SharpShooter |
Posted: 23 Jun 2011 11:44 PM PDT PAS mengadakan demo boikot utusan meloya selepas solat Jumaat di Masjid Padang Lalang, Bukit Mertajam sebentar tadi. Utusan telah menghina Islam dalam kartun yang mereka terbitkan. Mat Sofi Ketua Pemuda PAS Batu Kawan kawan baik Rosli Abu Nawas turut hadir berdemo tetapi beliau tidak berucap. Demo tersebut sekitar 5 minit sahaja kemudian polis arah bersurai maka PAS pun bersurailah..baik benor PAS nie.. Demo yang sama juga turut diadakan di Masjid Permatang Janggus, Permatang Pauh dan Masjid Hashim Yahya di Pulau Pinang. Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone |
Mengapa Trio Dato T mudah mengaku salah... Posted: 23 Jun 2011 09:26 PM PDT Sudah pasti ramai tertanya-tanya mengapa ketiga-tiga trio Dato' T ini begitu mudah mengaku salah di atas tuduhan tersebut. Mengapa mereka tidak mengaku salah dan biar ianya dibicarakan di mahkamah. Eskay hanya didenda RM3,000 atas kesalahan itu, Shuaib RM1,500 dan Rahim sebanyak RM1,000 Eskay dan Shuaib dituduh mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34. Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara pukul 10 pagi dan 12 tengah hari, 21 Mac lalu di bilik Seri Makmur, Hotel Carcosa Seri Negara. Tuduhan yang dibaca berbunyi "Bahawa kamu dengan niat bersama, tayang tempat terbuka video lucah, hubungan seks seorang lelaki dan perempuan antara 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari pada 21 Mac lalu." Mengapa mereka mudah mengaku salah? sifirnya mudah sebab mereka tahu Anwar bukan pelaku dalam video tersebut. Video ini adalah fitnah semata-mata. Eskay sendiri mengaku dia kata saya tidak pernah menuduh Anwar berzina selepas bersumpah di Masjid bahawa Anwar adalah pelaku dalam video tersebut. Buktinya seperti video di bawah ini.Bab jam omega pun dah kantoi..dulu gah kononnya jam omega Anwar pemberian hadiah khas Raja Arab Saudi tetapi akhirnya polis mengesahkan jam omega Eskay "made ini Taiwan"... Kalau nak fitnah pun biarlah pro sikit, sampai "anu" pun tidak bersunat apa ke jadah...dah lah tu perut pun buncit...inilah umporno..bertambah parah video tersebut disebar ke rumah-rumah, mak bapak bila balik tiba-tiba terkejut sebab tengok anak-anak kecil mereka sedang menonton video lucah.... memang sial umporno... Nak tahu siapa Eskay? layari di sini. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
Posted: 23 Jun 2011 06:17 PM PDT Cuba tengok video di atas...ceciter..ceciter..atau kite bakor jer...kite bakor jer... Alahai Melayu umporno....mengapa asyik meroyan dan meraban....Melayu mana yang perlu bersatu nie...bukankah lagu umporno bermula dengan "Bersatu kita Bersatu.." Adakah melayu umporno bersatu? dalam umporno sendiri pun tak bersatu macamana nak ajak orang lain bersatu? Bilakah masalah Melayu Kelantan akan selesai soal isu royalti minyak? Bukankah Kelantan diperintah oleh orang Melayu? mengapa dinafikan hak royalti mereka? Selesaikan dulu masalah ini.... Bilakah masalah Melayu Memali yang dibunuh beramai-ramai akan selesai? Bukankah yang terbunuh itu semuanya Melayu termasuk Ustaz Ibrahim Libya? Mengapa Melayu bunuh Melayu? Selesaikan dulu masalah ini.... Ke manakah hilangnya RM 52 billion saham bumiputra? Bukankah saham bumiputra itu saham hak orang Melayu? Mengapa isu ini belum terjawab? Selesaikan dulu masalah ini... Ke manakah hilangnya 1.3 hektar tanah rizab Melayu? Siapa yang curi? Bukankah Melayu yan perintah selama ini? Mengapa pemimpin Melayu curi tanah rizab Melayu? Selesaikan masalah ini dulu.... Mengapa umporno terus meroyan dan meraban bila Mat Sabu menang? Mengapa Mat Sabu diserang oleh umporno? Bukankah Mat Sabu itu Melayu? * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan