Telok Bakong Online |
- Tukar Tiub: KLIP WAJIB UNTUK DILIHAT Kumpulan Libanglibu
- Tukar Tiub : BERITA TERPANCUT AWAL
- Lagu Baru: KUMPULAN LIBANGLIBU - Rela
- SURAT PERJANJIAN UMNO DENGAN ISRAEL
- Polis klasifikasi kes Nur Amira sebagai kematian mengejut
- YB Khalid Samad berkunjung Ke Telok Bakong.
- Program Korban di Telok Bakong
- Wajib Tukor!!
- Dedikasi Buat Jentera Pilihanraya PR Galas Dan Bukit Sapi:Teruskan Perjuangan
Tukar Tiub: KLIP WAJIB UNTUK DILIHAT Kumpulan Libanglibu Posted: 20 Jan 2011 11:36 PM PST BENTOK DAN ISI NIKMATI SATU KERJA SENI umum selalu bertanya apakah patukan untuk menilai satu satu kerja seni. kenapa yang ini diangaap seni? dan kenapa yang itu dianggap sampah ? jawabnya ini: dalam pembentukan seni ada dua pekara yang amat penting bentok dan isi - form and content - inilah yang menjadi tangga ukur biasanya kita ada melihat banyak kerja kerja seni dari pelbagai bentuk - bentuk bentuk indah tetapi tidak memiliki isi lukisan, lakaran, arca, filem, musik, novel, certot, teater, bangsawan - kebanyakan hampeh kerana tidak memiliki isi - bentuk indah tetapi isinya kosong. keadaan ini dicelarukan oleh kerja seni genre bodek yang berkeliaran. kerja seni genre bodek ini kerjanya membodek kuasa yang wujud ditahap pensejarah negara kita hari ini yang harus kita rayakan ialah SENI MELAWAN - jagan lupa hanya seni melawan yang berani membuka tirai yang baru. sejak zaman berzaman seni melawan telah membuka luas dunia kita hari ini. shaer dan gurindam melahirkan sajak lukisan zaman pencherahan melahirkan art moden patong bentuk manusia kini melahir ukiran yg konsep semua ini melalui perlawanan melawan yang lama untuk melahirkan yang baru bila sajak muncul di tanah melayu sajak juga diperlekeh - ini pekasra biasa yang abru akan membawa perubahan seni akan terus berkembang - lihat musik dari era klasikal masuk ke era jazz - big band - pop - rock - blues punk - metal - core - grunge - lihat dan lihat musik yang terus kekal ialah musik yang melawan dengarkan lagu lennon - imagine - sampai hari kiamat nanti lagu ini masih relevant - ini kerana bentuk dan isinya melawan melawan disini bukan hanya bermakna melawan gerombolan! melawan betuk lama melawan kezaliman melawan cara menulis lama melawan cara memetik gitar melawan cara pukul drum hidup yang saheh ialah hidup yang melawan! aku melawan maka aku wujud! aku tunduk maka aku mati! paling penting! melawan seni genre bodek yang membunuh kreativiti. kreaviti suci hanya mucul apabila kita bagun melawan - dengar lagu INTERNATIONALE satu satunya lagu telah lebih seratus tahun masih relevant hinnga hatri ini nota: siapa yang mengaku dirinya seniman tetapi tidak tahu lagu INTERNATIONALE harus membuka youtube dan mendengar lagu ini dalam semua bahasa yang wujud dalam dunia ini - dari peranchis, ke inggeris , ke belanda ke melayu hanya belum ada lorat perak NOTA: nikmatilah seni libanglibu satu seni melawan metal yang bagun melawan |
Tukar Tiub : BERITA TERPANCUT AWAL Posted: 27 Dec 2010 05:14 AM PST BERITA TERPANCUT AWALINI PUN DARI BOTA PARIT nota: band metal yang wajib didengar bukan melawang tapi melawan 40 AHLI PKR CABANG PARIT SERTAI UMNO – berita hairan Seramai 40 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Parit menyertai UMNO Bahagian Parit dengan menyerahkan borang permohonan kepada Ketua UMNO bahagian itu, Mohd Zaim Abu Hasan, semalam. Bekas Ketua Pemuda Angkatan Muda Keadilan Perak dan Exco Pemuda PKR Malaysia, Faizal Efendi, berkata dengan kemasukan ke UMNO, dua ranting PKR iaitu Kampung Durian Kudung dan Kampung Selat, Bota dibubarkan. Beliau berkata, empat lagi ranting PKR, iaitu Titi Gantung, Kampung Tua, Kampung Lambor Kanan dan Padang Changkat mungkin akan dibubarkan selepas lebih 150 lagi ahli PKR menyertai UMNO tidak lama lagi. Katanya, ahli PKR sudah muak dengan perangai dan tindakan Ketua Umum parti itu, Anwar Ibrahim yang bertindak untuk kepentingan peribadi, bukannya berjuang mengikut matlamat asal parti. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit…. BERITA INI KELUAR AWAL SANGAT…. kah kah kah.. kah kah kah… PATUT KELUAR SEMINGGU SEBELUM PRK TENANG… BARU GEMPAQ..kah kah kah.. kah kah kah...APA SUDAH SILAP... kah kah kah.. kah kah kah... PSYWAR SUDAH KANTOI?.... kah kah kah.. kah kah kah… TEMAN TAK SANGKA ADA PKR DI BOTA PARIT… kah kah kah.. kah kah kah… TEMAN INGAT ADA CIK GU SHIDA SAJA DI PARIT…. kah kah kah.. nota: jangan lupa ada metal rock band libanglibu satu satu nya metal rock yang mengegarkan cari dan dengar lagu dari parit ini ! |
Lagu Baru: KUMPULAN LIBANGLIBU - Rela Posted: 18 Dec 2010 11:32 PM PST KUMPULAN LIBANGLIBU Rela Intro 4x Rela.. .rela kamu di pergunakan Rela.. .rela kamu di perkudakan Rela hidup kamu dah tersepit Rela kamu semua dapat duit Rela kamu memang takda prinsip Rela kamu memang jenis tak cerdik!!! Kami tak rela!! Jadi barua!! Kami tak rela!! Gadai maruah!! Rela …rela kamu di pergunakan Rela… rela kamu di perkudakan Rela kamu tak sanggup nak bangkit Rela kamu asyik suka tabik Rela kamu fikiran sempit Rela kamu memang… Kaki suka bodek!!! Kami tak rela!! Jadi barua!! Kami tak rela!! Gadai maruah!! Rela kamu mesti rela berkorban! Rela kamu mesti buat perubahan! Rela bersama rakyat dalam pakatan Rela bersama rakyat tolak barisan Rela bersama rakyat tentang kezaliman Rela bersama rakyat tegakkan keadilan Kami rela Sanggup berkorban Kami rela Tegakkan keadilan Kami rela Bersama pakatan Kami rela Tumbangkan Barisan RELA!! RELA!! RELA!! LAGU &LIRIK :BOB METALLERS HEADBANGERS IPOH |
SURAT PERJANJIAN UMNO DENGAN ISRAEL Posted: 17 Dec 2010 11:26 AM PST |
Polis klasifikasi kes Nur Amira sebagai kematian mengejut Posted: 04 Dec 2010 01:46 AM PST 2010/12/04 IPOH: Polis telah mengklasifikasikan kes kematian yang disyaki mangsa dera membabitkan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun di Hospital Changkat Melintang, Parit, semalam sebagai mati mengejut. Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supt Mohd Fakri Che Sulaiman, berkata hasil bedah siasat Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh mendapati punca kematian akibat kecederaan di bahagian kepala dipercayai akibat hentakan objek keras ketika jatuh. "Setakat ini kes tersebut diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut," katanya ketika dihubungi hari ini. Beliau berkata, polis bagaimanapun masih meneruskan siasatan dan sedang mendapatkan maklumat daripada beberapa saksi. Katanya, polis juga telah mengambil keterangan daripada pengasuh yang mendakwa kanak-kanak itu mengalami demam panas beberapa hari selepas terjatuh semasa menaiki basikal. Beliau berkata, sekiranya siasatan mendapati ada unsur penderaan, tindakan selanjutnya akan diambil. Nur Amira Natasya Abdullah dari Kampung Talang Dalam, Parit dimasukkan ke Hospital Changkat Melintang pagi Khamis dan meninggal dunia tengah malam hari sama. Kanak-kanak itu dihantar ke hospital oleh pengasuhnya dan bapa kanak-kanak tersebut kemudian membuat laporan polis selepas mendapati terdapat ada kesan pendarahan di kepala anaknya. Mayat kanak-kanak itu kemudian dihantar ke HRPB untuk bedah siasat. - BERNAMA |
YB Khalid Samad berkunjung Ke Telok Bakong. Posted: 22 Nov 2010 10:02 PM PST Kunjungan YB Khalid Samad ke Telok Bakong kali ini adalah untuk menyampaikan ceramah bertajuk Selangor Bergelora.Ceramah ini disampaikan di Markas Pas Telok Bakong Hilir pada 14 hb Nov 2010 pada pukul 9.00 malam.Antara pemimpin yang hadir ialah Ustaz Hasan Johar (YDP Pas Parit) dan Dr Najihah Ahmad.Selain dari penduduk tempatan ,acara ini juga mendapat perhatian daripada penyokong penyokong dari seluruh Perak Tengah. Dalam ucapannya,Beliau banyak mengupas isu isu sema sa yang berlaku di Malaysia,sambil memetik isu- isu yang berlaku di Negeri Selangor.Antara isu isu yang dikupas oleh beliau ialah tentang hutang Negara yang semakin meningkat sehingga Menteri, Idris Jala pun memberi peringatan sekiranya perbelanjaan Negara tidak dikawal,dalam masa 9 tahun Malaysia akan muflis.Perbelanjaan yang diluar kawalan ini adalah termasuk pengubahsuaian Seri Perdana,Pembinaan Istana Negara(telah ditingkatkan kosnya agar kroni perolehi lebih keuntungan),Menara Warisan,Pusara Negara dan sebagainya. Beliau juga turut megulas tentang piliharaya kecil Galas dan Batu Sapi.Pada beliau kekalahan Pakatan Rakyat kepda BN adalah disebabkan undi orang asal yang telah banyak beraleh.Pihak BN telah mengunakan tentera dengan menghantar mereka kekawasan penduduk orang asal ini 2,3 minggu sebelum hari pengundian.Dalam tempoh ini pihak tentera dengan kerjasama JHEOA telah menanggung makan penduduk ini ,dari makan pagi,tengahari dan malam semua penduduk ini.Disamping itu telah diadakan pelbagai aktiviti seperti sukaneka,karaoke,kugiran dan lain lain untuk menyibukkan dan melalaikan penduduk.Hasilnya petugas petugas Pas tidak dapat berkempen dengan baik dikawasan ini.Seperti yang dapat dilihat dalam kaca TV,Penduduk asal ini telah datang dengan seragam merah,Siapa yang beri seragam ini?. Beliau telah menyeru supaya ikatan parti dalam Pakatan Rakyat ditambah eratkan,beliau mengesa penyokong-penyokong PAS,PKR dan Dap agar terus bersatu dibawah naungan Pakatan Rakyat.Beliau mendedahkan tentang usaha usaha pihak media yang sedaya upaya mahu merobohkan perpaduan antara parti dalam Pakatan Rakyat.Beliau berpendapat kemelut yang berlaku dalam PKR adalah permaasalahan biasa,Cuma ianya nampak teruk akibat digembar gembor oleh pihak media. |
Program Korban di Telok Bakong Posted: 18 Nov 2010 01:18 PM PST |
Posted: 11 Nov 2010 03:40 AM PST Kumpulan Libanglibu - Wajib Tukar Bila Penyu menangis Ramai yg memberi perhatian Bila rakyat menangis Tiada siapa Yang hairan Masjid boleh diroboh, Rumah rakyat turut runtuh Terengganu Darul Iman Pentadbiran serupa........ Wajib Tukar..tukar tukar kerajaan Tolak talok tolak Barisan Wajib tukar kerajaan Tolak Tolak Barisan Bila duit royalti Dijadikan wang ehsan Yang kaya makin kaya Yang miskin lagi tertekan Stadium baru runtuh Berjuta wang rakyat hangus Terengganu minyak ada Tapi rakyat menderita Lagu dan Lirik : Bob Metallers Headbangers Ipoh |
Dedikasi Buat Jentera Pilihanraya PR Galas Dan Bukit Sapi:Teruskan Perjuangan Posted: 06 Nov 2010 06:04 PM PDT Kumpulan Libanglibu - Teruskan Perjuangan..Bangkit Rakyat Bangkit!! Jangan kau bersedih hati Pejuang rakyat pejuang keadilan Pejuang pasti menghadapi Manis kemenangan Sedih dalam kekalahan Jangan kau di ulit mimpi Bila menang berulang kali Kalah terus mati Ingat perjuangan ini Dari hati tulus ikhlas suci murni… Kita terus berjuang Hingga berjaya Menegak keadilan Untuk semua Perlu ada keyakinan Ada kemahuan Untuk membebaskan rakyat Dari kezaliman Yang selama ini Mencengkam rakyat C Em Am Dan Rakyat perlu bangkit Menentang Barisan! Hingga ke akhirnya Hingga ke akhirnya Hingga ke akhirnya Bangkit Bangkit Rakyat Mesti Bangkit Lirik : Bob Metallers Headbangers Ipoh Music:Kumpulan Libanglibu |
You are subscribed to email updates from Telok Bakong Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan