Rabu, 8 Jun 2011

Tukar Tiub

Tukar Tiub


AL- FATIHAH DAN NYANYIKAN INTERNATIONALE

Posted: 08 Jun 2011 06:18 PM PDT




SALUT UNTUK ORANG YANG BERANI!




UMAR OTHMAN : PEMIDATO POLITIK PRORAKYAT YANG GENIUS (1935-2011)

Saudara Umar Othman dilahirkan di Batu Maung pada 10 Ogos 1935. Anak jati Pulau Pinang ini mendapat pendidikan rendah di dua buah sekolah, iaitu Sekolah Melayu Kampong Jawa dan Sekolah Melayu Batu Maung, Pulau Pinang. Pendidikan formalnya hanyalah setakat darjah enam. Persekitaran kampung telah membentuk peribadi beliau sebagai seorang yang budiman. Putera ini adalah anak sulung daripada dua beradik kepada seorang ayah yang bekerja sebagai seorang drebar lori sementara ibunya adalah seorang suri rumah tangga.

Sosok Umar adalah seorang yang tinggi lampai, memiliki suara bariton atau garau dan berkulit sawo matang. Pribadi istimewanya adalah beliau merupakan seorang yang suka berkawan. Beliau gemar dan senang menjemput sahabat handai ke rumahnya untuk dijamu dan diberi keramahtamahan yang mesra. Antara berpuluh-puluh rakan karibnya termasuklah mendiang Usman Awang, seorang penyair dan sasterawan negara yang tersohor itu.

Umar mempunyai hobi suka memancing ketika masa lapangnya. Dia pun suka membela ikan, terdapat pelbagai jenis ikan hiasan yang beliau telah bela sebagai bahan yang sentiasa mengasyikkan beliau. Beliau lazimnya akan ke laut untuk melakukan aktiviti memancing dan membawa ikan segar untuk dimasak.

Dia mendirikan mahligai masjidnya dengan dua wanita; pertama Puan Mariyam Aziz dan dengan perkongsian hidup itu beliau mempunyai empat cahaya mata, tiga putera dan seorang lelaki sementara isteri keduanya adalah Puan Noraini Syukur, asal Perak dan dengan hasil perkongsian hidup mereka berdua ini telah dikurniakan seramai tiga orang cahaya mata, dua puteri dan seorang putera.

Semasa usia dewasanya Umar telah membuat pelbagai kerja tetapi tidak pernah bekerja atau makan gaji dengan sektor kerajaan. Umar pernah bekerja sebagai seorang tentara kontark biasa selama 4 tahun dengan British Army di Singapura pada suatu masa dulu. Sekembalinya dari Singapura beliau mencebur diri dalam dunia perniagaan dan di samping itu juga beliau berminat dengan isu-isu politik. Garisan politik yang dipilihnya adalah politik yang memperjuangkan keadilan tulen.

Pendeknya politik yang memperjuangkan hak-hak demokrati rakyat, menghapuskan kemiskinan, mempertingkatkan taraf hidup masyarakat majoriti tanpa mengira agama atau etnik. Politik itu pula berhaluan kiri. Beliau memilih menjadi ahli dalam parti pembangkang, Parti Rakyat Malaysia(PRM) yang berlogokan kepala seladang. Parti ini ditanggapi pihak pemerintah sebagai parti berhaluan kiri.

Dalam pelbagai kerjayanya beliau turut juga mencebur dalam pertubuhan bukan kerajaan. Pada sekitar lewat tahun 70-an dan selama untuk satu dekad beliau telah menduduki jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Negeri Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang (DPMMPP) semasa itu dipimpin oleh Tan Sri Syed Abbas Al-Habshee. Semasa DPMMPP di bawah pimpinan Dato' Abdul Rahman Maidin beliau turut menjawat sebagai Ahli Jawatankuasa Persatuan Pemborong Malaysia.

Dalam pelbagai kariernya daripada menjadi kontraktor atau pengusaha kecil-kecilan beliau juga dapat menikmati suatu jawatan berprestij iaitu sebagai Timbalan Datuk Bandar Pulau Pinang. Beliau memegang jawatan itu selama dua tahun dari 1971-1972.
Pada satu peringat umurnya beliau telah didedahkan dengan satu panggilan tanggungjawab sosial oleh seorang sahabatnya bernama Mat Ishyak dari Tanjung Malim, Perak.

Mat Ishyak mengikut beliau telah berjaya menyakinkan beliau bahawa beliau mempunyai satu peranan penting dalam memberi kesedaran kepada rakyat jelata. Sebelum itu beliau sudah mempunyai kesedaran bahawa banyak kepincangan dan kezaliman angkara pemerintah telah wujud di depan matanya. Beliau boleh memberi kesedaran kepada masyarakat guna untuk memperbaiki keadaan yang tidak memihak kepada rakyat jelata.

Beliau menjadi ahli biasa dalam PRM. Sebelum itu Umar sudah mengikuti perkembangan politik negara sebelum dan selepas merdeka. Umar gemar mengikuti pidato para pemimpin seperti Sukarno dan Ahmad Boestamam, dua tokoh perjuang kemerdekaan bagi negara Malaya dan Indonesia. Bagaimanapun beliau lebih banyak terpikat dengan seorang pemimpin politik dan tokoh pejuang kemerdekaan Malaysia, iaitu Ahmad Boestamam.

Ahmad Boestaman seperti umum diketahui adalah pengasas PRM. Umar terpesona dengan ketrampilan Ahmad Boestamam dalam berpidato. Ahmad Boestamam adalah seorang pemidato yang diakui ramai sebagai bersuara lantang dan berupaya memberi kesedaran politik kepada sebahagian besar rakyat Malaya pada era pra-Merdeka dulu.

Tanpa sebarang pendedahan formal atau latihan khusus dalam bidang pengucapan awam, Umar setelah lama bereksperimen akhirnya telah berjaya memperolehi kemahiran berpidato dengan begitu berkesan sekali. Ketika dalam era politik Malaysia yang membenarkan rapat umum sekitar tahun 60 dan 70-an dulu, beliau mempamerkan satu kebolehan berpidato di khalayak awam dengan begitu bermutu dan mengasyikkan sekali.

Ketika itu apabila ada rapat umum politik, Umar akan berpidato mewakili atau atas nama Parti Rakyat Malaysia Pulau Pinang di mana saja baik, misalnya di Pandang Kota Lama, Pulau Pinang, di Pontian Johor atau di Terengganu. Ribuan manusia akan hadir sehingga melimpah ruah gelanggang. Orang ramai datang berbondong-bondong untuk mendengar ucapan atau pidato beliau.

Ketika itu beliau adalah seorang putera dalam lingkungan 40-an, begitu bersiap-sedia dan bertenaga mempamerkan bakat berpidato dengan cemerlang. Bukan calang-calang insan boleh mempamerkan satu kebolehan berpidato di khalayak awam dengan begitu bermutu sekali. Umar memanifestasikan apa itu sebuah pidato prorakyat berkualiti kepada awam. Beliau berucap tanpa sebarang resipi yang beraromakan bangsa, agama dan budaya. Beliau tidak mengguna unsur-unsur etnik dan agama bagi memancing penerimaan hujahnya atau penerangannya.

Beliau seakan-akan mempamerkan seorang pemidato yang sangat jelas dengan konsep perjuangan rakyat, mengungkapkan dengan begitu yakin, dengan penuh jiwa raga, begitu yakin dengan isu yang rakyat sedangan alami. Beliau peka dengan jenis audiensnya, jika di kampung misalnya di Terengganu dia akan menggunakan isu kesulitan yang dihadapi oleh para petani dan nelayan sementara jika di bandar seperti George Town beliau akan mengguna isu-isu perkotaan yang dialami oleh pekerja kilang dan kemiskinan bandar.

Beliau banyak berceramah semasa partai PAS bergabung dengan BN pada tahun 1973. Masa itu PRM merupakan satu-satunya partai politik yang aktif memberi ceramah dan banyak menubuhkan ranting dan cabang di luar bandar. Ketika itu juga tidak wujud lagi kemudahan ICT seperti internet, blog, twitter, facebook, e-mel atau sms. Peluang bagi rakyak biasa memperolehi maklumat atau analisis alternatif perihal sosio-ekonomi negara mungkin diperolehi dari ceramah politik saja.

Tanyalah sesiapa yang pernah mengikuti pidato Umar akan bagaimana kualiti ceramahnya. Tidak keterlaluan jika dirumuskan bahawa rata-rata orang ramai akan bertanyakan: ' Apakah Umar akan turun berceramah tak pada malam ini?'

Hampir setiap malam Sdr Umar dan pemimpin-pemimpin PRM lainnya akan memberi berceramah. Ketika itulah beberapa anak muda yang suka mengikuti ceramah politiknya akan terpengaruh dengan hujah-hujahnya dan ada di antara mereka akan meneruskan perjuangan mereka menentang kezaliman pentadbiran dalam kapasiti masing-masing di pelbagai ruang dan lingkup dalam kerjaya mereka.

Mengikut seorang pemerhati Dato Abdul Rahman Maidin, seorang tokoh korporat apabila beliau menghimbau ingatannya kepada berpuluh-puluh ceramah Umar, beliau merumuskan bahawa pada tahap kemuncaknya pidato Umar, pidatonya amat hebat, malah sama hebat dengan pemidato yang dibawa oleh tokoh seperti Anuar Ibrahim. Ramai tidak menafikan bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang tokoh pemidato kelas tinggi atau kelas pertama.

Dalam negara tidak ramai yang berstatus sebagai pengucap awam kelas pertama. Namun Dato Abdul Rahman Maidin telah memberi tanda aras kualiti pidato Umar adalah sama seperti Ahmad Boestamam. Pemidato kelas pertama boleh memukau para audiensnya. Beliau akan mengupas sesuatu isu masyarakat yang kompleks itu dengan begitu sistematik dan dipermudahkannya untuk difahami rakyat. Persembahannya tidak pernah menjemukan.

Mukadimahnya, isian, intonasi, kejelasan dan pengutaraannya begitu sempurna.
Banyak isu kompleks politik atau ekonomi yang melanda negara ketika itu akan dikupasnya dan mudah difahami oleh pelbagai strata masyarakat. Persembahannya tidak pernah menjemukan. Beliau dapat menghurai segala-galanya dengan analisis tajamnya seumpama seorang profesor sains ekonomi politik tetapi dibuatnya mudah difahami dengan contoh-contoh mudah dan dibumbui lucu yang menarik.

Sebuah pemidato yang hebat dan menawan boleh membuat para pendengarnya terpesona, terhibur dan terdidik. Beliau percaya bahawa bakat yang diberi Tuhan itu telah membolehkan dia menyampaikan sesuatu isu itu dengan bahasa yang mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat yang mendengarnya.

Kini Umar Othman berusia 76 tahun, tiga tahun lalu beliau diserang oleh angin ahmar. Sejak itu Umar menghabiskan masanya beristirehat bersama isteri tersayangnya di Sungai Rusa , Balik Pulau. Beliau sering mengingat kembali era 60 hingga 90-an yang mana beliau telah banyak menyumbang tenaga melalui memberi ceramah umum menyedarkan rakyat akan sistem kezaliman yang harus dirobohkan melalui pilihan raya. Beliau mengadap Illahi pada 1:40 pagi, 9 Jun 2011.


BERSAMA TONGKAT DAN SYED SHAHRIR


BODEK LAGI

Posted: 08 Jun 2011 12:02 PM PDT



MENANTU AYAH




KHAIRY PERTAHAN LAWATAN NAJIB KE KAZAKHTAN
- minsider

Khairy Jamaluddin mempertahankan lawatan Najib Razak ke Kazakhstan sambil menafikan perdana menteri menyalahgunakan dana awam untuk menghadiri majlis pertunangan anak perempuannya di negara itu.

Dalam akaun Twitternya, Khairy (gambar), Najib berada di negara bekas Kesatuan Soveit itu untuk menghadiri Forum Ekonomi Islam Sedunia Ketujuh (WIEF), di mana beliau akan menyampaikan ucapan hari ini, dan untuk membalas lawatan diplomatik presiden Kazakh Nursultan Nazarbayev ketika Abdullah Badawi merupakan perdana menteri.

"Lawatan Najib ke Kazakh telah lama dirancang sebelum majlis pertunangan anak perempuannya.

"Malah, sebenarnya membalas lawatan Presiden Nazarbayev ke Malaysia ketika masa Pak Lah," katanya pagi ini.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) telah menuduh Najib, yang juga presiden Umno, menggunakan dana awam untuk tujuan peribadi.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… KALAU NAK BODEK LAAA BETUL BETUL….. kah kah kah..

kah kah kah…MEMANG LAAAA FORUM INI TELAH DI RANCANG LAMA… kah kah kah…

kah kah kah…MEMANG BETUL INI UNTUK MEMBALAS LAWATAN…. kah kah kah…

woit… TAPI KEPALA BANA LOW CLASS BUAT KENDURI ANAK DIBUAT PADA MASA YANG SAMA PUKEEE APA?..... kah kah kah…

kah kah kah..CARI LAAA MASA DAN TARIKH LAIN…. kah kah kah

woit… ANAK NAK BERANCUK… PAKAI LAAA DUIT SENDIRI… kah kah kah…

woit…KALAU ANAK DAH BUNTING… JANGAN PAKAI DUIT ORANG RAMAI…. kah kah kah

woit…NAK BERANCUK… BERANCULAAA… TAK SAPA LARANG…. kah kah kah…

kah kah kah… CARILAAA TARIK BERANCUK YANG TAK ADA TUGAS RESMI…. kah kah kah…

woit… NAMPAK SANGAT TUJUH KETURUNAN PENDATANG HARAM PERANGAI TAK BERUBAH…. kah kah kah..

kah kah kah...NAMPAK LOW CLASS... kah kah kah

nota:
mustahil kalau pun dah bunting
mesti boleh mencari hari dan tarikh yang lain
kenapa nak guna kan masa dan ketika ada persidangan
kenapa tidak hindar kerana lawatan ini dan konferen ini
telah lama di rancang kah kah kah


SEKARANG BARU JELAS MAKNA BERITA INI



nota:

mengikut wakileaks
di zaman dolah fail kes bunuh altantuya
telah dihantar ke meja mat mongol
dari maklumat wikileaks jelas dolah
dan anak menantu tahu kes bunuh ini
dari maklumat wikileaks
kita tahu dolah telah menggunkan fail ini
untuk memgagal isteri rosmah

kj telah menafikan ketika itu
tetapi 2 minggu lalu
wikileaks telah membuka kes ini

kerana itu kj tidak diberi jawatan

kerana ini juga kj sedang membodek mat mongol
bodek gila gila kerana kj akan kena tendang
kerusi di rembau akan diberikan kepad presiden cuepacs


LEPAS KENA TIBAI KENA SELAR PULAK

Posted: 08 Jun 2011 11:57 AM PDT




KAKI PUN OKAY



INDIVIDU PERTAMA HALANG HUDUD BUKAN KARPAL TAPI MAHATHIR, SELAR NIK AZIZ - minsider

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, individu pertama yang menghalang kerajaan negeri Kelantan daripada melaksanakan hukum hudud adalah Mahathir Mohamad bukan Karpal Singh seperti mana didakwa bekas perdana menteri itu.

Kata Nik Aziz, kemungkinan Mahathir sudah lupa bahawa beliau telah menghantar surat amaran kepada kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran PAS daripada melaksanakan hukum hudud.

Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telah pun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993.

Ini berikutan dengan janji PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud pada pilihan raya umum 1990.

Bagaimanapun hasrat untuk melaksanakan hukum hudud tidak dapat dilaksanakan kerana Mahathir telah menyekat pelaksanaannya, ia disekat melalui satu surat amaran dihantar kepada Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan.

"Seingat saya orang yang menghantar surat kepada kerajaan negeri Kelantan agar tidak melaksanakan hudud satu ketika dahulu namanya ialah Mahathir Mohamad bukannya Karpal Singh.

"Barangkali orang yang bernama Mahathir Mohamad ini sudah lupa, untuk tujuan mengingatkannya saya boleh tunjukkan surat itu, ia masih ada dalam simpanan saya," kata Nik Aziz dalam laman Facebook beliau hari ini.

Semalam Dr Mahathir mendakwa pihak menang besar di sebalik pemilihan PAS hujung minggu lalu adalah tokoh-tokoh yang tidak hadir dan bukan ahli PAS khususnya Karpal.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… MULA MULA… LEBAI BENGALI KASI PUNTAU…. kah kah kah..

kah kah kah…INI NIK AZIZ PULAK KASI SELAR…. kah kah kah…

kah kah kah…MUKA EEE MUKA TAPAK KASUT … TEBAL DAN BERKARAT…. kah kah kah…

woit… KALAU BIAWAK KENA SELAR… BIAWAK PUN AKAN MERASA MALU…. kah kah kah..

kah kah kah… TETAPI ANAK LELAKI PANDDY KUTTY MUKA MACAM KULIT PANDDY …kah kah kah….

ANAK PANDDY KUTTY



LEBAI BENGALI MINTA EEE BERTAUBAT

Posted: 08 Jun 2011 11:54 AM PDT












KARPAL SINGH NASIHATKAN MADEY SUPAYA BERTAUBAT - mkini

Pengerusi DAP yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh menggesa Mahathir Mohamad supaya berkelakuan seperti seorang negarawan ulung dan menutup mulutnya.

Katanya, Mahathir yang sedang "meniti usia yang senja" sepatutnya menggunakan sisa-sisa kehidupannya supaya bertaubat atas segala salah laku silamnya.

"Dia banyak buat kesalahan (semasa menjadi perdana menteri) dan sepatutnya menggunakan sisa-sisa kehidupannya untuk bertaubat kerana banyak bersalah kepada negara dan rakyat," katanaya.

"...Sebagai perdana menteri, dia sangat degil dan tidak sepatutnya berkelakuan seperti itu."

Menurut Karpal lagi, Mahathir juga tidak sepatutnya campur tangan dalam hal ehwal Pakatan Rakyat.

Beliau mengulas komen dalam blog yang dimuat-naik oleh Mahathir semalam yang mendakwa Karpal sepatutnya gembira dengan barisan kepimpinan baru PAS yang dikatkan lebih rapat dengan DAP.

KAH KAH KAH
KAH KAH AKH
KAH KAH KAH


woit… PADAN MUKA…. kah kah kah

kah kah kah… KENA KUTUTK OLEH LEBAI BENGALI…. kah kah kah…

kah kah kah…. NAK BUAT MACAM MANA…. MASIH TAK SEDAR DIRI…. kah kah kah…

kah kah kah… KETURUNAN KAKI KELENTONG….. DAH TAK BOLEH DI NASEHATI… kah kah kah…

kah kah kah…. KAPIR YANG MAKAN BABI LAGI SEDAR DARI TUAN HAJI MAHATHIR ANAK LELAKI PANDDY KUTTY….kah kah kah

ANAK KUTTY


SAMA SAMA KITA RAYAKAN

Posted: 07 Jun 2011 10:06 PM PDT










NEGARA KEBAJIKAN – KEMENAGAN MAT SABU


Bila saya melihat dan membaca keputusan pemilihan Pas yang baru maka saya yakin satu ledakan politik telah berlaku. Kemenangan Mat Sabu dan pucuk pimpian baru mengambarkan satu perubahan dasar telah juga berlaku. Mat Sabu dan pasokan yang baru ini hanyalah tanda dan makna manifestasi ledakan ini.

Kemudian, saya membaca laporan Hadi Awang yang mengajukan Negara Kebajikan sebagai garis perjuangan Pas. Bila saya terbaca ini maka jelas telah berlaku satu anjakan dasar yang maha besar. Anjakan ini akan membawa makna politik yang dalam bukan sahaja di Malaysia malah di Asia Tenggara.

Sebelum 'ledakan' ini berlalu kita selalu terbaca dan terdengar tentang Pas ke hulu ke hilir menjajakan apa yang mereka panggil Negara Islam sebagai agenda politik. Pelik tetapi benar – ajenda politik Negara Islam ini amat-amat dicintai dan disayangi juga oleh United Malays National Organisation.

Tetapi cinta dan kaseh sayang United Malays National Organsiation terhadap Negara Islam bukan bermakna parti ini akan mengimplementasikan apa-apa dasar yang bersangkutan dengan Islam. Parti ini hanya mendorongkan Pas agar mengambil ajenda Negara Islam ini sebagai garis perjuangan. United Malays National Organsiation akan berjoget dan bertandak – berkenduri dan berkendara - jika Pas terus menerus berlabon dan bergebang tentang Negara Islam. Ini kerana ajenda Negara Islam ini adalah ajenda jalan mati.

Justeru apabila keputusan pemilihan yang terbaru ini diumumkan – saya terbahak-bahak ketawa. Saya ketawa apabila melihat tangisan United Malays National Organisation yang terus merayu-rayu agar Pas tidak meninggalkan ajenda Negara Islam. United Malays National Organisation bermati-matian berusha mendorongkan Pas untuk terus mengambil jalan mati ini.

United Malays National Organisation ini telah lupa bahawa telah berlaku satu kesedaran di kalangan ahli-ahli Pas. Mereka telah sedar bahawa ajenda Negara Islam yang diwar warkan selama ini tidak akan membawa mereka ke gedung kuasa. Mereka juga sedar selama ini mereka sengaja di perangkap dalam kejumudan fikrah yang mengajukan ajenda Negara Islam.

Didalam sejarah politik moden bukan sesuatu yang mutahil untuk menubuhkan satu parti politk yang berasaskan agama. Di Pakistan dan India terdapat parti politik yang berasakan agama – ada yang berasaskan Islam dan ada yang berasaskan Hindu. Di Eropah juga kita akan bertemu dengan parti yang berasaskan agama Kristian.

Memang bukan satu jenayah di Malaysia ini untuk mengajukan Negara Islam sebagai agenda politik. Juga bukan satu jenayah untuk mencadangkan agar Bahasa Melayu akan di gunakan oleh Nasa ketika Nasa menghantar roket ke Bintang Marikh pada tahun hadapan. Dalam konteks ini mengajukan sesuatu bukan salah. Yang dipersoalkan apakah pekara yang diajukan itu masuk akal atau tidak. Diterima umum atau ditolak oleh orang ramai.

Hakiktnya : Islam ialah agama. Kristian ialah agama. Hindu ialah agama. Agama ialah kepercayaan. Agama bukan sistem ekonomi. Agama mengajukan dasar-dasar induk dan prinsip-prinsip besar agar umat dan penganutnya membuat kebajikan dan menegak keadilan. Maka , terpulangkan kepada si penganut untuk berfikir dan merencana satu sistem ekonomi yang terbaik untuk melahirkan masyarakat seperti yang dituntut oleh ajaran agama.

Menghantuk-hantukkan kepala sambil menjeritkan ' aku nak tubuh Negara Islam' atau tunggang terbalik menjerit-jerit untuk menubuhkan Negara Kristian terbukti bukan satu langkah politik yang bijak.

Politik ialah tentang kuasa. Perebutan politik ialah perebuatan kuasa. Kuasa di rebut kerana ekonomi. Yang kaya ingin membolot semua punca-punca ekonomi. Yang miskin mahu berjuang agar agihan ekonomi dilakukan dengan lebih adil. Inilah hakikat politik. Justeru politik dan ekonomi mustahil dapat dipisah-pisahkan. Justeru mana-mana parti politik yang tidak mengajukan dasar ekonomi yang jelas pasti akan terkubur.

Agenda lama – Negara Islam – yang diajukan oleh Pas itu bukan agenda ekonomi. Saya selalu berhadapan dengan sosok-sosok agamawan bukan hanya di Malaysia malah di luar negara pun sama. Mereka ini akan meloncat mengambur untuk mengatakan bahawa Islam itu lengkap. Negara Islam itu negara lengkap. Sosok-sosok ini akan melaungkan kepada umum bahawa Islam itu ada ajenda ekonominya. Jika ditekan lagi dan ditanya apakah agenda ekonominya maka akan terpancut perkataan : zakat. Kalau hanya zakat ekonomi Islam maka umatnya pasti dalam terus hidup dalam kegelapan.

Justeru apabila Pas mengalihkan dasar Negara Islam kepada Negara Kebajikan maka jelas kepada saya bahawa parti Pas ini sudah mendewasa. Parti ini telah lama dibakar dan ditempa. Telah rebah terbarai dan telah bangun berkumpul. Parti ini telah mengumpulkan pengalaman. Pada hemat saya, sesudah pemilihan akhir ini saya rasakan Pas telah bersedia untuk mengambil alih pentabiran negara ini dari United Malays National Organisation.

Untuk gerombolan United Malay National Organisation yang merasa sedih lagi kecewa kerana Pas telah meninggalkan jalan mati - Negara Islam – biar saya hiburkan disini. Memang tepat dan benar Pas hari ini tidak akan heboh heboh lagi dengan Negara Islam. Negara Islam adalah agenda passé – agenda semalam yang telah basi.

Sedarlah wahai United National Organisation bahawa agenda Negara Kebajikan ini sebenarnya adalah intipati dari ajaran kitab suci Al- Quran. Banyak ayat-ayat didalam kitab suci yang jelas mengajukan agar umat Islam diatas dunia membuat kebajikan dan menentang kezaliman. Kesah-kesah Nabi yang terdapat didalam kitab Al-Quran semuanya menjurus kepada perjuangan menentang kebatilan dan kezaliman untuk menegakkan keadilan. Justeru Negara Kebajikan ini adalah agenda yang lebih Islamik dari Negara Islam yang lompong dan retorikal.

Negara Kebajikan ini adalah agenda politik yang merangkumi ekonomi. Kebajikan yang dimaksudkan ini wajiblah kebajikan untuk anak semua bangsa. Kebajikan ini adalah kebajikan yang akan melintasi garis agama dan bangsa. Kebajikan ini pastilah kabajikkan untuk majoriti warga. Bukan kebajikan untuk kaum kerabat dan kroni.

Untuk memahami konsep Negara Kebajikan ini maka kita wajib kembali kepada asas pemahaman kita tentang politik dan parti politik. Parti politik ialah satu perhimpuan /perkumpulan orang ramai yang bercita-cita untuk mengambil alih kuasa. Pas secara terbuka telah menyatakan bahawa mereka mahu mengambil alih kuasa. Ini bukan satu yang salah.

Pasukan Pas yang baru dipilih ini juga merasa bahawa mereka lebih layak untuk mentabir punca-punaca ekonomi negara ini dari United Malays National Organisation. Mereka merasa mereka akan berlaku adil untuk menegakkan agenda Negara Kebajikan mereka.

Jika agenda Negara Kebajikan Pas ini dilihat meyakinkan anak semua bangsa maka tidak dapat tidak politik lanskap Malaysia akan berunah. Malah pasokan Pas yang baru ini, jika mereka dapat merealisasikan Negara Kebajikan maka lanskap politik Asia Tenggara juga akan berubah. Mata Asia dan mata dunia akan melihat kedewasaan dan keyakinan penganut Islam untuk membawa satu rencana ekonomi yang bukan hanya dijawab dengan satu perkataan : zakat.

Agenda Negara Kebajikan Hadi dan Mat Sabu ini pasti akan diduga. Dugaan yang akan datang ini akan melintasi niat , prinsip dan falsafah. Real politik akan sampai bilamana Hadi , Mat Sabu dan pasukan ini akan diduga apabila sebuah kawasan setinggan dirobohkan. Apakah Pas akan berdiri di pihak setinggan atau di pihak pemaju. Apakah Pas akan berdiri di pihak rakyat yang tanah telah dirampas atau di pihak pemaju.

Jika keadaan ini dihadapkan kepada pucuk pimpinan baru Pas ini , maka saya cadangan para pembaca mudek kembali ke asas politik. Seperti yang telah saya tulis minggu lalu – politik ialah perjuangan. Perjuangan politik ialah perjuangan kelas. Di kelas mana nanti Hadi dan Sabu akan berdiri. Apakah dikelas yang tertindas atau di kelas yang menindas. Saya masih lagi sanggup menunggu untuk melihat.(TT)

nota:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akbar minngu SUARA KEADILAN yang terbaru
sesiapa yang ingin melanggan akbar ini
sila pukul talipon : 03-22-72-40 -45

TIPU TIPU DAN TIPU

Posted: 07 Jun 2011 09:07 PM PDT





DEDAH DULU HASIL SIASATAN SEBELUM PANGGIL INKUES, KATA KELUARGA SARBAINI
- minsider

Keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed menyifatkan cadangan polis agar diadakan inkues bagi menyiasat punca kematian penolong pengarah Kastam itu April lalu sebagai mahu melengah-lengahkan hasil siasatan selain mahu "menyembunyikan sesuatu."

Justeru menurut sumber yang rapat dengan keluarga Ahmad Sarbaini, pihaknya mahu polis mendedahkan terlebih dahulu siasatan yang telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara sebelum membuat tindakan susulan termasuk diadakan inkues.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, sumber itu berkata, keluarga Ahmad Sarbaini tetap bertegas mahu hasil siasatan polis didedahkan kepada umum.

Tambah sumber itu, keluarga Ahmad Sarbaini juga kurang bersetuju dengan cadangan polis itu selagi tidak tahu status sebenarnya hasil siasatan bapa lima anak itu.

"Keluarga kini keliru dan tidak tahu apa yang sepatutnya hendak dilakukan... untuk inkues keluarga kurang bersetuju sebab macam cubaan mahu melengah-lengahkan kes ini sahaja.

"Jadi keluarga Allahyarham tetap mahu polis dedahkan dulu hasil siasatan yang mereka peroleh sebelum nak buat apa-apa tindakan termasuk inkues," katanya.

Jelas sumber itu, keluarga Ahmad Sarbaini tidak mahu hasil siasatan yang diperoleh daripada inkues itu akan sama seperti kes kematian Teoh Beng Hock yang mengambil masa bertahun-tahun dan kini masih disiasat oleh suruhanjaya diraja.

"Keluarga tidak mahu kes ini jadi macam kes Teoh Beng Hock, nanti bila diadakan inkues ia akan mengambil masa bertahun-tahun... yang akhirnya keputusan tidak wajar dibuat.

"Jadi untuk apa inkues dibuat kalau mengambil masa bertahun-tahun? Kami mahu keputusan segera, polis kena dedahkan hasil siasatan mereka sebelum tindakan susulan diambil.

"Apa akan jadi kalau inkues ini diadakan? Adakah mungkin akan ada saksi atau bukti lain yang akan muncul? Kami tidak mahu, dedahkan segera... jangan berdiam diri macam nak sembunyikan sesuatu," tegasnya.

nota:
francis mati di rumah pasong brickfeild
kugan mati di rumah pasong damansara
beng hock mati di pejabat sprm
aminulrashid mati di tembak
sarbani mati di pejabat sprm
semua kelentong
semua tipu
semua putar

sampai bila orang melayu ini nak sedar
sampai bila orang melayu ini berani bercakap benar
sampai bila orang melayu ini nak jadi jujur



MATI MENGEJUT



MAYAT DITEMUI POLIS

KUALA LUMPUR : 8 Jun: Polis Damansara hari ini telah menemui mayat saorang lipas. Mengikut Ketua Polis Damansara Datuk Lies Boh Hong mayat lipas ini telah ditemui dalam ibu pejabat SPRM.

Bagaimana pun seorang pegawai polis yang tidak mahu namanya ditulis telah berkata bahawa mayat lipas ini telah ditemui mati tergantung dalam bilik siasatan SPRM di tingkat 4.

Sumber sumber yang boleh dipercayai mengatakan bahawa lipas ini sedang disiasat oleh SPRM. Sumber ini juga berkata siasatan ini bersangkutan kehilangan beberapa helai kertas yang dikatakan telah di makan oleh lipas ini.

Pengawal pintu masuk dari Nepal Cik Tipu Tensing yang telah di soal oleh pihak polis mengatakan bahawa lipas ini telah masuk ke bangunan SPRM ini pada jam 10.00 pagi. Dari rekod pintu masuk lipas ini telah tidak keluar selama dua hari dari bangunan SPRM ini.

Ketua Pengarah SPRM Datuk Seri Abu Kassim Muhamad telah berkata bahawa siasatan akan dilakukan dengan rapi. Beliau meminta agar orang ramai jangan membuat apa-apa spekulasi tentang kes ini. Orang ramai juga di nasehatkan agar jangan mendengar khabar-khabar angin terutama dari Tukar Tiub.

Walau bagaimana pun Abu Kassim telah berkata ' ini kes sudden death'.

Pihak polis sedang cuba menghubungi keluarga lipas ini. Orang ramai yang ada maklumat tentang lipas ini sila hubungi rumah pasong Damansara. Pilis juga berkata sesiapa yang kehilangan lipas sila hubungi HUKM untuk mengenal pasti mayat lipas ini

Mayat lipas ini telah di bawa ke Hospital HUKM untuk di bedah siasat.(TT)

PANDDY KUTTY PULAK

Posted: 07 Jun 2011 08:57 PM PDT




HAPRAK BETUL




KARPAL SEKAT HUDUD : SAIFUDDIN KATA MAHATHIR HAPRAK
– harakah daily

Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail menyifatkan Mahathir Mohamad (gambar) sebagai ahli politik yang haprak apabila menuduh Karpal Singh berjaya menyekat PAS laksana hudud.

Ini kerana, ketika Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan rang undang-undang jenayah Syariah II yang di dalamnya terkandung undang-undang hudud, Mahathir yang menyekat pelaksanaannya.

Ia disekat melalui satu surat amaran yang dihantar beliau selaku Perdana Menteri kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz pada tahun 1993 lalu.

Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telahpun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993.

Ini berikutan dengan janji PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud pada pilihanraya 1990.

LAGI HAPRAK




PAS: KALAH PUAK ULAMA , MENANG PUAK KOPIAH HITAM – KATA MADEY
- minsider

Mahathir Mohamad mendakwa pihak menang besar di sebalik pemilihan PAS hujung minggu lalu, dilihat sebagai pertembungan kumpulan ulama dan profesional, adalah tokoh-tokoh yang tidak hadir dan bukan ahli PAS khususnya Karpal Singh.

Dengan nada menyindir, bekas perdana menteri berkata, syabas dan tahniah kepada Karpal kerana "akhirnya perjuangan mu menentang negara Islam PAS sudah berjaya."

Kata Mahathir (gambar), yang kalah ialah puak ulama manakala yang menang ialah puak kopiah hitam, penyokong Anwar.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAh


woit… SAIFUDDIN INI TOO MUCH…. kah kah kah…

kah kah kah…MACAM MANA BOLEH PAKAI PERKATAAN HAPRAK…. kah kah kah…

kah kah kah…KESIAN LAAA PADA EEE INI….kah kah kah…

kah kah kah…. TERPINGGIR ..TERSISIH ..TERHAPRAK…. kah kah kah…

woit…MENTANG MENTANG EEE INI DAH PENCEN… BERANI DIPANGGIL HAPRAK… kah kah kah…

nota:
haprak ini apa maknanya?
kah kah kah

Tiada ulasan: