pendekatan damai secara demokrasi, sehingga PAS bersabar menunggu walaupun dijatuhkan secara yang tidak bermoral, beretika dan melanggar asas-asas perlembagaan," katanya.
|
Pemilih: Pakatan tak boleh kekal jika gagal sekat BN, kata Mat Sabu Posted: 05 Jun 2011 02:02 AM PDT GOMBAK, 5 Jun — Timbalan presiden PAS yang baru Mohamad Sabu memberi amaran negeri-negeri Pakatan Rakyat khususnya Selangor, yang menjadi idaman pentadbiran Najib, sukar boleh dipertahankan jika perikatan itu gagal menangani pendaftaran pemilih baru dalam satu jumlah yang besar. "Tumpuan utama mereka sekarang ini adalah untuk tawan Selangor. Tapi adakah kita boleh kekal Selangor jika program daftar ini giat dibuat oleh BN?" kata beliau (gambar) ketika membentangkan usul berkaitan Himpunan Bersih 2.0 pada hari terakhir Muktamar Tahunan PAS Ke-57 di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad di sini hari ini. Usul itu mendakwa empat tuntutan utama Himpunan Bersih 2007 belum dilaksanakan. Tuntutan itu ialah akses kepada media awam yang bebas dan adil kepada semua parti politik, melaksanakan penggunaan dakwat kekal untuk menghalang pengundian berganda, memansuhkan sistem undi pos dan umur 21 tahun secara automatik didaftar sebagai pengundi. Tahun lalu, Pengerusi BN dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meminta BN mempertahankan Selangor dengan apa cara sekalipun. Dua minggu lalu, Najib menggesa hadirin Himpunan Sejuta Belia agar mempertahankan Putrajaya daripada dikuasai pembangkang. Ketika membentangkan usulnya, Mohamad berkata, pendaftaran pemilih kini giat dijalankan oleh Umno-BN lebih-lebih lagi di Selangor. Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu berkata, pada pilihan raya tahun 2004, pendaftaran pemilih mengalami peningkatan antara empat hingga tujuh peratus. Katanya, "tujuh peratus itu berlaku apabila pendaftaran itu berlaku secara aktif." "Di Terengganu, pada tahun 1999 hingga 2004, pertambahan daftar pemilih meningkat sehingga 17 peratus. Tak ada parti politik lain yang mampu buat semua ini, lebih-lebih lagi dapat pertolongan dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pihak polis," katanya lagi. Usul dibawa Mohamad disokong oleh perwakilan dari Hulu Selangor, Mohd Khairudin Osman. Beliau berkata, pertumbuhan undi pada tahun 2010 melonjak sehingga 4,807 pengundi. "Selain itu, jumlah keseluruhan pertambahan undi pada suku pertama tahun 2011 pula ialah sebanyak 80,000 dan peningkatan ini mengalahkan 17 peratus di Terengganu yang dicakap oleh timbalan presiden," katanya. Mohamad turut menyifatkan kemenangan Umno pada setiap pilihan raya adalah disebabkan adanya undi pos sebagai penyelamat. Kata beliau, undi pos merupakan salah satu senjata yang digunakan oleh Umno semasa pilihan raya. "Sebagai contoh semasa pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang, PAS sudah mendahului dengan 1,000 undi. Tetapi bila sampai sahaja undi pos, kita kalah dengan 58 undi sahaja dari Umno," katanya. Oleh itu, dalam ucapan usul itu, Mohamad menyeru agar semua ahli PAS akan turut serta dalam Himpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil 2 (Bersih 2) pada 9 Julai di Kuala Lumpur. "Saya menyeru, agar pada perhimpunan itu, ahli PAS sahaja melebihi 300,000. Kita akan bekerjasama dengan parti politik lain, NGO untuk membuat tuntutan dan berusaha agar pilihan raya umum ke-13 nanti akan diadakan secara adil," katanya. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan