Khamis, 30 Jun 2011

shalehudin

shalehudin


Sampai silau mata Kit Siang

Posted: 30 Jun 2011 06:13 AM PDT

Pakatan Rakyat lawmakers don various yellow dress items in a show of solidarity with Bersih 2.0, in the lobby of Parliament, June 30, 2011. — Picture by Shannon Teoh

Wajib baca bab 50 dalil nih... kahkahkah...

Posted: 30 Jun 2011 05:00 AM PDT

Inilah 50 Dalil UMNO , PERKASA dengan bantuan POLIS sokong KOTOR tolak BERSIH

Ini senarai 50 dalil kenapa rakyat perlu kena sokong KOTOR dan jangan sokong BERSIH . Polis pun bersekongkol dengan benda KOTOR ini, Pemuda UMPORNO apatah lagi, PERKASAM lagi kuat, MUFTI MELAYU HARUSSANI takut keluar fatwa benda KOTOR ni, MAHAGURU pun ada saham juga untuk persilatan KOTOR ini.

50 Dalils (reasons) why we MUST vote for BN KOTOR :

1. PKFZ (Port Klang Free Zone) Scandal - more than RM12.5 billion incurred and counting
2. Useless & problematic Scorpene submarines - costing approximately RM7.6 billion
3. Commission for the undiveable Scorpene submarine - RM500 million halal comission, read MEGA CORRUPTION
4. Loss of Bumiputera equity - RM52 billion
5. Limbang offshore blocks L and M given to Brunei - worth RM320 billion
6. Bank Negara Forex loss - RM6 billion
7. Perwaja Steel Scandal - RM15 billion
8. 60,000 Approved Permits given to UMNO-linked cronies - worth RM2.4 billion every year
9. BMF Scandal (Carrian group) - RM4 billion..BMF manager was murdered
10. Double-tracking railway project from Ipoh to southern Thailand - RM12.5billion
11. Purchase of 6 EMU locomotives - irregularity at a cost of RM500 million
12. Maminco affair....cornering tin market/speculation cost us RM 2.5 Billions
13. Maltrade II land grab by Naza, costing taxpayers some RM 2.2 Billion
14. RM 6.75 billion to PSC Bhd for locally made naval vessels which were never delivered .
15. MAS shares - Tajuddin Affairs: Govt bought at $8 ringgit when market price was $3.5 ringgit. RM8 Billions taxpayers money lost
16. Halal Hub - RM 2 billion spent, nothing done, only RM 200 million left.
17. Armoured carriers -RM 8 billion .By industry standards, a good armoured car will only cost half a million. Mindef will spend RM 30 million each
18. RM 810 Million palace balloning to some RM 1.2 Billion, Selangor Hospital overrun by RM 100's of millions
19. School classrooms and computer labs - RM10 billion, direct nego. How much did the Government actually get?
21. Khir Toyo's Balinese palace - RM24 million
22. Menara Warisan or mega-tower - RM5 billion
23. Bail-out of GLCs and BN's crony-corporations - too massive and too many
24. Anwar's black-eye incident (beaten up by police while in prison)
25. Churning out acronyms, i.e. 1Malaysia,NEM, GTP, ETP, EPP, NKRA, NKEA, and TEM (Terrible Economic Management)
26. Prime Minister Najib Razak's aide Nasir Safar's statement: "Chinese came here to sell their bodies and Indians came to beg"
27. BiroTata Negara deputy director Hamim Husin's statement: Chinese are "si mata sepet" and Indians "si botol"
28. Missing jet engines.What a joke, Ain't you ashamed to be a Malaysian? .
29. Perak illegal and undemocratic power-grab in February 2009: Remember Perak, remember the Injustice!
30. Lingam-gate Scandal: Correct, correct, correct or Korek, korek, korek
31. Sodomy I and Sodomy II trials , Datuk T trio and the sex video
32. Stamping of Bibles: ' Bible smelly' said Hishammuddin and 'Christian-state' false news from Utusan and Umno bloggers
33. Perkasa, Pembela: Increasingly anarchist stance due to the lack of punishment by the authorities
34. Cow-head protests, vandalism at churches and mosques
35. 1 Malaysia email granted to 'broke' firm Tricubes Bhd (GN3 company).
36. Brand new Stadium roof collapse in Terengganu
37. Flip-flop of key education policy in the teaching of Maths and Science in English
38. Ibrahim Ali is Adolf Hitler alter-ego & mouthpiece of BN 1Malaysia
39. Water Rally (to demand that the government returns water rights to the rakyat)
40. Eye-on-Malaysia Ferris Wheel (white elephant in Melaka)
41. Bukit Merah-Papan rare earth tragedy in Perak (MItsubishi) and now Gebeng in Pahang (Lynas) & WTF 2 Nuclear plants !!!
42. Bakun Dam (destruction of environment, displaced peoples)
43. Female nude-squats - November 2005 and June 2011
44. Abuse of the New Economic Policy/Dasar Ekonomi Baru
45. Buying of votes in 10th Sarawak State Elections in April 2011. I help you, you help me ?
46. Wasted money spent on 1Million Youths Gathering - more than RM25 million - May 2011
47. Hike in Electricity Tariffs on June 1, 2011 and more upcoming hikes in sugar, diesel and petrol
48. Asian Petroleum Hub in Johor - RM1.4billion, now in receivership
49. Various Malaysian corridors started by Tun Abdullah Ahmad Badawi now empty, unutilised and vacant
50. Altantuya,while walking in KL picked up a stone which turned out to be C4 Xploding herself! ; Teoh Beng Hock, room too hot, opened window and accidentally fell out!; Kugan Ananthan (only 22, but the cops beat him until his kidneys failed), Aminul Rasyid (15-years old, but shot multiple times by cops), Ahmad Sarjani ( MACC victim).

Baju kuning hukumnya HARAM... kahkahkah...

Posted: 30 Jun 2011 03:00 AM PDT

Pakatan cabar Hisham buktikan Bersih 2.0 haram
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 29 Jun: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mencabar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjelaskan secara terperinci mengenai dakwaannya bahawa Bersih 2.0 adalah haram.

Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) berkata, dakwaan itu adalah tidak berasas sama sekali kerana Bersih 2.0 dianggotai oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik yang berdaftar secara sah.

"Saya cabar menteri membuat penjelasan mengenai kedudukan Bersih itu sendiri. Tolong nyatakan apa kesalahan Bersih (2.0) sehingga mengatakan ia pertubuhan haram sedangkan pertubuhan-pertubuhan yang menyertai Bersih ialah parti (politik) dan NGO yang berdaftar dengan pertubuhan dan tak ada kumpulan yang tak berdaftar," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Mahfuz turut menyanggah dakwaan Hishammuddin bahawa perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai ini adalah haram sedangkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengiktiraf perhimpunan aman sebagai tindakan yang sah di sisi undang-undang.

Tambahnya, Pemuda Umno dan Perkasa yang juga akan melakukan perhimpunan malah mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan kekacauan tidak pula diambil tindakan.

"Pemuda Umno, Perkasa dan pertubuhan silat lincah, mereka pertubuhan berdaftar tapi akan berhimpun dan sudah buat kenyataan yang boleh mencetuskan peperangan.

"Kenapa mereka boleh memakai baju yang melambangkan pertubuhan mereka contohnya pemuda Umno pakai baju Patriot warna merah . Kenapa baju kuning Bersih tak boleh?" katanya yang juga naib presiden PAS.

Beliau turut meminta kerajaan berfikiran positif dengan membenarkan erhimpunan ini berjalan secara aman seperti yang dirancang pihak penganjur.

"Saya minta kerajaan berfikiran positif, membenarkan himpunan ini. kalau dia membenarkan himpunan ini boleh meredakan kemarahan rakyat tapi sekarang kerana kepentinagn politik Umno BN menambahkan lagi kebencian rakyat terhadap BN.

"Najib kata sekarang kebangkitan rakyat menyokong BN. Kalau dah rakyat sokong kenapa takut dnegan Bersih? Mesti Bersih tak dapat sokongan jadi tak perlulah halang," katanya.

Kutuk tekanan terhadap Bersih 2.0

Sementara itu, Tian Chua (PKR-Batu) mengutuk tindakan terdesak kerajaan yang mengenakan tekanan ke atas pihak yang menyokong Bersih 2.0.

Beliau merujuk tindakan terbaru polis menyerbu dan menggeledah pejabat Sekretariat Bersih 2.0 di Seksyen 4, Petaling Jaya hari ini.

Anggota polis didakwa tidak membawa sebarang waran dan kemudiannya terus menyelongkar fail dan menggeledah pejabat itu.

"Pakatan Rakyat mengutuk keras tindakan ini. Kenapa bertindak keras terhadap NGO yang menjalankan tugas mereka sebagai warga Malaysia dalam lunas undang-undang?" katanya yang juga naib presiden PKR.

Dalam pada itu, beliau merayu pemuda Umno dan Perkasa memberikan komitmen untuk memastikan perhimpunan 9 Julai ini bebas daripada sebarang pertembungan.

"Saya mengulangi rayuan saya supaya Pemuda Umno dan Perkasa bersama-sama memberi komitmen untuk menunjukkan perhimpunan ini aman, katanya.

Datuk Kamaruddin Jaafar (PAS-Tumpat) pula mahu Kerajaan Pusat mengambil contoh kerajaan Kelantan di bawah pemerintahan PAS yang sentiasa konsisten membenarkan sebarang perhimpunan diadakan oleh Umno BN yang merupakan pembangkang di negeri itu.

"Di Kelantan banyak perarakan dilakukan kononnya tak puas hati isu air dan sebagainya.

"Tapi menteri besar terima dan hantar wakil untuk terima memorandum.Kita konsisiten membenarkan sebarang perarakan," katanya.

Kecuali dihalang atau dihilang

Posted: 30 Jun 2011 02:00 AM PDT

Pak Samad sertai Bersih 2.0 kecuali dihalang atau dihilang
Ismail Hashim

SHAH ALAM, 29 Jun: Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said (gambar) menegaskan beliau tetap sertai Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai depan kecuali dihalang atau 'dihilangkan'.

Ketika menjawab soalan wartawan dalam satu sidang media petang tadi, tokoh seniman pejuang ini bertegas dengan pendirian teguhnya.

Pada 27 Jun lalu, Pak Samad telah dipanggil ke Balai Polis Dang Wangi untuk diambil keterangan tentang sajaknya bertajuk Unggun Bersih.

Sajak yang menyokong Bersih itu dibacakan dalam majlis Pelancaran Bersih pada 19 Jun lalu di ibu kota, itu pun hanya dibaca dalam dua para sahaja.

Sidang media itu disertai juga Presiden Seniman Paksi Rakyat (Paksi), Dinsman; Setiausaha Paksi, Hasni Abas dan Setiausaha Budayawan Bertindak, Kassim Muhammad.

Sebelum itu, Pak Samad mengulas sebuah novel baru nukilan Razali Endun bertajuk Cinta AF yang menyindirkan situasi sebuah rancangan realiti sebuah rangkaian televisyen.

Dinsman dalam kenyataan sama kesal dan sedih kerana tindakan polis memanggil Pak Samad ke balai polis untuk disiasat kehadirannya di majlis pelancaran Bersih itu sebagai kurang wajar.

Bagi Paksi, karya seorang seniman besar sangat dihargai dan dihormati di negara ini malah di peringkat antarabangsa.

"Betapa murni niat dan geraktindak seorang seniman yang luas berpengalaman ini, untuk berbakti kepada negara, bangsa dan tanahairnya.

"Paksi tidak faham mengapa pihak polis perlu menimbulkan rasa curiga terhadap manusia sebaik Pak Samad ini.

"Jika insan berhati luhur seperti Pak Samad bersuara dan memberikan teguran ikhlas, sama-sama kita mendengarnya dan jangan takut pada bayang-bayang," tegasnya.

Terima kasih pada kepala masam Umno... kahkahkah...

Posted: 30 Jun 2011 01:00 AM PDT

UMNO perlu ingat- Lagi menekan lagi rakyat jauhinya
Oleh Aspan Alias

Nampaknya tekanan terhadap Bersih bertambah hebat. Usaha untuk menggagalkan perhimpunan itu dengan paksaan awal dan tindakan pre-emptive dengan tangkapan terhadap mereka yang memakai baju T Bersih. Pada hari ini kedengaran Ketua Polis Negara juga berkata bukan saja setakat baju T tetapi kasut dengan bus juga tidak boleh melambangkan perjuangan untuk menuntut demokrasi secara adil dan saksama.

Omar Din seorang guru silat tersohor negara juga memberikan amaran jika Bersih teruskan juga rally itu jangan salahkan beliau jika anak-anak silat beliau akan bertindak kasar terhadap rakyat yang memperjuangkan keadilan. Sebelum ini Perkasa telah menggertak akan mengadakan rally itu jika bersih tidak membatalkannya.

Pemimpin-pemimpin UMNO juga dilihat sebagai tidak bermaya dan terpaksa menggunakan Ibrahim Ali dan Perkasa untuk bercakap bagi pihak UMNO. Sekarang Omar Din pula menjadi jurucakap UMNO. UMNO sendiri kehilangan hidayah dalam menghadapi rancangan perhimpunan yang akan dianjurkan oleh Bersih.

Banyak pihak yang tidak tahu untuk bercakap, telah dengan lancang bercakap dan tidak seorang yang mengeluarkan kata-kata yang boleh menyejukan keadaan tetapi keadaan itu diambil kesempatan oleh pihak tertentu untuk kehadapan mengambil kesempatan untuk menangguk di air yang keruh.

Masing-masing bercakap dengan garang dan 'heroic' untuk menunjuk maco dengan harapan dianggap sebagai manusia yang mempunyai 'consequence' yang hebat. Bermacam-macam cara untuk menempelkan diri kepada ramai yang mereka sayangkan negara sambil menonjolkan diri masing-masing dan mengharapkan dapat perhatian pihak yang tinggi.

Dalam kumpulan pemimpin yang banyak kelemahan, mereka selalunya amat bergembira dengan keadaan kucar kacir kerana dalam keadaan aman pemimpin-pemimpin pengecut ini selalu tidak akan timbul dan mendapat perhatian ramai. Itulah sebabnya terdapat mereka yang sudah berusia seperti saya masih lagi menjadi aktivis untuk meletakan diri dan wajah mereka berada di dada-dada akhbar khususnya di dalam media perdana.

Cara ini memangnya satu cara yang lazim dilakukan semasa dahulu dan rakyat akan terpengaruh dengan cara ini. Tetapi sekarang rakyat yang sudah terbuka pandangannya dengan pengaruh dunia moden ini mereka dengan mudah memahami maksud dan tujuan mereka berkelakuan begini. Rakyat sudah pandai membaca dan membelek 'air di dalam tunggak'; tahu yang mana satu yang jujur dan yang mana yang hanya berpolitiking dengan keadaan yang ada untuk menaiki tangga sosial melalui politik tadi.

Kita terlalu defensif seperti kita ini dari pihak pembangkang. Oleh kerana kita suka mengambil sifat seperti pembangkang saya merasakan yang rakyat akan meletakan mereka di tempat yang secucok dengan mereka, iaitu untuk duduk di kerusi pembangkang di dalam dewan-dewan lagisltaif negara.

Maka rakyat dari sekarang sudah mempunyai persepsi yang UMNO dan BN sudah selayaknya untuk menyesuaikan dengan sikap defensive mereka itu dengan duduk di pihak pembangkang. Cara dan sikap mereka pun akhir-akhir ini memang seperti parti yang hendak jadi pembangkang. Bagaimana rakyat hendak memberikan tempat sebagai pihak yang berkuasa jika sikap dan cara kita layaknya untuk menjadi pembangkang?

Jika UMNO masih berselera untuk menjadi pihak yang memerintah, maka pemimpin-pemimpin parti ini wajar kembali kepada sifat dan kualiti sebagai pemerintah dan bersifat 'magnanimous' yang tinggi….ada 'class' kata anak-anak muda sekarang.

Orang tua-tua dahulu selalu berkata, seorang berdarah raja jika dia menjadi tukang sapu sampah pun dia tetap raja. Tetapi kalau orang itu sengkek (toman kata orang NS) jika kita letakan mahkota di kepala mereka pun, ia tetap sengkek. Itulah sebabnya jika hendak menempah songkok, tempahlah dari tukang songkok. Jangan tempah dari pembuat kasut. Nanti songkok akan rupa kasut pula. Itulah yang berlaku sekarang. Yang tidak layak menjadi pemimpin di angkat menjadi pemimpin. Yang layak menjadi pemimpin sentiasa diketepikan.

Begitulah pentingnya 'disposition diri' bagi mereka yang bercita-cita hendak jadi pemimpin. Jika tidak mampu untuk berbuat demikian elok duduk dengan saya di kedai kopi mamak sahaja. Sesudah makan tosai, kita pesan pula roti canai. Kita duduk di mana selayaknya kita.

Kepimpinan negara akan dilihat sebagai kepimpinan yang tempang jika orang yang memimpin itu bukannya yang selayaknya duduk di atas kerana ianya akan memudharatkan sistem kerajaan yang ada di bawahnya. Mereka yang jenis ini akan merasakan yang sistem yang 'rigid' untuk kebaikan negara itu membebankan mereka. Sistem yang baik akan menghalang dari mereka menunjukan kuasa.

Kita harus mengambil isu kelayakan ini sebagai perkara besar di dalam kepimpinan negara. Jika kita hanya mereka yang sepatutnya berada di sana maka tidak timbul masalah 'attitude' dalam kepimpinan. Jika kita pilih pemimpin yang baik tidak timbul ada permainan ilmu hitam misalnya kerana mereka yang mempraktikan ilmu hitam ini adalah orang yang paling rendah darjatnya kerana sanggup menduakan Tuhan yang maha Esa.

Tidak akan timbul juga tindakan menunjuk-nunjuk dengan 'door gift' yang mahal seperti jam yang 'diamond studded' kepada jemputan yang menghadiri majlis pertunangan atau perkahwinan anak kita. Kekayaan kita tidak perlu ditunjuk-tunjuk kerana ianya akan membeza nilai keperibadian seseorang itu. Jika pemimpin yang duduk dalam 'public office' yang tinggi orang ramai akan bertanya. 'dimanalah mereka ini dapat kekayaan hingga berkemampuan untuk memberi hadiah yang bermillion harganya ini?'

Itulah sebabnya kita melihat rakyat begitu ramai memberikan sokongan moral terhadap NGO Bersih ini…bukannya kerana mereka menyokong Bersih tetapi mereka terlalu mual dengan apa yang dilihat mereka di dalam kepimpinan negara kita.

Rakyat sayangkan negara mereka kerana ini sahajalah negara tempat mereka berteduh. Itu sebabnya rakyat akan melakukan apa sahaja untuk mempastikan negaranya ditadbir oleh mereka yang selayaknya diyakini.

Kita boleh salahkan sesiapa, tetapi jangan sekali-kali menyalahkan rakyat.

http://aspanaliasnet.blogspot.com

Puisi indah tapi orang besaq besaq dah gelabah

Posted: 29 Jun 2011 11:00 PM PDT

Peristiwa SN A Samad Said dipanggil pihak polis
by paktam
Bismillaahir rahmaanir rahiim
Dengan nama Allah yang maha pemurah, maha penyayang, maha berkuasa.

Seniman Paksi Rakyat di samping menyatakan kesyukuran dan berbangga kerana puisi sebagai suatu karya seni yang indah tiba-tiba mendapat perhatian umum khasnya apabila pihak polis pada 27 Jun lalu mengambil tindakan memanggil seorang Sasterawan Negara ke balai polis untuk disiasat kehadirannya membaca puisi di suatu majlis pelancaran Bersih 2.0 pada 19 Jun itu, kami juga berasa kesal dan sedih kerana berpendapat tindakan pihak polis itu agak kurang wajar

Cuba kita baca dan lihat sekali lagi puisi yang dianggap sebagai boleh menghasut rakyat ke arah yang mengganggu keselamatan negara itu:

Semakin lara kita didera bara –
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.
Lama resah kita – demokrasi luka;
lama duka kita – demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!
Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak perlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.
Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.

Ia sebuah puisi, karya seorang seniman besar yang sangat dihargai dan dihormati di negara ini, malah juga di peringkat antarabangsa. Dia diangkat sendiri oleh Yang Dipertuan Agong kita untuk anugerah Sasterawan Negara itu. Sebagai sasterawan, seniman, budayawan dan intelektual yang bertanggungjawab, dia sentiasa bersama rakyat bagi merakamkan gerak nadi dan jerit batin rakyat dan menyatakan sikap dan pandangan warasnya apabila difikirkannya perlu, dengan niat untuk menyumbang ke arah kesejahteraan, di samping untuk sama-sama menegakkan yang hak dan adil dalam masyarakat.

Betapa murninya niat dan geraktindak seorang seniman yang luas pengalaman ini, untuk berbakti kepada negara, bangsa dan agamanya. Kita tidak faham mengapa pihak polis perlu menimbulkan rasa curiga terhadap manusia baik yang sebaik A Samad Said ini, penyair yang menekuni kehidupan mulia Rasulullah (saw) dan menghasilkan sebuah puisi panjang-tebal mengenai insan agung itu – Al-Amin.

Maka PAKSI berharap kepada pihak yang berkuasa agar tidaklah menggunakan kuasa yang ada secara sewenang-wenangnya dalam apa pun keadaan, supaya masyarakat kita tidak ditambahkan lagi kekeliruan yang sedia ada, agar yang benar masih tetap benar dan yang salah masih tetap salah, tidak dicampurgaul hingga tidak lagi dapat dibezakan, atau bahkan diubah sesuka hati demi mempertahankan kuasa suatu pihak tertentu.

Sasterawan dan seniman besar yang amanah dan bertanggungjawab setaraf Datuk A Samad Said itu, yang jelas menjadi ikon rakyat kerana kejujuran kata-katanya, biarlah dia terus menikmati kebebasannya berkarya, agar dapat dia menyumbangkan sesuatu yang sangat berharga, yang menjadi idaman semua bangsa di dunia ini. Apakah kita tidak mempunyai idaman yang murni itu?

Apabila insan luhur seperti A Samad Said bersuara dan memberi teguran ikhlasnya, marilah sama-sama kita mendengarnya. Usahlah kita menjadi takut kepada bayang-bayang sendiri.

Dinsman dan rakan-rakan
SENIMAN PAKSI RAKYAT
Kuala Lumpur, 28 Jun 2011

Buta hati, buta tuli...

Posted: 29 Jun 2011 09:00 PM PDT

Hanya orang sasau ja yang seronok suka tengok pemimpin depa buat pembaziran... hanya orang yang hilang akai saja yang sanggup biaq pemimpin yang depa lantik buat harta rakyat macam harta mak bapak depa punya....

Kalau dok tengok balik la, sikap boros dan membazir yang pemimpin Umno ni buat... aku pun tak tahu dah pengundi yang jenih mana lagi agaknya yang akan sokong dan undi Umno / BN pada PRU ke 13 nanti. Tengok ke gaya depa perintah negara dah macam kera dapat bunga... tak sesuai langsung dengan slogan perasan dan syok sendiri 1Malaysia tuh... kahkahkah...

Kerajaan yang rakus, boros dan membazir dengan menyalahgunakan wang rakyat sepatutnya akan tumbang pada pilihan raya umum kali ini. Ni semua hanya akan terhasil bilamana rakyat celik mata dengan pembaziran yang tersenarai dibawah....

Bayangkan, RM48 juta telah dibelanjakan antara tahun 2006 hingga 2010 bagi penyelenggaran kediaman kedua-dua pemimpin tertinggi negara itu. Dari jumlah tu hampir RM33 juta dibelanjakan untuk menyewa kediaman lain semasa tempoh itu yang depa bayaq kat Perbadanan Putrajaya dan RM3.5 juta lagi dibelanjakan untuk kerja baik pulih, RM10.2 juta bagi bil elektrik dan RM1.9 juta untuk bil air.

Bukan saja nak reka reka atau Anwar yang cipta cari laba... Tapi perkara ni dah terkandung dalam jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz yang menjelaskan kerajaan membelanjakan RM48,789,115.03 setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi kedua-dua pemimpin negara itu. Takat rumah rasmi pun ketaq dagu kita baca, ni tokok lagi ngan lawatan rasmi Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dari 2008 hingga 2011 pula berjumlah RM17,118,650.58.

Tu pun jangan, ada lagi rakyat yang 'buta hati' dok sokong membuta tuli... kahkahkah...

Tembelang Najib pecah, ada Rosmah kisah... kahkahkah...

Posted: 29 Jun 2011 08:00 PM PDT

Bersih 2.0: Tembelang Najib Pecah
Oleh Wira Arjuna

KOMENTAR 29 JUN : "Saya menekankan supaya rakyat didahulukan kerana dalam sistem demokrasi berparlimen, suara rakyat adalah suara keramat," Itu intipati ucapan Perdana Menteri Najib Razak beberapa bulan selepas dinobatkan sebagai Perdana Menteri pada tahun 2009.

Dalam sekelip mata di bawah teraju beliau, Malaysia kembali ke era negara polis yang mewarnai pemerintahan Tun Mahathir Mohamad. Hanya kerana berlainan pendapat dengan pemerintah, maka suara 63 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) cuba dibisukan, manakala ruang bersuara untuk parti pembangkang disempitkan lagi.

Rakyat yang memakai T-shirt membawa logo Bersih ditangkap, malah bendera Malaysia yang dibawa mereka untuk diedarkan kepada orang ramai juga dirampas.

Ratusan ribu rakyat yang mahu turun menzahirkan keperluan untuk sistem pilihanraya diperbaiki supaya lebih adil dan telus, akan menghadapi serangan polis bersenjatakan belantan dan pancutan air berkimia pada 9 Julai.

Segala aktiviti penganjur Bersih dan pemimpin- pemimpin politik yang menyokong gerakan itu diibaratkan oleh polis dan media arus perdana sebagai memudaratkan keselamatan negara.

Malah Bersih, menurut Umno-Barisan Nasional, akan memberi kesan teruk kepada ekonomi Malaysia jika tidak dibendung.

Polis di seluruh negara digerakkan untuk menahan sesiapa sahaja yang memakai Baju T dengan logo Bersih dan merampas apa sahaja yang mengandungi logo itu.

Akhirnya tembelang Perdana Menteri Najib Razak "pecah".

Janji-janji untuk mengamalkan keterbukaan dan menjadikan rakyat sebagai paksi kepada segala tindakan beliau hanya kenyataan politik yang kosong.

Sebaliknya beliau menunjukkan kecederungan menggunakan insitusi polis untuk meluntur malah memadamkan sebarang bantahan rakyat secara terbuka. Dasar ini kerap dilakukan di zaman Mahathir dan kini berulang di era Najib.

Justeru polis mula bertindak keras untuk membatalkan Bersih 2.0.

Tidak ada negara yang mendokong demokrasi mempunyai pasukan polis yang menangkap orang hanya kerana pakaian mereka tidak seiring dengan pemikiran kerajaan.

Apakah undang-undang rimba berdaulat kembali apabila polis boleh menyerbu dan menyita sekatariat Bersih tanpa waran semata-mata untuk merampas baju T dan risalah Bersih?

Di sebalik semua tindakan polis terhadap penganjur dan penyokong Bersih, apakah salah dengan tuntutan perhimpunan itu?

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) sendiri tidak mempunyai sebarang bantahan terhadap perhimpunan aman Bersih, namun dukacita kerana pendapat badan ini tidak mendapat perhatian kerajaan.

Ini kerana tuntutan asas Bersih adalah supaya sistem pilihanraya diperbaiki khususnya ketelusan undi pos di samping pembersihan daftar pengundi.

Sebuah pilihanraya yang adil dan telus akan memberi kelebihan kepada mana-mana parti yang menang pada PRU akan datang untuk mendabik dada kerana meraih kejayaan yang "bersih" dan tidak mencurigakan.

Tidak ada sesiapa boleh menafikan bahawa pada setiap pilihanraya, BN akan bermula dengan kelebihan yang begitu besar berasaskan kawalan penuh terhadap media arus perdana negara ini dan sumber kewangan negara serta kemudahan awam.

Contohnya Utusan Malaysia, TV3, NTV7, TV9, New Straits Times dan Berita Harian dikawal oleh Umno manakala The Star dikuasai MCA.

Ini tidak termasuk RTM dan Bernama yang diletak terus di bawah Kementerian Penerangan, Komunikkasi dan Kebudayaan.

Kelebihan ini umumnya diterima oleh Pembangkang dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) sebagai realiti politik negara, contohnya tidak mungkin Umno menyerahkan haknya untuk menentukan siapa Ketua Pengarang Utusan Malaysia mahupun Berita Harian.

Justeru tuntutan utama NGO berkenaan menerusi Bersih ialah supaya SPR mengatasi masalah-masalah ketelusan undi pos, penghapusan pengundi hantu dan pembersihan daftar pengundi.

Justeru inisiatif 63 Pertubuhan Bukan Kerajaan ini harus disokong, bukan sahaja oleh Pembangkang tetapi juga oleh BN, yakni Najib sendiri.

Najib ingin mencanang Malaysia sebagai sebuah negara dinamis di bawah dasar-dasar beliau yang pro-aktif dan berpaksi rakyat.

Beliau seorang yang amat berpengetahuan luas, menjelajah di seluruh dunia dan tentunya peka bahawa hak berkumpul secara aman adalah prinsip asas demokrasi.

Jika benar beliau mendokong prinsip itu, kenapa bertindak begitu zalim terhadap penganjur Bersih?

Jika Najib menyokong prinsip asas demokrasi, beliau sepatutnya turun bersama rakyat, tak kira sama ada mereka penyokongnya mahupun pembangkang, demi menzahirkan komitmennya kepada sebuah pilihan raya yang telus dan adil.

Kehadiran beliau bersama rakyat, wakil masyarakat madani dan pemimpin pembangkang pada perhimpunan Bersih sudah tentu menjadi pemangkin untuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan penambahbaikan kepada sistem pemilihan yang sedia ada.

"Kalau kita sebagai pemimpin turun bersama rakyat tanpa protokol, tanpa hamparan permaidani merah, tanpa bunga manggar, tanpa sambutan, duduk dengan rakyat, minum dan ambil kira serta ambil berat masalah rakyat, rakyat akan tetap bersama kita dan rakyat akan tetap memberi kuasa"

Itu ucapan Najib pada satu majlis di Sabah tidak lama dahulu. Jika beliau mendokong kenyataannya itu, sudah tentu Perdana Menteri tidak bermasalah menyokong Bersih.

Sebaliknya Najib memilih untuk merestui tindakan polis menangkap dan memenjarakan mereka yang menuntut pilihanraya bersih dan adil.

Beliau juga menutup sebelah mata dengan provokasi Perkasa dan Pemuda Umno menganjurkan siri demostrasi pada hari yang sama, semata-mata untuk mencetuskan keadaan tegang dan member alasan kepada polis untuk bertindak liar.

Sayang – peluang Malaysia melangkah ke depan untuk menyubur dan mematangkan proses demokrasi negara disambut dengan tindakan pemerintah yang begitu keras dan jauh daripada bersih.

Kata anak jantan, rupanya dah lama pondan... aauuwwww....

Posted: 29 Jun 2011 07:00 PM PDT

Ada teloq jangan boh kat dahi...

Yang kita dah lama dok tengok, puak pembangkang la yang bertarung sebenaq benaqnya secara jantan. Tiap kali pilihanraya, Umno saja yang kita tengok macam betina dayus kudakan segala jentera kerajaan macam harta mak bapak depa yang punya....

Najib tak payah nak cabar Pakatan Rakyat menjadi jantan yang memang telah sedia jantan tapi Umno dan BN lah yang perlu membuktikan depa benar-benar anak jantan dalam pilihanraya akan datang. Masaalahnya, berani ka Umno dan BN ni nak bertukaq menjadi anak jantan...

Talian hayat bangsa Umno hanyalah memperkudakan jentera kerajaan demi survival politik keji mereka. Puak dayus Umno akan perdagangkan maruah agensi dan media mereka demi menyekat rakyat mendapat maklumat tepat tentang isu semasa...

Akhbar pembangkang dikekang, ada yang digantung permit, pelukis kartun pun dipandang serong, dah takut macam disampuk hantu... ceramah dikepong dan diganggu, pakai baju kuning ditangkap... jantan kepala bana hampa...

Tengok la puaih puaih, lepaih ni tak dak dah...

Posted: 29 Jun 2011 06:00 PM PDT

Sorang kakitangan Keretapi Tanah Melayu (KTM), menampal poster pemberitahuan pemindahan Stesen KTM Tanjong Pagar Singapura ditamatkan perkhidmatannya pada malam esok (30 Jun) dan akan berpindah ke Woodlands.

Orang ramai dilihat mengambil kesempatan mengabadikan kenangan disaat akhir pemindahan tersebut. - Foto Effendy Rashid

Biasa la tu, first time kot... kahkahkah...

Posted: 29 Jun 2011 05:00 PM PDT

Jangan ego ngan Tuhan...

Posted: 29 Jun 2011 04:00 PM PDT

Bersyukur atas nikmat dan ujian

AYAT itu diulang sebanyak 31 kali dalam surah Ar-Rahmaan. Kerap membuat siapapun tertegun membacanya. Betapa kita, sebagai makhluk-Nya, terkadang terlalu sombong untuk sekadar mengucapkan 'terima kasih' kepada Yang Maha Pencipta, Allah SWT.

Sudah banyak sekali nikmat yang sudah Dia berikan. Namun, kita malah tidak bersyukur kepada-Nya.

Bukankah Allah SWT telah berfirman: Dan, Dia telah memberikanmu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu hajati. Dan, jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya, manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya, lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya. (Ibrahim: 34)

Sudah banyak sekali nikmat yang Dia berikan. Antaranya adalah nikmat manisnya iman, nikmat menghirup udara segar dan sebagainya.

Allah telah memberi gambaran yang menggembirakan bagi hamba-hamba-Nya yang bersyukur, dan ancaman untuk hamba-hamba-Nya yang kufur, seperti yang termaktub dalam firman-Nya yang bermaksud:Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memberitahu; Sesungguhnya, jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu. Dan, jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azab-Ku sangat pedih. (Ibrahim: 7)

Maka, syukurilah nikmat yang datang pada kita. Jangan kita terlena hingga kita lupa dan mendakwa kejayaan itu adalah hasil jerih payah kita sendiri, tanpa menganggap Allah sebagai Maha Pemberi.

Bila hal yang di atas berhubungan dengan pemberian yang sesuai dengan kehendak kita, bagaimana pula dengan pemberian yang tidak sesuai dengan keinginan kita?

Terkadang kita, sebagai manusia, mengeluh atau tidak mensyukuri pemberian Allah SWT yang tidak sesuai pada kita. Padahal, kita tidak tahu kalau itu sebenarnya baik untuk kita.

Kita hanya terus menyalahkan keputusan-Nya. Jarang kita melihat sisi positif dari pemberian itu. Padahal, Allah selalu memberikan yang terbaik untuk kita.

Oleh demikian, ketika ditimpa suatu musibah, janganlah cepat-cepat mengeluh. Lihatlah sisi positifnya.

Berfikirlah bahawa Allah sayang kepada kita, kerana Allah ingin segera menghapus dosa kita lewat ujian itu.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Tidaklah seorang muslim ditimpa musibah berupa rasa lelahnya badan, rasa lapar yang terus menerus atau sakit, rasa sedih/benci yang berkaitan dengan masa sekarang, rasa sedih/benci yang berkaitan dengan masa lalu, gangguan orang lain pada dirinya, sesuatu yang membuat hati menjadi sesak sampai-sampai duri yang menusuknya melainkan akan Allah hapuskan dengan sebab hal tersebut kesalahan-kesalahannya. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Begitu juga ketika keputusan Allah tidak sesuai harapan kita. Mungkin itu adalah untuk kebaikan jangka panjang kita. Ingatlah, Allah memberikan apa yang kita perlukan, bukan yang kita harapkan.

Sebabnya, kita tidak tahu hikmah di sebalik kurniaan atau ujian Allah kepada kita. Ia sebagai mana firman Allah SWT yang bermaksud: Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (al-Baqarah: 216)

Perpisahan dengan mereka yang kita cintai, penyakit yang menimpa kita adalah beberapa ujian yang perlu kita ambil sisi positifnya. Jangan kita terus mengeluh dan mengeluh.

Sesekali, beranikan diri kita untuk mengambil sisi positif daripadanya. Sebabnya, di sebalik semua kejadian, pasti ada hikmahnya.

Wallahu a'lam.

Tiada ulasan: