shalehudin |
- Najib makan angin, Anwar naik angin
- Maklum la, kita kan negara maju
- Makhluk mana yang kelapaq nak bunuh KJ nih... haha...
- Anwar dok galak apa pulak... kahkahkah...
- Polis paling berkuasa didunia pun tak boleh buat apa...
- Babysitter
- Makhluk mana la yang teringin sangat nak bunuh hang ni... haha...
- Bakal PM kita - baguih banyak dari Najib
Najib makan angin, Anwar naik angin Posted: 26 Jun 2011 10:44 AM PDT Anwar dah terlalu banyak bercakap kot, dah kering idea dia dah... Apa hal yang Najib pi Port Dickson berkelah pun hang kacau? Tak dak hal hal penting lain ka yang hang nak bangkitkan pasai Najib selain dari makan angin ngan... errrr... ngan.... errrr... ngan sapa ha? Errr... gggrrrr..r..... Kahkahkah..... *************************** Anwar: Najib, saya tahu apa kamu buat di PD Susan Loone Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak perdana menteri ekoran kenyataanya bahawa "mencari kebenaran" adalah paling penting untuk menentukan sama ada lelaki dalam video seks adalah Anwar. Memandangkan pakar asing dilaporkan berkata video - yang menunjukkan pasangan melakukan aksi seks dalam sebuah bilik - 99.99 peratus menyerupai Anwar, maka Datuk Seri Najib Tun Razak telah berkata rakyat boleh menghakimi sendiri ketulenan video tersebut. Anwar berkata Najib dan isterinya, Rosmah Mansor tidak layak bercakap tentang moral, walaupun ketua umum PKR itu tidak menjelaskan secara terperinci mengenainya. Katanya, beliau telah dicabar untuk mendedahkan apa yang beliau tahu tentang Port Dickson. Anwar merujuk kepada satu skandal yang didakwa berlaku pada pertengahan tahun 1980-an, ketika berucap dalam ceramah di Pokok Sena, Kedah malam tadi. Bagaimanapun, kata Anwar, bukan cara beliau untuk mencerca atau memfitnah hanya untuk menang. Sebaliknya, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh itu berkata, beliau mahu menang dengan moral yang mantap. Berucap kepada kira-kira 700 hadirin, Anwar berkata kerajaan Najib tidak memberi respons sewajarnya terhadap semua isu yang dibangkitkan oleh pembangkang. |
Maklum la, kita kan negara maju Posted: 26 Jun 2011 08:46 AM PDT Kos selenggara Scorpene RM417 juta, naik 8 kali ganda Tahniah diucapkan pada kita semua rakyat negara Malaysia. Tahniah ni berhak diberi dan diterima oleh kita kerana kita telah berjaya berstatus negara maju jika diukur melalaui kacamata Umno. Nak maju barang barang keperluan kena mahal kerana kita mengukur kemajuan kita dengan US, Kanada dan England. Nak maju, Islam mesti diletak tepi kerana kita mengikut kiblat Eropah yang memang dah Islam dipandang hina. Nak maju kita tak boleh biaq rakyat bebas sangat kerana kita mengikut urus tadbir Israel yang mengekang rakyat dari bebas bersuara dan senang ria. Nak maju, apa yang negara pakai kenalah setanding dengan negara maju jugak. Tapi rakyat kenalah paham, banyak barang yang kita pakai ni maju teknolojinya. Lagi maju teknoloji, lagi tinggi kos saraan pula, maklum la kan, kita kan negara maju. Satu mercu tanda kemajuan negara telah tiba ke kemuncaknya bila Kementerian Pertahanan baru baru memohon peruntukan tambahan sebanyak RM417 juta untuk kos selenggara kapal selam Scorpene, meningkat lapan kali ganda dari kos asal iaitu RM50 juta setahun. Manakala RM56 juta lagi diguna bagi bayaran pendahuluan untuk melaksanakan sewaan perkhidmatan sistem 'Submarine Escape Rescue Intervention' bagi kapal selam milik Tentera laut Diraja Malaysia. Tahniah la kita dah maju dah... kahkahkah... |
Makhluk mana yang kelapaq nak bunuh KJ nih... haha... Posted: 26 Jun 2011 05:11 AM PDT Lawak betoi la bila KP berbangsa Umno, si Khairy Jamaluddin hari ni dakwa dia pun terima ancaman terhadap keselamatannya melalui SMS... kahkahkah... Agak agak la KJ oii, makhluk mana la agaknya yang nak bunuh hang tu yerk... kahkahkah... Ikut kata twitternya, selain dari dia... setiausaha Pemuda jugak berbangsa Umno, Megat Firdouz dan beberapa pemimpin pergerakan berbangsa Umno itu menerima SMS memberi amaran kat depa tentang risiko perhimpunan 9 Julai yang dirancang oleh beberapa pihak berhubung pilihan raya yang adil dan bebas. Haha... awat yang hang tak dapat dulu dari si Ambiga tu? Tetiba ja lepaih Ambiga hang pulak yang terkena? Sapa la agaknya yang nak bunuh hangpa tu yerk? Hangpa kena ingat, kalau si Ambiga tu terima ugutan... ramai yang tak heran pasai dia tu memang banyak musuhnya terutama selepaih dia sibuk nak himpun rakyat bangkit dalam BERSIH 2.0 tuh... Dia golongan kuning dan hang ni pulak golongan merah, golongan Patriot yang jelas menentang arus Datuk Ambiga... kahkahkah... |
Anwar dok galak apa pulak... kahkahkah... Posted: 26 Jun 2011 02:45 AM PDT KENYATAAN MEDIA 24 JUN 2011 LANGKAH-LANGKAH MENGGALAKKAN PEMBINAAN RUMAH DI BAWAH KONSEP "BINA DAN JUAL" DI NEGERI-NEGERI PAKATAN Ramai rakyat Malaysia yang kini tidak lagi berkemampuan membeli rumah yang sesuai terutamanya bagi mereka yang tinggal di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru. Harga rumah terus meningkat secara berterusan sedangkan purata kenaikan gaji rakyat Malaysia adalah lebih rendah sehingga menyukarkan rakyat Malaysia memiliki sebuah kediaman yang sesuai dengan keperluan mereka. Bagi mereka yang berjaya membeli rumah pertama, mereka terpaksa berdepan pula dengan risiko hutang yang berpanjangan apabila projek rumah yang dibeli akhirnya terbengkalai. Keadaan ini memburukkan lagi nasib pembeli dari golongan berpendapatan rendah kerana mereka terpaksa membayar pinjaman rumah sementara masih menyewa. Ramai dari mereka akhirnya tidak mampu meneruskan bayaran pinjaman rumah dan disenaraihitamkan dari mendapat pinjaman di masa hadapan. Bagi mereka ini, memiliki rumah yang sesuai menjadi satu kemustahilan. Statistik terkini dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menunjukkan bahawa sehingga 31 Disember 2009, terdapat 115,788 unit rumah yang tidak siap melibatkan 492 projek di seluruh negara. Walaupun ada beberapa langkah di peringkat persekutuan dan negeri untuk memulihkan projek-projek ini, ia tidak dapat menyelesaikan masalah projek perumahan terbengkalai kerana struktur industri perumahan tidak banyak berubah. Pakatan Rakyat percaya campur tangan yang berterusan diperlukan untuk memulihkan projek-projek perumahan terbengkalai yang sedia ada. Namun, beberapa langkah proaktif juga diperlukan untuk melindungi rakyat dari risiko keberhutangan akibat rumah terbengkalai; apatah lagi dalam suasana harga barang naik dan gaji rendah yang semakin menekan rakyat. Beberapa langkah boleh dilaksanakan di peringkat negeri termasuklah kemudahan untuk mendapatkan kelulusan perancangan dari pihak berkuasa tempatan dengan cepat bagi projek-projek yang dibina di bawah konsep ini. Anak-anak syarikat yang terlibat dalam industri perumahan juga boleh diminta melaksanakan projek di bawah konsep ini mengikut sasaran yang ditetapkan kerajaan negeri. Isu ini akan dibawa ke dalam mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat akan datang untuk mencari konsensus bahawa negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat akan menggalakkan pembinaan rumah di bawah konsep "bina dan jual" secara berperingkat, agar industri perumahan dapat membiasakan diri untuk melaksanakan konsep ini sepenuhnya dalam masa terdekat. Pakatan Rakyat mengakui bahawa masih terdapat beberapa isu pokok yang perlu diselesaikan sebelum konsep "bina dan jual" ini boleh dilaksanakan sepenuhnya. Keperluan mendesak melindungi hak pembeli mesti diseimbangkan dengan langkah-langkah memastikan harga rumah tidak naik mendadak atas alasan kos pembiayaan projek yang lebih tinggi di bawah konsep ini. Pelaksanaan konsep ini juga perlu mengambil kira keperluan nasional untuk menjamin keterlibatan pemaju-pemaju yang lebih kecil; dengan memastikan mereka juga diberi ruang untuk mendapatkan kemudahan pembiayaan projek pada kadar yang berpatutan. Semua ini memerlukan peralihan sikap dan struktur dalam industri perbankan dan perumahan, yang hanya boleh dicapai jika kerajaan persekutuan ada kemahuan politik. Sementara itu, Pakatan Rakyat akan menumpukan kepada langkah-langkah di dalam bidang kuasa dan pengaruhnya yang boleh dilaksanakan segera untuk melindungi hak pembeli rumah. ANWAR IBRAHIM 24 Jun 2011 |
Polis paling berkuasa didunia pun tak boleh buat apa... Posted: 26 Jun 2011 02:30 AM PDT |
Posted: 25 Jun 2011 09:00 PM PDT |
Makhluk mana la yang teringin sangat nak bunuh hang ni... haha... Posted: 25 Jun 2011 08:40 PM PDT Khairy terima SMS ugutan bunuh terhadap ahli Pemuda UMNO SEPANG: Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) ugutan bunuh yang ditujukan kepada ahli pergerakan itu yang akan menyertai perhimpunan pada 9 Julai ini. Satu laporan polis dijangka akan dibuat hari ini.- Berita Hairan |
Bakal PM kita - baguih banyak dari Najib Posted: 25 Jun 2011 08:36 PM PDT |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan