Rabu, 1 Jun 2011

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

SUHAKAM:KENYATAAN AKHBAR

Posted: 01 Jun 2011 04:17 PM PDT

SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA
HUMAN RIGHTS COMMISSION OF MALAYSIA Tel: 603-2612 5600
TINGKAT 11, MENARA TH PERDANA, Fax: 603-2612 5620
JALAN SULTAN ISMAIL, Email:humanrights@suhakam.org.my
50250 KUALA LUMPUR Web:www.suhakam.org.my
"Hak Asasi Untuk Semua"

"Human Rights For All"

KENYATAAN MEDIA
HORMATI HAK PERUMAHAN
HENTIKAN PEROBOHAN PAKSA PENDUDUK PJS1

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menggesa semua pihak termasuk
Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan pihak Pemaju Peter's
Brickworks Sdn Bhd untuk menghormati Hak Perumahan Rakyat dan menghentikan segera
tindakan merobohkan rumah penduduk PJS1.

Suruhanjaya yang diwakili oleh Pesuruhjaya Encik Muhammad Sha'ani Abdullah dan beberapa
orang pegawai telah melawat kawasan rumah panjang PJS1 pada hari ini untuk memantau
aktiviti perobohan secara paksa tiga buah rumah setinggan yang masih belum berpindah
kerana tidak memiliki rumah yang dijanjikan. Ketika lawatan, Suruhanjaya difahamkan
bahawa Kerajaan Negeri Selangor telah mengeluarkan notis pembekuan kerja pembangunan
terhadap pemaju berkuatkuasa 30 Mei 2011 sehingga masalah penempatan serta sekolah
diselesaikan. Namun Suruhanjaya dimaklumkan bahawa pihak pemaju masih ingin
meneruskan kerja-kerja perobohan tanpa menghiraukan notis tersebut.

Suruhanjaya menyifatkan tindakan pihak pemaju yang tidak prihatin yang mahu meneruskan
perobohan rumah sebagaimana yang didakwa adalah satu tindakan yang menyalahi hak
asasi manusia. Hak perumahan wajar merupakan satu keperluan asas kepada manusia
sepertimana yang termaktub dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR)
dan Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan
(ICESR).

2
Malah, tindakan pemaju juga bertentangan dengan Deklarasi Habitat Agenda 1992,
Local Agenda 21 dan Resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai
pengusiran paksa 1993 (United Nations Resolution on Forced Evictions 1993).
Justeru itu, Suruhanjaya mengesa pihak pemaju untuk memberi jaminan dengan
menyediakan perumahan alternatif yang tetap dan mampu dimiliki sebelum sebarang
tindakan perobohan dilakukan. Selain itu, Suruhanjaya juga menasihatkan pihak pemaju
untuk mengadakan rundingan dengan pihak-pihak yang terlibat agar isu ini dapat
diselesaikan dengan baik. Pada masa yang sama, Suruhanjaya menyarankan Kerajaan
Negeri Selangor memastikan hak perumahan rakyatnya tidak dicabuli oleh mana-mana pihak.

…TAMAT…

"HAK ASASI UNTUK SEMUA"
(TAN SRI HASMY AGAM)
Pengerusi
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
31 Mei 2011

PRU-13 tahun ini untuk selamatkan Malaysia!

Posted: 01 Jun 2011 04:07 PM PDT

Ooi Heng

Adakah kenaikan tarif elektrik dan kemungkinan peningkatan harga bahan api akibat harga minyak global yang terus melambung akan melewatkan pilihan raya umum ke-13 (PRU Ke-13)? Jangkaan pelbagai pihak termasuk penganalisa politik popular Bridget Welsh nampaknya tidak yakin dengan kemungkinan PRU Ke-13 diadakan pada tahun ini.

Pelbagai faktor dilontarkan dalam teka-teki sedemikian. Namun saya berpendapat, tidak kira sebesar mana kesan kenaikan tarif elektrik kepada rakyat jelata, Perdana Menteri Najib (gambar kiri) akan menghadap Yang di-Pertuan Agong dan mengumumkan pembubaran Parlimen ke-12 dalam masa singkat - seawal bulan Jun tahun ini - ya, seawal bulan ini! Malahan saya menjangkakan dan berharap, PRU Ke-13 diadakan seawal bulan Julai tahun ini dan selewat-lewatnya akhir tahun ini juga.

Saya masih ingat, semasa teka-teki tarikh PRU Ke-12 mula menjadi hangat, pendapat sesetengah pihak adalah bahawa Parlimen ke-11 hanya akan dibubarkan selepas "projek koridor Pak Lah" menampakkan hasil pada peringkat awal yang dapat meyakinkan pengundi bahawa Kerajaan Pak Lah berkemampuan mentadbir urus ekonomi negara dengan baik dan berkesan. Maka PRU Ke-12 tidak akan diadakan seawal Mac 2008 seperti yang umum sedia maklum.

Sebagai imbasan ingatan, apa yang berlaku pada ketika itu adalah Parlimen ke-11 dibubarkan sejurus selepas pelancaran Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (Score) di Bintulu Waterfront Prominade oleh Pak Lah. Dengan kata lain, Parlimen ke-11 dibubarkan pada 13 Februari 2008, dua hari selepas Pak Lah (gambar kanan) "menyempurnakan" pusingan pelancaran projek koridor selama dua tahun bermula dengan pengumuman Koridor Iskandar Malaysia pada 30 Julai 2006. Bukan selepas laporan kemajuan secara keseluruhan diumumkan.

Hari ini, kita telah menyaksikan pengumuman satu per satu pelan transformasi yang kononnya dapat mentransformasi ekonomi negara khususnya menaik-taraf Malaysia menjadi negara maju berpendapatan tinggi. Adakah Parlimen ke-12 hanya akan dibubarkan selepas laporan kemajuan secara keseluruhan diumumkan? Saya rasa tidak. Meskipun laporan satu per satu terus dipaparkan melalui akhbar harian mengenai apa yang bergelar "pencapaian KPI" pelan transformasi, kemajuan sebenar yang bermakna masih tidak kelihatan. Laporan akhbar sedemikian lebih merupakan propaganda daripada menonjolkan transformasi.

Rintangan transformasi datang dari UMNO-Putra

Semenjak krisis kewangan 1997/98, masalah struktur ekonomi negara terus diabaikan dan kitaran ekonomi sering dibangkitkan sebagai sesuatu yang semula jadi dalam arena ekonomi. Maka tiada kaitan langsung dengan rejim pemerintah yang korup. Setelah "khayalan wawasan 2020" berkecai dan rakyat jelata bangun dari "mimpi 2020" atau lebih tepat "jampi 2020", kedua-dua Perdana Menteri yakni Pak Lah dan Najib sedar bahawa transformasi ekonomi negara hanya akan terjadi apabila perubahan besar dilakukan. Namun, rintangan besar yang menghalang perubahan atau transformasi datang dari dalaman UMNO itu sendiri, khususnya golongan UMNO-putra dan kroni mereka.

Hari ini, apa yang menjadi rebutan golongan UMNO-putra ialah keterlibatan mereka dalam proses bergelar transformasi supaya projek-projek dan kontrak-kontrak diberikan kepada mereka, bukan pelaksanaan dasar ekonomi berdasarkan saranan awal Model Ekonomi Baru (MEB). Respons Pengerusi UDA Holdings Bhd Nur Jazlan Mohamed terhadap dakwaan berhubung projek Bukit Bintang City Centre (BBCC) jelas memperlihatkan betapa ghairah dan tidak sabarnya golongan UMNO-putra dalam mengumpul kekayaan sebelum ketibaan PRU Ke-13.

Nur Jazlan mempersoalkan mengapa pemimpin PERKASA dan UMNO menuduh UDA Holdings mengetepikan keperluan syarikat Bumiputera dalam membangunkan projek bernilai RM6.7 bilion itu walaupun keputusan rasmi masih belum dibuat. Antara ungkapan Nur Jazlan seperti "saya juga ahli UMNO, ini bukan pembangkang yang serang kita, tapi ahli UMNO sendiri" dan "agenda Bumi ada kosnya dan UDA tidak boleh lagi untuk menanggung kos-kos ini", jelas membuktikan betapa tidak yakinnya golongan UMNO-putra dalam soal kemenangan PRU Ke-13 oleh UMNO-Barisan Nasional, khususnya selepas kemenangan besar Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak 2011.

Dalam konteks ini, Najib berhadapan dengan dilema yang sama dengan Pak Lah. Meskipun Pak Lah berjaya melancarkan senarai projek koridor dan Najib berjaya mengumumkan senarai pelan transformasi satu per satu, mustahil mereka yang merupakan pemimpin UMNO tidak tahu bahawa kelemahan struktur ekonomi negara tidak akan dapat ditangani selagi mentaliti golongan UMNO-putra masih memegang kuat kepada kuota Bumiputra demi kepentingan peribadi.

Dengan kata lain, jikalau PRU Ke13 tidak diadakan dalam tahun ini, apa yang akan dipertikaikan tahun depan bukan lagi sekadar soal inflasi tetapi termasuk kemajuan sebenar ekonomi dan pembangunan negara yang tidak dapat dijawab oleh Perdana Menteri melainkan jika politik talam dua muka diteruskan.

Bayangkan perasaan dan tekanan hidup golongan berpendapatan kurang daripada RM2,300 khususnya orang Melayu pada tahun depan apabila harga barangan utama dan harian semakin tidak terkawal sementara golongan UMNO-putra teruskan gaya hidup mewah selagi kuota Bumiputra dikekalkan untuk mengayakan mereka dan saranan asal MEB diketepikan.

Tarif elektrik di negara ini bakal dinaikkan setiap enam bulan. Ketidaktentuan harga minyak di pasaran dunia lebih besar pada tahun depan. Kerajaan Najib bukan sahaja berdepan dengan tekanan kenaikan harga minyak dan inflasi, tetapi juga berdepan dengan hutang negara dan defisit fisikal yang semakin tidak terkawal akibat keghairahan golongan UMNO-putra yang tidak terhingga dan tata kelola yang lemah.

Pengiraan kasar MerdekaReview pada akhir tahun 2010, mendapati bahawa "Kerajaan Malaysia dijangka berdepan dengan saat-saat gentingnya untuk menyelesaikan hutang sebanyak RM101.65 bilion dalam tempoh tiga tahun, iaitu dari tahun 2010 hingga 2012, apabila Sekuriti kerajaan Malaysia (bon kerajaan) dan Sukuk yang berjumlah ratusan bilion ringgit ini sampai tarikh tebusannya."

UMNO-putra ada masa untuk kaut kekayaan

Lantaran itu, jika sekiranya Parlimen Ke-12 dibubarkan pada tahun depan, golongan UMNO-putra mempunyai masa yang lebih untuk mengumpul kekayaan yang lebih sementara lubang hutang negara akan menjadi lebih besar. Kemarahan rakyat tidak akan diredakan biarpun PRU Ke-13 dilewatkan kepada tahun depan.

Jangan lagi Najib mimpikan perubahan pola pengundian bandar! Undi akan kekal diberi kepada Pakatan Rakyat. Jangan juga Pakatan Rakyat sekadar mimpikan perubahan pola pengundian desa tanpa gerak kerja seluas-luasnya dalam kawasan kampung Melayu, rumah panjang Iban dan Kadazan.

Sesungguhnya, persoalan "Bilakah PRU Ke-13 akan diadakan?" patut ditukar kepada "Bilakah PRU Ke-13 wajar diadakan?" Sebab satu sahaja: jangan kita biarkan kekayaan negara dikaut habis-habisan baharu didesak diadakan PRU Ke-13!

Ekonomi negara lemah kerana golongan UMNO-putra dan dasar UMNO yang mementingkan kepentingan peribadi. Golongan sedemikian juga mahukan PRU Ke-13 dilewatkan. Ayuh kita bangkit mendesak agar PRU Ke-13 dijalankan tahun ini! Biar kita menyelamatkan negara yang berada di ambang bahaya! Demi rakyat, demi generasi akan datang dan demi masa depan yang lebih cerah.

Segera kita bangun dari "jampi 2020"! Tanpa perubahan dan pembaharuan besar, Malaysia tidak akan menjadi negara maju berpendapatan tinggi. Perubahan dan pembaharuan besar bermula dengan pertukaran rejim di peringkat Persekutuan.

*Ooi Heng ialah Pengarah Eksekutif Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) dan kolumnis MerdekaReview.

Pegawai Kerajaan Juga Wajib Pegang Amanah Untuk Rakyat

Posted: 01 Jun 2011 04:06 PM PDT

SELAYANG 1 JUN : Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pegawai Kerajaan Negeri Selangor termasuk di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) supaya melaksanakan amanah yang diberikan dengan jujur bagi kemudahan dan keadilan rakyat.

Malah kata Anwar, mereka tidak perlu merasa takut untuk menjalankan tugas yang diberikan biarpun ia dikatakan bercanggah dengan prinsip mahupun amalan kerajaan Umno-Barisan Nasional.

Anwar berkata demikian pada Wacana Ekonomi di Majlis Perbandaran Selayang hari ini.

Menceritakan pengalamannya sebagai Menteri Kewangan selama lapan tahun, Anwar memberitahu bagaimana Pegawai Kementeriannya bertindak mengikut arahan beliau sehingga menyebabkan kenaikan tol tidak berlaku ketika itu, walaupun didesak oleh menteri-menteri lain.

"Ini pegawai yang mainkan peranan. Pegawai di Kementerian Kewangan buat perkiraan beritahu tidak munasabah tol dinaikkan. Saya yakin perkiraan itu,"kata Anwar.

"Satu tindakan dari pegawai itu beri kesan kepada puluhan jika tidak ratusan orang. Ini tanggungjawab kita dalam bicara soal ini. Tetapi lebih dari itu, sebagai rakyat dan pegawai kerajaan, kita harus tahu apa kepincangan yang berlaku dan kenapa sebahagian dari kami termasuk kerajaan negeri beri kenyataan atau ketetapan yang bercanggah dengan Pusat," tambah beliau.

Anwar dalam ucaptama wacana itu hari ini menyatakan perancangan dan dasar kerajaan negeri adalah untuk membela nasib rakyat yang tidak mendapat dokongan sewajarnya dari kerajaan Pusat.

Sebagai contoh, Anwar menyatakan perjanjian antara kerajaan dan Pembekal Tenaga Bebas (IPP) hanya memberi keuntungan kepada ahli perniagaan dan kroni yang rapat dengan pemerintah, sedangkan rakyat pula menanggung beban akibat kenaikan tarif elektrik.

Menurut Anwar, bekas Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Tan Sri Ani Arope pernah menyatakan kepada umum bahawa beliau tidak setuju dengan harga yang terlalu mahal dikenakan oleh IPP kepada TNB.

"Berlaku tahun 96, kesannya sehingga kini.Sekarang naik lagi. Syarikat IPP untung sehingga RM 4 billion, rakyat harus bayar kos lebih. Ini soal dasar dan pentadbiran. Ini fakta yang tidak boleh dinafikan. Media Umno boleh padamkan tapi inilah kenyataan ketua TNB ketika itu, Tan Sri Ani Arope," kata Anwar.

Menurut Anwar hal itulah sebenarnya yang ditentang Pakatan Rakyat kerana dasar sedemikian menjadikan rakyat semakin terhimpit hanya untuk kepentingan pihak tertentu.

"Sepatutnya bila kita swastakan sepatutnya menjadikan ia sepatutnya lebih kompetetif. Samada ia jadi lebih cekap bila kita bayar harga sama, atau harga lebih murah.

"Untung berbilion harga tarif nak naik lagi. Ini perkiraan apa? Ini bermakna kita pelihara syarikat kaya tapi membebankan rakyat di bawah," katanya lagi.

Menjaja Aib Orang Untuk Kekal Kuasa, Punca Keruntuhan Negara

Posted: 01 Jun 2011 04:05 PM PDT

SHAH ALAM 1 JUN : Menjaja kelemahan orang lain dan menabur fitnah ke atas mereka untuk membunuh karier politik dan kemudiannya memenangkan satu lagi pihak bagaikan amalan yang sudah dihalalkan di negara ini.

Hal ini kata bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin nyata sekali bukanlah perkembangan yang sihat kepada negara dan haruslah dihentikan segera jika tidak mahu moral rakyat di negara ini runtuh hanya kerana fitnah.
Ujar beliau, aib individu yang dianggap musuh kepada kerajaan seperti Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim misalnya dibuka sewenang-wenangnya, fitnah disebar luas tanpa batasan, sehinggakan perkara yang menjadi tunjang kepada pembangunan negara terabai tanpa perhatian.

"Kita tidak bersetuju dengan budaya fitnah ini kerana akhirnya menyebarkan cerita lucah di muka hadapan akhbar. Isu benar atau tidak itu soal kedua. Masalah utama menjadikan masalah peribadi orang sebagai modal politik untuk dibincangkan di peringkat nasional sehingga kita lupa dengan segala isu lain. Itu kita tidak dapat terima.

"Saya ingin menyebut secara adilnya, ia bukan bermula daripada isu tersebut (video seks yang dikaitkan dengan Anwar). Sejak sekian lama di Malaysia ini suka menggunakan kelemahan orang lain untuk diangkat menjadi isu politik. Bukan sahaja isu Anwar Ibrahim, hatta isu Altantuya (Shaariibuu) dan berbagai-bagai isu sebelum ini.

"Dan adalah tidak betul orang agama bila sampai satu isu bila tidak berpihak kepadanya, dia akan keluarkan dalil mengatakan ia tidak boleh digunakan. Apabila kena dengan orang lain, dia diamkan dalil. Itu tidak adil. Saya harap kita konsisten, PAS dengan Umno mesti adil dalam hal ini. Tidak boleh mengeluarkan keaiban orang untuk kepentingan politik secara meluas. Tidak PAS, tidak Umno," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Wacana Fitnah Ancaman Umat Akhir Zaman ketika ditanya salah seorang audiens yang turut membanjiri auditorium Kumpulan Media Karangkraf semalam.

Antara barisan panelis pada program tersebut ialah Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Dr Asri semalam turut memberi peringatan kepada kerajaan untuk menghentikan permainan kotor sebegini yang dilihat sebagai perkara yang membuang masa semua pihak terutamanya rakyat Malaysia terhadap isu-isu sebegini.

"Kita tetap meminta kerajaan menghentikan isu ini dimainkan terutama dalam akhbar-akhbar tertentu dan mainkan dalam media kerana kerajaan telah membazirkan masa rakyat dan telah membazirkan tumpuan rakyat dalam isu-isu yang penting,"katanya.

Sementara Nasrudin pula berpendirian, penyebaran tayangan video seks ke seluruh negara termasuk di akhbar dan Internet lebih menjurus ke arah fitnah dan bukannya berlandaskan untuk menegakkan keadilan.

"Bagi kes Anwar, Islam menyuruh kita membawa empat saksi, bukan empat klip video. Empat saksi yang adil. Kalau kita hendak kontras dengan al-Quran (memang) tidak boleh. Ini wahyu dan satu kehendak agama. Kita perlu lihat hikmah Allah menyatakan demikian, kita tidak mudah menghukum sebab mengikut kaedah Islam, salah membebaskan orang yang silap lebih baik daripada menjatuhkan hukuman orang yang tidak bersalah... Hikmahnya, kerana untuk memelihara maruah orang," katanya.

Sementara Khairy pula berpendapat, pihak yang menganjurkan tayangan video seks secara terbuka di Carcosa Seri Negara pada Mac lalu harus dikenakan tindakan tegas.

"Berkaitan kes video Anwar, kita semua bersetuju kita tidak mahu mengaibkan orang dalam mana-mana politik terutamanya dalam negara orang Islam seperti Malaysia, kita ada peradaban di mana kita tidak mengaibkan orang," katanya.

Najib Dibidas Salah Sasar Pengundi

Posted: 31 May 2011 11:49 PM PDT

SHAH ALAM 1 JUN : Gesaan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak kepada golongan belia di negara ini supaya bersama-sama beliau mempertahankan Putrajaya daripada pembangkang untuk mengekalkan kekuasaannya, diselar ahli parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

Menurut Johari, Najib menghantar mesej beragenda politik dan salah kepada kira-kira lapan ribu belia yang kebanyakannya dihantar sekolah masing-masing untuk menyertai himpunan tersebut, dan mereka juga bukanlah golongan pengundi.

"Saya terkejut bila Datuk Najib kata pertahankan Putrajaya. Beliau bercakap dalam nada politik. Sedangkan belia yang datang itu dengan bas. Umur 15, 16, 17 tahun. Bukan boleh mengundi pun. Beliau sampaikan mesej salah," kata Johari dalam temubual bersama TV Selangor.

Dalam ucapannya ketika melancarkan Himpunan Sejuta Belia sempena Hari Belia Negara 2011 pada Sabtu, Najib merujuk kepada bantahan pro-demokrasi yang berlaku di beberapa negara di Asia Barat.

Menurut Najib, beliau gembira dengan kehadiran sejuta orang anak muda di Putrajaya untuk menyokong pentadbirannya berbanding kebangkitan rakyat di Mesir awal tahun ini yang menyaksikan kejatuhan Hosni Mubarak.

Walaubagaimanapun hanya kira-kira lapan ribu belia menghadirkan diri dan kebanyakannya pelajar sekolah yang diwajibkan kehadiran ke atas mereka.

Apa yang lebih jelas kata Johari, tindakan Najib yang sengaja memberi gambaran salah bahawa Pakatan Rakyat akan melelong Putrajaya apabila menang pada pilihan raya kelak, membuktikan pentadbirannya yang tidak memahami hasrat dan jiwa murni anak muda.

"Saya rasa pelik. Samada teks Ucapan Datuk Najib disediakan oleh orang yang tidak faham. Atau Datuk Najib sendiri tidak faham hasrat dan jiwa anak muda belia negara ini. Untuk pertahankan Putrajaya kalau tidak nanti pembangkang jual. Apa ini? Bagi saya ini mentaliti tikus bercakap berdegar-degar tapi realitinya tiada," kata Johari.

Johari menyatakan sebagai Perdana Menteri, Najib perlu memberikan galakan dan menyemarakkan idealisme belia supaya membangunkan negara dengan aman dan damai di masa hadapan.

"Yang penting bagi kita ialah politik harus dilihat dari sudut yang lebih besar. Bukan politik kepartian yang sempit. Kalaupun nak bercakap dengan belia, mereka harus diberi satu impian besar untuk bangunkan negara. Kita bukan boleh hidup 100 tahun lagi. Mungkin nanti Umno dan Pakatan Rakyat pun sudah tiada, mereka ada parti lain. Beliau harus mempunyai impian besar untuk membangunkan negara dengan cara yang disepakati," kata Johari lagi.

Tiada ulasan: