SharpShooter |
- Pak Menteri tewas dirogol penggodam...
- Beza umno dan umporno
- Anonymous vs Rais Yatim, siapa MENANG?
- Tengok pak menteri ingat amah
Pak Menteri tewas dirogol penggodam... Posted: 15 Jun 2011 09:02 PM PDT Sekurang-kurangnya 41 laman web kerajaan dan agensinya diserang dan digodam mulai awal pagi hari ini oleh penggodam yang membalas tindakan sekatan kerajaan ke atas beberapa laman sesawang perkongsian fail. Menurut kenyataan akhbar Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sekurang-kurangnya 51 laman web diserang dan 41 berjaya digodam. Laman SKMM - www.skmm.gov.my. Juga diserang tetapi tidak berjaya. Bermula pagi tadi penggodam yang menamakan kumpulan mereka sebagai Anonymous, menyenaraikan tidak kurang 18 laman web kerajaan yang didakwa telah diserang oleh DDoS (Distributed Denial-of-Service) ataupun dipadamkan sementara oleh pentadbirnya. Tinjauan Malaysiakini sehingga jam 9 pagi ini mendapati tidak kurang sembilan laman web, termasuk portal rasmi kerajaan Malaysia MyGovernment (www.malaysia.gov.my), masih tidak dapat dilayari. Antara laman web kerajaan dan agensinya yang tidak dapat dilayari:
Malaysia adalah antara kerajaan di dunia ini yang paling ketat mengenakan tapisan, hingga sanggup menghalang akses kepada filem dan rancangan televisyen. "Tidak ada alasan bagi sebarang bentuk penapisan. Awak hanya cuba merampas hak asasi manusia. Internet diadakan untuk kebebasan dan tanpa rasa gentar kepada kerajaan mahupun campur tangannya. Jangan fikir tidak ada orang yang sedar apa yang awak lakukan," menurut kenyataan dalam bahasa Inggeris itu lagi. Tambahnya lagi, serangan itu sebagai tanda dan amaran serta peluang bagi mendengar idea pihak lain. Pengodam juga berkata mereka mempunyai tanggungjawab bertindak pantas dan tanpa belas kasihan. Minggu lalu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengumumkan bahawa 10 laman web termasuk Pirate Bay dan Megaupload telah disekat kerana mencabuli undang-undang hak cipta. Sharpshooter - Baru sahaja terbit artikal Anonymous vs Rais siapa MENANG? pagi ini Rais dah tewas dirogol penggodam. Siapa penggodam bukan persoalan pertama tetapi mengapa web kerajaan begitu mudah diserang setelah berjuta wang rakyat dihabiskan? Apakah ini satu lagi cara untuk habiskan wang rakyat? Dahulu Anwar pernah dituduh menumbuk matanya sendiri hingga lebam... jangan salahkan rakyat jika ada rakyat yang menuduh ini keje pak menteri rogol dan godam diri sendiri....lepas tu boleh buat projek lagi...Face Book saja RM 1.8 juta beb.... * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
Posted: 15 Jun 2011 06:48 PM PDT Untuk kawan2 UMNOku..... PERBEZAAN UMNO (asal) & UMporNO (baru) 1. UMNO (asal) ditubuhkan pada tahun 1946 UMporNO (baru) dtubuhkan pada tahun 1988
2. UMNO (asal) presiden pertamanya ialah Dato' Onn Jaafar UMporNO (baru) presiden pertamanya Mahathir a/l Kutty
3. UMNO (asal) khas untuk orang & bangsa MELAYU UMporNO (baru) khas untuk MAMAK & lain-lain bangsa
4. UMNO (asal) ditubuhkan atas perpaduan & penyatuan bangsa MELAYU UMporNO (baru) ditubuhkan atas perpecahan orang MELAYU (Team A & B)
5. UMNO (asal) memperjuangkan kemerdekaan & nasib orang MELAYU UMporNO (baru) memperjuangkan kekayaan pemimpin & kroni
6. UMNO (asal) berbudaya MELAYU UMporNO (baru) berbudaya LUCAH lagi MELUCAHKAN....berkiblatkan NAFSU
7. UMNO (asal) pro RAKYAT UMporNO (baru) pro gol HAK RAKYAT
8. UMNO (asal) ada juga kebajikan UMporNO (baru) macam banjingan
9. UMNO (asal) pemimpin & ahli sanggup derma wang utk perjuangan UMporNO (baru) pemimpinnya kira nk songlap jer wang RAKYAT & NEGARA
10. UMNO (asal) telah dikafan & dikuburkan pada tahun 1988 UMporNO (baru) dah nazak dah........tunggu masa jerrr 11. UMNO (asal) antara pemimpinnya ialah Panglima Bukit Gantang UMporNO (baru) ahlinya umpama melukut di tepi gantang...pemimpin sepak terus terlentang 12. UMNO (asal) telah diharamkan UMporNO (baru) telah di HARAM JADAHKAN 13. UMNO (asal) disertai ramai golongan GURU yg terpelajar UMporNO (baru) disertai ramai golongan KUTU yg kurang ajar 14. UMNO (asal) disokong tokoh budaya & bahasa UMporNO (baru) disokong oleh golongan tak reti bahasa 15. UMNO (asal) sanggup hidup terseksa UMporNO (baru) sangat obses dgn SEKS ajer * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
Anonymous vs Rais Yatim, siapa MENANG? Posted: 15 Jun 2011 05:57 PM PDT Anonymous - ia adalah satu kumpulan 'persaudaraan' rahsia di seluruh dunia di antara 'penjahat' internet. Sangat sukar untuk mendapatkan temubual dengan mereka. Jika anda menawarkan kepada kumpulan-kumpulan revolusi peluang untuk mereka tampil di khalayak ramai, lazimnya mereka akan kembali kepada anda dalam masa dua hingga tiga jam, tetapi Anonymous tidak seperti itu, dan mereka bukan berkumpulan. Atau mungkin juga berkumpulan, itu pun, jika anda dapat membuat mereka berbicara. Kebiasaannya mereka tidak akan tampilkan diri, melainkan dengan berlindung disebalik suara robot ala tahun 1980-an. Sudah ramai yang ingin tahu tentang Anonymous sejak akhir-akhir ini, dan untuk kepada wartawan yang bertanya, ramai yang bukan anonymous telah bercakap tentang mereka. Kekecohan terkini yang dibualkan ialah pada Jumaat lalu, apabila polis Sepanyol mengumumkan mereka akan memburu tiga anggota kumpulan (atau perikatan, atau apa saja yang anda ingin sebut), yang telah menimbulkan kemarahan Sepanyol kerana laman web rasmi kerajaan telah digodam untuk sementara waktu pada bulan Mac lalu. Pada hari Isnin baru-baru ini juga diumumkan bahawa Polis Turki telah berjaya menangkap 32 suspek ahli anggota tersebut. Beberapa hari sebelum itu, Anonymous telah menggodam laman web Pihak Berkuasa Telekomunikasi Turki dan menutupnya. Dengan kata lain, jika anda pergi ke laman web telekomunikasi nasional pada hari tersebut untuk mencari punca mengapa telefon anda tidak berfungsi, sebaliknya anda juga dapati laman web tersebut tidak berfungsi, dan anda boleh mengamuk. Dan kemudian pada hari Selasa berikutnya, anda dapat menbaca laporan dari rumah anda: 'Anonymous sedang menuju ke Federal Reserve (Simpanan Persekutuan). Malah kumpulan ini turut mencetuskan siri serangan yang menyebabkan raksasa multinasional Sony 'terduduk' pada bulan April lalu. Ini adalah serangan dahsyat kumpulan ini ke atas mangsa yang sangat besar. Namun, jika anda memandang rendah kemampuan kumpulan untuk melakukan kerosakan kepada musuh kuatnya, anda mungkin tidak menyedari bahawa mereka sudah memberi pukulan kuat terhadap beberapa lawan yang cukup hebat - kita memulakan dengan, Sony, MasterCard, dan Iran. Atau baru-baru ini kumpulan ini telah menggodam laman web HBGary, sebuah firma keselamatan internet. CEO firma ini telah diancam untuk 'mengeluarkan' ahli Anonymous, dengan diterbitkan 50,000 e-mail dalaman dan no keselamatan sosialnya. Ini telah memalukannya dan ia berundur dari syarikat. Pada bulan Disember tahun lalu, kumpulan ini telah menyerang laman-laman web MasterCard dan PayPal, kerana mereka mengumumkan akan menyekat dana milik Wikileaks. Anonymous melakukan serangan kerana membantah tindakan 'sekatan' itu yang melanggar hak asasi. Pada bulan April, selepas Sony PlayStation menimbulkan tentangan kepada sebuah kumpulan yang didakwa telah menemui cara menggunakan aplikasi pihak ketiga kepada konsol-konsol permainannya (yang membolehkan Playstation dimain menggunakan perisian cetak rompak), sekali lagi Anonymous melakukan serangan. Mereka menyerang dengan askar Internet yang membedil laman web syarikat tersebut dengan mengautomatikkan penerimaan maklumat sehingga laman web itu terkeluar daripada talian. Kumpulan Anonymous juga mendakwa tanggungjawab kerana menerbitkan lebih daripada 10,000 emel yang dicuri dari sebuah laman web kerajaan Iran, dan ia juga dikatakan telah membantu rakyat di Tunisia untuk memintasi halangan-halangan dan sekatan dalam internet yang dibuat oleh kerajaan sehingga mereka berjaya melakukan revolusi. Dan terbaru di Malaysia, selepas berita mengenai 10 laman web akan disekat oleh SKMM, kumpulan Anonymous telah mengumukan akan melancarkan serangan terhadap laman web rasmi kerajaan Malaysia di www.malaysia.gov.my pada 07:30 GMT pada Rabu (Khamis 03:30 waktu Malaysia) dan telah menamakannya "Operation Malaysia". Menurut Rais Yatim "Kita sudah memberitahu perkara ini kepada pihak berwajib dan kita sudah mengambil tindakan pencegahan yang perlu menerusi MAMPU, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta agensi yang bertanggungjawab mengenai keselamatan," katanya. TETAPI berdasarkan rekod serangan hebat dan kemampuan kumpulan Anonymous ini, adakah Rais Yatim benar-benar MAMPU untuk menghalang serangan ini?. Sama-sama kita tunggu jam 3.30 pagi nanti.. Sumber di sini. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
Posted: 15 Jun 2011 05:23 AM PDT |
You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan