Selasa, 28 Jun 2011

shalehudin

shalehudin


Baca ni kalau nak kenai pengkhianat... haha...

Posted: 28 Jun 2011 09:35 AM PDT

Kerajaan sesebuah negara tu boleh diibaratkan macam sekumpulan bijak pandai yang duduk ditempat tinggi. Lagi tinggi depa dok, lagi terang la dunia depa pandang. Rakyat pulak boleh diibaratkan orang ramai yang tak terpilih dan duduk dibawah. Jadi depa tak nampak apa yang jadi kat ataih tapi orang ataih jelaih nampak apa yang jadi kat bawah. Sepatutnya la kan...

Tapi bila NGO Bersih buat tuntutan 8 perkara sejak 2008 dulu lagi, awat yang kerajaan tak bagi? Jangan salah paham, depa bukan tak nampak tapi depa buat buat tak nampak. Lalu terbitlah tuduhan dari TPiem bangsa Umno si Muhyiddin Yasin yang mengatakan penganjur Bersih khianat perjuangan rakyat. Betoi ka depa ni khianat dan hangpa tu dak? Persoalannya siapakah pengkhianat sebenaq?

TPiem Umno mau dok ingat yang menganggotai penganjur Bersih bukan mereka mereka yang bodoh dan boleh dicucuk hidung oleh mana-mana pihak. Kalau depa mau cari jalan selamat dan selesa lebih baik depa menyertai Perkasa dan Pemuda Umno yang sentiasa mendapat perlindungan dan kekebalan daripada pihak pemerintah. Kalau nak kira dari segi cerdik depa, tak leh cari makan la Berahim Ali ngan si KJ tuh... kahkahkah...

Salah tang mana bila dah rakyat bangkit tuntut pilihanraya yang adil seperti penggunaan dakwat, menghapuskan undi pos? Awat kerajaan main aci menyorok pulak? Susah sangatkah nak buat. Kalau dah hangpa tak reti sangat, turun la... bagi Mat Sabu pulak yang pi ajaq hangpa camana cara nak perintah negara... kahkahkah... Tapi kalau dah Umno / BN masih tak bersedia nak terima tuntutan rakyat, maka sahlah kerajaan BN yang khianat kepada rakyat.

Sepatutnya hangpa sebagai kerajaan yang dok di tempat tinggi dah matang nak tingkatkan ketelusan perjalanan pilihanraya. Bila dah hangpa tengok rakyat berarak masa Bersih 10 November 2007 lalu, hangpa kena sedaq dah, banyak yang hangpa buat tak betoi dan kantoi. Jadi dok nganga apa lagi, mau dok perbetoi laa...

Sapa yang betoinya khianat sejak amaran awai rakyat 4 tahun yang lepaih? http://shalehudin.blogspot.com/

Bang Mat ni cari pasai betoi laa... kahkahkah...

Posted: 28 Jun 2011 06:35 AM PDT

Jom kita ramai ramai tengok Bang Mat Sabu nak cari pasai... kahkahkah...
Semua dijemput hadir malam esok...
Hadirlah beramai ramai jangan bagi Polis lebih dari kita... kahkahkah...
Dah tau dah kurang kurangnya ada 3 batalion depa standby... kahkahkah...

Ajak Polis bermunajat sama...
Kemudian sama sama dengaq ceramah Bang Mat Sabu...

Laa... awat tak bagi cukup RM50 juta... kahkahkah...

Posted: 28 Jun 2011 05:03 AM PDT

Tentu hampa yang berbangsa Umno syok tak kira dah ni, ya laa kan, boleh dok tengok pemimpin hampa kaya raya diataih hasil jimat cermat hampa kan? Biaq kita kaih pagi makan pagi pun tak pa asaikan pemimpin kita kaya meliana... kahkahkah... baru padan ngan muka kita... termasuk la aku jugak...


********************************

RM49 juta biaya rumah PM, TPM
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 27 Jun: Kerajaan membelanjakan hampir RM49 juta setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Lebih tepat, sejumlah RM48,789,115.03 dibelanjakan termasuk kos sewa, kos baik pulih, bil elektrik dan bil air.

Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz dalam jawapan bertulisnya terhadap soalan Siti Zailah Mohamad Yusof (PAS-Rantau Panjang).

Zailah dalam soalannya mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan jumlah kos tahunan yang terpaksa ditanggung kerajaan bagi membiayai kedua-dua rumah pemimpin negara itu bermula tahun 2006 hingga 2010.

Dalam perincian jawapan yang diberikan itu, Nazri menjelaskan kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu adalah berjumlah RM32,972,115.55, kos baik pulih RM3,581,744.78, bil elektrik RM10,267,868.15 dan bil air RM1,967,386.55 untuk satu tahun.

Mengulas jawapan kerajaan itu, Zailah ketika ditemui di Parlimen hari ini berkata, rakyat perlu menilai bagaimana kehidupan pemimpin mereka dalam keadaan rakyat disuruh berjimat.

"Kita boleh tengok, rakyat disuruh berjimat, tapi pemimpin negara belanja kos rumah sahaja hampir RM50 juta setahun," katanya.

Depa gempaq kot kot rakyat takut...

Posted: 28 Jun 2011 04:20 AM PDT

Soal Siasat A Samad Said, Intimidasi Polis Takutkan Rakyat- Peguam
by paktam

Tindakan polis memanggil Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said untuk memberi keterangan berhubung Himpunan Bersih 9 Julai ini, merupakan satu bentuk intimidasi dan bertujuan menakutkan rakyat.

Peguam yang mewakili beliau, Fadiah Nadwa Fitri berkata demikian mengulas tindakan polis menyoal siasat Pak Samad berhubung kehadirannya pada pelancaran Bersih 2.0, 19 Jun lalu.

Menurut Fadiah, pada majlis tersebut A Samad Said atau lebih mesra dengan panggilan pak samad antara lain menyampaikan ucapan dan puisi berjudul Unggun Bersih.

"Soal siasat ini tidak bersebab dan bukanlah sesuatu yang munasabah. Tiada apa kesalahan yang dilakukan pak Samad selain daripada menyokong gerakan untuk sistem pilihan raya yang telus dan adil"

"Ini jelas menunjukkan polis telah menyalah gunakan kuasa untuk mengekang gerakan ini dengan taktik berniat jahat dan intimidasi," jelas Fadiah kepada Keadilandaily.com.
Fadiah yang mewakili pertubuhan Lawyers For Liberty juga berkata, beliau kesal kerana banyak tangkapan dilakukan polis ke atas orang awam kerana memakai T Shirt Bersih, yang bukan merupakan satu kesalahan jenayah.

"Ianya sama seperti memakai baju kuning. Adakah ianya juga menjadi satu kesalahan? Mereka bukannya mengancam keselamatan dan membuat huru-hara," ujar beliau.

A Samad Said akan hadir di ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi, pada jam 2.30 petang ini untuk memberi keterangan.

Turut dipanggil Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) Datuk Ambiga Sreenevasan yang diwakili oleh peguamnya, Pura Valen.

Laaa... kantoi lagi kaa... kahkahkah...

Posted: 28 Jun 2011 02:00 AM PDT

Iskk... iskkk... ni yang aku kesian sangat kat Umno nih... kahkahkah...
Tengok dahi bangsa Umno pun dah tau, peluh panaih mata berbinau...

Dah nak macam bird flu dah Umno ni aku tengok... hahaha...

Buat la apa pun, tak dan lama mana dah kantoi...
Kes liwat koi dok gayat walau memang Anwar dah terikat...
Video seks pun lingkup... percaya kat Rahim habih terlungkop...
Bersih 2.0 punya bala, demam kuning pulak melanda...
Kahkahkah...

Laa... awat tak bagi cukup RM50 juta...

Posted: 28 Jun 2011 01:00 AM PDT

RM49 juta biaya rumah PM, TPM
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 27 Jun: Kerajaan membelanjakan hampir RM49 juta setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Lebih tepat, sejumlah RM48,789,115.03 dibelanjakan termasuk kos sewa, kos baik pulih, bil elektrik dan bil air.

Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz dalam jawapan bertulisnya terhadap soalan Siti Zailah Mohamad Yusof (PAS-Rantau Panjang).

Zailah dalam soalannya mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan jumlah kos tahunan yang terpaksa ditanggung kerajaan bagi membiayai kedua-dua rumah pemimpin negara itu bermula tahun 2006 hingga 2010.

Dalam perincian jawapan yang diberikan itu, Nazri menjelaskan kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu adalah berjumlah RM32,972,115.55, kos baik pulih RM3,581,744.78, bil elektrik RM10,267,868.15 dan bil air RM1,967,386.55 untuk satu tahun.

Mengulas jawapan kerajaan itu, Zailah ketika ditemui di Parlimen hari ini berkata, rakyat perlu menilai bagaimana kehidupan pemimpin mereka dalam keadaan rakyat disuruh berjimat.

"Kita boleh tengok, rakyat disuruh berjimat, tapi pemimpin negara belanja kos rumah sahaja hampir RM50 juta setahun," katanya.

Ni haa.. senjata baru... kahkahkah... baru kuning muka hampa...

Posted: 28 Jun 2011 12:00 AM PDT

Pak Samad: Puisi sudah jadi 'senjata'


Salhan K Ahmad
Sasterawan negara Datuk A Samad Said berkata, siasatan polis yang dijalankan ke atasnya hari ini menunjukkan puisi telahpun menjadi "satu senjata" dan bukan lagi satu hiburan semata-mata.

Dalam pada itu, beliau turut menyuarakan rasa sedih ke atas tindakan polis yang menjalankan siasatan ke atasnya di bawah Akta Hasutan, sedangkan puisinya itu mengandung niat "murni."

"Apa yang saya lakukan ialah merakamkan satu peristiwa di mana saya fikir, untuk memperbaiki suasana, bukan untuk memperburukkan suasana.

"Dalam puisi saya itu memang saya katakan kita sebenarnya perlu mempersuci demokrasi bukan memperkeruhkan atau mencemarinya.

"Dalam puisi itu adalah saranan-saranan yang saya fikir amat suci yang sepatutnya dihargai bukan dicurigai," katanya lagi ketika mengulas siasatan bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan itu.

Beliau turut disiasat mengikut Seksyen 27(5) Akta Polis berhubung pengucapan puisinya di majlis pelancaran BERSIH 2.0 pada 19 Jun lalu.

Tanpa menunjukkan rasa gentar, A Samad turut menepis pandangan bahawa tindakan pihak polis itu akan terus menekan golongan karyawan daripada menyatakan pandangan mereka mengenai perkembangan semasa.

"Barangkali (polis) memberi amaran, tapi itu kalau seorang sasterawan, ini sememangnya lebih mendorongnya, menaikkan semangatnya oleh kerana mereka mulai tahu kesusasteraan mempunyai kuasa juga.

"Saya fikir puisi sekarang sudah diterima sebagai alat berkesan sebagai senjata. Dulu puisi ini untuk menghibur-hiburkan saja, sekarang rupanya puisi sudah mendapat perhatian yang amat luar biasa," katanya lagi ketika ditemui selepas disiasat lebih sejam hari ini di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi.

Siasatan hari ini merupakan tindakan kedua ke atas A Samad selepas tindakan sama dijalankan ke atasnya pada Mac 2009 berhubung dasar pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Terdahulu ketika dihubungi Malaysiakini, A Samad berkata ucapan berkenaan turut dimuatkan di laman blog peribadinya – samadsaid.wordpress.com.

Ucapan berkenaan antara lainnya menyentuh mengenai gambaran media arus perdana ke atas kumpulan BERSIH 2.0.

"Kita maklum bahawa gergasi media arus perdana kini sedang ikut garang menghempit kita dalam arus peristiwa yang semakin durjana. Kita sedang berlawan dengan keangkuhan yang pejal.

"Oleh media arus perdana ini, kita sewenangnya digambarkan sebagai kumpulan 'siasah' yang sangat bercita-cita buruk.

"Lebih buruk, kita digambarkan sebagai kelompok yang sengaja ingin menggelorakan masyarakat seburuk hajat," ucapan itu dipetik.

Ketegaq betoi betina nih... kahkahkah...

Posted: 27 Jun 2011 11:00 PM PDT

Ambiga: Himpunan Bersih 9 Julai diteruskan
Oleh Debra Chong

KUALA LUMPUR, 27 Jun – Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan yang disoal siasat oleh polis hari ini menegaskan Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini untuk menuntut pembaharuan sistem pilihan raya negara ini akan diteruskan sebagaimana telah dirancang.

Bekas presiden Majlis Peguam itu (gambar)berkata pihaknya juga tidak akan memohon permit polis untuk mengadakan perhimpunan dan perarakan memandangkan Menteri Dalam Negeri dan polis berpendirian tegas bahawa tidak akan memberi kelulusan bagi tujuan itu.

Ambiga juga mengecam pihak berkuasa kerana menahan anggota masyarakat madani yang berkempen menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

"Daripada mengugut mereka, libatkan sama kami," kata beliau.

Ambiga juga menyifatkan tindakan polis menahan aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) kelmarin sebagai mengarut sambil mengecam tindakan pelbagai pihak yang cuba mengaitkan kumpulan politik kecil yang menyokong Bersih sebagai komunis.

"Saya tidak tahu apa yang berlaku... siapa yang bercakap mengenai komunis pada hari masa sekarang dan zaman ini?" katanya lagi.

"Sesiapa yang hendak menyokong Bersih, terserah kepada mereka. Terpulang kepada rakyat," katanya.

Mai tengok rupa pengkhianat

Posted: 27 Jun 2011 09:00 PM PDT

Kerajaan sesebuah negara tu boleh diibaratkan macam sekumpulan bijak pandai yang duduk ditempat tinggi. Lagi tinggi depa dok, lagi terang la dunia depa pandang. Rakyat pulak boleh diibaratkan orang ramai yang tak terpilih dan duduk dibawah. Jadi depa tak nampak apa yang jadi kat ataih tapi orang ataih jelaih nampak apa yang jadi kat bawah. Sepatutnya la kan...

Tapi bila NGO Bersih buat tuntutan 8 perkara sejak 2008 dulu lagi, awat yang kerajaan tak bagi? Jangan salah paham, depa bukan tak nampak tapi depa buat buat tak nampak. Lalu terbitlah tuduhan dari TPiem bangsa Umno si Muhyiddin Yasin yang mengatakan penganjur Bersih khianat perjuangan rakyat. Betoi ka depa ni khianat dan hangpa tu dak? Persoalannya siapakah pengkhianat sebenaq?

TPiem Umno mau dok ingat yang menganggotai penganjur Bersih bukan mereka mereka yang bodoh dan boleh dicucuk hidung oleh mana-mana pihak. Kalau depa mau cari jalan selamat dan selesa lebih baik depa menyertai Perkasa dan Pemuda Umno yang sentiasa mendapat perlindungan dan kekebalan daripada pihak pemerintah. Kalau nak kira dari segi cerdik depa, tak leh cari makan la Berahim Ali ngan si KJ tuh... kahkahkah...

Salah tang mana bila dah rakyat bangkit tuntut pilihanraya yang adil seperti penggunaan dakwat, menghapuskan undi pos? Awat kerajaan main aci menyorok pulak? Susah sangatkah nak buat. Kalau dah hangpa tak reti sangat, turun la... bagi Mat Sabu pulak yang pi ajaq hangpa camana cara nak perintah negara... kahkahkah... Tapi kalau dah Umno / BN masih tak bersedia nak terima tuntutan rakyat, maka sahlah kerajaan BN yang khianat kepada rakyat.

Sepatutnya hangpa sebagai kerajaan yang dok di tempat tinggi dah matang nak tingkatkan ketelusan perjalanan pilihanraya. Bila dah hangpa tengok rakyat berarak masa Bersih 10 November 2007 lalu, hangpa kena sedaq dah, banyak yang hangpa buat tak betoi dan kantoi. Jadi dok nganga apa lagi, mau dok perbetoi laa...

Sapa yang betoinya khianat sejak amaran awai rakyat 4 tahun yang lepaih? http://shalehudin.blogspot.com/

Jangan butakan mata dan pekakkan telinga...

Posted: 27 Jun 2011 08:00 PM PDT

Zunar seru karyawan ikuti jejak A Samad
Oleh Zunar

Kehadiran A Samad pada pelancaran itu adalah untuk bersama-sama rakyat menuntut sebuah pilihanraya yang bersih dan adil.

Karyawan yang bertanggungjawab adalah golongan yang paling dekat dengan rakyat. Karyawan mesti marasai degup jantung rakyat dan mendepani isu-isu yang menyentuh kepentingan rakyat.

Seseorang karyawan menjadi tidak relevan sekiranya meminggirkan tanggungjawab sosial dengan memekakkan telinga terhadap rintihan rakyat terbanyak, apatah lagi apabila berdepan dengan sebuah kerajaan yang korup, rasuah dan zalim.

Tindakan A Samad hadir pada majlis Bersih adalah satu tindakan terhormat oleh seorang yang bergelar Sasterawan Negara dan ia wajar dipuji.

Saya menyeru karyawan-karyawan di Malaysia; penulis, penyajak, penyanyi, pelakon, pelukis, pengarah filem, pencipta lagu, penggiat teater dan sebagainya supaya bangkit dari lena yang panjang dan mengikuti jejak langkah A Samad.

Sasterawan Negara A Samad Said dipanggil untuk disoal siasat oleh polis di Balai Dang Wangi pada jam 2.30 petang 27 Jun 2011. Ini berikutan kehadiran beliau di majlis pelancaran Bersih pada 20 Jun lepas di Dewan Perhimpunan Cina, Kuala Lumpur.

Apa hal Anwar ni, main rahsia rahsia pulak... hihi...

Posted: 27 Jun 2011 07:00 PM PDT

Apa hal pulak Anwar ngan si Najb nih... ada rahsia besaq ka antara depa nih... kahkahkah...

Anwar kata Najib dan si Rosmah tak layak langsung untuk bercakap tentang soal moral pasai Anwar tau apa yang berlaku di Port Dickson berkenaan Najib... haha...

Pulau Pandan jauh ke tak hingga...
Gunung Daik bercabang tiga...
Anwar jangan dok rahsia rahsia...
Baik tak baik kena bongkaq kan juga...
Haha...

Maap la, pasai Anwar tak bagitau lanjut... maka aku pun tak tau secara terperinci ceritanya... Anwar merujuk pada satu skandal yang didakwa berlaku pada pertengahan tahun 1980an, antara Najib ngan ehem ehem kat Port Dickson, dimana ketika itu TS Isa Samad jadi MB... ngeee....

Apa? TS Isa Samad? Patut pun dia tetiba jadi orang besaq balik dah la ni... kahkahkah... Dulu nampak dia pendek jaa, tapi la ni ada tinggiiii juga... Dulu nampak dia ni kecik jaa, tapi la ni ada besaqqqq juga.... haha... Tak pa la kan, kerana besaqqqq juga jasanya...

Tapi, apa sebenarnya yang Najib buat.... boleh ka sesapa bagi tau apa rahsia besaq sangat ni antara Najib dan Anwar nih? Pasai apa dianya jadi rahsia sampai la ni? Kalau dah salah, pasai apa tengok Najib relax ja jadi Piem Umno? Takkan Anwar nak biaqkan benda salah berlalu tanpa hukuman kot? Hang jangan dok subahat pulak Anwar oiii.... kahkahkah...

Nak tau anak jantan tengok tang mana? Kahkahkah...

Posted: 27 Jun 2011 06:00 PM PDT

Siapa perlu tonjol diri sebagai anak jantan?
Oleh Wira Arjuna


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat kenyataan mengelirukan apabila mencabar Pakatan Rakyat supaya berdepan dengan BN sebagai "anak jantan" dan bukan mengadakan Himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini.

Najib mendakwa matlamat utama Himpunan BERSIH 2.0 adalah mahu menimbulkan huru-hara dalam negara.

"Pada pembangkang (Pakatan Rakyat) bila mereka melihat kita terus bergerak ditambah pula kemenangan pada pilihan raya kecil yang lalu dan pilihan raya negeri Sarawak, jadi bagaimana mereka mahu merampas momentum ini sebab momentum ini ada pada kita.

"Mereka buat kesimpulan untuk mendapatkan kuasa dengan mengadakan Himpunan BERSIH 2.0, bukan untuk serahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong atau mahu sistem pilihan raya yang adil tapi nak buat huru-hara.

"Waktu pilihan raya, kalau anak jantan yang sebenar bila pilihan raya, bertandinglah . . . kalau berani, kalau bukan anak jantan buatlah di jalanan dan berdepan dengan undang-undang," katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Parti Progresif Penduduk (PPP).

Kenyataan perdana menteri itu tersasar kerana Pakatan sememangnya akan bertanding dalam pilihanraya umum ke-13, malah itulah nadi utama segala aktiviti parti politik.

Namun pada masa sama, Pakatan, sebagai sebuah gagasan "anak jantan", mahukan sebuah pilihanraya yang bersih dan adil, justeru, ia memberi sokongan bulat kepada Perhimpunan BERSIH 2.0.

BERSIH 2.0 adalah anjuran pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan termasuk gabungan pelajar Islam dan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

Pengerusi BERSIH, Ambiga Sreenevasan beberapa kali mengundang parti komponen BN untuk bersama-sama dalam gerakan bagi memperkasakan Suruhanjaya Pilihanraya namun pelawaan itu ditolak.

Oleh kerana itu, amat mudah untuk pemimpin seperti Najib menyerang BERSIH sebagai kononnya forum pembangkang untuk mencetuskan huru-hara.

Dalam ucapannya semalam, Najib juga merujuk kepada kemenangan BN di Sarawak sebagai bukti "momentum" atau rentak memenangi pilihanraya ada ditangan BN.

Sebenarnya Pakatan melipatgandakan kemenangannya dari tujuh kerusi kepada 15 kerusi dalam pilihan raya Sarawak April lalu.

Pilihan raya itu juga memaksa Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud untuk mengumumkan tempoh persaraan beliau selepas pemerintahan 30 tahun yang dibelit dengan dakwaan rasuah dan penyelewengan kuasa.

Jangan lupa kemenangan Pakatan itu diraih walaupun BN menguasai segala jentera kerajaan, media arus perdana dan dikatakan menabur wang ringgit untuk mengekalkan majoriti dua pertiganya.

Walaupun menang, jumlah undi untuk BN di Sarawak merosot kepada 54.5 peratus berbanding 62.9 peratus pada pilihanraya negeri sebelumnya.

Justeru, janganlah dibanggakan sangat kemenangan BN di Sarawak.

Najib juga mendakwa BN tidak pernah memanipulasi pilihan raya sepertimana yang didakwa Pakatan Rakyat.

"Kalau kata pilihan raya ini tidak adil kenapa kita nak serah Selangor, kenapa nak serah Pulau Pinang, kenapa PAS boleh perintah 20 tahun di Kelantan.

"Kalau kata kita manipulasi pilihan raya sudah tentu semua negeri akan jadi milik BN, kita tidak manipulasi pilihan raya tapi kita didokong rakyat," kata Najib.

Alasan lapuk yang diguna pakai sejak zaman Tun Dr Mahathir Mohamad ini mudah dijawab.

Tsunami politik yang melanda Malaysia tahun 2008 menyebabkan segala undi pos, pengundi hantu dan amalan-amalan lain tidak cukup untuk menongkah arus sokongan luar biasa rakyat terhadap Pakatan.

Kotak-kotak undi pos dan pengundi hantu hanya memadai untuk mengurangkan jurang sokongan yang diperolehi oleh calon-calon Pakatan di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, namun tidak cukup untuk menafikan mereka kemenangan.

Namun begitu, di Perak, majoriti tipis Pakatan membolehkan Umno cepat-cepat merampas semula negeri itu kerana tiga wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat dan DAP sanggup lompat keluar diselubungi dakwaan menerima ganjaran lumayan.

Oleh itu penguasaan Pakatan di beberapa negeri tidak harus dijadikan contoh untuk menghalalkan SPR sebagai sebuah badan bersih dan berkecuali ataupun dakwaan BN tidak pernah memanipulasi proses pilihanraya.

Hakikat ialah pilihanraya di negara ini sentiasa dibayangi oleh masalah ketelusan undi pos dan pengundi hantu.

Pada zaman Mahathir, fenomena itu diburukkan lagi dengan pemberian kerakyatan kepada warga asing untuk membolehkan mereka mengundi BN di Sabah.

Kini projek IC Sabah dikatakan menular di Semenanjung selain masalah pemindahan pengundi dari satu kawasan ke kawasan lain.

Berlatar belakangkan semua ini, tidak harus timbul keraguan dalam tekad pembangkang mahukan sebuah SPR yang berwibawa, justeru sokongannya kepada BERSIH 2.0.

Pada masa sama "kejantanan" Pakatan untuk menghadapi Umno-BN pada PRU akan datang tidak juga perlu diragukan.

Persoalannya adakah Najib dan Umno anak jantan yang sanggup bertanding secara adil, tanpa menguasai media arus perdana, dan tanpa menggunakan kemudahan awam serta dana rakyat untuk menyogok pengundi.

Jika jawapan adalah YA, saya yakin penganjur BERSIH tidak akan keberatan untuk membatal gerakan mereka.M/Kini

Sakit apa nakk... haha...

Posted: 27 Jun 2011 05:00 PM PDT

Aiikk... spesis penyakit baru ni pun jenih ketaq gak ka? Kahkahkah...

Caya lah Wardina... ngeee...

Posted: 27 Jun 2011 04:00 PM PDT

Wardina tambah senarai selebriti sokong Pakatan Rakyat
by paktam

Wardina Safiyyah Fadhullah Wilmot, pengacara terkenal di TV3 menambahkan lagi senarai selebriti yang menyertai atau menunjukkan sokongan terbuka kepada parti-parti Pakatan Rakyat.

Selepas Bob Lokman, Wardina yang mula popular selepas kemunculan dalam rancangan sitkom Spanar Jaya akan menjadi satu lagi wajah popular yang bakal memeriahkan dunia politik Malaysia.

Parti-parti pembangkang dan Barisan Nasional kini dilihat berlumba-lumba untuk menarik selebriti menyertai parti mereka secara terbuka untuk membina imej popular dan menarik pengundi.

Beberapa tahun lalu, peserta rancangan realiti, Mawi menjadi rebutan Umno dan PAS untuk ditonjolkan sebagai penyokong parti terbabit.

Perkembangan melibatkan Wardina ini bukan sesuatu yang mengejutkan kerana beliau sedia diketahui mempunyai pandangan-pandangan politik yang jelas dan mempunyai hubungan rapat dengan individu-individu dari PKR.

Wardina telah disebut-sebut bakal menyertai parti pembangkang secara terbuka bersama beberapa orang lagi selebriti, termasuk bekas peserta program realiti.

Wardina telah menunjukkan kecenderungan politiknya melalui mesej-mesej di Facebook dan Twitter sekurang-kurangnya sejak beberapa bulan lalu, walaupun mengacarai sebuah rancangan popular di stesen televisyen paling pro-Umno, TV3.

 
Beberapa bulan lalu, ekoran satu balasan mesej Twitter kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, beliau dispekulasi akan bertanding di kerusi Lembah Pantai menentang menteri wanita itu.

Wardina baru-baru ini muncul dalam program kerajaan negeri Selangor, yang dikaitkan sesetengah pihak sebagai program mempromosi perhimpunan Bersih kedua 9 Julai nanti.

Beberapa blog pro-Umno telah mula menerbitkan tulisan-tulisan berbentuk serangan peribadi terhadap beliau melibatkan gaya hidupnya sebelum bertudung dan pada masa sama menggesa Media Prima mengambil tindakan terhadap pengacara itu.

Bob turut menerima nasib yang sama apabila beberapa kenyataannya dilihat sebagai penghinaan kepada dunia hiburan tempatan dan dikecam di ruangan seni akhbar tempatan, terutama halaman hiburan Mingguan Malaysia.

Sesetengah blog pro-Umno ketika Bob baru menyertai PAS secara terbuka cuba membalas dengan memperbesarkan laporan pelakon dan pengacara AC Mizal bersama Umno. AC walau bagaimanapun berdepan imej agak negatif berhubung beberapa isu termasuk perniagaannya.

Perkembangan ini bakal menyumbang imej lebih positif kepada pembangkang ekoran populariti selebriti terbabit yang rata-rata dilihat mempunyai imej yang baik.

Sumber: http://siasahdaily.blogspot.com

Bila manusia tak kenai lagi Tuhan...

Posted: 27 Jun 2011 03:00 PM PDT

Datangnya Kebenaran dan Hancurlah Kejahatan
by paktam

Zaman sebelum kelahiran Nabi Muhammad S.A.W dikenali sebagai Zaman Jahiliyyah yang menjadikan seluruh dunia sebagai pentas menegakkan kezaliman. Ajaran-ajaran yang pernah diwahyukan Allah S.W.T dilupai dan diselewengkan. Manusia tidak lagi mengenal Tuhan, nafsu bermaharajalela, penjenayah menjadi hakim dan orang zalim menjadi pemimpin. Manusia menghadapi krisis nilai yang dahsyat sehingga orang-orang baik dianggap jahat dan orang jahat pula dianggap baik.

Tidak ada yang menjalankan amar ma'ruf nahi mungkar. Sungguhpun masih adanya paderi dan pendeta yang dianggap ulama' yang mewarisi pusaka Nabi-nabi, tetapi kebanyakan mereka menyeleweng dan membisu semata-mata kerana harta benda dunia, pangkat dan kedudukan. Mereka inilah yang disebut oleh Rasulullah S.A.W sebagai'syaitan bisu'.

"Siapa sahaja yang dikurniakan Allah ilmu agama lalu dia menyembunyikannya, nescaya dia akan dikekang Allah akan mulutnya di Hari Kiamat dengan kekangan dari api." (riwayat at-Tabaraani)

Firman Allah
Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, janganlah kamu berlebih-lebihan (melampaui batas) dengan cara yang tidak benar dalam agamamu. Dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang-orang yang telah sesat dahulunya dan mereka telah menyesatkan kebanyakan (manusia), dan mereka tersesat dari jalan yang lurus." (al-Maaidah:77)

Maka kelahiran Nabi Muhammad S.A.W menjadi titik awal tanda-tanda Jahiliyyah Pasti Tumbang! Sekiranya sebelum kelahiran Nabi S.A.W, Allah memusnahkan kaum yang ingkar dengan azab terus dari Allah, tetapi Nabi Muhammad S.A.W diajar menghadapi keingkaran manusia dengan perintah dakwah, islah dan jihad.

Kelahiran Nabi S.A.W merupakan rahmat kepada seluruh alam, tidak dapat dinafikan! Para pendeta dan rahib Yahudi dan Nasrani terdiam semasa Nabi S.A.W dilahirkan kerana menyedari tanda-tanda itu berdasarkan ilmu mereka. Seluruh jazirah Arab tenang dan aman semasa menyambut kelahiran Baginda. Nama Baginda; Muhammad yang bermaksud 'yang terpuji' merupakan nama yang diberi oleh Allah S.W.T, menjadi kaguman masyarakat Arab.

Dari kecil hingga dewasa Baginda S.A.W telahpun menunjukkan tanda-tanda ketokohannya sebagai pemimpin yang ulung lagi agung. Baginda langsung terhindar dari perkara jahiliyyah masyarakatnya. Sehinggalah Baginda menerima wahyu untuk menyatakan kebenaran. Dakwah Baginda telah mendapat sambutan walaupun pada peringkat awal dilakukan secara sulit kerana yang didakwah dapat membezakan antara yang benar dengan yang batil. Sehinggalah dakwahnya mendapat perintah 'berterus-terang' maka bermulalah siri penentangan yang hebat terhadap misi dakwah Baginda.

Usaha Nabi S.A.W memerangi jahiliyyah dapat diketahui dari banyak ayat-ayat al-Qur'an. Baginda S.A.W bukan sahaja menghadapi tentangan dari kaum Yahudi, Nasrani dan Majusi, tetapi juga dari kaum Baginda sendiri.

Antara warisan jahiliyyah yang diikuti oleh masyarakat Arab Jahiliyyah masa itu ialah amalan membunuh anak-anak perempuan. Perbandingan dapat dilihat dari ayat-ayat berikut:

"Sesungguhnya Firaun telah berbuat sewenang-wenangnya di muka bumi dan menjadikan penduduknya berpecah-belah, dengan menindas segolongan dari mereka, menyembelih anak laki-laki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka."(al-Qasas:4)

"….apabila bayi-bayi perempuan yang dikuburkan hidup-hidup ditanya, kerana dosa apakah dia dibunuh…." (at-Takwir:8-9)

Perutusan Rasulullah telah menghapuskan sama sekali perbuatan jahiliyyah tersebut. Di masa awal dakwah Baginda masyarakat jahiliyyah masa itu beranggapan bahawa golongan atau pendapat yang ramai lebih-lebih lagi disokong oleh mereka-mereka yang berpengaruh itulah yang benar sedangkan kumpulan kecil dianggap palsu dan salah. Anggapan ini ditempelak Allah S.W.T melalui firmanNya:

"Dan sesungguhnya Kami telah meneguhkan kedudukan mereka dalam hal-hal yang Kami belum pernah meneguhkan kedudukan kamu dalam hal itu dan Kami telah memberikan kepada mereka pendengaran, penglihatan dan hati; tetapi pendengaran, penglihatan dan hati mereka itu tidak berguna sedikit juapun bagi mereka, kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat Allah dan mereka telah diliputi oleh siksa yang dahulu selalu mereka memperolok-olokkannya." (al-Ahqaaf:26)

Mereka juga bersikap mempertikaikan Islam apabila merasakan ia tidak selari dengan nafsu dan kehendak mereka yang sebelumnya melakukan pelbagai perbuatan jahiliyyah seperti penyembahan berhala, meminum arak, berjudi, berzina, bertenung nasib, merompak dan membunuh serta banyak lagi. Sedangkan kedatangan Islam membawakan cahaya ilmu yang bersumberkan al-Qur'an dan as-Sunnah Nabi S.A.W. Orang-orang seperti ini apabila mereka membicarakan sesuatu yang tidak mereka ketahui samalah ibarat seorang buta mensifatkan keadaan seekor gajah mengikut sentuhan yang dapat dirabanya sahaja. Allah S.W.T menerangkan:

"Di antara manusia ada orang yang membantah terhadap Allah tanpa ilmu pengetahuan dan mengikuti setiap syaitan yang sangat jahat." (al-Hajj:3)

"Dan di antara manusia ada orang-orang yang membantah terhadap Allah tanpa ilmu pengetahuan, tanpa petunjuk dan tanpa kitab (wahyu) yang bercahaya." (al-Hajj:8)

Sikap jahiliyyah mereka lebih terang dan nyata sehinggakan mereka sanggup membuat gangguan, menyekat dan mengusir orang mukmin dari melaksanakan perkara yang baik sekalipun. Ini kerana mereka merasakan tindakan-tindakan itu mampu menghalang orang-orang yang boleh membantutkan cita-cita dan agenda mereka. Sehinggalah Allah memberi peringatan tegas dalam surah al-An'aam pangkal ayat 52:

"Dan janganlah kamu mengusir orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi hari dan di petang hari, sedang mereka menghendaki keredhaanNya…."

Inilah sebahagian kecil ciri, sifat, sikap dan bentuk kepercayaan serta ibadat jahiliyyah di awal kerasulan Nabi S.A.W. Hinggalah apabila mereka merasakan amalan-amalan jahiliyyah mereka ini mulai terancam, maka perbagai fitnah, khianat, sabotaj, ugutan, pemulauan dan pakatan jahat dilaksanakan. Sedangkan apa yang dilakukan oleh Nabi S.A.W tidak lain tidak bukan hanyalah mengajak kepada tauhid yang mutlak, mengkhabarkan adanya akhirat, membersihkan jiwa dan membentuk akhlak, memelihara keperibadian masyarakat melalui persaudaraan dan menerangkan tentang alam selain dari manusia.

Sesungguhnya harus diketahui bahawa sejak Nabi S.A.W hinggalah ke akhir zaman, pembawa panji-panji Islam baik individu, persatuan, masyarakat atau negara akan menghadapi tentangan asas yang bersifat sendaan dan penghinaan, pengeliruan ajaran Islam dan ditimbulkan dakyah-dakyah palsu, mengemukakan tawaran bertolak ansur, melakukan kezaliman terhadap jasad dan menggoda dengan janji-janji kesenangan dunia. Inilah antara usaha asas mereka yang akan mereka sesuaikan mengikut peredaran zaman, tempat dan kekuatan Islam pada masa itu.

Seperti yang kita ketahui kedatangan Rasulullah adalah pembawa rahmat. Maka apabila menghadapi penentangan sedemikian rupa tidaklah Baginda mencetuskan penentangan juga yang boleh diibaratkan 'menyimbah minyak ke api' sebaliknya dengan kebijaksanaan Baginda maka para pengikutnya menghindarkan diri dari penentangan tersebut dengan hijrah. Namun kerana dengki khianat mereka terhadap Nabi S.A.W mereka sanggup membuat kekacauan dan menimbulkan perbagai gangguan kepada Nabi dan pengikutnya. Sehinggalah Islam menang dengan tertegaknya Kerajaan Islam di Madinah al-Munawwarah, kaum musyrikin tetap terus memusuhi Nabi S.A.W dan orang muslimin. Sedangkan seluruh dunia telah membenarkan bahawa tidaklah Islam itu mengembangkan kekuatan dan kekuasaannya dengan kekerasan atau paksaan melainkan dengan banyak perjanjian-perjanjian, antaranya Perjanjian 'Aqabah, Perjanjian Damai dengan Yahudi di Kota Madinah, Perjanjian Damai Hudaibiyyah dan banyak lagi.

Tetapi permusuhan dari kaum musyrikin dan Yahudi tetap terus berlangsung sehinggakan negara Islam Madinah itu hanya pernah bebas dari gangguan mereka tidak sampai satu tahun sepanjang pemerintahan Nabi S.A.W. Namun semuanya berjaya ditangani sehinggalah Kota Mekah yang pernah penduduknya melakukan penentangan keras terhadap Nabi Muhammad S.A.W akhirnya jatuh ke tangan umat Islam melalui peristiwa 'Pembukaan Kota Mekah' yang berlaku dalam keadaan aman tanpa pertumpahan darah.

Sikap jahiliyyah dengan mengadakan permusuhan terhadap Islam telah membawakan kepada beberapa siri peperangan seperti Perang Badar, Perang Uhud, Perang Ahzab, Perang Khaibar, Perang Mu'tah, Perang Hunain dan banyak lagi. Semuanya dimulakan oleh pasukan jahiliyyah sedangkan umat Islam berperang bertujuan mempertahankan diri dan atas perintah Allah. Perkara ini dapat dibuktikan melalui beberapa ayat berikut:
"Diizinkan (berperang) kepada orang-orang yang diperangi kerana sesungguhnya mereka telah dizalimi dan sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa untuk menolong mereka. Iaitu orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali kerana mereka berkata: Tuhan kami hanyalah Allah…………" (al-Hajj:39-40)

"Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas." (al-Baqarah:190)

"Diwajibkan atas kamu berperang……………." (al-Baqarah:216)

Tiada ulasan: