Khamis, 30 Jun 2011

SharpShooter

SharpShooter


Jom pekena Kopi BERSIH

Posted: 30 Jun 2011 01:33 AM PDT

Pakai baju kuning pun kena tangkap, terbaru Dr Lim Boon Chai ditangkap kerana memakai baju kuning..tak ke gila namanya...

Kini di Penang Kopi BERSIH pula dijual.. Eloklah diminum oleh polis apco dan umporno baru boleh BERSIH hati..

Gila..gila..takut dengan warna kuning..demam kuning namanya...sampai skuad bolasepak negara semalam pun tak pakai baju kuning..sepatutnya jadi tuan rumah pakai baju kuning kalau lawan ditempat lawan baru pakai baju biru..tapi bila najimah demam kuning maka terpaksalah pakai baju biru..

ini gila babi namanya..babi pun tak gila macam tu..hahahaha..


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Ceramah BERSIH malam ini di Pulau Pinang diteruskan di tempat lain..

Posted: 29 Jun 2011 10:43 PM PDT

Tidak pernah terfikir dalam kepala otak selepas himpunan sejuta belia yang habiskan wang rakyat RM37 juta oleh najimah tiba-tiba bila tiba giliran Pakatan Rakyat pula nak buat perhimpunan aman BERSIH, tak dibenarkan pula malah yang lebih tak masuk akal adalah baju KUNING BERSIH juga turut diharamkan.

Di Pulau Pinang sepatutnya 2 ceramah serentak malam ini Tapak Expo Seberang Jaya dan Tapak Pesta Sg Nibong dibatalkan setelah polis dapat perintah mahkamah.

Ketika sharpshooter mengambil gambar ini, tiba-tiba 2 anggota polis datang, katanya kereta tidak dibenarkan masuk ke sini, tetapi yang lucunya dia kata..jangan marah kami, kami hanya jalankan tugas..sharpshooter kata awat dah jadi gila sampai macam ini..depa jawab..nak buat camna..orang atas dah gila..hahaha..

Sharpshooter minta segala keputusan di mahkamah tentang ceramah dan juga arahan hishamuddin auuw tentang pengharaman baju kuning BERSIH dicabar di mahkamah.

Sehubungan dengan itu CERAMAH BERSIH OLEH TUAN HJ MOHD SABU DAN LIM GUAN ENG dan YB ONG CHIN WEN yang sepatutnya HARI INI (30 Jun 2011) DI TAPAK EKSPO SEBERANG JAYA TELAH DIUBAH KE MARKAS PAS PONGSU 1000. HARAP MAKLUM...TOLONG SEBARKAN....

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Hei..mana mau lari haaa..tangkap dia..

Posted: 29 Jun 2011 06:44 PM PDT

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Risalah palsu BERSIH

Posted: 29 Jun 2011 04:56 PM PDT

Untuk memburukkan perhimpunan aman BERSIH 2.0 "walk for democracy" yang menuntut pilihanraya yang bersih dan adil, telah dimulakan. Risalah palsu menggunakan nama BERSIH 2.0 yang mengajak orang ramai menumbangkan kerajaan telah mula diedarkan kepada orang ramai.

Antara mesej yang tertera pada risalah tersebut termasuklah "PERHIMPUNAN Bersih2.0", "BERSAMA KITA TUMBANGKAN KERAJAAN SEKARANG!!!", dan "BUKTIKAN KITA MAMPU SEPERTI LIBYA !!"


Dilaporkan bahawa risalah kuning itu dilekatkan pada kenderaan di tempat letak kereta Seksyen 2 Wangsa Maju, pagi ini [MerdekaReview].

Kalau dilihat, rakyat sudah sedia maklum bahawa perhimpunan aman BERSIH 2.0 akan diadakan pada 9 Julai 2011 ini untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil. Namun demi untuk mengharamkan suara rakyat, ada pihak dilihat cuba memburukkan imej BERSIH 2.0.

Siapakah dalang di sebalik penyebaran risalah palsu ini? Mudah sahaja untuk disiasat, tentu sekali golongan yang tidak mahu perhimpunan aman BERSIH 2.0 diteruskan.

ReJaM© "Risalah palsu ke, risalah tulen, apa sajalah, 9 Julai turun tetap turun!" - MiloSuam


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Umporno perkuda polis apco hingga guna mahkamah halang ceramah di P. Pinang

Posted: 29 Jun 2011 04:57 AM PDT

GEORGETOWN: Polis Pulau Pinang memberi amaran mengenai tindakan keras yang akan diambil terhadap pihak yang menyertai dua perhimpunan haram yang dijadual berlangsung di Tapak Pesta Sungai Nibong dan Tapak Ekspo Seberang Jaya pada 8 malam esok.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, kedua-dua perhimpunan yang akan diadakan esok mempunyai kaitan dengan perhimpunan haram yang bakal dianjurkan kumpulan pengacau pada 9 Julai ini.

"Polis mendapat perintah dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret iaitu (mengikut) Seksyen 98, Kanun Prosedur Jenayah, notis pemberitahuan mengenai larangan (mengadakan perhimpunan haram itu) yang diserahkan kepada pihak penganjur dan ditampal di kedua-dua lokasi," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ayub turut memberi peringatan akan menggunakan kuasa yang ada mengikut undang-undang bagi memastikan perhimpunan itu tidak berlangsung.

"Saya merayu semua pihak supaya mematuhi perintah mahkamah ini dan seterusnya memberi amaran kepada sesiapa yang melanggarnya akan berdepan tindakan polis," katanya.

Katanya, difahamkan, kedua-dua perhimpunan haram berkenaan bakal dihadiri Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil, Datuk Ambiga Sreenevasan dan turut dijangka hadir ialah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng; Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Ayub berkata, 30 aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan reman sehingga 2 Julai ini kerana mengedarkan risalah berkaitan perhimpunan haram di ibu negara, berkemungkinan dibenarkan berjumpa anggota keluarga masing-masing esok.

Beliau turut menafikan dakwaan pihak tertentu mengenai layanan buruk polis terhadap 30 aktivis itu semasa dalam tahanan.

"Kita memberi perhatian berat terhadap kesihatan dan kebajikan tahanan-tahanan ini. Malah, tiga daripada mereka dibawa ke hospital semalam untuk mendapatkan rawatan kerana mengadu selesema dan batuk," katanya.

Kumpulan berkenaan ditahan di plaza tol Sungai Dua di sini pada 25 Jun lalu ketika sedang menaiki sebuah bas persiaran dipercayai dalam rangka kempen mengedarkan risalah berkaitan perhimpunan haram yang dijadualkan 9 Julai ini dan kempen PSM 'Udahlah tu... Bersaralah', yang dikatakan ditumpukan di bandar-bandar kecil di Semenanjung Malaysia sejak 24 Jun lalu. - BERNAMA


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tiada ulasan: