Tukar Tiub |
- ANAK MUDA JANGAN LEPAS KAN PELUANG INI - SEMUA PEGUAM CUN!
- INI DIA CARA TANAH TUDM DI REMBAT
- SALUT UNTUK ORANG YANG BERANI
- KULIAH FIKRAH KRITIKAL
- SIAPA ADA NEGATIF GAMBAR INI?
- BERITA UNTUK ANAK MUDA
| ANAK MUDA JANGAN LEPAS KAN PELUANG INI - SEMUA PEGUAM CUN! Posted: 22 Jun 2011 10:33 AM PDT BERSIH 2.0 LAWYERS FOR LIBERTY ANJUR BENGKEL – harakah daily Lawyers for Liberty (LFL) akan menganjurkan satu bengkel terbuka berhubung hak anda berhadapan polis sempena perhimpunan Bersih 2.0 yang dijadual 9 Julai ini. Menurut Penasihat LFL, Latheefa Koya, bengkel itu diadakan bagi memberi pendedahan berhubung apa yang hendak mereka lakukan sekiranya ditangkap dan dipukul oleh pihak polis. "Justeru itu, kita mahu mereka semua bersedia dalam menyertai perhimpunan ini agar mereka tidak takut mahupun gentar apabila terdapat sebarang tindakan yang dilakukan oleh polis semasa dalam perhimpunan itu nanti. "Oleh itu saya menasihatkan pada orang ramai supaya tidak panik dan gusar untuk berhimpum dalam perhimpunan Bersih 2.0 ini kerana dengan pendedahan yang kita akan berikan pastinya mereka akan mendapat perlindungan dari segi undang-undang yang sewajarnya," ketika dihubungi Harakahdaily. Bengkel yang bertajuk Bersih 2.0: LFL "Right To March!"-Hak Anda Berhadapan Dengan Polis ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh peguam hak asasi N Surendran dan bersama dengan peguam-peguam LFL yang lain. Bengkel tersebut dijadual diadakan pada tarikh 30 Jun 2011 pada hari Khamis bertempat di Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH), Jalan Maharajalela Kuala Lumpur. Ia akan bermula jam 8.30 malam hingga 9.30 malam. Kepada mereka yang berminat untuk mengikuti bengkel ini boleh mendaftar dengan cara menghantar email kepada: fadiahnadwa9@yahoo.com atau menghantar pesanan ringkas (SMS) ke nombor berikut 012-4651671 berserta dengan butiran pribadi seperti nama, nombor telefon dan alamat email. |
| INI DIA CARA TANAH TUDM DI REMBAT Posted: 22 Jun 2011 10:27 AM PDT TUDM SUNGAI BESI KENA REMBAT ![]() SIAPA REMBAT TANAH TUDM SUNGAI BESI 22hb Jun 2011 Menggesa Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara Menyiasat Transaksi Pembelian Dan Penjualan Pelaburan dalam 1MDB PetroSaudi Limited oleh 1MDB dengan PetroSaudi International Limited Dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2011 pada 20 Jun 2011, saya telah menggesa antara lain agar Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara menyiasat transaksi pembelian dan penjualan pelaburan dalam 1MDB PetroSaudi Limited oleh 1MDB dengan PetroSaudi International Limited. Gesaan ini dibuat kerana berdasarkan laporan juruodit, transaksi pembelian dan penjualan pelaburan tersebut yang mencurigakan. Ia melibatkan pengumuman keuntungan RM425 juta untuk operasi tahun pertama yang berakhir 31 Mac 2010 oleh Perdana Menteri selaku Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB pada 8 Oktober 2010 dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Sharol Halmi pada 12 Oktober 2010. Keuntungan diperolehi antara lain hasil penjualan pelaburan dalam 1MDB PetroSaudi Limited iaitu syarikat usahasama diantara 1MDB dengan PetroSaudi International Limited. Dalam transaksi ini 1MDB melabur dalam 1MDB PetroSaudi Limited sebanyak RM3.5 billion yang dibuat secara tunai. Tidak sampai 5 bulan kemudian 1MDB menjual semula pelaburan ini kepada rakan usahasama mereka iaitu PetroSaudi International Limited dengan harga RM4.1 billion dan memperolehi keuntungan sebanyak RM615 juta. Walaubagaimana pun bayaran untuk penjualan pelaburan ini dibuat samaada secara ansuran atau bayaran tertangguh selama 11 tahun. Ini bermakna perolehan RM4.1 billion ini hanya dapat diperolehi sepenuhnya menjelang 31 Mac 2023 berdasarkan transaksi penjualan ini dibuat pada hari akhir penutupan akaun 1MDB iaitu 31 Mac 2010. Keupayaan 1MDB memperolehi balik RM4.1 billion ini amat disangsikan berdasar nota khas yang dibuat oleh Juruodit KPMG dalam laporan oditnya keatas akaun 1MDB yang berakhir 31 Mac 2010. Nota khas ini berbunyi seperti berikut:- "The Group and the Company held notes receivable amounting to RM4,139,125,000 as at 31 March 2010. A valuation was performed by an independent financial advisory firm to support the assessment of the appropriateness of the carrying value of the notes receivable as at 31 March 2010. This valuation was carried out based on certain sets of assumptions. It should be noted that these assumptions are critical to the result of the assessment. The notes receivable are backed by a corporate guarantee issued by the ultimate holding company of 1MDB PetroSaudi Limited, PetroSaudi International Limited PSI). Management believes that PSI is in good financial standing and has the ability to meet all obligations required as documented in the Corporate Guarantee Agreement". Nota ini menjelaskan Juruodit KPMG semata-mata bersandar kepada perakuan pengurusan 1MDB bahawa PetroSaudi International Limited mempunyai kedudukan kewangan yang baik dan berupaya memenuhi kesemua tuntutan kewangan sepertimana yang terkandong dalam dokumen Perjanjian Jaminan Korporat nya. Juruodit KPMG sendiri tidak memberi kepastian samaada hutang tertunggak RM4.1 billion berupaya dibayar oleh PetroSaudi International Limited kerana ia bukan jaminan Bank atau Kerajaan. Susulan dari gesaan tatkala membahaskan Rang Undang Undang Perbekalan Tambahan 2011 itu , saya telah menulis surat bertarikh 22hb Jun 2011, memohon Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara menyiasat perkara berikut menurut peruntukan Peraturan Mesyuarat 77 (1)(d) : 1) Menilai kedudukan kewangan, pemegang saham, nominee, dan pengurusan PetroSaudi International Limited samada mempunyai keupayaan membayar hutang RM4.1 billion kepada 1MDB sepertimana yang didakwa oleh pengurusannya. 2) Menyiasat sumber 1MDB perolehi untuk membayar pelaburan dalam 1MDB PetroSaudi Limited sebanyak RM3.5 billion secara tunai. Adakah ia hasil penerbitan Bon yang dijamin oleh Kerajaan? 3) Menyiasat penilaian yang dibuat oleh pengurusan 1MDB keatas 1MDB PertroSaudi Limited apabila membuat keputusan melabur sebanyak RM3.5 billion dalam usahsama ini. 4) Menyiasat kegiatan perniagaan 1MDB PetroSaudi Limited sehingga 1MDB berupaya menjual pelaburannya dalam masa yang singkat tidak sampai 5 bulan dengan keuntungan RM615 juta daripada pelaburan sebanyak RM3.5 billion. Ini bermakna pulangan sebanyak 17.6% atau 42% berdasarkan kadar pulangan tahunan (annualized rate of return). Siasatan ini perlu agar 1MDB sebagai sebuah agensi pelaburan kerajaan tidak terlibat dalam kegiatan sindiket kewangan antarabangsa yang mencurigakan dan mungkin jenayah. 5) Menyiasat tempat atau lokasi PetroSaudi International Limited dan kumpulan syarikatnya termasuk 1MDB PetroSaudi Limited diperbadankan. Benarkah PetroSaudi International Limited di perbadankan di Cayman Islands atau British Virgin Islands dan tidak mempunyai kaitan langsung dengan perusahaan petroleum dan individu atau organisasi dari Arab Saudi? 6) Menyiasat adakah kerajaan terdedah kepada jaminan atau pinjaman dalam pelaburan yang dibuat 1MDB? Saya menggesa Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara menyiasat kes ini kerana ia melibatkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan selaku Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB dan penerbitan bon sebanyak RM5 billion yang dijamin kerajaan. Difahamkan bon sehingga RM15 billion akan diterbitkan untuk membiayai pelaburan 1MDB. Dalam pengamatan akaun 6 bulan pertama 2011 hingga 1 September 2010, saya dapati 1MDB mengalami kerugian sebanyak RM158.3 juta. 1MDB dianugerahkan konsesi tanah paling berharga di Kuala Lumpur iaitu pengkalan TUDM di Sungai Besi seluas 196.6 hektar sementara Pengkalan TUDM akan dipindahkan ke Sendayan, Negeri Sembilan. Pembangunan Pengakalan TUDM di Sungai Besi ini melibatkan usahasama diantara 1MDB (30%), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (30%) dan Desmond Lim dari Malton Berhad (40%). Dalam kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan hartanah ini akan dibangunkan sebagai Bandar Malaysia untuk memperkukuh daya saing Kuala Lumpur bagi menarik pelabur tempatan dan asing. Pembangunan yang diumumkan hanya melibatkan yang memberi pulangan besar kepada pelabur. Langsung tidak disebut atau disediakan dalam pelan induk pembangunan perumahan untuk warga kota yang berpendapatan rendah dan penyediaan perumahan untuk bekas tentera yang amat memerlukan perumahan di ibukota ini. ANWAR IBRAHIM KETUA PEMBANGKANG DEWAN RAKYAT MALAYSIA |
| Posted: 22 Jun 2011 02:56 AM PDT SIAPA JANTAN INI? ![]() nota: siapa jantan ini? apa hubungan dengan teoh kah kah kah RCI TEOH : TEERPULANG KEPADA AGONG UNTUK UMUM - mkini Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian pembantu politik DAP Teoh Beng Hock hari ini menyerahkan laporan setebal 124 halaman kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Terengganu di Kuala Lumpur. Sesalinan laporan oleh lima anggota panel itu juga akan diserahkan kepada Najib Razak petang ini, kata pengerusinya, James Foong. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit..PELIK NEGARA INI…. kah kah kah.. kah kah kah… MENGHAIRANKAN NEGARA INI…. kah kah kah.. kah kah kah…AmAT UNIK NEGARA INI…. kah kah kah… nota: your honour i've nothing to say nor to add I rest my case opps … I rest my pencil case to you kah kah kah nota: apa sudah jadi dengan rakyat didahulukan kah kah kah |
| Posted: 21 Jun 2011 10:34 PM PDT GAMBAR LADANG SAWIT ![]() nota: gambar ladang sawit ini hanya untuk hiasan saja tidak sangkut dengan yang sedang hidup atau yang sedang mati! POLIS TEMBAK MATI TIGA PENJENAYAH – berita hairan REMBAU: Polis menembak mati tiga penjenayah warga asing di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Batu 1, Pedas dekat sini awal pagi semalam, ketika mereka sedang menolak motosikal masing-masing dalam usaha mahu melarikan diri selepas gagal memecah masuk rumah pemilik ladang sawit berkenaan. Dalam kejadian kira-kira jam 4.55 pagi itu, sepasukan anggota polis sedang meronda di kawasan berkenaan dan terserempak dengan penjenayah terbabit yang berusia dalam lingkungan 20-an dan ketika diminta menyerah diri, mereka menyerang polis menggunakan parang. Ketua Polis negeri, Osman Salleh berkata, polis terpaksa melepaskan tembakan dan terkena empat daripada suspek dengan tiga daripadanya maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi yang cedera sempat melarikan diri bersama dua rakannya. "Pemeriksaan kemudian menemui tiga parang pelbagai saiz, topeng ski, sarung tangan dan sebuah beg mengandungi peralatan pecah rumah, selain tiga motosikal jenis Yamaha dan Modenas Kriss yang digunakan kumpulan itu. "Siasatan lanjut mendapati kumpulan itu yang aktif sejak enam bulan lalu terbabit dalam sekurang-kurangnya tujuh kes pecah rumah di Kuala Pilah dan Seremban serta beberapa kes di Selangor dan Melaka," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Negeri Sembilan di Seremban, semalam. Osman berkata, polis melancarkan gerakan memburu ketiga-tiga suspek terbabit dan mengarahkan semua klinik atau hospital membuat laporan jika menerima pesakit cedera ditembak. Beliau berkata, mayat tiga suspek dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. Osman berkata, kumpulan itu yang diklasifikasikan sebagai berbahaya biasanya melakukan kegiatan mereka antara jam 4 hingga 5 pagi untuk mengelak disedari mangsa dan pihak berkuasa. FIKRAH KRITIS MEMBACA BERITA PENGENALAN berita dilapor untuk tujuan memberi maklumat. berita juga di buat untuk menutup maklumat. berita juga di buat untuk memgolah persetujuan. justeru kita wajib memiliki fikrah yang kritikal ketika membaca berita. fikrah yang kritikal ini penting kerana tanpa fikrah yang kritikal kita sebenarnya tenggelam senang ditipu dan diperbodohkan. kuliah ini mengambil contoh berita diatas: polis menembak mati 3 penjenayah asing – kunci perkatan disini bukan penjenayah tetapi perkataan ASING – asing disini akan memberi makna bahawa mereka yang ditembak mati bukan rakyat malaysia. apa yang tergambar dalam fikrah kita bila membaca ASING? apakh asing ini warga sweden? apakah asing ini warga denmark? apakah asing ini warga norway? mustahil! asing dalam fikrah kita ialah INDON. jika ini dalam fikrah kita maka dengan serta merta kita memiliki prasangka. parasangka ini muncul kerana setereotipikal indon yang diasosiasikan dengan jenayah. media selalu mengasosiaikan indon= penjenayah. juasteru yang mati ini pastilah orang jahat. jika mereka orang jahat maka patut lah mereka mati dibunuh. jika ini tergambar maka ertinya kita telah ditipu dan di pedaya oleh berita ini perkataan ASING ini juga akan membuatkan NGO HAK ASASI MANUSIA/MAJLIS PEGUAM/PAKATAN RAKYAT/SUHAKAM/SUARAM/PAS/DAP/PKR/PEGUAM LAT/TIAN CHUA/SIVA RASA/DR ZUL/KHALID SAMAD/TONY PUA/RONNIE LIEW/ NURUL IZAZH/MAT SABU/ dan tuan tuan pembaca tidak akan mempedulikan berita ini. malaysiakini, malaysiainsider, malaysia today, free malaysia - tidak akan juga melaporkan berita ini - semuanya kerana perkataan ASING berita ini tidak akan dibincangkan di parlimen malaysia! ini bukan teo beng hock, bukan kugan. bukan sarbaini. bukan aminulrashid ini ORANG ASING! ( jangan silap faham – analisa ini bukan mahu mempertikaikan tindakan polis – analisa ini ingin mendidik pembaca tentang cara menggunakan fikrah kritikal untuk membaca berita) penjenayah asing ini ditembak awal pagi ketika mereka menolak motosikal? soalan? – awal pagi dan menolak motosikal? maka timbul persoalan: kenapa motosikal ditolak? adakah injin rosak? ada kah perlu tiub di tukar? kenapa? ini persoalan yang wajib kita timbulkan apabila menggunakan fikrah kritikal. soalan: mereka gagal memecah masuk – jika gagal kenapa tak start motorsikal dan cabut dari situ? soalan ini memerlukan jawapan. jika soalan ini ada dalam fikrah pembaca maka bermakna pembaca telah mula memiliki ciri ciri sosok berfikrah kritikal. BERITA BAIK rupa-rupanya pada jam 4.55 pagi polis juga sedang meronda di LADANG KELAPA SAWIT – ini satu yang baik – tahniah untuk polis Pedas. Kerana amat jarang polis meronda ladang kelapa sawit. ini satu yang baik! baca lagi: polis ternampak mereka sedang menunda motosikal - dan polis meminta mereka menyerah diri!!! ini pelik – bayangkan ketika kita menunda motosikal polis datang – nak menyerah diri buat apa – kita bukan lari – kita sedang menunda motosikal - bukan motor bergerak – nak lari buat apa? justeru disini ada sesuatu yang tidak kena kalau kita gunakan fikrah kritikal. dan penjenayah ini tetiba MENYERANG DENGAN PARANG - ini klasik kerana semua penjenayah jadi bodoh dan bangang bila polis kata : BERHENTI SERAH DIRI! – bila saja kedengaran ini si penjenayah bodoh ini mula menyerang. dalam kes ini perlu satu kajian ilmiah dijalankan untuk meneliti dari sudut saikoloji dan sosioloji kenapa penjenayah BERKELAKUAN SEDEMIKIAN. apakah ini kelakuan dan tabiat penjenayah asing? apakah ini berlaku kerana subuh? apakah ini berlaku kerana pengaruh daun kelapa sawit? atau kerna tercium bau minyak motosikal? seterusnya: polis tidak ada pilihan dan terus menembak mati – tiga mati disana , satu cedera tetapi dapat melarikan diri bersama dua kawan. FAKTA : ertinya ada 6 orang penjenayah. ini juga satu yang amat pelik. apakah ini cara terbaru dan teknik baru untuk geng pecah rumah – mereka datang beramai ramai. mungkin juga betul – jika rumah ini terkunci mereka ada masa untuk menukang dan membuat lubang untuk masuk. lebih ramai geng lebih baik. dan kalau kalau ada peti air batu boleh pikul ramai ramai – dan jika rumah berkuci baik - angkat sahaja rumah tak perlu dipecahkan. FAKTA: YAMAHA dan MODENAS KRISS – dua perkataan ini adalah perkataan yang menarik kita lari dari memahami keseluruhan ayat. Kita telah diberitahu si penjenayah ada motosikal. kemudian jenama motosikal ini di nyatakan. Ini untuk membuktikan bahawa sahehlah semua fakta yang dilaporkan. apabila kita terperangkap dengan dua perkatan ini maka kita akan bertambah yakin dan percaya dengan ayat yang awal : …. menemui tiga parang pelbagai saiz, topeng ski, sarung tangan dan sebuah beg mengandungi peralatan pecah rumah… peranan yamaha dan modenas kriss ialah untuk memperkukuhan kesahehan bahawa 3 orang yang ditembak ini adalah penjenayah asing dan yang ditulis ini adalah bahan bukti kejenayahan mereka. TERUS BACA: "Siasatan lanjut mendapati kumpulan itu yang aktif sejak enam bulan lalu terbabit dalam sekurang-kurangnya tujuh kes pecah rumah di Kuala Pilah dan Seremban serta beberapa kes di Selangor dan Melaka," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Negeri Sembilan di Seremban, semalam. ini cukup menarik – kejadian berlaku subuh jam 4.55 – tidak sampai 10 jam polis dengan cekap dan amanah telah menjalankan siasatan dan menemui jaringan penjenayah ini. syabas! tahniah! inilah polis contoh! mereka tidak tidoooo... rupa-rupanya ada 7 kes lain. awas! kalau kita gunakan fikrah yang kritikal apakah masuk akal dalam masa yang singkat penjenayah ini dapat dikaitkan dengan jenayah di kuala pilah, di seremban, selangor dan melaka.polis ini betul betul cekap dan amanah! lihat – penggunaan SELANGOR/MELAKA - kalau kuala pilah/seremban jelas ini adalah tempat yang dapat kita bayangkan tetapi melaka/selangor ? menggunakan perkataan selangor/melaka ini samalah seperti : penjenayah ini telah juga melakukan jenayah di malaysia, di asean, di asia dan di dunia! KEMUDIAN: kita diberitahu bahawa penjenayah ini memang merbahaya dan memang suka memecah rumah ketika subuh. apa bahaya? bahaya macam mana? apa yang menimbulkan bahaya? kalau kita menggunakan fikrah kritikal soalan-soaln ini akan muncul. OPPS… ….mayat tiga suspek dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh…. KAH KAH KAH….rupa-rupanya mayat ini akan di tuduh cuna membunuh. nota: diharapkan kuliah ini bermanafaat untuk pembaca yang budiman EPILOK: takada pula dilaporkan rumah apa? rumah siapa yang gagal dipecahkan? rumah orang kaya mana? apakah cucu lim goh tong telah membuat rumah dalam ladang sawit ini? kah kah kah |
| Posted: 21 Jun 2011 09:01 PM PDT NEGATIF PADA SIAPA? ![]() SINGAPURA DIINGATKAN JANGAN CEROBOH - meloya KUALA LUMPUR 21 Jun - Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan Singapura agar tidak sesekali menceroboh kedaulatan negara ini biar apa jua alasan termasuk ruang udara yang terhad. Menurutnya, Malaysia telah banyak bertoleransi dengan republik itu, namun semangat kejiranan harus menjadi penanda aras terhadap apa jua tindakan yang diambil bagi memastikan tidak wujud rasa sangsi antara kedua-dua negara. KL, SINGAPURA JALIN KERJASAMA - meloya SINGAPURA 21 Jun – Malaysia dan Singapura bersetuju untuk menjalin kerjasama di dalam bidang keselamatan Internet termasuk pertukaran pakar-pakar di dalam bidang terbabit, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim. Menurutnya, kerjasama dua negara berjiran itu akan membolehkan tenaga pakar dikumpulkan bagi membantu sama ada Malaysia atau Singapura untuk menangani sebarang isu keselamatan Internet termasuk godaman di negara masing-masing. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit…SILA BACA BETUL BETUL…. kah kah kah.. kah kah kah…..APA PUNYA BERITA INI…. kah kah kah.. kah kah kah… SATU MUNKEE KATA INI…. kah kah kah.. kah kah kah…SATU LAGI MUNKEEE KATA ITU…. kah kah kah.. kah kah kah….YANG PELIKNYA DUA DUA MUNKEE DARI REBAN YANG SAMA….. kah kah kah… kah kah kah…INI BELUM LAGI MAT MONGOL CAKAP…. kah kah kah.. kah kah kah…NANTI MAT MONGOL AKAN CAKAP… AMBIL LAAA APA SAJE… kah kah kah.. kah kah kah…ASALKAN JANGAN KELUARKAN NEGATIF GAMBAR… kah kah kah… nota: kalau nak berancuk pakai kondom kalau dah bunting jadi susah kah kah kah |
| Posted: 21 Jun 2011 08:00 PM PDT HAYATI SEBELUM KE JALAN RAYA PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO BERSIH 2.0 - harakah daily Sempena Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menganjurkan Pertandingan Mencipta Video Bersih 2.0 bagi mempromosikan himpunan berkenaan. Sehubungan dengan itu DPPWP menjemput mana-mana individu atau kumpulan yang berminat untuk menyertai pertandingan ini yang menawarkan hadiah : Tempat Pertama - RM 500 Tempat Kedua - RM 200 Tempat Ketiga - RM 100 Kriteria Video Yang Dikehendaki : 1. Minimum durasi video adalah 2 minit dan maksimum 5 minit 2. Memaparkan gambar atau rakam video berkaitan rakyat dan pilihanraya yang kotor 3. Memaparkan gambar atau rakam video himpunan Bersih 4. Memasukkan maklumat tarikh dan tempat Himpunan Bersih 2011 5. Memasukan maklumat 8 tuntutan Bersih, iaitu: -Bersihkan senarai undi -Mereformasikan undi pos -Gunakan dakwat kekal -Akses media bebas & adil -Masa berkempen minima 21 hari -Kukuhkan institusi awam -Hentikan rasuah -Hentikan politik kotor Maklumat lain: 1. Peserta boleh menghantar seberapa banyak video yang dikehendaki. 2. Video klip peserta akan turut dipaparkan dalam laman Blog DPPWP di (http://dppwp.wordpress.com) dan dibenarkan untuk dikongsi atau digunakan untuk tujuan promosi Bersih disemua jaringan sosial. 3. Peserta digalakan mempromosikan video mereka bagi mendapatkan rating penonton yang tinggi. Penghantaran dan Tarikh Tutup: 1. Video yang telah siap hendaklah di muatnaik (upload) ke laman web Youtube mengunakan akaun peserta. 2. Peserta yang telah memuatnaik (upload) video mereka hendaklah menghantar link video berkenaan di Youtube ke email berikut - hermansamsudeen@gmail. Tarikh tutup pertandingan ini adalah pada 18 Julai 2011 Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila email kepada hermansamsudeen@gmail.com atau hubungi 019-216 8557 (Herman) / 012-698 4302 (Nurul Islam). Herman Samsudeen Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan |
| You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan