Tukar Tiub |
- PROJEK GEROMBOLAN BUAT DUIT
- BERITA YANG DITAKUTI OLEH MADEY
- MEMAHAMI GARIS POLITIK
- BEREBUT HARTA PERANG
- NAK TIPU - PAKAT BETUL BETUL
- SATU TEKNIK BARU UNTUK MENIPU MELAYU
- KETAWA SEBELUM TURUN KE JALAN RAYA
Posted: 01 Jun 2011 10:25 AM PDT KAPAL SELAM TAK BOLEH MENYELAM RASUAH SCORPENE KE PERANCHIS , PELUANG RAKYAT MELIHAT NAJIB DI TANGKAP – keadilan daily Keputusan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) membawa kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene ke mahkamah Perancis, merupakan peluang kepada rakyat Malaysia mengetahui kebenaran di sebalik skandal itu. Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN, Lee Khai loon berkata, kerajaan selama ini menggunakan Akta Rahsia Rasmi (OSA) sebagai alasan tidak mendedahkan sebarang maklumat atau keputusan dalam perolehan senjata kepada orang awam, mahu pun ahli parlimen. "Sebenarnya terdapat banyak kes-kes perolehan senjata yang tidak telus termasuk yang dibongkarkan oleh YB Tony Pua (Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dalam kes pembelian 6 buah Offshore Patrol Vessels yang bernilai RM 6 billion. "Oleh itu, tindakan Suaram yang membawa kes rasuah ini ke Mahkamah Perancis seolah-olah membuka Pandora Box. Rakyat akan berpeluang untuk mengetahui kebenaran dalam kes rasuah yang selama ini ditutup dalam negara," kata beliau dalam satu kenyataan media hari ini. Menurutnya, badan NGO sebelum ini mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat komisen besar 114 juta euro (RM493.53 juta) yang dibayar kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit… SIAPA DIA LELAKI KE TIGA YANG TERBANG DARI PARIS KE MALTA?..... kah kah kah… kah kah kah..YANG SAH TIKET KAPAL TERBANG ADA NAMA RAZAK BAGINDA DAN ALTANTUYA…. kah kah kah.. kah kah kah..POLIS PERANCHIS MASIH ENGGAN MEMBERI TAHU SIAPA DIA NAMA KETIGA?.... kah kah kah.. kah kah kah…. RAZAK BAGINDA WAJIB DITANYA OLEH SPRM… kah kah kah.. kah kah kah...RAZAK BAGINDA TAHU SIAPA JANTAN ITU... kah kah kah... kah kah kah…NAJIB RAZAK PERLU MENERANGKAN APAKAH DIA JANTAN KE TIGA…. kah kah kah… kah kah kah…KENAPA NAJIB SENYAP…. kah kah kah… kah kah kah… KENPA MEDIA MALAYSIA TIDAK BERTANYA…. kah kah kah… kah kah kah…KALAU NAMA INI NAMA NAJIB… MAKA SAHEH YANG NAJIB PERANH MENGENTOT ALTANTUYA…. kah kah kah.. kah kah kah…KALAU NAMA JANTAN ITU IALAH NAJIB… kah kah kah... kah kah kah.. APA YANG DI KATAKAN OLEH BALA SEMUANYA BETUL…. kah kah kah.. woit… TERBUKTI SUMPAH LAKNAT NAJIB … TAK ADA MAKNA…. kah kah kah JEMPUTAN nota : jemputan untuk semua jangan lupa berkumpul di sogo di masjid kampong baru di ibu pejabat pas di jalan raja laut berkumpul dari jam 2.00 petang |
BERITA YANG DITAKUTI OLEH MADEY Posted: 01 Jun 2011 10:19 AM PDT OMBAK DARI DATARAN TAHRIR nota: anak muda di malaysia jangan lupa 9 julai datang beramai ramai 9 julai ialah hari kemarahan rakyat! MUBARAK MASIH DIHOSPITAL ,BELUM BOLEH KE PENJARA – berita hairan KAHERAH 1 Jun - Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak masih belum cukup pulih untuk dipindahkan ke penjara dari hospitalnya di pusat peranginan Sharm el-Sheikh di Laut Merah, kata pendakwa raya negara hari ini. "Selepas menjalankan pemeriksaan terhadap fail perubatan dan menilai peralatan di hospital di dalam penjara Tora, jawatankuasa membuat keputusan untuk tidak menghantar pesakit luar dari Sharm el-Sheikh buat masa ini," kata pendakwaraya itu. Mubarak telah ditahan di dalam hospital sejak 13 April lalu selepas dia dilaporkan mengalami serangan jantung ketika disoal-siasat tentang pembunuhan penunjuk perasaan dan penipuan. – AFP KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH NOTA: ini lah berita yang paling ditakuti oleh madey ini lah berita yang paling ditakuti oleh samy inilah berita yang paling ditakuti oleh najib inilah berita yang paling ditakuti oleh lee lion sik nota: ini berita gumbira untuk rakyat mesir ini berita gumbira untuk rakyat arab ini juga akan menjadi berita gumbira untuk rakyat malaysia! |
Posted: 31 May 2011 11:05 PM PDT BANGUN MELAWAN! POLITIK DAN GARIS POLITIK Saya selalu membaca dan mengamati tulisan, komentar dan analisa politik terkini tentang negara kita ini. Saya membaca dalam Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris. Ada yang menarik: sayangnya banyak pula yang membosankan. Membosankan kerana sang penulis hanya bergelut dengan personaliti individu - si politikus. Tidak lebih dari itu. Politik bukan hanya tentang individu. Politik ialah tentang kuasa. Perjuangan politik ialah perjuangan untuk merebut kuasa. Merebut kuasa bertujuan untuk merebut punca-punca ekonomi. Di belakang punca ekonomi ialah kelas. Perjuangan politik ialah perjuangan kelas. Kelas dan ekonomi tidak dapat dipisah macam santan dengan kelapa. Setiap sosok manusia tergulung ke dalam satu kelas. Secara kasar – ada dua kelas: yang memerintah dan yang di perintah i.e yang berkuasa dan yang tidak berkuasa. Yang berkuasa ialah mereka yang memiliki harta dan kekayaan. Yang tidak berkuasa ialah mereka yang tidak memiliki harta kekayaan dan gulungan miskin. Dalam sistem ekonomi kapitalis seperti dalam negara kita ini – gulungan miskin adalah kaum tani, kaum nelayan dan kaum buruh. Mereka ini adalah kumpulan terbanyak. Manakala kumpulan terkaya tidak ramai. Kumpulan kaya amat sadikit – mereka adalah kumpulan minoriti. Tetapi mereka menjadi pemilik harta kekayaan yang terbanyak. Justeru melalui harta kekayan, mereka dapat membeli kuasa. Ini bukan tulisan propaganda. Ini hakikat – fakta saheh - yang boleh di rujuk kepada Jabatan Statistik Negara. Fakta fakta – ekonomi dan kelas ini - menjadi kabur atau sengaja dikaburkan dengan agenda agama, dengan agenda bahasa, dengan agenda kaum dan bangsa. Politik ialah agenda merebut kuasa. Period. Khalas. Agenda-agenda yang lain hanyalah alat dan taktik untuk mengolah persetujuan orang ramai untuk bangun merebut kuasa. Justeru untuk saya, perjuangan politik ialah untuk melupuskan kuasa kumpulan kaya yang sedikit dan mengambil alih punca-punca ekonomi yang ada dalam tangan mereka. Harta kekayaan wajib diambil kembali untuk di agih-agihkan kepada rakyat terbanyak. Ini seperti yang telah dan sedang dilakukan oleh kerajaan Selangor. Kerajaan Pakatan Rakyat telah mengambil kembali hak air dari syarikat Syabas dan memberikan secara percuma pada orang ramai. Justeru berlaku perlawanan yang maha hebat antara Pakatan Rakyat dengan gerombolan United Malays National Organisation di Selangor. Perlawanan ini ialah perlawanan untuk merebut punca ekonomi. Ini adalah perlawanan dua kelas – kelas kaya yang menindas sedang berlawan dengan rakyat. Suara orang teramai - suara rakyat - diwakili oleh Pakatan Rakyat. Hingga ke tahap ini, jika masih ada penulis dan pemberi komentar politik tidak memahami hakikat kelas dan ekonomi maka si Mamat atau si Minah itu wajib rajin membaca dan mentelaah. Panjangkan akal dan panjangkan ilmu. Sehingga ke hari ini memiliki akal fikrah yang kritikal masih belum dicukai lagi. Kalau saya membawa para pembaca ke luar Malaysia – hakikat yang sama juga dapat kita lihat. Di Amerika Syarikat Barack Obama dipilih untuk mempertahankan dan menjaga kepentingan saudagar senjata dan para taikoon di Wall Street. Raja Abdulah dipilih untuk mempertahankan kepentingan gulungan feudal di Saudi Arabia. Sarkozy di Peranchis dipilih untuk mempetahankan kepentingan saudagar Peranchis dan kaum Zionis di Peranchis. Apabila tuan pembaca telah memahami asas-asas politik dan ekonomi diatas maka saya akan membawa pembaca untuk memahami apa makna dan tanda perebutan puncuk pimpinan Pas yang sedang berjalan hebat sekarang. Perlawanan hebat yang saya maksudkan ialah perebutan kerusi Timbalan Presiden Pas diantara Mat Sabu dengan Nasharudin Mat Isa dan Tuan Mat. Untuk saya pertandingan ini adalah perebutan kuasa. Perebutan kuasa ini ialah perjuangan kelas. Kalau kita kaji dari segi politikal ekonomi, dalam istilah politik moden Parti Pas ini ialah parti yang mewakili kepentingan borjuis kecil Melayu. Parti yang mewakili kepentingan borjuis besar dan borjuis nasional ialah United Malay National Organisation. Justeru saya berani berkata disini bahawa tidak mungkin Daim, Ananda, Vincent Tan atau Syed Mokhtar menjadi ahli Pas. Parti Pas tidak akan memperluaskan kepentingan ekonomi mereka. Pas mewakili Guru-guru Melayu, Tok Peraih, Penjaja, Tuan Empunya Warong, Kontrektor Kelas Bawah, Peneroka, Nelayan termasuk juga Askar dan Polis Pencen. Gulungan ini merasa kepentingan ekonomi dan gaya hidup mereka dapat dipertahankan oleh Parti Pas. Kalau Pas ini parti bojuis kecil Melayu bagaimana pula dengan ulama dalam Pas? Biar saya terangkan disini bahawa dari segi ekonomi para alim ulama juga memiliki kelas. Dari segi pensejarahan penubuhan parti politik di Malaysia kita akan dapat memahami bahawa alim ulama dalam Pas ini tergolongn kepada borjuis kecil Melayu. Mereka merasa diri mereka akan dipinggirkan oleh United Malays Natioanl Organisation yang amat mesra bersekongkol dengan Towkay dari MCA atau bekas penjajah British. Hujah agama ketika keluar dari payung United Malays National Organisation pada ketika itu adalah hujah terbaik untuk mempertahankan kepentingan ekonomi kelas borjuis kecil Melayu. Justeru hari ini kita akan bertemu dengan ulama yang bekerja dengan United Malay National Organisation. Mereka ini saudagar agama yang kaya dan lumayan. Kerja mereka ialah mencari ayat-ayat dan hadith nabi untuk 'menghalal' kan apa saja dasar dan tindak tanduk United Malay National Organisation. Dengan ini apakah Mat Sabu dan Nasaruddin ini memiliki pandangan politik dan kelas yang sama kerana mereka berdua berpayung dalam Parti Pas? Jawabnya tidak. Parti MCA adalah parti towkay tetapi ramai juga buruh yang menjadi ahli ini. Parti MIC ialah parti Chettiar dan Mandur tetapi ramai kuli estate yang menjadi ahli. Awas dan waspada. Didalam kumpulan borjuis kecil ini juga akan terdapat sosok-sosok yang berminat untuk menjadi borjuis besar dan borjuis nasional. Didalam PKR juga pasti ada yang bermimpi untuk menjadi borjuis nasional. Bermimpi untuk menjadi tuan pemilik kuasa jana leterik atau pemilik kilang gula dan beras. Ini bukan sesuatu yang mustahil. Ditahap ini dalam politik negara kita apa yang wajib kita kenali ialah kepentingan kelas apa yang di wakili oleh Mat Sabu. Kepentingan kelas siapa pula yang diteraju oleh Nasharudin Mat Isa. Seperti saya tulis diatas tadi – perjuangan politik ialah perjuangan kelas. Untuk saya mustahil kedua-dua mereka ini mewakili kelas yang sama. Jika mereka dari kepentingan kelas yang sama mustahil mereka akan bertempur. Nasharudin dikatakan dari jalur ulama. Tetapi dalam analisa politikal ekonomi ulama ini tidak memiliki apa apa makna. Ini hanyalah 'tagline' untuk menjual produk. Ulama hanya jenama yang dikenali umum. Majoriti ahli Pas adalah manusia warak yang ritual agama Islamnya terjaga rapi. Untuk para ritualis ini jenama ulama ini cukup memyakinkan. Justeru dengan bijak Nasharuddin telah melabelkan dirinya ulama. Jenama ini amat baik untuk meraih sokongan dalam Parti Pas. Dalam analisa ini bukan jenama ulama yang kita bincangkan tetapi 'calon ulama' atau yang 'bukan calon ulama' itu mewakili kelas yang mana? Ini soalan yang wajib kita terus bertanya apabila kita membaca politik. Jika kita dapat memecah persoalan kelas maka kita akan dapat memahami pertembungan politik yang sedang berlaku dihadapan mata kita. Akhbar Utusan Malaysia diaanggap suara musuh oleh Pas dan Pakatan Rakyat. Kebelakangan ini – sebelum muktamar Pas berlangsung - akhbar ini tetiba menyatakan rasa gumbira dan senang hati jika 'kumpulan ulama' dalam Pas ini mencapai kemenangan. Malah sekali imbas kita lihat Mubarak – kumpulan Umno Pencen – tetiba berkempen untuk Nasarudin. Jelas suara United Malay National Organisation ini mahu 'tim ulama' menang dan terus berkuasa. Beberapa tulisan dalam akhbar Utusan semuanya memperlihatkan bahawa United Malays National Organisation merasa takut jika sekiranya Mat Sabu berjaya mengalahkan Nasaruddin dan Tuan Mat. Utusan kelihatan berhempas pulas menabur racun berkempen agar ahli Pas akan mengenepikan Mat Sabu Lalu timbul persoalan? Kenapa Utusan sibuk mahu Mat Sabu kalah? Jawapan untuk soalan ini ialah kelas. Dalam pemahaman politik moden Mat Sabu ini mewakili kelas Mustadhafin atau kelas tertindas. Dalam bahasa politik moden Mat Sabu ini mewakili kelas kaum proletar – kaum buruh dan kaum tani – kaum majoriti yang tertindas. Nasharudin Mat Isa walau pun dalam Parti Pas tetapi memiliki niat dan mimpi untuk menjadi borjuis besar - borjuis nasional. Cita-cita untuk menjadi borjuis nasional ini hanya akan termakbul jika sekiranya Pas dan United Malay National Organisation dapat bersatu dan bekerjasama dalam satu perserikatan yang baru. Penyatuan ini dibawah lambang Perpaduan Melayu. Justeru pertembongan Mat Sabu, Nasa dan Tuan Mat ini memiliki implaksi yang amat jauh merentas markas tarbiah Pas di Gombak. Kemenagan Mat Sabu akan membuka satu garis baru didalam Pas. Garis ini ialah garis memperjuangan gulungan tertindas. Jangan lupa Mat Sabu ini pernah menimbulkan isu Padi Kunca di Kedah dimana tuan tuan pemilik tanah sawah yang luas merasa tergugat. Tuan-tuan tanah ini ada yang menyokong Pas. Lalu mereka merasa marah kerana kain sarong topeng agama mereka telah diselak terbuka oleh Mat Sabu. Manakala Nasarudin tidak memiliki apa-apa budaya politik melawan. Malah Nasa ini dikatakan amat beersedia untuk bersekongkol dengan United Malay National Organisation. Manakala Tuan Mat mencelah bertanding untuk memastikan garis musthadafin yang dibawa oleh Mat Sabu dikuburkan. Dari sini amat jelas menunjukkan bahawa kepentingan kelas melintasi kepentingan parti politik. Ini samalah seperti United Malay National Organisation yang melaungkan ketuanan Melayu tetapi akan sedia berkerjasama dengan para cukong dari MCA atau MIC untuk kepentingan kelas mereka. Pasti ada sosok-sosok dalam Pas yang bersedia berkerjasama dengan United Malays National Organisatuion untuk memastikan – inshaaalh – mimpi mereka untuk menjadi borjuis nasional termakbul. Juga memastikan kepentingan ekonomi mereka dipertahankan dan dikembangkan. Jangan pula hairan jika saya katakan hari ini sosok-sosok jenis Nasa ini juga ada dalam PKR dan DAP. Cuma ketika ini suasana politik tanah air kita belum memberanikan mereka menunjukkan muka. Jelas disini United Malay National Organisation mahu garis Mat Sabu dikalahkan. Tetapi semuanya terpulang kepada ahli Pas sendiri. Mereka yang membuat keputusan untuk memilih diantara dua garis politik ini. Politik kuasa orang kaya disatu pihak dan politik kaum buruh dan kaum tertindas disatu pihak lagi.(TT) nota: tulisan ini telah disiarkan dalam Suara Keadilan terkini sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini sila pukul talipon 03-22-72-4045 |
Posted: 31 May 2011 10:05 PM PDT LANUN VS LANUN PEMUDA PERSOAL UDA MAHU JUAL TANAH 1.4 HEKTAR - meloya PETALING JAYA 31 Mei - Tindakan Uda Holdings Bhd., (UDA) yang kebelakangan ini menimbulkan tanda tanya di kalangan kontraktor bumiputera terus dipersoalkan apabila ia didapati dalam proses menjual sebidang hartanah miliknya yang terletak di kawasan utama iaitu di Jalan Sultan Ismail di ibu kota. Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Reezal Merican Naina Merican berkata, beliau mendapat tahu UDA kini bercadang menjual tanah miliknya yang berukuran 1.4 hektar bersebelahan Hotel Sheraton itu kepada Mutiara Goodyear Development Bhd., (Mutiara) pada harga RM215.5 juta. Menurutnya, tindakan itu tidak sepatutnya dilakukan UDA kerana ia pasti merugikan pemilikan tanah bumiputera di kawasan bandar dan bercanggah dengan falsafah penubuhan UDA yang bertujuan menjaga kepentingan pemilikan hartanah golongan tersebut. KOMENTAR apa yang sebenarnya sedang berlaku dalam UDA? dari mata kasar ianya hanyalah kritikan terhadap pucuk pimpinan uda dari mata kasar ianya hanyalah perebutan ghanimah - harta perang gerombolan sama sendiri sedang berebut harta kekayaan tanah di bekas tapak penjara pudu tanah di bekas tapak lapangan terbang tudm sungai besi tanah bekas tempat kajian getah di sungai buluh ada yang dapat ada yang tak puas hati jangan silap baca dibelakang krisis inin ialah pertempuran hebat antara najib dan muhyuiddin kepala di uda ini dinaikkan oleh najib ini untuk memastikan kepentingan orang najib terjaga kerana itu kita lihat muhyiddin bersuara mengkritik uda kerana itu perkasa bising tentang uda semua ini adalah menifestasi pertempuran antara najib dan muhyiddin uda ini adalah permulaan pertempuran antara najib dan muhyiddin kita tunggu dan nanti bila madey akan bersuara bila madey bersuara maka ianya akan jelas lagi NOTA: utusan memainkan isu uda ini utusan kini menyokong garis muhyiddin utusan bersama perkasa dalam tim yang sama garis politik melayu sedang di jual oleh utusan ini menambah lagi tersepit najib dan rosmah tapi kita tunggu apakah najib akan melawan ? |
Posted: 31 May 2011 09:14 PM PDT DENGAR UCAPAN MENTERI nota: anak muda sila dengar kata kata hikmat dari menteri ini dan jangn lupa untuk turun ke kuala lumnpur pada 9 julai yang akan datang ini berkumpul di sogo berkumpul di ibu pejabat pas jalan raja laut berkumpul di masjid kampong baru kita semua akan berarak ke istana negara kerna agung nak jemput kita semua minum petang kah kah kah IPT PERLU BERJIMAT GUNA LETERIK - meloya KUALA LUMPUR 31 Mei - Setiap institusi pengajian tinggi (IPT) digalakkan mengambil langkah berjimat cermat dalam penggunaan elektrik bagi mengelakkan peningkatan kos bil utiliti masing-masing. Mohamed Khaled Nordin (gambar) berkata, walaupun langkah itu sudah dimulakan namun ia perlu diteruskan lagi bagi mengelakkan perbelanjaan berlebihan. ''Kita di kementerian termasuk universiti sentiasa berjimat cermat dalam setiap perkara dan ia akan terus dilakukan," katanya. Beliau mengulas struktur tarif baru elektrik yang menyaksikan pemberian diskaun sebanyak 10 peratus daripada kadar tarif biasa kepada institusi pendidikan yang dibiayai sebahagian oleh kerajaan seperti mana yang diberi kepada rumah ibadat dan institusi kebajikan. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH nota: jelas malaon munkee munkeee ini tak sebulu satu munkeee cakap leterik naik tak ada apa apa satu munkeee kata ini tak jadi beban satu munkeee kata ini terrendah dalm dunia satu munkee lagi kata jangan cari bini gemok kalau ada bini gemok otak taraak jalan kah kah kah |
SATU TEKNIK BARU UNTUK MENIPU MELAYU Posted: 31 May 2011 08:52 PM PDT DAH BERAT DAAAA CHINA NAIK KADR ELETERIK 3 PERATUS ELAK INFLASI - berita hairan BEIJING: China menaikkan kadar elektrik sebanyak 3 peratus untuk beberapa kategori pengguna, ketika ekonomi kedua terbesar dunia itu bergelut menangani kekurangan bekalan tenaga terburuk dalam tempoh tujuh tahun. Kenaikan itu diumumkan kelmarin membabitkan sektor industri, komersial dan pertanian di 15 wilayah. Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Kebangsaan (NDRC), agensi perancangan ekonomi utama China berkata, 13 daripada 15 wilayah berkenaan sudah mengenakan kadar elektrik yang lebih tinggi sejak 10 April lalu. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit.. INI TEKNIK BARU PULAK.... kah kah kah... kah kah kah... GUNA BERITA DARI LUAR NEGARA.... kah kah kah.. kah kah kah...NAK BAGI TAHU KITA PATUT BERSYUKUR...kah kah kah... kah kah kah...KITA PATUT PANASKAN TELOOOOR DI RUMAH....kah kah kah... woit..BAGAIMANA DENGAN BERITA DAI SWEDEN?.... kah kah kah... kah kah kah... BURUH SWEDEN DAPAT NAIK GAJI 4 PERATUS UNTUK LAWAN INFLASI?..... kah kah kah.. kah kah kah...BAGAIMANA DENGAN BERITA DARI GERMAN... kah kah kah... kah kah kah....SEMUA PELAJAR MASUK UNIVERSITI PERCUMA DAN DAPAT WANG SAKU UNTUK LAWAN INFLASI.... kah kah kah... NOTA: jangan lupa 9 julai pesta anak muda melawan penipu! |
KETAWA SEBELUM TURUN KE JALAN RAYA Posted: 31 May 2011 08:15 PM PDT TARIF ELETERIK TIDAK MEMBEBANKAN - meloya Najib Razak memberi jaminan sebarang kenaikan atau perubahan tarif elektrik pada masa depan tidak akan sesekali membebankan rakyat melalui kajian yang dilakukan kerajaan dari semasa ke semasa. Dia berkata, komitmen itu dibuktikan seperti mana kenaikan tarif elektrik pada masa ini seperti diumumkan kerajaan semalam yang tidak melibatkan 75 peratus daripada pengguna domestik atau isi rumah tempatan. Dalam pengumuman tarif baru elektrik yang berkuat kuasa esok juga, seramai 4.4 juta daripada 5.94 juta pengguna tidak mengalami kenaikan bil elektrik mereka jika menggunakan kurang daripada 300 kilowatt sejam (kWj) tenaga itu sebulan. Bagaimanapun, kata beliau, kenaikan tarif itu perlu demi menggalakkan syarikat-syarikat tenaga melabur dalam bidang cari gali minyak serta gas dan penerokaan sumber tenaga baru. "Jika harga (minyak) tempatan terlalu rendah, syarikat minyak termasuk Petronas tidak mempunyai insentif meneroka punca gas dan minyak baru untuk keperluan tenaga dan kegunaan negara kita. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan