Rabu, 15 Jun 2011

Tukar Tiub

Tukar Tiub


LAMAN GEROMBOLAN KENA GODDAM

Posted: 15 Jun 2011 12:44 PM PDT




ANAK MUDA PENGGODAM ANTI GEROMBOLAN





KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… DIBAWAH INI SENARAI OPIS GEROMBOLAN YANG KENA GODDAM…. kah kah kah..

kah kah kah….PADAN MUKA…. kah kah kah..

kah kah kah… ANAK MUDA TELAH BANGUN MELAWAN…. kah kah kah..

kah kah kah…ANAK MUDA LAWAN ORANG TUA KAKI RASUAH…. kah kah kah..

kah kah kah…ANAK MUDA MULA BERANI LAWAN MAT MONGOL KAKI MAKAN FREE…. kah kah kah..

kah kah kah…ANAK MUDA MULA BERANI LAWAN BADAK BERENDAM…. kah kah kah





OPERSAI MALAYSIA

"Greetings, Malaysia, We have seen the censorship taken by the Malaysian government, blocking sites like The Pirate Bay, and WikiLeaks. Malaysia is one of the world's strictest governments, even blocking out movies, and television shows. These acts of censorship are inexcusable.

You are taking away a basic human right. The internet is here for freedom, without fear of government interference. Do not think that no one else notices. Your structured government has done the talking, and we hear loud and clear.

Let this be an announcement to all your people. This is a sign, a warning, and an opportunity to listen to ideas above your own. In a way you are being stubborn. But how will this help anyone or your country.

We fear that if you make further decisions to take away human freedom. We are obligated to act fast and have no mercy. For rules were meant to be broken. And corruption was meant to be washed away and forgiven. Now we will wash your corruption away so be prepared. Take this as a favour."


INI SENARAI LAMAN GEROMBOLAN YANG TELAh DI GODDAM


Malaysia Official Government Website (DoS / Switched off)
Other Malaysian wesites:
SabahTourism.com - Hacked + leaked
Tour Malaysia (Not Tourism Malaysia) - Hacked
Tourism Malaysia - Up
UiTM Penang - Hacked
JBiotech - Hacked
Social Welfare Department (Ezi2Care)- Hacked
CIDB - Hacked but back up
Land Public Transport Commision - Hacked but back up
1Malaysia - DoS / Switched off
ASEANConnect - DoS / Switched off
Malaysian Meteorological Service - DoS / Switched off
Ministry of Education - DoS / Switched off
Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia - DoS / Switched off
Bomba - DoS / Switched off
TMNet - Up
Perbendaharaan Malaysia - DoS / Switched off
Kementerian Kerja Raya Malaysia -DoS / Switched off


ANAK MUDA PENGGODAM



ANAK MUDA BANGUN MENGGODAM

Posted: 15 Jun 2011 12:31 PM PDT





FB INI TELAH KENA HACK






PERUNTUKAN RM1.8 JUTA BOLEH BIAYA BIASISWA PELAJAR : NIK NAZMI
– keadilan daily

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad menyeru Menteri Pelancongan, Datuk Seri Ng Yen Yen supaya lebih prihatin dengan kesusahan rakyat daripada menghabiskan RM 1.8 juta hanya untuk laman media sosial kementerian tersebut.

Demikian beliau mengulas kenyataan Ng Yen Yen yang mempertahankan jumlah peruntukan berkenaan.

Menurut Nik Nazmi, kerajaan sepatutnya meletakkan keutamaan untuk membelanjakan wang kepada perkara yang penting ketika rakyat menanggung kenaikan kos akibat penarikan balik subsidi.

"Menteri perlu bertanggungjawab berkenaan peruntukan yang begitu besar dan perlu jelaskan bagaimana wang tersebut digunakan.

"Sepatutnya di kala rakyat dihimpit kesusahan dengan subsidi ditarik, menteri tidak harus menghabiskan duit dengan begitu sahaja," kata Nik Nazmi ketika dihubungi Keadilandaily.com.

Dalam pada itu, beliau menganggarkan sejumlah peruntukan itu boleh digunakan dalam bidang pendidikan bagi memperkasakan sektor tersebut.

"Jika digunakan wang sebanyak itu untuk membiayai biasiswa pendidikan di Malaysia sudah mencukupi.

"Kita juga mahu tahu servis apa yang melibatkan kos begitu tinggi diperlukan oleh Kementerian Pelancongan. Sedangkan banyak cara atau kaedah boleh dilakukan dengan perbelanjaan yang lebih kecil," katanya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


kah kah kah….FACE BOOK INI TELAH DITUTUP… kah kah kah..

kah kah kah… BUAT FACE BOOK FREE…kah kah kah…

kah kah kah…. TAPI UNTUK GEROMBOLAN INI PUN PROJEK…. kah kah kah..

nota:
mainkan isu ini sebanyak mungkin dalam internet
buka cerita face book 1.8 juta ringgit ini luas luas
bagi mamat bunga dan minah skema yang tak faham politik sedar

bila mereka baca facebook harga 1.8 juta riggit baru mereka sedar
selama ini mereka dan ibu bapa mereka di tipu oleh gerombolan


BERSAMA 9 JULAI KITA GODDAM

JANGAN NAK MIMPI

Posted: 15 Jun 2011 12:27 PM PDT





KEMARAHAN




BERSIH : POLIS PATUT KERJASAMA BUKAN TANGKAP – harakah daily

Pakatan Rakyat amat kesal dengan tindakan pihak polis yang akan melakukan tangkapan awal atau tangkapan pencegahan terhadap penganjur Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini, memandangkan ia jelas merupakan salahguna kuasa yang dilakukan oleh pihak polis di negara ini.

Tindakan seperti itu tidak sepatutnya dilakukan oleh pihak polis kerana tangkapan yang dilakukan itu bukan sekadar bercanggah dengan amalan demokrasi, tetapi juga melakukan tangkapan terhadap orang yang belum terbukti bersalah.

Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar berkata, Himpunan Bersih 2.0 diadakan atas tujuan yang murni bagi mendesak kerajaan melaksanakan pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini.

Menurut beliau, pihak polis perlu faham perkara itu dan sepatutnya memberikan kerjasama yang baik kepada pihak penganjur, bukannya dengan menangkap individu yang belum terbukti bersalah bagi menghalang perhimpunan itu.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH AKH


woit…INI HANYA AKAN BERLAKU JIKA MALAYSIA DI BAWAH PAKATAN RAKYAT…kah kah kah…

kah kah kah…. KALAU INI BERLAKU SEKARANG…kah kah kah..

kah kah kah....ADALAH SATU TANDA…. kah kah kah..

kah kah kah…TANDA AKHIR ZAMAN… kah kah kah...

kah kah kah.... DUNIA NAK KIAMAT…. kah kah kah…


BERSAMA KITA RAYAKAN


MINAH RONGGENG MUNCUL KEMBALI

Posted: 15 Jun 2011 12:20 PM PDT




TAK BERTUDUNG

















BEKAS KETUA WANITA PKR FAIL SAMAN RM 6 JUTA TERHADAP 5 INDIVIDU ,PAS – tiewnama

GEORGETOWN: Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Aminah Abdullah hari ini memfailkan saman fitnah berjumlah RM6 juta terhadap lima individu dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berhubung kenyataan berbaur fitnah terhadapnya yang disiarkan dalam akhbar Harakah edisi 20-22 Mei 2011.

Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Norhayati Jaafar sebagai defendan pertama, Timbalan Ketua PKR Cabang Jelutung, Jab Samad (defendan kedua), Setiausaha PKR Cabang Jelutong, Anuar Kamaruddin (defendan ketiga), wartawan Harakah, Mohd Sabri Said (defendan keempat), Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman (defendan kelima) dan PAS (defendan keenam).

Menurut pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa pada sekitar 20-21 Mei lalu defendan pertama, kedua dan ketiga telah bersama-sama melalui sidang media di Galeri Pejuang, Cheruk Tok Kun, Bukit Mertajam dengan niat jahat mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah, kecaman berbentuk peribadi serta tuduhan tidak berasas bertujuan mengaib, menjatuh maruah, nama baik dan reputasinya.

Defendan keempat kemudiannya dengan niat jahat melaporkan kenyataan berkenaan dalam artikel bertajuk "Kenyataan Aminah Bertentangan Syariat" yang disiarkan dalam akhbar Harakah ruangan Fokus di muka surat N18, Koridor Pakatan Rakyat Edisi 20-22 Mei 2011.

Defendan kelima selaku Ketua Pengarang akhbar Harakah telah membenarkan defendan keempat untuk melaporkan kenyataan itu dan defendan keenam selaku pemilik akhbar berkenaan telah menyiarkan keseluruhan kenyataan berkenaan.

Aminah dalam pernyataan tuntutan itu mendakwa laporan akhbar itu antara lain memberi maksud bahawa plaintif adalah seorang yang jahil agama dan tiada sebarang pengetahuan syariat Islam, menerima umpan kebendaan daripada Umno termasuk dituduh menggesa Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail bercerai dengan suaminya, Anwar Ibrahim.

Plaintif menuntut ganti rugi am untuk fitnah slander (pernyataan fitnah dengan kata-kata atau gerak isyarat, bukan dalam bentuk kekal) sebanyak RM1 juta setiap seorang daripada defendan pertama, kedua dan ketiga.

Plaintif turut menuntut ganti rugi am untuk fitnah libel (pernyatan fitnah dalam bentuk kekal seperti tulisan, gambar ataupun filem) sebanyak RM1 juta setiap seorang daripada defendan keempat, kelima dan keenam. - TIEWNAMA

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit….INGAT TAK… SIAPA SERI KANDI PEJUANG INI?.... kah kah kah….

kah klah klah… OPPPS...BUKAN SERI KANDI… SERI PANDDY… kah kah kah..

kah kah kah…INI LAH MINAH RONGGENG…. kah kah kah…

kah kah kah…ADA LAGI EKOR EKOR NYA…. kah kah kah…


JANGAN LUPA KITA BERONGGENG



APA SUDAH JADI?

Posted: 14 Jun 2011 11:00 PM PDT









APA SUDAH JADI DENGAN YUGI?


Para pembaca yang budiman : Aku rasa agak ramai para pembaca yang agak kabur tentang konsep dan falsafah Negara Kebajikan. Apabila parti Pas mengajukan Negara Kebajikan sebagai raison d'ĂȘtre /matlamat dan garis perjuangan parti ini kelihatan musuh utama rakyat Malaysia - United Malays National Organisation – menjadi sasau dan gaban.

Secara mengejut – tetiba – bengolan-bengolan dari United Malays National Organisation menjadi sasau dan mamai. Entah pelesit mana yang datang merasok. Dengan mengejut secara tetiba Mahathir Muhamad, Najib Razak , Nazri Aziz, Utusan Malaysia dan Perkasa meluahkan cinta berahi mereka terhadap para ulama Pas.

Aku perhatikan, tanpa segan silu mereka 'frus menonggeng' dan 'tergolek dog' menangis, merayu dan meraung apabila Negara Islam tidak lagi dijadikan ajenda politik oleh Pas. Dengan penuh sasau mereka ingin memelok dan mencium para ulama Pas terutama yang telah kalah dalam pemilihan baru-baru ini.

Cerita sedih ini menjadi lucu apabila Ibrahim Ali merasa kesucian agamanya tercemar apabila Pas mengajukan Negara Kebajikan. Zul Nordin tersedak hingga tercabut kopiah basinya apabila diberitahu bahawa Mohamad Sabu telah berjaya menduduki kerusi pucuk pimpinan Pas. Utusan Malaysia tidak putus putus air liur bergebang tentang bagaimana Pas telah menjadi kuda Dap.

Zum kali zoom. Gaban ya maikul gaban. Nampaknya kemunculan pimpinan baru dalam Pas ini telah menjadikan United Malays National Organisation kelam kabut dan sampar larau tak tentu arah tujuan. Ada bengolan yang meminta Pas meninggalkan Islam. Ada bengolan yang berkata Pas telah belot kerana meninggalkan Islam.

Lawak-lawak seram ini semakin menjadi-jadi. Aku terguling guling ketawa terbahak-bahak hingga tercabut tiga helai bulu hidung apabila terbaca berita tentang Mahathir Muhamad berfatwa dengan surah dan ayat-ayat Quran.

Bayangkan Mahathir Muhamad, kaki kelentong ini telah bersalin kulit menjadi seorang lebai. Lebai Mahathir ini telah mula berlabon dengan ayat-ayat Quran. Paling lawak ialah apabila Lebai Mahathir ini menerangkan kepada jemaah suraunya bahawa pimpinan baru dalam Pas ini adalah kemenangan untuk Bengali Karpal Singh. Macam mana si Bengali ini masuk dalam kes ini aku pun tak faham.

Aku perhatikan kempen anti Pas ini akan diteruskan. Kempen ini bertujuan untuk mengharu birukan Pas dan para penyokong Pas. Kempen yang berjangkan panjang ini bertujuan agar akan muncul tim serpihan 'ulamak' dalam Pas. Bengolan-bengolan dalam United Malay National Organisation akan pasang colok bernazar jika parti Pas retak dan pecah.

Kenapa ini berlaku?

Biar aku terangkan disini pensejarahan latar belakang agar kita semua dapat memahami realpolitik yang sedang berlaku dihadapan mata kita. Semuanya bermula pada malam kemenangan pilihanraya yang lalu. Ingat tak malam itu? Jangan lupa malam itu juga dikenali sebagai Malam Khir Toyo Membakar Fail di pejabat kerajaan Shah Alam.

Pada malam itu United Malays National Organisation melihat kekalahan di Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Kelantan. Kekalahan di Selangor adalah satu pukulan hebat. Negeri terkaya di Malaysia telah terlucut. Sesudah membakar fail-fail, Khir Toyo dengan cepat dan tangkas mula melakukan kerja-kerja jahat.

Khir Toyo memukul talipon. Beberapa orang pucuk pimpinan Pas telah dihubungi. Tujuan: untuk melahirkan apa yang dipanggil 'kerajaan perpaduan'. Pekara ini bukan lagi rahsia. Apa yang aku tulis ini bukan fitnah. Semua telah terbarai. Semuanya telah diketahui umum. Apa yang aku lakukan ini hanya merakamkan sejarah ini secara hitam puteh untuk ingatan cucu cicit kita nanti.

Semenjak malam itu mimpi berahi United Malay National Organisation untuk kembali berkuasa di Selangor tidak putus–putus. Dalam masa yang sama beberapa bengolan Pas terus dirangsang oleh mimpi berahi untuk menjadi Menteri Besar dan meniduri jawatan menteri pusat jika kerajaan perpaduan dapat di wujudkan.

Benda yang dipanggil 'kerajaan perpaduan' ini di kenali juga dengan nama manjanya - YUGI. Ini bukan ' yugi - underground' lingo musik anak-anak muda. Yu Gi ini bermakna Unity Government. Anasir-anasir yang menyokong Yu Gi dalam Pas ini terus bergerak. Di Selangor ianya amat aktif sekali hingga anasir Yu Gi ini berjaya menyingkirkan Saari Sungip dan Khalid Samad dari pucuk pimpinan Pas Negeri.

Selama tiga tahun bahtera Pas terumbang ambing akibat dari kerja-kerja jahat anasir-anasir Yu Gi. Dalam masa yang sama bengolan United Malay National Organisation terus 'memukul talipon' berhubung dengan anasir-anasir Yi Gi dalam Pas. Hubungan sulit terus dilakukan - cinta kaseh sayang mereka terus dibakar. Akhirnya gerak kerja anasir Yu Gi dalam Pas ini telah berjaya menggangu gugat kerja-kerja politik Pakatan Rakyat.

Nafsu dan berahi anasir Yu Gi ini terus dibelai dan diraba-raba untuk memastikan ianya terus keras dan tegang. Justeru pelbagai bentuk kenyaataan telah dibuat. Pucuk pimpinan United Malays National Organisation telah membuat kenyataan tentang betapa indahnya jika Melayu bersegama dengan Melayu. Betapa gah dan luasnya pancutan politik ketuanan Melayu jika Melayu dapat berpadu-padu dengan Melayu.

Aku tersenyum melihat bagaimana pada awalnya kenyataan dan jemputan dari bengolan United Malays National Organisation ini agak berlapik. Tetapi semua ni berakhir pada petang cuti Hari Krismas yang lalu. Pada petang itu satu pertemuan sulit dimana Najib, Muhyiddin, Nik Aziz dan Hadi Awang telah diadakan. Perjumpaan ini menjadi pacit apabila Nik Aziz minta diri berundur kerana alasan sakit pinggang.

Kesah Nik Aziz mengkantoikan projek Yu Gi ini menjadi bahak gelak ketawa dalam internet. Bayangkan kata-kata Nik Aziz dengan lorat Kelantan nya : Ambo tok seeh padu padu ni…Ambo minta diri dulu… Ambo nok gi hospital…'

Cuba bayangkan bagaimana rupa muka Najib dan muka Muhyiddin ketika Nik Aziz bangun dan beredar. Betapa sedih dan pilu rasa hati Abang Nasa apabila semua rancangan untuk menubuhkan 'kerajaan perpaduan' gagal. Mimpi Abang Nasa untuk menjadi menteri kabinet jatuh berderai derai tergolek-golek.

Sesudah petang Krismas itu jemputan untuk menubuhkan kerajaan perpaduan ini mula diajukan tanpa berlapik-lapik. Jemputan ini datang bertalu-talu. Semua bersuara menjemput Pas untuk mendirikan kerajaan perpaduan. Hinggakan Lokman Adam seorang jurufikir ulung United Malay National Organisation sendiri sanggup membuat jemputan secara terbuka di satu forum di Kota Bahru.

Nampaknya hanya Ummi Ufilda sahaja yang tidak menjemput Pas untuk berpadu-padu dengan United Malays National Organisation. Ini mungkin kerana Ummi tidak memahami makna Unity Government kerana ianya disebut dalam Bahasa Inggeris.

Cita-cita dan niat United Malays National Organisation untuk menubuhkan sebuah kerajaan perpaduan dengan Pas ini bertujuan untuk memastikan kerajaan yang ada sekarang akan terus berkuasa. United Malay National Organisation yang semakin terpencil dan terpinggir memerlukan tabung oxygen dari Pas.

Lalu gendang Ketuanan Melayu dimainkan untuk memanggil Melayu bertandak. Tetapi sayangnya, memukul gendang Melayu ini aku rasa telah membosankan. Selama 50 tahun gendang Melayu ini telah di pukul. Dari hari ke hari sambutan semakin hambar.Tak ramai anak muda dan berjongeng dan bertandak. Bukan sahaja gendang ini memekakkan telinga malah untuk anak anak muda gendang Ketuanan Melayu ini tidak dilihat cool.

Kini jelas, United Malay National Organsiation semakin hilang akal. Ini bukan lagi gila talak. Ini betul-betul jadi gila. Sejarah pilihanraya kecil memperlihatkan mereka kalah terok dan dilihat terdesak. Undi orang China dilaporkan akan seratus peratus akan pergi ke Pakatan Rakyat. Undi Melayu hanya datang dari warga emas dan Mak Cik Felda. Hanya ada satu berita baik untuk United Malay National Organisation. Pengundi India dari pimpinan Reezal Merican dan Abdeel Azeez masih tetap setia. Syukur.

Muktamar Pas yang baru berlalu dahulu bagitu bersejarah sekali. Ianya membawa perubahan lanskap politik yang hakiki. Aku berpendapat selesai sahaja muktamar Pas minggu lalu pintu Yu Gi telah tertutup.

Anasir-anasir Yu Gi jelas terpelanting dari pucuk pimpinan. Abang Nasa diberitakan menangis kerana telah ditikam oleh 'geng' sendiri. Syarikat Syabas pun tak ada peluang untuk mengucapkan syabas kepada Hassan Ali kerana Hassan Ali sendiri telah tercabut kuasa dari Selangor.

Untuk menyeronokkan cerita biar aku buka cerita Pontianak dan Dracula. Mengikut kesahnya, Count Dracula yang meracau sesudah mati hanya dapat dibunuh dengan tikaman salib. Legend Dracula ini tak jauh bezanya dengan cerita Pontianak Orang Melayu. Mengikut kesah cerita, Minah Pontianak akan berhenti menggangu kampong apabila tengoknya dipaku.

Tentu tuan pembaca yang budiman akan bertanya : Apa sangkut pautnya Pontianak dan Dracula dengan politik tanah air kita? Mari sini ambo nak royak. Dengar baik-baik.

Apabila Abang Mat Sabu menang dan menduduki tempat kedua dalam Pas maka ini samalah seperti paku akan akan memaku si Pontianak yang bernama Yu Gi. Pontianak Yu Gi yang meracau meroyan ini akan dikuburkan. Yang tinggal sekarang hanyalah pelesit tidak berjenjang yang bernama United Malay National Organisation.

Tak faham? Kalau tak faham tunggu minggu depan.(TT)

nota:
tulisan ini telah disiarkan
di SUARA KEADILAN yang kini
dalam pasaran - sesiapa yang
ingin melanggan akhbar minnguan
ini sila pukul talipon:
03-22-72-40-45

APA PUNYA BAAAAHHH

Posted: 14 Jun 2011 10:14 PM PDT



DI IMPOT KHAS BAAAAHHH



nota:
choli ini disediakan
untuk memasukkan
semua orang sabah ke dalamnya
untuk dijadikan simpanan kekal
kah kah kah





PASTIKAN SABAH KEKAL SIMPANAN TETAP BN : LAJIM UKIM – berita hairan

KUALA PENYU, Sabah: Pemimpin dan ahli parti komponen Barisan Nasional (BN) di Sabah perlu meningkatkan momentum sedia ada bagi memastikan negeri ini kekal sebagai "simpanan tetap" BN pada pilihan raya umum akan datang.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah, Lajim Ukin, berharap isu yang menjejaskan kekuatan BN, termasuk tuntutan kerusi oleh parti kompenan BN untuk bertanding pada pilihan raya akan datang, tidak dibangkitkan atau dibincangkan secara terbuka dalam media.

"Sepatutnya tumpuan kita sekarang ialah memperkasa parti masing-masing di samping melaksanakan tanggungjawab kepada ahli dan parti," katanya.


Beliau berkata, walaupun setiap parti kompenan BN berhak menyuarakan pendapat serta pandangan mereka bagi menuntut kawasan yang bakal mereka tandingi, namun kenyataan terbuka melalui media boleh mengeruhkan suasana, sekali gus boleh menjejaskan momentum perpaduan BN yang sedia ada di negeri ini.

"Isu ini sepatutnya dibangkitkan dalam perbincangan tertutup dan ia akan diputuskan dalam semangat BN dan biarlah pucuk pimpinan BN memutuskannya," katanya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… BAAAAHHH...DULU SARAWAK PUN DALAM SIMPANAN TETAP…. kah kah kah..

kah kah kah…TAPI DAH BUNGKUS BAAAAHH…. kah kah kah…

kah kah kah…BAAA…. KESIAN BAAAHHH…. ORANG SABAAAAH…. kah kah kah..

kah kah kah…JADI SIMPNAN TETAP ORANG SEMENANJUNG BAAAAA…. kah kah kah..

kah kah kah… TERPERONYOOOK DALAM KOPEK BIK MAAMAAA…. kah kah kah..

kah kah kah…. KESIAN… APA JADI SABAH UNTUK SABAHAN…. kah kah kah…

kah kah kah…BAAAAAHHH…. APA PUNTA TUUUR BAAAA…. kah kah kah

kah kah kah.... COLIII BAU BUSUK BAAAAHHH..... kah kah kah


ORANG SABAH JUGA DI JEMPUT

KENYATAAN RESMI

Posted: 14 Jun 2011 09:36 PM PDT





BERJALAN UNTUK MASA DEPAN




Kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
Selasa 15 Jun 2011


PENIAGA KUALA LUMPUR UNTUNG BESAR SEMASA HIMPUNAN BERSIH 2

Ketua Penerangan UMNO Malaysia Ahmad Maslan telah menyatakan bahawa Himpunan Bersih 2 akan menyusahkan rakyat, penjaja, peniaga dan pemandu teksi. Beliau menyifatkan himpunan ini adalah ancaman kepada ekonomi negara khususnya industri pelancongan dan pelaburan asing.

Perkara pertama yang wajib difahami oleh Ahmad Maslan adalah himpunan aman tanpa senjata adalah dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Malaysia. Ini bermakna bahawa himpunan tanpa senjata adalah halal di sisi undang-undang negara. Semua warganegara Malaysia mempunyai hak yang sama untuk hadir dalam himpunan aman.

Peserta himpunan yang bakal hadir adalah seramai 300 ribu orang. Mereka datang daripada seluruh negara dengan membawa duit perbelanjaan masing-masing, sekurang-kurangnya RM100 seorang. Dalam masa 3 jam sahaja aliran tunai paling minima di kalangan peserta himpunan Bersih 2 adalah RM30 juta.

Mereka akan berbelanja seperti membeli makanan, minuman, pakaian dan lain-lain. Bukan semua mereka berkenderaan ke Kuala Lumpur. Sebahagian besar mereka menaiki kenderaan awam. Oleh itu perkhidmatan bas, teksi, LRT dan lain-lain akan mendapat pulangan yang berganda. Kenyataan yang menyatakan bahawa penjaja, peniaga dan pemandu teksi akan mengalami kerugian adalah hujah yang paling dangkal di abad ini.

Walaubagaimana pun semua pihak hendaklah saling hormat menghormati antara satu sama lain. Pihak kerajaan, Polis, Jawatankuasa Bersih 2, PERKASA, PERKIDA, parti-parti politik dan lain-lain pihak harus menghormati kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan. Sebagai contoh mengapa tidak pihak polis membuat reformasi dalam menguruskan peserta himpunan dengan meletakkan anggota polis di sepanjang jalan dari Jalan Chow Kit ke Istana Negara di mana Ketua Polis Negara memandu Pengerusi Bersih Datuk Ambiga ke Istana Negara. Di laluan yang lain pula Timbalan Ketua Polis Negara pula mengiringi Datuk Ibrahim Ali menuju ke Istana Negara.

Saya penuh yakin masyarakat negara ini khususnya anak muda sudah jauh terbuka minda mereka terhadap himpunan aman. Masyarakat sudah boleh menerima bahawa himpunan aman adalah suatu keperluan kepada negara demokrasi seperti Malaysia. Pelancong-pelancong yang hadir akan berpuas hati dengan keharmonian yang berlaku.

Seperti mereka melihat sambutan Maulidur Rasul S.A.W dan Thaipusam di Batu Caves. Pihak polis bekerjasama dengan penganjur bagi menjayakan aktiviti tersebut. Jika pihak polis bersedia membuat reformasi dalam menguruskan himpunan aman ini maka insya Allah tiada kekacauan akan berlaku dan pihak polis akan dihormati oleh rakyat dan masyarakat antarabangsa.

Suhaizan Bin Kayat
Ketua Pemuda PAS
Negeri Johor

+6019-7285174

YAAAAA AMPOOOOON YAAAA DATUUUUUK

Posted: 14 Jun 2011 09:09 PM PDT




APA DIA?




TUNGGU 9 JULAI TENGOK SIAPA KUAT, PERKASA CABAR BERSIH 2.0
– minsider

Sambil mendakwa mempunyai sokongan 36 pertubuhan bukan kerajaan, Perkasa mengajak penganjur Himpunan Bersih 2.0 melihat sendiri siapa yang dapat menghimpunkan sokongan terbanyak pada 9 Julai ini.

Himpunan Bersih 2.0 menyasarkan penyertaan 300,000 peserta di ibu negara awal bulan depan untuk menuntut pilihan raya yang bebas dan adil.

Pertubuhan pembela Melayu itu berkata, pihaknya tiada pilihan kecuali untuk turun di jalan bagi berhadapan dengan Bersih 2.0 kerana "jika kita tidak lakukan, maka dunia akan menganggap bahawa mereka (Bersih 2.0) ada sokongan semua rakyat Malaysia."

"Tunggu sehingga 9 Julai, kita akan lihat siapa ada sokongan terbanyak," kata Ibrahim Ali (gambar) selepas perbincangan meja bulat dengan wakil pelbagai pertubuhan bukan kerajaan malam tadi.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini berkata, mereka bukannya mahu mencetuskan huru-hara sebagaimana didakwa oleh pengkritik tetapi mahu menunjukkan pihaknya juga rakyat negara ini.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


kah kah kah…. YAAAA AMPOOOON…. kah kah kah..

kah kah kah…YAAAA BAAAANNNNAAAAA…. kah kah kah..

kah kah kah….YAAAA GUUUUUDDDDYYYY…. kah kah kah..

kah kah kah….. APA PUNYA TUUUR…. kah kah kah

kah kah kah….ADALAH LEBIH BAIK BERSIH 2.0 CARI HARI LAIN…. kah kah kah..

kah kah kah… UNTUK MENGELKAN DARI HUJAN DAN BANJIR…. kah kah kah…

nota:
abang mat sabu
dan puan ambiga
tooolooong laaaaa
kah kah kah


INI BUKAN BERUDU


DUDE PALING COOL

Posted: 14 Jun 2011 08:18 PM PDT




SELAMAT ULANG TAHUN




SALUT!

lahir: 14 jun 1928
gugur: 9 oktober 1967

sosok paling cool
yang pernah melintas bumi ini
sosok paling chic
yang pernah berligar di kota kota
sosok paling trendy
yang pernah berselendangkan ak47

angkat secangkir air anggur
ancung kan tangan ke udara

salut untuk yang berani
putarkan internationale
turun ke jalan 9 julai!

LAGI PROJEK NAK TIPU MELAYU

Posted: 14 Jun 2011 07:33 PM PDT




SEMUA SOKONG BERSIH









KELUARGA SABBAINI TOLAK INKUES, MAHU PUTRAJAYA TUBUH SURUHANJAYA – minsider

Keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed menolak keputusan Putrajaya mengadakan inkues, yang akan berlangsung bulan depan, bagi menyiasat punca kematian penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia itu.

Inkues itu akan diadakan dari 4 hingga 15 Julai ini dengan diketuai koroner Aizatul Akmal Maharani.

Anak lelakinya, Shahril Ahmad Sarbaini berkata, pihaknya lebih suka jika Putrajaya terus menubuhkan suruhanjaya diraja siasatan berbanding inkues.

Kata Shahril, keluarga itu percaya inkues yang mahu diadakan sukar untuk mengenal pasti punca kematian selain akan melambatkan proses menuntut keadilan.

"Memang itulah tujuan inkues diadakan... kami nak tahu jawapan kepada kejadian ini tapi kami merasakan suruhanjaya diraja siasatan lebih tepat sebab nampak lebih telus berbanding inkues.

"Kalau diadakan inkues, ia nampak macam buang masa, nanti akan jadi seperti kes Teoh Beng Hock... selepas inkues diadakan pula suruhanjaya diraja siasatan, jadi lebih baik diadakan terus suruhanjaya diraja ini," katanya kepada The Malaysian Insider.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH



woit…MACAM MACAM DI LAKUKAN UNTUK MENIPU… kah kah kah..

kah kah kah…LEPAS SATU SATU…. PUNTAU DAN KELINTAU…. kah kah kah..

kah kah kah…TIPU DAN LEBONG…. kah kah kah..

woit..YANG PELIKNYA…. MANA DIA PEJUANG MELAYU… klah kah kah..

kah kah kah…MANA DIA PERKASAM?.... kah kah kah..

kah kah kah…MANA DIA PENJIHAD MAT BISUL?.... kah kah kah..

kah kah kah…. MANA DIA NGO MELAYU?.... kah kah kah….

woit…. TAK KAN TAK BACA KES INI ?..... kah kah kah…

kah kah kah….. BUKAN DALAM BI … SEMUA DALAM BM…. kah kah kah…

woit….NAK TUNGGU TULIS DALAM BAHASA JEPUN KE?.... kah kah kah




KUNING TANDA PENYOKONG BERSIH





nota:
hanya ada satu soalan

macam mana seluar beng hock boleh koyak
kalau dia terjun dari tingakt 14?

pelik?

bukan saje seluar koyak
seluar dalam pun koyak

nota:
kalau koyak ertinya
badan beng hock di tarik
kerana itu selura bahagian
pungkok koyak

tak perli perabis duit
buat suruhanjaya ini dan itu
pandang saje seluar koyak ini
dah tahu jantan betina
kah kah kah

Tiada ulasan: