Rabu, 29 Jun 2011

Tun Saban Balek

Tun Saban Balek


CINTA RASULULLAH TERHADAP UMATNYA

Posted: 29 Jun 2011 07:37 PM PDT




kesadaran untuk mengingat maut dan mencintai Allah dan RasulNya

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'
'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, ' kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.
'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'
'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?'
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.

'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'
'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'

Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii, ummatiii? ' - 'Umatku, umatku, umatku'
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Note: Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesadaran untuk mengingat maut dan mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita - ((Tmn2Syurga))

KALAU TAK MENIPU BUKAN KERAJAAN BN NAMANYA

Posted: 29 Jun 2011 04:23 AM PDT






Kerajaan Persekutuan pimpinan BN telah "memperdayakan" rakyat apabila Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) menyatakan bahawa kerajaan menanggung bil subsidi berjumlah RM74 bilion pada 2010, kata seorang pakar ekonomi hari ini.

Azlan Bercakap pada dialog belanjawan Selangor 2012 di Subang Jaya, profesor madya pelawat Universiti Nottingham Subramaniam Pillay berkata 54 peratus daripada bil itu adalah untuk pendidikan dan kesihatan yang sebenarnya adalah tanggungjawab kerajaan.

"Semua kerajaan di dunia beri subsidi untuk barangan berlainan untuk golongan rakyat yang berbeza. Tetapi bagi pendidikan dan kesihatan, yang dinamakan oleh pakar ekonomi sebaragai 'public goods' dan ini adalah tanggungjawab kerajaan," kata Subramaniam yang bersara daripada jawatan Ketua Sekolah Perniagaan Universiti Nottingham tahun lalu.

"Semua negara maju di seluruh dunia beri subsidi dalam jumlah yang besar untuk kesihatan, kecuali di Amerika Syarikat tetapi (Presiden Barack) Obama baru-baru ini membentangkan Rang Undang-undang Kesihatan."

Jika dua barangan itu dikeluarkan, bil subsidi hanya berjumlah RM31.1 bilion dan dari jumlah itu subsidi makanan yang secara langsung sampai kepada rakyat hanya bernilai RM3 bilion atau lebih kurang 2 peratus daripada bajet kerajaan persekutuan.

Katanya, sebahagian besar subsidi RM23.7 bilion untuk bahan api dan tenaga yang dibayar pada 2010 disalurkan kepada subsidi gas yang kemudiannya diberikan kepada pengeluar tenaga bebas.

"Bagi infrastruktur, semua subsidi disalurkan kepada (konsensi lebuhraya) bukan kerana mereka memerlukannya tetapi kerana mereka menandatangani perjanjian (dengan kerajaan) yang bodoh. Ini bukan subsidi untuk rakyat," katanya.

Perangkaan RM74 bilion yang dikeluarkan oleh PEMANDU seringkali digunakan oleh BN sebagai alsan bahawa pengurangan subsisidi petrol, gas asli, diesel dan barangan makanan yang lain adalah berpatutan kerana kerajaan menanggung bebanan yang berat. - Mkini

Note: Dah lama dah.. kih kih kih kih... lama dah kena tipu.. kih kih kih kih..

untuk tatapan menambah semangat anak muda ke BERSIH

Posted: 29 Jun 2011 12:44 AM PDT

Riwayat Hidup Hang Tuah Yang Sebenarnya....

Hayatilah Riwayat Hidup Tuah Yan
g Amat Disanjung Oleh Orang-Orang Melayu Dulu Kini Dan Selamanya.

Apakah Hebatnya Pemerintah Melaka Sehingga Tuah Tak Boleh Melanggar Segala Amanatnya ? Apakah Tuah Takut Dgn Daulat Pemerintah ? Adakah Daulat Itu Sama Kuasanya Dgn Mukjizat Seperti Yg Allah Pernah Anugerahkan Kpd Para Rasulnya ? A
pa Mulianya Pemerintah Melaka Sehingga Allah Menganugerahkan Kehebatan Daulat Tersebut ?

Selaku Seorang Yg Mengaku Beragama Islam Tuah Sepatutnya Tahu Bhw Manusia Perlu Takut Serta Tunduk Hanyalah Kpd Allah S.W.T Adalah Menjadi Suatu Perbuatan Syirik Yg Besar Lagi Nyata Jika Pelakuan Melutut, Menyembah Serta Meratap Nasib Pd Mana2 Makhluk Allah termasuklah kepada Pemerintah Melaka.

Tuah Seorang Manusia Yang Penuh Dgn Segala Sifat Tercela.. Tidak Mempunyai Adab Serta Budaya Ke Majapahit Membuat Onar Di Taman Larangan Istana .. Mengoda Isteri Taming Sari Dgn Penuh Berahi.. Merampas Keris dari Pahlawan Majapahit Tersebut Dgn Segala Tipu Daya.

Gugurnya Taming Sari Di Tangan Tuah Penuh Bermaruah Demi Mempertahan Kesucian Isteri Tercinta.. Memperdaya Serta Melarikan Tun Teja Tunangan Megat Panji Alam Juga Dgn Segala Janji Manis, Tipu Muslihat Jahat Dan Ilmu Guna-Guna Yang Jelas Adalah Suatu Perbuatan Syirik Kepada Allah.. Atas Kehendak Nafsu Serakah Mengadai Tunangan Orang ( Tun Teja ) Kepada Sultan Yang Gila Berjimak demi Pangkat Serta Kuasa..



Demikianlah Sifatnya Si Tuah Yang tidak Pernah Sekali Pun Mengenal Yang Mana Halal Dan Yang Mana Haram. Setelah Tunangannya Dilarikan Si Tuah Sayugia Megat Panji Alam Pun Tampil Menebus Maruah..


Dikesah Sekitar Empat Ribu Orang Pahlawan Sanggup Berasamanya.. Demi Merampas Kembali Tun Teja Serta Menjaga Aib Kerajaan Pahang Yang Sudah tercela.. Setiba Hampirnya Mereka Semua Di Melaka.. Maka Disekat Oleh Jebat Tingkah Serta Pergerakannya.. Dengan Penuh Takzim Jebat Marafak Sembah, Agar Megat Panji Alam Tidak Menyerang Melaka.. Sesama Muslim Diharamkan Bersengketa Adalah Lebih Baik Dihindarkan Segala Bencana.. Melihat keikhlasan Jebat Mempertahankan Ummah.. Nafsu Amarah Megat Panji Alam Kembali Beransur Kebah.. Redha Ia Dengan Ketentuan Allah.. Menitis Air Mata Keinsafan, Menyesal Ia Kerna Menurut Segala Hasutan Syaitan.


Mengapakah watak Megat Panji Alam Dihapuskan Dari Pusaka Bangsa..? - Tentu ada Muslihat Yang harus Kita Rungkai..!!

Tatkala Tuah Difitnah Oleh Segala Pembesar Yang Iri Hati Padanya Kerana Tindak-tanduk Tuah Yang Menjolok Mata Serta Pandai Bermuka-muka Di Hadapan Paduka Raja Guna Untuk Menguasai Seluruh Kekuasaan Melaka, Baginda Sultan Pun Menjatuhkan Hukuman Bunuh Ke Atas Tuah Tanpa Usul Periksa Kononnya Tuah Memanjat gudik Raja.

Sayugia Tampil Jebat Menuntut Bela Demi Menegakkan Keadilan, Tuah Wajib Dibicara Mengikut Perundangan Islam Sesuai Dengan Hukum Kanun Negeri Melaka ( Hukum Syariah ) Ketika Itu.

Maka Gegak Gempita Seluruh Istana Tika Jebat Mengatakan Saksi Yang Melihat Tuah Keluar Dari Kamar Gundik Raja Adalah Saksi-saksi Yang Fasik Dan Tidak mengikut Syarat yang Ditetapkan Oleh Agama.

Sudah Menjadi Resminya Dunia.. Manusia Jahil Menilai Permata.. Jebat Penegak Keadilan Dituduh Durhaka... Si Tuah Tamak Haloba Disanjung Serta Dipuja.. Pemerintah Tertinggi Melaka Arahkan Usaha.. Dicari Pembesar Serata Melaka.. Disuap Dengan Pelbagai harta Supaya Dapat Mengadu Domba..

Keburukan Jebat Harus Diusaha Dengan Alas
an Ia Durhaka... Keperibadian Tuah Wajib Dicerna Serta Dicakna Konon Terpuji Sebagai Laksamana. Tidak Ia Durhaka Kepada Raja, Bangsa Serta Agama.. Agar Nanti Rakyat Tidak Bangkit Menuntut Bicara... !!!

Maka Segala Pembesar Yang Arif Lagi Bijaksana Duduk Bermuafakat Mencari Jalan Mereka Cerita.. Dibuat Fitnah Kononnya Jebat Bermukah (Berzina ) Di Dalam Istana Raja.. Dang Baharu Dijadikan Mangsa Sedangkan Dang Baharu Telah Lama Berbadan Dua Sebelum Terjadi Segala Peristiwa Mereka Dinikahkan Oleh Datuk Paduka Disaksikan Tuah Kekanda Tercinta..

video

Kerana Pangkat dan Harta Tuah Melupakan Segala-galanya Tergamak Ia Membunuh Saudara Sendiri Agar Memperolehi Segala Yang Dihajati..

Di Usia Tuanya, Si Tuah Tetap Juga Haloba mengejar Pangkat Dan Darjat, Walaupun Nyawanya Sudah Teramat Singkat, Dikuatkan Kudrat Menjun
jung Segala Amanat.. Nafsu Kebawah Duli Senantiasa Meningkat Dan Tidak Mampu Disekat-sekat, Puteri Gunung Ledang Tuanku Berhajat.. Diperintahkan Tuanku Akan Tuah Bersama Tun Mamat.. Agar Puteri Gunung Ledang Dapat Segera Dipikat, Bagi Melepaskan Segala Dendam Berahi Yang Teramat Sangat..


Di Kaki Gunung Ledang Tuah Ke
cundang.. Usia Tuanya Menjadi Penghalang.. Tenaga Serta Kudrat Semakin Menghilang.. Tiada Mampu Lagi Ia Menawan Puncak Ledang.. Rasa Sedih Bukan Kepalang Kerana Cita-Citanya Mengejar Apa Yang Dihajat Akan Terhalang.. Perasaan Takut Dan Bimbang Datang Berselang.. Mungkin Tun Mamat Akan Menyilang.. Adakah Tun Mamat Akan Berpeluang Dan Tun Mamat Setelah Pulang Akan Dijulang Kerana Berjaya
Pergi Meminang..

Teringat Segala Pesan Hang Jebat Sebelum Ajalnya Menjelang Tiba Ketika Berusaha Membalut Luka " Bangsaku Harus Berani Menegakkan Keadilan. Peristiwa Ini kan Berulang Lagi Di Suatu Masa... Benang Tenunan sejarah Pastikan Terbuka... Janganlah Kita Alpa.. Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah.. Jadikan Perjuanganku Ini suatu Pengajaran Teringat Juga Kata-Kata Hang Tuah.. " Tak kanMelayu Hilang Di Dunia " " Pantang Melayu durhaka Kepada Rajanya ( Pemerintah ) "

" Tak Guna Berpencak Silat Jika Maruah Kita Duduknya Di Bawah Telapak Dan Kerja Kita Hanya Sebagai Penjilat.."


Salahkah Jebat Menuntut Bela ? Salahkah Jebat Menegakkan Hukum ? Yang Mana Lebih Tinggi ? Perundangan Islam ( Allah ) Atau Kuasa Raja ( Manusia ) ? Bukankah Merurut Perundangan Islam Hutang Darah Dibalas Dengan Darah..

Ke Mana Hilangnya Watak Lekir, Likiu Serta Kasturi..?? Tidak Adakah Di Antara Mereka Bertiga Yang Sanggup Membela Kematian Jebat..?? Orang Melayu Ini Mudah Dipikat Dan Dijerat... Dianugerahkan Emas Dan pangkat Maka Berpaling Tadahlah Ketiga2 Hulubalang Keparat... !! Ke Manakah Jua Hilangnya Suara2 Ulama Yang Gah Kononnya Melaka Pusat Perkembangan Islam Di Rantau Sebelah Sini... Sebenarnya Ulama2 Di Waktu Itu Juga Telah Dijamu Dgn Segala Kemewahan Duniawi..

Setelah Kemangkatan Jebat Negeri Melaka Penuh Dgn Segala Kemungkaran..

Para Pembesar Melayu Begitu Rakus Melakukan Segala Rasuah Serta Pecah Amanah.. Kerajaan Melaka Bermewah2 Dan Melakukan Pembaziran, Mengutip Ufti Yang Tak Sudah-Sudah.. Hasil mahsul Negara Berlegar-legar Dikalangan Pembesar dan Pemerintah.. Rakyat Jelata Diumpamakan Sebagai Sampah..

Pemerintah Serta Pembesar Melaka Memuaskan Segala Nafsu Serakah Menindas Serta Memeras Ugut Rakyat Kejadian Penculikan Anak Dara Serta Merampas Isteri Orang Berleluasa Sehinggakan Rakyat Sentiasa Hidup Dalam Ketakutan.. Kerana Tiada Seorang Pun Rakyat Melaka Yang Berani Tampil Menentang Pemerintah.. Namun Nasi Tela
h Menjadi Bubur.. Jebat Tak Mungkin Bangkit Kembali Dari Kubur..
Barulah Rakyat Sedar Akan Kehilangan Jebat Yang Sanggup Membelakangkan Adat Demi Menegakkan Keadilan Dan Kesejahteraan Ummah..

Sejarah Sentiasa Berulang... !!! Bila Berlakunya Kerosakan Akhlak Serta Kemungkaran Di Peringkat Tertinggi Kerajaan Islam.. Maka Bala Allah Pun Sampai.. Sama seperti Runtuhnya Empayar2 Islam Yang Tedahulu.. Melaka Tewas Ke Tangan Portugis Dengan Penuh Kehinaan Pada 24 august 1511.. Di Kala Pemerintah Dan Pembesar2 Melaka Leka Dalam Segala Kenikmatan Dunia Yang Sementara.. Peristiwa Yang Paling Tragis Dan Menyayat Hati Dalam Sejarah Rantau Asia Tenggara.. Perairan Selat Melaka Umpama Lautan Yang Terbakar
.. Serangan Bertalu-talu Dari Meriam Serta Soldadu Portugis Yang Meruntuhkan Keagungan Empayar Islam Melaka Dari Malam Hingga Ke Dinihari Sehingga Tidak Terdengar Laungan Azan Subuh Petanda Islam Dijajah Kuasa Kuffar..

Sebagai Mana Jatuhnya Empayar Abbasyiah Di Sepanyol Dahulu Begitulah Kerajaan Melayu Melaka Tersungkur Menyembah Kaki Portugis Dgn Penuh Kehinaan Kerana Maksiat Dan Kemungkaran Yang Bermaharajalela Di Kalangan Para Pemimpin Lalu Didiamkan Oleh Para Ulama Istana Kerana Takut Kehilangan Pangkat Dan Jawatan Mereka..

Semuanya Ini Angkara Rakyat Yang Sanggup Bersekongkol Dgn Kekejaman Pemerintah Dan Juga Ulama2 Kerajaan yang Menutup Mata Serta
Membiarkan Segala kemungkaran Tersebut Berleluasa Kerana Taat Terhadap Pemerintah Bukannya Takut Kepada Allah..

Tentang Ilmu Yang Penuh Di Dada Tuah Tidaklah Aku Arif Tapi Jika Ilmu Agama Yang Tuah Amalkan Sudah Tentu Tuah Tidak Akan Berani Melutut Serta Menyembah Kpd Makhluk Allah Seperti Pemerintah Melaka Kerana Perbuatan Itu Bisa Merosakkan Akidahnya Selaku Umat Islam..

Memang Aku Bernafsu Demi Menegakkan Kebenaran Mcm Jebat Bukannya Bernafsu Duniawi Seperti Tuah Yg Mudah Tersilau Dgn Sirna Kemewahan Harta Dan Pangkat Serta Keselesaan Hidup..

MELAYU HARUS MENUKAR WIRA BANGSANYA... !
!!
Nampaknya Darah Serta Semangat Melayu Yang " Pantang Dicabar " Itu Cuma Omongan Kosong Penyedap Cerita.. Kerana Masyarakat Kita Telah Tersalah Mengangkat Tokoh Bangsa.. Hang Tuah Yang Taat Membabi Buta, Pendendam, Tamak Haloba, Bernafsu Terhadap pangkat Dan Kemewahan Duniawi, Bersikap Iri Hati, Bacul Serta Berjiwa Hamba Telah Diangkat Sebagai Wira Bangsa..!!! Natijah Yang Harus Kita Terima Sekarang Adalah Anak2 Bangsa Yang Lemah Tidak Bersemangat, Berjiwa Hamba Serta Taat Dan Tunduk Melulu Membabi Buta..


Selagi Tuah Diangkat Sebagai Wira Bangsa Selagi Itulah Bangsa Melayu Akan Menjadi Hamba... Sebagaimana Dayusnya Hang Tuah Begitulah Jugalah Dayusnya Melayu..!! Tidak Berani Menentang Pemerintah Yang Zalim.. Malah Tunduk Menyembah Serta Melutut Terhadap Pemerintah..

* Diharapkan Akan Lahir Cerdik Pandai Melayu Yang Akan Berani Membongkar Kembali Segala Riwayat Dan Kehebatan Megat Panji Alam Serta Ginius Melayu Iaitu Tun Perak Mereka2 Inilah Sepatutnya Dinobatkan Menjadi Wira Bangsa Melayu.. Bukannya Si Tuah Durjana..

UMNO / BN ADALAH SALAH SEBUAH PARTI POLITIK PENJILAT LENDIR AMERIKA...!!!

Posted: 29 Jun 2011 12:22 AM PDT



Jelaskan maahad mana terlibat dengan keganasan

KUALA LUMPUR, 19 Jun: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP) mendesak agar kerajaan menjelaskan sekolah maahad swasta manakah yang dikatakan sedang menjalani proses mengkaderkan anggota-anggota Jamaah islamiah (JI) dan siapakah... sumber ...yang dikatakan "risikan anti keganasan" seperti yang disiarkan di muka hadapan Mingguan Malaysia hari ini.

Akhbar itu juga melaporkan, kononnya maahad itu sebagai transit merekrut rakyat tempatan sebelum menjalani latihan ketenteraan di kem Al-Qaeda dan MILF di Selatan Filina selain masih aktif sehingga hari ini menyebarkan fahaman Salafiah Jihadiah.

Maahad tersebut juga dikatakan menjadi tempat perlindungan Abu Bakar, Abdullah Sungkar, Mohd. Iqbal Abdul Rahman, Hambali dan 16 anggota kanan kumpulan Darul Islam dari Solo, Jawa Tengah melarikan diri ke Malaysia selepas pemerintahan Presiden Suharto.

Ketua DPP, Nasrudin Hassan berkata, apa yang merisaukan laporan akhbar itu terlalu samar bilamana sumber risikan itu tidak didedahkan dan sekolah maahad mana tidak disebut secara langsung.

Tambahnya, ini akan menimbulkan rasa takut dan tidak selesa dalam negara terutamanya ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah-sekolah maahad.

"Apa yang meragukan lagi, tahanan-tahanan yang ditahan di bawah ISA atas tuduhan menganggotai Jamaah Islamiah (JI) dan rangkaian Al-Qaeda masih belum dibuktikan bersalah walaupun ada yang telah bertahun-tahun merengkok di dalam penjara. Kewujudan JI di Malaysia masih meragukan," katanya.

Beliau berkata, sekiranya betul wujud, pihaknya meminta didedahkan sekolah yang terlibat kerana Sekolah Agama Maahad diwujudkan bukan untuk mengkaderkan pengganas seperti yang digambarkan oleh akbar berkenaan, tetapi adalah untuk melahirkan ilmuan-ilmuan Islam yang faqih dalam bidang pengajian duniawi dan ukhrawi.

"Tindakan Utusan ini juga secara tidak langsung melabelkan Islam dengan keganasan dan kita tidak mahu kerajaan Malaysia mengikut telunjuk US yang mengaitkan Islam dengan keganasan, mereka-reka cerita JI dalam negara semata-mata untuk menyedapkan telinga US dan Israel.

"Jangan hanya kerana cerita yang sumbernya entah siapa maka sekolah-sekolah Maahad ini menjadi manjadi mangsa dan kesannya ibu bapa takut menghantar anak mereka ke sekolah-sekolah maahad ini selain pandangan buruk umum kepada sekolah maahad," ujarnya lag.

Telah terbukti, katanya sekolah-sekolah maahad ini walaupun tidak di bawah kelolaan kementerian pelajaran, mampu melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik setanding dengan sekolah-sekolah kebangsaan malah lebih hebat lagi insan yang dilahirkan itu mempunyai akhlak yang baik.

Pemuda PAS juga, katanya tidak mahu ini menjadi suatu taktik kerajaan Umno BN untuk menghalalkan akta zalim ISA, seterunya menangkap penganjur-penganjur dan peserta-peserta Bersih 2.0 menjelang himpunan aman itu nanti.

Tiada ulasan: