Sabtu, 18 Jun 2011

SharpShooter

SharpShooter


MB Selangor prihatin serah RM483,800 kepada 84 keluarga setinggan.

Posted: 18 Jun 2011 02:51 AM PDT

Seramai 84 keluarga setinggan Kampung Kok Doh di Bandar Baru Selayang hari ini menerima saguhati pemindahan dan bantuan perumahan daripada Kerajaan Negeri Selangor bagi menjayakan projek perumahan Bukit Botak yang akan menempatkan 1,200 peneroka bandar yang telah menunggu lebih 20 tahun untuk memiliki rumah.

Penduduk Kampung Kok Doh, yang tinggal di atas tanah milik anak syarikat kerajaan Negeri Selangor yang terletak di sebelah Kampung Bukit Botak telah menerima saguhati berjumlah keseluruhan RM483,800 dari Dato Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu majlis penyampaian cek di Dewan Kompleks Pegawai Daerah Gombak di Selayang tengahari tadi.

Saguhati pemindahan tersebut bukan sahaja melibatkan bantuan pemindahan sebanyak RM500 seorang tetapi juga tawaran dan bantuan pembelian rumah Semi-D Bukit Botak atau rumah kos rendah - mengikut kelayakan masing-masing.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad, Pegawi Daerah Gombak Ahmad Zaharin Mohd Saad dan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Othman Omar.

Dari 84 keluarga, 63 telah layak membeli rumah Semi-D Bukit Botak dengan harga RM99,000. Mereka juga telah diberi peruntukan tambahan RM3,600 seorang sementara menunggu rumah siap dalam masa 12 bulan, serta saguhati pemindahan RM500.

Seramai 20 keluarga yang layak membeli rumah kos rendah RPKR di Selayang Mulia yang bernilai RM42,000 telah diberi subsidi RM7,000 untuk pembelian rumah. Ini bermakna mereka hanya membayar RM35,000 untuk memliki rumah RPKR.

Selain itu, mereka menerima peruntukan tambahan RM1,500 serta saguhati pemindahan RM500 seorang,

Dalam ucapannya sempena majlis penyampaian cek itu, Menteri Besar mengucapkan terima kasih kepada penduduk Kampung Kok Doh yang memberi kerjasama kepada kerajaan negeri dalam pemindahan ini kerana ianya akan menjayakan projek perumahan Bukit Botak yang akan memberi penyelesaian menyeluruh kepada masalah setinggan dan peneroka bandar.

"Dahulu, penduduk dipujuk menyerahkan hak tanah mereka kepada syarikat pembinaan yang telah gagal untuk membina rumah dan membayar pampasan seperti yang dijanjikan. Bila kita jadi kerajaan pada Mac 2008 kita dapati sudah 20 tahun mereka menunggu. Dalam masa 2 tahun kita dapat merancang penyelesaian yang menyeluruh. Sekarang rumah sedang dibina oleh PKNS dan akan siap mengikut jadual," katanya.

Beliau berkata kerajaan Negeri komited dalam memastikan nasib peneroka bandar terbela di mana perancangan pembinaan projek perumahan dibuat dengan rapi agar mereka mendapat hasil yang baik.

"Dahulu yang dijanjikan rumah kos rendah RM45,000. Untuk penambahbaikan, kita arahkan PKNS membuat perancangan membuat rumah semi-D dengan harga RM99,000. Jika tidak mahu, PKNS bersedia membeli rumah pada harga RM170,000.

Oleh itu pemilik tanah tidak rugi apa-apa kerana keuntungan mereka terjamin. Di kawasan ini, ada yang sanggup membeli rumah Semi D pada harga RM220,000. Jadi tiada siapa yang rugi," katanya.

Beliau berkata projek ini adalah bukti hasil kesungguhan dan komitmen Kerajaan Selangor menyelesaikan masalah perumahan terbengkalai sejak 25 tahun lalu yang gagal diselesaikan oleh pihak pentadbiran terdahulu.

Kerajaan Negeri pada mulanya menghadapi kesukaran untuk membantu membaik pulih projek terbengkalai ini kerana hak milik terhadap lot-lot tanah telah diserahkan kepada syarikat pemaju yang terdahulu.

Menteri Besar kemudian mengambil keputusan mengarahkan tanah berkenaan diambil alih oleh kerajaan negeri sebagai jalan penyelesaian terbaik demi kepentingan penduduk Bukit Botak.
 

Sehingga kini projek ini berjalan lancar dengan kemajuan di tapak telah mencapai 21 peratus, dan dijangka siap menurut jadual iaitu pada bulan Jun 2012


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

YB Fuziah dan YB Gan Pei Ni gagal pertahan kerusi

Posted: 18 Jun 2011 02:37 AM PDT

YB Fuziah Salleh MP Kuantan atau lebih mesra dengan gelaran Ratu Nuklear dan YB Gan Pei Ni Adun Rawang gagal pertahan kerusi masing-masing dalam pertandingan kerusi berirama di Sg Petani.

Acara ini berlangsung di Dewan Orang Ramai Taman Sri Wang, Sg Petani sempena Hari Ibu Bapa "Kasih disemai cinta dibajai"

Turut hadir YB Johari Abdul MP Sg Petani dan bekas Senator ir Zamri.

Malam ini program ceramah umum di dewan ini dibarisi oleh YB Fuziah Salleh, YB Gan Pei Ni, YB Lydia Ong (DAP) Adun Berapit Penang, Puan Jamaliah Omar Ketua Muslimat PAS Sg Petani dan Puan Nurin Aina Ketua Wanita PKR Sg Petani.

Mai jangan tak mai..war warkan..


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Jangan buat tuduhan membabi buta setelah "dirogol dan diliwat" 198 kali dalam gelap

Posted: 17 Jun 2011 11:46 PM PDT

Serangan siber ke atas laman web kerajaan dan agensinya oleh kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Anonymous dipercayai ada kaitan dengan penganjuran perhimpunan
aman Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) pada 9 Julai ini, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim.

Menurut beliau serangan itu dilihat sebagai satu perbuatan yang tidak patriotik kepada negara dan memberi jaminan ia hanya bersifat sementara serta ia tidak akan mengakibatkan kelumpuhan keseluruhan sistem laman web yang digodam.

Bernama juga melaporkan Rais sebagai berkata tindakan itu bermotifkan politik dan bertujuan cuba melakukan sabotaj ke atas kerajaan.

Tambahnya, serangan terhadap laman web kerajaan itu jelas membuktikan bahawa ia dilakukan semata-mata untuk menyusahkan rakyat dengan menyulitkan urusan harian rakyat dengan kerajaan, dan bukannya menyusahkan pihak kerajaan.

"Sebagai contoh, sekiranya laman web agensi kerajaan yang menguruskan urusan tanah digodam maka urusan tanah akan terbengkalai. Sama juga dalam urusan perbankan dan sebagainya, maka serangan siber yang aneh dan menyedihkan ini adalah bermotifkan politik," katanya pada sidang berita di Kuala Lumpur, semalam.

Rais berkata kerajaan akan mengambil tindakan undang-undang kepada pengodam itu, dan menyarankan mereka yang terbabit supaya mempunyai sikap sayang kepada negara dan jangan melakukannnya kerana "marahkan nyamuk, kelambu dibakar".

Sebelum ini Anonymous menggodam beberapa laman web kerajaan dengan serangan DDoS (Distributed Denial-of-Service) kerana tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan Malaysia yang menyekat beberapa laman sesawang perkongsian fail, termasuk Pirate Bay dan Wikileaks.

Pada sidang media itu, Rais juga mengakui bahawa sebanyak 198 laman web rasmi kerajaan telah digodam sehingga kini dengan 90 peratus penggodamnya dari dalam negara.

Ketika ditanya sama ada serangan siber itu akan menjejaskan keselamatan negara, Rais berkata ia boleh berlaku jika dibiarkan.

Bagaimanapun, katanya, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta agensi-agensi yang bertanggungjawab mengenai keselamatan telah bersiap sedia dan sedang menyelesaikan masalah tersebut kerana ia adalah masalah yang serius.

Sharpshooter - alahai pak menteri.. Berapa kali nak kata kita bersiap sedia daaa.. Siap sedia apa? Siap sedia untuk dirogol dan diliwat sekali lagi secara bergilir gilir oleh penggodamkah?

Bila ada laporan mengatakan pak menteri rogol amah.. pak menteri berang dan terus saman tukang lapor.. Janganlah pula buat tuduhan sedangkan penggodam yang telah merogol dan meliwat bergilir-gilir sebanyak 198 kali pun pak menteri tak tahu siapa sebab dirogol dan diliwat dalam gelap.

Persoalan utama yang perlu pak menteri jawab adalah mengapa begitu mudah dirogol dan diliwat sedangkan berjuta wang rakyat sudah dihabiskan.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Apa kesudahan drama khairy vs hishamudin auw

Posted: 17 Jun 2011 10:35 AM PDT


Pergerakan Pemuda Umno tidak gentar dengan ancaman Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hisahmuddin Hussein yang memberi amaran supaya bersedia menerima padah jika meneruskan perhimpunan pada 9 Julai ini.

NONEKetuanya Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam twitter berkata Pemuda Umno tidak akan berganjak dengan keputusan mengadakan perhimpunan pada tarikh dan tempat yang sama dengan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) di ibunegara itu.

"Kami akan teruskan. Ini keputusan sebulat suara Exco Pemuda semalam. Bukan keputusan unilateral saya.

"Kami mesti berarak bagi membuktikan bahawa suara rakyat bukan dimonopoli oleh pembangkang," tulisnya mengulas kenyataan Hishamuddin supaya hasrat pemuda Umno itu dibatalkan demi keselamatan negara.

Menurut Khairy, beliau dan Pemuda Umno bersedia menghadapai apa sekalipun kemungkinannya.

Menyalahi undang-undang

"Hisham boleh beri sebanyak mana amaran yang beliau mahu. Ini Malaysia baru. Kami mempunyai hak untuk berhimpun, dijamin oleh perlembagaan. Pemuda Umno tetap berarak pada 9 Julai ini. Itu sahaja," akhirnya.

azlanHishammuddin pada sidang akhbarnya, petang tadi memberi amaran kepada Khairy supaya bersedia menghadapi tindakan jika berkeras mahu menyertai perhimpunan itu.

"Tak kira sama ada saya bekas ketua pemuda atau tidak, Pemuda (Umno) mesti bersedia menerima akibatnya seperti yang saya hadapi ketika menjadi ketua Pemuda," katanya kepada wartawan di Putrajaya hari sambil menambah "Kerana ia menyalahi undang-undang."

Hishamuddin berkata polis melihat perarakan dan perhimpunan itu dari sudut keselamatan negara dan mereka yang menganjurkannya mesti berdepan dengan polis.

Sesiapa sekali pun

"Sesiapa sekali pun..., saya juga mesti berdepan dengan polis (apabila saya ketua Pemuda). Saya jangkakan mereka (Pemuda Umno) berbuat perkara yang sama.

umno youth rally 090209 khairy 02"Ini sentiasa menjadi pendirian saya, tiada sesiapa boleh mengatasi undang-undang," katanya.

Semalam, Pergerakan Pemuda Umno Malaysia memutuskan untuk mengadakan perhimpunan pada tarikh dan tempat yang sama dengan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) di ibunegara pada 9 Julai depan.

"Kami akan berarak ke Istana Negara pada 9 Julai. Butiran lanjut akan diumumkan kemudian.

"Kami menyokong sistem pilihan raya sedia ada dan mahu bekerjasama dengan SPR untuk melakukan penambahbaikan," kata Khairy.

Sebelum ini, PERKASA juga mengumumkan akan menganjurkan perhimpunan pada masa dan tempat yang sama.

Sharpshooter - Apa agaknya kesudahan drama khairy vs hishamudin auw.. Adakah pemuda umporno akan terus berdemo?

Adakah mereka akan jadi berok jalanan seperti kata siapa ya pada tahun 2007? mmmm...cuba tengok video di bawah ini...





* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Pastikan anda sebahagian dari sejarah Negara ini...

Posted: 17 Jun 2011 10:05 AM PDT






8 TUNTUTAN HIMPUNAN BERSIH 2

1. BERSIHKAN SENARAI UNDI

2. MENREFORMASI UNDI POS

3. GUNA DAKWAT KEKAL

4. MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI

5. AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL

6. KUKUHKAN INSTITUSI AWAM

7. HENTIKAN RASUAH PILIHANRAYA

8. HENTIKAN POLITIK KOTOR


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

BlackBerry users rejoice! The #MaxisPlayBook is here to add on to ur internet experience, exclusively with Maxis

Posted: 17 Jun 2011 09:24 AM PDT

BlackBerry users rejoice! The #MaxisPlayBook is here to add on to ur internet experience, exclusively with Maxis

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tiada ulasan: