Sabtu, 11 Jun 2011

SharpShooter

SharpShooter


Hubungan P. Pinang dengan Arab Saudi bertambah erat

Posted: 10 Jun 2011 05:57 AM PDT

Sebaik menerajui Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada tahun 2008, kerajaan negeri telah mengorak langkah menjalin kerjasama dengan semua pihak, dalam dan luar negara demi kepentingan rakyat negeri ini.

Di peringkat antarabangsa antara yang menjadi tumpuan adalah negara-negara Islam di Timur Tengah.

Republik Islam Arab Saudi antara salah sebuah negara yang menjadi pilihan kerajaan negeri.

" Saya telah memulakan lawatan ke negara berkenaan pada September 2008.

Kemudian pada 4 Jun hingga 8 Jun 2009, saya melakukan
lawatan susulan, bertujuan mempromosikan Pulau Pinang ke persada dunia sebagai sebuah Negeri Industri terutama sekali sebagai Hab Halal Antarabangsa."

Demikian jelas Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang Abdul Malik Kassim pada sidang media 3 Jun lalu, sempena kunjungan Timbalan Duta Besar Arab Saudi YBG, Tuan Bader Al-Moqhim pada Majlis Pelancaran Bulan-bulan Al-Quran peringkat Negeri Pulau Pinang.

Menurut Abdul Malik, pada lawatan itu, beliau telah mengadakan beberapa perbincangan dengan beberapa buah syarikat dan organisasi yang telah menunjukkan minat semasa MIHAS 2009 dan World Halal Forum 2009 dan yang telah menandatangani MOU dengan Halal Penang.

"Beberapa kejayaan penting telah dicatat dalam lawatan tersebut di antaranya ialah kesefahaman dengan Syarikat Al-Mataf Global yang menandatangani MOU berkaitan kepakaran pengurusan hotel. Ini termasuk dengan perjanjian MOU dengan Al-Jawhara Groupe Of Hotel ( UAE) untuk membangunkan industri hospitaliti berasaskan syariah," jelasnya yang juga Pengerusi Halal Penang.

Kerajaan negeri tambah Abdul Malik sentiasa menjalinkan hubungan erat, dengan negara-negara berkenaan, termasuk mengadakan pertemuan dengan Duta Malaysia ke Arab Saudi.

Ini bertujuan mempromosi Pulau Pinang sebagai destinasi penting bagi industri dan pelancongan.

Sementara dalam bidang pendidikan, Abdul Malik telah mengadakan perbincangan bersama wakil dari Universiti Islam Al-Imam Muhamaad Ibn Saud Islamic.

Institusi pendidikan ini merupakan pusat pengajian tersohor di Tanah Arab di mana ikhtisas pengajian adalah menjurus kepada bidang perundangan syariah.

"Kerajaan Negeri telah menjemput pihak Universiti untuk melakukan kunjung hormat ke Pulau Pinang pada 25 Julai 2010 hingga 1 Ogos 2010 bagi mengadakan perbincangan lanjut untuk memulakan kerjasama dalam bidang pendidikan," jelasnya.

Kerjasama itu terus dijalin melalui kedutaan besarnya di Kuala Lumpur. Pada tahun 2010 Kerajaan Pulau Pinang telah memohon sumbangan Al-Quran daripada kerajaan Arab Saudi.

Pada 2 Jun 2011, sempena majlis pelancaran Program Bulan-bulan Al-Quran Oleh TYT Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang, kerajaan Arab Saudi telah menyumbangkan 3000 kitab suci Al-Quran untuk rakyat Pulau Pinang yang disampaikan melalui Timbalan Duta Besar Arab Saudi di Kuala Lumpur.

"Saya dan Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Mansor Othman akan mengadakan kunjung hormat ke atas Duta Besar Arab Saudi di Kuala Lumpur dalam masa terdekat ini. Kerajaan negeri berharap jalinan kerjasama akan menjadi semakin mantap dan utuh demi kepentingan rakyat Pulau Pinang," jelasnya.

 
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Umporno 'nakal' hingga ke Masjid

Posted: 10 Jun 2011 04:19 AM PDT

Pemilihan Jawatankuasa Khariah Masjid Seluruh Pulau Pinang Sesi 2012-2013

Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) buat pertama kali, iaitu selepas perlantikan jawatankuasa MAINPP yang dilantik pada 1 Januari 2010 akan mengadakan pemilihan jawatankuasa 200 kariah masjid

Seluruh Pulau Pinang menggunakan kaedah dan tatacara yang lebih tulus, telus dan terbuka.

Ia akan dikendalikan oleh Pengerusi Jawatankuasa
Pengurusan Masjid dan Hal Ehwal Kariah MAINPP, Yang Berhormat Ustaz Salleh Man yang juga Timbalan Yang Dipertua MAINPP.

Kaedah perlantikan yang diperkenalkan ini, hasil mesyuarat dan perbincangan dengan pelbagai pihak, termasuk
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEIAPP), MAINPP dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam.

Malah sejak 2009 selaku Exco Hal Ehwal Agama, saya sendiri telah mengadakan pelbagai perbincangan dan percambahan fikiran dengan pelbagai pihak bagi merumuskan kaedah pemilihan jawatankuasa kariah yang lebih telus, berbanding dengan tatacara pemilihan yang sedia ada.
 
Hasil muzakarah jawatankuasa berkenaan pada 6 Mac 2011, telah mencadangkan kepada MAINPP tentang tatacara pemilihan tersebut pada April lalu.
 
Pada 20 Mei 2011 Mesyuarat Khas MAINPP telah memutuskan menerima tatacara perlantikan yang disyorkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Hal Ehwal Khariah MAINPP.

Kaedah ini antara lain bertujuan untuk mengembalikan hak anak-anak khariah untuk mencadangkan jawatankuasa khariah masing-masing kepada MAINPP.

Yang lebih penting, pemilihan ini bertujuan memilih pentadbir masjid yang berwibawa tanpa mengambil kira fahaman politik mereka. Mereka yang terpilih perlu memikul tanggungjawab berat, iaitu mengimarahkan masjid demi kepentingan masyarakat Islam khususnya. Dan lebih utama tanggungjawab mereka kepada Allah S.W.T bagi meningkatkan syiar Islam di bumi bertuah ini.

Tatacara pemilihan ini juga merupakan penambahbaikan peraturan yang sedia ada selaras dengan Seksyen 104 (1) (b) Enakmen Negeri Pulau Pinang 2004 dan kaedah 4 (1) Kaedah-kaedah Jawatankuasa Khariah dan Pegawai Masjid ( negeri Pulua Pinang ) pindaan 2003.

Justeru itu, saya juga menolak dakwaan 'nakal' pihak-pihak tertentu kononnya tatacara pelantikan ini bersifat kepentingan politik dan akan memecahbelahkan masyarakat Islam.

Sekiranya kami meletakkan kepentingan politik melebihi kepentingan agama, maka MAINPP akan meneruskan amalan tradisi kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, iaitu melantik Jawatankuasa Masjid tanpa melalui tatacara pemilihan oleh anak-anak khariah.

YB ABDUL MALIK KASSIM
Exco Hal Ehwal Agama P. Pinang
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tiada ulasan: