SharpShooter |
Posted: 03 Jun 2011 07:33 PM PDT Spekulasi akhir menjadi kenyataan bila Mat Sabu memperolehi undi sebanyak 420 undi.. Pengumuman Timb Presiden....Mat Sabu 420, Nasharuddin 224 dan Tn Ibrahim 399... Bang Mat Sabu meraih 420 undi bagi mengalahkan penyandangnya, Nasharudin Mat Isa (224 Undi) dan seorang lagi ulama disegani, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (399 Undi). Pemilihan Mohamad yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Pakatan Rakyat dijangka akan membolehkan parti itu lebih diterima di kalangan pengundi bukan Melayu dan memperbaiki peluang PAS dalam pilihan raya umum. Bagi barisan naib presidennya pula, perwakilan parti itu membuat keputusan untuk mengekalkan dua orang ahli parlimennya di jawatan itu -- Salahuddin Ayub (Kubang Kerian) dan Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena). Salahuddin meraih 753undi manakala Mahfuz pula mendapat 616undi. Bagi melengkapi pasukan pilihan raya ini, para perwakilan turut memilih tokoh profesional, Datuk Husam Musa (660 Undi) ke jawatan naib presiden. Tiga calon lagi kecundang dalam pemilihan sengit untuk jawatan berkenaan -- bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin, exco kerajaan Kelantan Nik Mohamad Amar dan ketua penerangannya, Idris Ahmad. Nizar mendapat 217 Undi manakala Nik Mohamad Amar meraih 321 Undi, diikuti Idris yang menerima 491 Undi. Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone |
Posted: 03 Jun 2011 06:51 PM PDT Keputusan tidak rasmi menunjukkan Mohamad Sabu menang jawatan timbalan presiden PAS, dan jika disahkan, ia akan mengejutkan banyak pihak dalam parti Islam itu dan pemerhati politik negara. Keputusan rasmi akan diumumkan sekitar 10 pagi ini. Proses mengira undi selesai tengah malam tadi. Di peringkat naib presiden, Datuk Paduka Husam Musa kembali memperoleh kedudukan itu, yang dikosongkan dua tahun lalu ketika memutuskan untuk bertanding timbalan presiden. Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar kekalkan kerusi nasib presiden. "Berdasarkan maklumat tak rasmi, Mat Sabu dapat sekitar lebih 450 undi kali ini, mengatasi dua calon lain," menurut sumber Mohamad yang lazimnya dirujuk sebagai "Mat Sabu" bertanding kali kedua berturut-turut jawatan timbalan presiden. Beliau bersaing dengan penyandang Nasharudin Mat Isa dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man — yang dikategorikan sebagai pemimpin daripada kalangan ulama. "Bagaimana kita kena tunggu pengumuman rasmi, sebab kita tidak mahu apa yang berlaku dua tahun lalu, keputusan terbalik ketika pengumuman rasmi dibuat," katanya. Kali ini PAS mengadakan proses kira undi dengan menyediakan ejen calon. Jawatan naib presiden turut disaingi oleh bekas menteri besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Idris Ahmad iaitu Ketua Penerangan PAS dan seorang lagi Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah. Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone |
You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan