Khamis, 23 Jun 2011

shalehudin

shalehudin


Malaysia 2 - 1 Lubnan

Posted: 23 Jun 2011 08:00 AM PDT

Pemain negara, Mohamad Fadhli Mohd Shah (kiri) diasak dua pemain Lubnan pada saingan kelayakan Olimpik di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. Malaysia layak ke peringkat kumpulan selepas menundukkan Lubnan 2-1. - Foto Osman Adnan

Demo lawan demo, nasihat sapa ni...

Posted: 23 Jun 2011 07:58 AM PDT

Ni semua ataih nasihat APCO kot kat Piem Umno... Lawan demo dengan demo, tapi kuatkan suara minoriti tu, bagi pulak sokongan penuh media seolah olah kekacauan besaq akan berlaku kalau majoriti ni engkar. Takut takutkan pulak rakyat terutama bangsa lain yang kerap sangat diulang ulang sebagai golongan pendatang tuh... haha...

Sebab tu dari dulu lagi aku berpandangan Perkasa tu adalah perkakas Umno... tok sah dok menyorok belakang NGO laa... Ini semua idea bernas dari penasihat luaq negara mereka tu laa...

Piem Umno Najib Razak telah dengan bijak memperkudakan sepenuhnya alat ciptaan Mahathir ni iaitu Perkasa yang lantang dan ekstrim semata mata untuk menakut-nakutkan rakyat yang akan menyertai Perhimpunan Bersih pada 9 Julai depan. Golongan keris telanjang ni bertugas dengan baik selama ini bagi pihak Umno, la ni sekali lagi jasa dan khidmat mereka diperlukan untuk memperlekeh usaha yang dilakukan gabungan Bersih menuntut pilihanraya yang bersih.

Jangan tak percaya kerana rakyat yang perihatin yakin, jika tidak kenapa Najib sampai la ni dok berdiam diri dan langsung tak tegur ugutan yang dibuat oleh Polis, oleh Hishamuddin dan perkakas Umno... Perkasa sendiri. Sah la, ni semua permainan Umno nak takutkan orang ramai. Dah tu sudah pi la, siap ngan ada ugutan bunuh lagi kat orang orang tertentu dalam Bersih dan pakatan pembangkang...

Jangan takut, tak dak bau pembangkang pun...

Posted: 23 Jun 2011 05:10 AM PDT

Agak agak hampa la, macamana rupa Bersih pada pandangan Umno, pada tilikan Polis, pada tenungan Perkasa, pada risikan Najib khasnya? Kalau Bersih ni tak kuat mana, kalau Bersih ni tak dak power langsung... apa yang nak ditakutkan sangat?

Orang ramai nak berarak kat jalanraya, suarakan permintaan depa secara aman kat Agong pun jadi salah besaq sangat ka?

Bab jalan tutup ni dah selalu sangat dah, lumba beskal hari tu pun tutup gak, tak dak berpuloh pun laporan polis yang depa buat kononnya peniaga dan geng bawak teksi tak leh cari makan? Hek ellehh... depa tutup baru ni pasai himpun sejuta belia tak pa punnn.... haha... banyak akai betoi laa.... Awat, pasai anjuran Piem Umno nak kawal Putrajaya dari Pakatan Rakyat?

Pada pihak Polis, suka rakyat terbanyak nak berpesan. Jangan dok ikut sangat apa yang si Muhyiddin tu merapukan... Bersih bukan nak gulingkan kerajaan dengan cara pemberontakan. Kalau nak berontak, kita tak pilih pilihanraya laa... 

Rakyat ni bukan apanya, nak tengok SPR lebih professional, tak jadi perkakas Umno dan BN nak jaga periuk nasik depa. SPR kena lebih berani melakukan reformasi dalam sistem pilihanraya kita supaya lebih telus dan saksama. Bersih pulak bukan mintak yang bukan bukan. Depa cuma mintak tempoh kempen minimum tu up ke 21 hari, gunakan dakwat kekal di jari nak elak hantu siang hari... dan jugak pendaftaran automatik pengundi mencapai umur 18 tahun.

Mana ada bau pembangkangnya...

Najib dengan brandnya...

Posted: 23 Jun 2011 04:24 AM PDT

Piem berbangsa Umno, Datuk Seri Najib Razak meninjau kedai rakyat 1Malaysia di stesen LRT Kelana Jaya, kelmarin. - Foto Yazit Razali

Malu la sama kat Lee Lam Thye

Posted: 22 Jun 2011 07:00 PM PDT

Belajarlah dari Lee Lam Thye
Oleh Haji Abdul Subky Latif

Sekalian pemimpin tertinggi PKR yang meninggalkan parti itu atas sendiri dan berbagai sebab mencerca parti itu dan pemimpinnya khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Antara mereka itu adalah pengikut Anwar sejak dalam Abim dan dapat rezeki dari Anwar. Dan antara mereka juga guru-guru universiti. Anwar itu seoleh-oleh tak elok langsung.

Antara pemimpin PAS dulu begitu juga. Ustaz-ustaz belaka. Mereka cerca PAS secukup-cukupnya.

Biasalah bagi setengah suami yang menceraikan isterinya, tak betul belaka jandanya.

Tetapi tidak begitu pula bagi Lee Lam Thye, bekas pemimpin DAP yang dilihat pintar dan lincah apabila dia meninggalkan partinya menjelang pilihan raya umum 1990.

Dia adalah seorang pemimpin yang seangkatan dengan Lim Kit Siang dan kehebatannya hampir menyamai Kit Siang. Ada pandangan kiranya Kit Siang berundur, Lam Thye salah seorang calon yang layak menggantikannya.

Amat menggemparkan apabila dia meninggalkan DAP. Tetapi tidak pernah dia membuat kenyataan buruk tentang partinya dulu dan rakan-rakannya.

Orang-orang DAP pun tidak pula memburuk-burukkannya.

Semua tahu Lee Lam Thye mendapat banyak kemudahan dan peluang dari kerajaan. Kita tidak tahu apakah dia seorang yang kaya raya. Tetapi dipercayai dia adalah seorang hartawan yang tidak menonjol.

Sekalian yang keluar PKR dan keluar PAS tidak keluar saja melainkan mereka dipercayai mendapat sesuatu dari Umno dan kerajaan. Banyak mana mereka dapat itu adalah masalah mereka.

Untuk mendapat semua itu mereka sanggup mencerca bekas partinya dan pemimpin yang mereka sokong dulu. Bahkan mereka sanggup menjadi jurucakap untuk memburukkan parti yang mereka pernah sertai dan pemimpin yang pernah mereka puja.

Tetapi orang percaya Lee Lam Thye dapat jauh lebih banyak dari yang mereka dapat. Bahkan Lee Lam Thye mendapat kedudukan dan penghormatan yang jauh lebih baik dari sekalian yang mencerca parti dan rakan-rakannya.

Pantang ada kegiatan kerajaan, mereka muncul di kaca TV memuji kerajaan begitu dan begini dan menjunjung tinggi semua pemimpin kerajaan dan parti yang memerintah yang mereka pernah tentang dan cerca semasa bersama pembangkang dulu.

Tetapi Lee Lam Thye kalau muncul di kata TV dan membuat kenyataan dalam media, dia adalah bagi menyatakan sesuatu tentang kegiatannya dan kebaikan badan yang kerajaan amanahkan kepadanya.

Dia diberi peranan dalam kegian PLKN. Kenyataannya tentang PLKN adalah tentang rancangan sudah berjalan dan apa yang perlu dijalankan baik menambah baik perjalanannya. Tidak pernah dia mengangkat melangit kerajaan yang mengatakan latihan itu dan tidak pula memuji-muji menteri yang memberi penghormatan kepadanya.

Sehingga ini Lee Lam Thye adalah seorang yang dihormati oleh semua pihak dalam masyarakat. Malah dia lebih dihormati dari setengah menteri MCA. Menteri-menteri baik Melayu dan bukan Melayu tidak terlepas dari cacat celanya. Rakyat menilai prestasi dan penampilan mereka.

Setakat ini tidak ada yang memberi pandangan negatif tentangnya, pada hal dia adalah seorang pembangkang yang banyak dan lama mengkritik kerjaan dan Umno.

Tidak ada yang merasakan dia telah diperalatkan oleh pemimpin BN bagi memburukkan partinya.

Inilah bezanya bekas pemimpin DAP ini dengan lain-lain bekas pembangkang yang meninggalkan parti.

Tidaklah bererti meninggalkan pembangkang itu tidak betul belaka. Tetapi biasanya orang yang meninggalkan pembangkang dan menjadi penyokong tegas parti yang memerentah tidak diberi penghormatan tinggi oleh masyarakat bahkan mereka tidak dipercayai oleh setengah pemimpin dan penyokong kerajaan.

Antara mereka diberi layanan menggalakkan selama mereka berguna bagi memburukkan parti yang ditinggalkannya. Mereka dapat merebut peluang kebendaan untuk sementara dan diberi jawatan baik, tetapi antara mereka ada yang tidak dikendaki lagi.

Tetapi Lee Lam Thye terus diberi penghormatan. Dan dia terus tidak dapat digunakan untuk memburukkan parti dan bekas rakan-rakannya.

Inilah yang orang politik perlu belajar dari Lee Lam Thye. Sesiapa yang hendak melompat dari pembangkang ke pihak kerajaan, contohinya sesuatu dari Lee Lam Thye.M/I

Bersih 2.0 perlu bersih dan dilihat bersih

Posted: 22 Jun 2011 05:00 PM PDT

Kempen NGO 'BERSIH' atau kini dikenali dengan BERSIH 2.0 hampir ke kemuncaknya yang dengan tegas menuntut Pilihanraya yang adil bagi negara ini. Tuntutan yang baik hendaklah dilaksanakan dengan baik bagi menghasilkan sesuatu yang baik.

Bak kata Dr. Asri, sesuatu tindakan dalam urusan kehidupan muslim khususnya dilihat kepada dua perkara; tujuan dan cara. Jika tujuannya baik, dan caranya juga baik maka itu adalah amalan yang baik. Jika tujuannya baik, caranya salah, maka pelakunya tetap bersalah kerana mengambil cara yang salah seperti mencuri dengan tujuan hendak bersedekah. Jika tujuannya buruk atau dosa, segala langkah ke arah tujuan itu dinilai berdosa. Setiap individu yang hendak menyertai sesuatu aktiviti, hendaklah memastikan tujuannya itu halal atau mulia, dan caranya juga halal.

Tujuan BERSIH 2.0 adalah baik, menuntut hak yang sepatutnya diperolehi oleh rakyat seperti yang dijanjikan oleh perlembagaan. Jika ia berjaya, ia bukannya untuk kemaslahatan parti tertentu sahaja, tetapi untuk keadilan berpolitik sepanjang masa, untuk semua pihak tanpa mengira parti.

Tiada ulasan: