SharpShooter |
- Selepas BERSIH Himpunan Melayu di P.Pinang - Mat Sabu
- Tiada boikot pemilihan Khariah Masjid
- umporno masih terkejut berok dengan kemenangan Mat Sabu
- Ugutan rogol terhadap Ketua Srikandi Keadilan
- JKKK Kebun Sireh terima watikah dari YB Ong Chin Wen
Selepas BERSIH Himpunan Melayu di P.Pinang - Mat Sabu Posted: 13 Jun 2011 11:49 PM PDT (Harakah Daily) - Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, satu perhimpunan umat Melayu Pulau Pinang akan diadakan untuk menempis anggapan kononnya mereka tidak sokong Kerajaan Pakatan Rakyat negeri. Katanya, ia akan diadakan selepas berjaya mengadakan perhimpunan aman Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 pada 9 Julai nanti. Semua agenda tambahnya, telah dibincangkan secara tidak formal dengan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan akan dipanjangkan kepada Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman serta Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Saleh Man. "Perhimpunan orang Melayu di Pulau Pinang juga harus diadakan sebagai tanda mereka tidak terjerat dengan mainan politik jahat Umno dan Barisan Nasional (BN) yang tidak sudah-sudah melemparkan padangan negatif terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat," jelasnya ketika ditemui selepas berpidato di hadapan ribuan orang di padang awam, Pekan Penaga malam tadi. Katanya, sebelum membuat persiapan perhimpunan tersebut, satu pertemuan dengan DAP akan diadakan bagi menerangkan hasrat murni berkenaan supaya kepimpinan DAP tidak salah sangka. Mohamad yakin, DAP tidak semacam Umno yang berfikiran tidak matang dan jauh ketinggalan dari arus perkembangan politik yang sihat. Kata beliau, perhimpunan aman itu juga bermatlamat memberikan penerangan sejelas-jelasnya mengenai beberapa perkara yang sengaja dicaturkan oleh Umno setelah gagal mempertahankan Pulau Pinang pada Pilihan raya Umum ke-12 lalu. Mereka, ujarnya nampak agresif memburuk-burukkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang bersembunyi atas nama perjuangan menegakkan kebenaran tetapi pada masa yang sama bersekongkol dengan segelitir kepimpinan Umno dan BN. "Bila kalah dan rakyat Pulau Pinang menolak kepimpinan yang korup, maka ramailah yang keluar tunjuk perasaan tidak puas hati kononnya habislah negeri ini bila dapat pada DAP atau bangsa Cina," ujarnya. Tambahnya, tanpa orang Melayu sedar bahawa sebelum ini pun Pulau Pinang diketuai oleh Tan Sri Koh Tsu Koon, lainlah jika sebelum negeri ini jatuh ke tangan Pakatan Rakyat ia diperintah oleh Umno. Jelasnya, bagi PAS siapa pun yang memerintah patut bersikap adil dan tidak mencuri harta rakyat dengan sewenang-wenangnya. Menurutnya, apabila Pakatan Rakyat diisytiharkan menang, maka DAP yang mempunyai lebihan kerusi akan memegang tampuk pemerintahan. Ini, katanya berbeza dengan Umno yang menang banyak kerusi pada pilihan raya 1990 tetapi memberikan hak ketua menteri kepada Gerakan. "Umno dayus dan hanya sanggup melemparkan kenyataan pedas terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat yang berjaya menghalang mereka meneruskan usaha mempergunakan hak kerajaan untuk kepentingan parti dan kroni," ujarnya |
Tiada boikot pemilihan Khariah Masjid Posted: 13 Jun 2011 09:17 PM PDT Tiada boikot pemilihan Masjid seluruh Pulau Pinang kata YB Ustaz Salleh Man. Menurut beliau selepas tarikh akhir pencalonan ditutup pada 7 Jun 2011 sebanyak 193 masjid daripada 200 masjid telah menghantar senarai pencalonan masing-masing. Hanya 7 masjid gagal berbuat demikian disebabkan faktor-faktor tertentu dan pihak (PTA) pegawai pentadbiran agama Islam Pulau Pinang akan menyelesaikan perkara tersebut nanti. Kejayaan ini membuktikan bahawa 97% kariah masjid menyokong penuh Pemilihan Jawatankuasa Kariah Masjid Seluruh Pulau Pinang sesi 2012-2013. Pemilihan ini akan mengikut Seksyen 104 (1) (b) Enakmen Negeri Pulau Pinang 2004 dan kaedah 4 (1) Kaedah-kaedah Jawatankuasa Kariah dan Pegawai Masjid Negeri Pulau Pinang. Tatacara pemilihan merupakan penambahbaikan tatacara peraturan yang sedia ada sebelum ini kata YB Ustaz Salleh Man (Timbalan MAIPP). Kita tidak mahu kesilapan berulang lagi seperti ini pentauliahan pegawai masjid seluruh negeri Pulau Pinang yang telah diadakan di Dewan Millenium dahulu.Kesemua jawatankuasa kariah masjid disambung semula pelantikan mereka sehingga 2011 . Renung kembali perbezaaan, dimana amalan dahulu Maipp melantik atau kelompok tertentu tanpa melalui proses pemilihan oleh anak - anak kariah secara telus dan terbuka. Sekarang diperkenalkan kaedah baru,dimana memberikan hak kepada anak-anak kariah untuk mencadangkan pentadbir masjid atau jawatankuasa masjid masing-masing kepada Maipp untuk diperkenankan kepada Yang Dipertuan Agong. Seramai 15 Ajk Masjid akan dipilih dari kalangan anak – anak kariah. Keputusan muktamad pelantikan jawatankuasa kariah tetap di bawah kuasa Yang Dipertuan Agong Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone |
umporno masih terkejut berok dengan kemenangan Mat Sabu Posted: 13 Jun 2011 05:13 PM PDT Utusan meloya - Hanya kaki ampu 'pak turut' DAP selamat KUALA LUMPUR 13 Jun - Hanya pemimpin yang kaki mengampu dan 'pak turut' kepada DAP sahaja akan selamat dalam Pas kerana golongan 'Anwarinas' tidak teragak-agak untuk menyingkirkan mereka yang berani berkata tidak. Buktinya, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali yang berani menyanggah tindak-tanduk pemimpin DAP dalam isu penjualan arak di kedai serbaneka 24 jam di Shah Alam, dipecat daripada jawatan Pesuruhjaya Pas Selangor. Ketua Penerangan UMNO Selangor, Abdul Shukor Idrus berkata, turut menerima nasib sama ialah bekas Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Harun Taib yang lantang mempertahan kepimpinan ulama-sesuatu yang tidak disenangi oleh DAP dan Anwar. "Nampaknya setelah Pas dicengkam golongan 'Anwarinas', parti itu sudah tidak ada pilihan selain akur dengan percaturan DAP. Pas kini akur kepada kehendak DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila menyingkir Hasan dan Harun. "Penyingkiran dua pemimpin lantang ini juga membuktikan bahawa DAP dan PKR secara tersusun telah berjaya menendang golongan ulama daripada parti itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Di Selangor, Hasan merupakan satu-satunya Exco yang berani mempertahan pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri walaupun ia tidak disenangi pemimpin pembangkang lain. Harun pula sentiasa konsisten mempertahankan kepimpinan ulama dan pada muktamar parti berkenaan baru-baru ini, Ketua Dewan Ulama Pas itu memberi ingatan kepada pucuk pimpinan parti agar tidak tunduk kepada DAP dan PKR. Sharpshooter - Hingga ke hari ini rupanya umporno masih meroyan dan meraban dengan kemenangan Mat Sabu. Umporno sendiri tidak berani buat pemilihan dalam parti hingga terpaksa tunda tetapi mengapa sibuk pula dengan pemilihan PAS. umporno sebenarnya sedang bergelut dengan masalah dalaman parti yang besar, najimah dan hishamudin auww cuba ditendang keluar oleh regu mat sembab dan zahud hamidi dengan menggunakan modus operandi yang sama seperti najimah menendang pak lelah. Mat sembab mahukan pru13 dibuat awal tahun ini tetapi najimah tak setuju, untuk apa nak buat pilihanraya awal sedangkan tempoh berkuasa hingga 2013. Tetapi dalam masa yang sama najimah juga raplah dengan kes komesyen RM500 juta kapal selam yang sedang dibicara di mahkamah Perancis. Kes kapal selam kemuncaknya adalah kematian misteri ngeri Altantuya yang dibunuh dengan begitu kejam di Malaysia. Umporno memang masih terkejut berok dengan kemenangan Mat Sabu. Mat Sabu pula selepas kemenangannya umum akan pastikan 300 ribu ahli PAS akan turun jalanraya dalam perhimpunan BERSIH 2 pada 9 Julai maka bertambah terkejut berok makyeh umporno. Pekasa pekasam.. kita semua dah tahu memang jadi pencacai angkat najis najimah... Sebab itu kebal cuba bayangkan jika NGO JIM berkata.. kita akan lancarkan Perang Salib..dah tentu masuk ISA.. Inilah petanda umporno semakin nazak..ayuh kita turun BERSIH 2 pada 9 Julai dan pastikan kita kuburkan umporno pada pru13. |
Ugutan rogol terhadap Ketua Srikandi Keadilan Posted: 13 Jun 2011 06:22 AM PDT Siti Aishah Ketua Srikandi Keadilan Malaysia telah menerima ugutan rogol dari Kelab Anti PKR. Ugutannya berbunyi "kepada perogol2 yg tengah sangap sekarang..sila rogol geng2 srikandi PKR....jgn isau k..(AMARAN!!!!!jikalau anda nak rogol..pastikan anda seorang shja buat kerja....sbb apa??????kalau anda kna tangkap anda akan terlepas hukuman...sbb xda 4orang saksi..kalau anda nak RAKAm pun xpa..2xleh jd saksi...don WORY k....rogol ja.....xda mslah..jnj buat seorang dq..kalu kna tangkap..korang kna da 4saksi...kalu da video pun...xda guna....((KATA HADIAQ AWANG BAWANG kes anuar xsah..sbb xda 4orang saksi...))PULOK DAH>>>PR????PARTI ROSAK" dari FB bernama Rango Crew. Inilah hasil kejayaan besar umporno dan Utusex yang sensasikan cerita lucah sebagai bahan politik jijik umporno atas nasihat apco. RM77 juta wang rakyat yang dilaburkan kepada yahudi apco ternyata berbaloi dan telah nampak hasilnya. Srikandi kini telah berjaya mengatasi puteri umno yg kini kian lesu hingga pengasas ketua puteri umno azalina pernah menyindir agar puteri umno tutup kedai saja kerana beliau kesal puteri umno tidak seperti zaman kegemilangannya. Kini Srikandi Keadilan lebih terserlah dengan keberanian Ketua Srikandi Siti Aishah begitu lantang menegur dan mengkritik kerajaan dalam berbagai isu. Suara puteri umno tenggelam dengan kehebatan Srikandi Keadilan. Apa nak jadi dengan politik negara dibawah pimpinan umporno atas nasihat apco..Selepas Anwar diserang bertubii-tubi, Azizah dan Nurul Izzah dan cucu Anwar diugut dengan sms, laporan polis telah dibuat tapi apakan daya polis apco.. Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone |
JKKK Kebun Sireh terima watikah dari YB Ong Chin Wen Posted: 13 Jun 2011 03:33 AM PDT |
You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan