shalehudin |
- Dapat jugak aku salam ngan Yusof Haslam...
- Dua kali haram... kahkahkah...
- Hangpa tak rasa pelik ka tengok gambaq nih...
- Wayang pacak dah mula dah...
- Tanda tanda kejatuhan Umno
Dapat jugak aku salam ngan Yusof Haslam... Posted: 18 Jun 2011 08:40 AM PDT Datuk Yusof Haslam (kanan) bersama pengarah KL Gangster, Syamsul Yusof bersalaman dengan Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan/Putrajaya/Labuan, Datuk Roslan Dahaman di Restoran Haslam di Jalan Pahang, malam tadi. Datuk Yusof Haslam memohon maaf kepada PEKIDA berhubung kontroversi penggunaan beberapa nama panggilan yang dikatakan sinonim dengan pertubuhan itu melalui filem aksi terbabit, baru-baru ini. - Foto Salim Shaari |
Dua kali haram... kahkahkah... Posted: 18 Jun 2011 06:25 AM PDT PAS Kelantan haramkan Utusan Malaysia Kerajaan PAS Kelantan hari ini mengharamkan akhbar Utusan Malaysia daripada membuat liputan acara yang melibatkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta sesi persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuatkuasa serta merta. Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ahmad Fadzli Shaari, berkata keputusan itu dibuat berikutan penyiaran karikatur yang disifatkan menghina agama Islam berhubung isu rogol dan zina, yang disiarkan dalam akhbar berkenaan. Katanya, surat rasmi oleh Pejabat Menteri Besar dan Pejabat Urusetia DUN akan dikeluarkan dalam masa terdekat mengenai perkara itu. "Tindakan itu akan berterusan sehinggalah pihak akhbar berkenaan memohon maaf secara rasmi atau menarik balik penyiaran karikatur berhubung isu itu," katanya ketika dihubungi Bernama. Semalam, PAS melancarkan kempen 'Boikot Utusan Malaysia' kerana mendakwa akhbar itu menghina agama Islam menerusi karikatur berkenaan. Pada 15 Jun lalu, Utusan menyiarkan karikatur yang dilukis oleh Miki yang membuat dua perbandingan situasi mengenai kaedah pelaksanaan hukuman jenayah rogol. Lakaran pertama mengambarkan seorang gadis yang mendakwa dirinya dirogol dan dikatakan mempunyai bukti dalam bentuk rakaman video telefon tetapi ditolak oleh "tok penghulu" kerana tidak mempunyai empat saksi. Mangsa politik Dialog yang dikatakan menghina Islam adalah: "Peralatan itu tak boleh jadi saksi, sebab dia tak ada telinga dan tak ada mata! Dia hanya Besi." Lakaran kedua itu pula menunjukkan lukisan gadis yang sama membawa aduan berkenaan kepada seorang anggota polis yang menerima duan itu. Dialognya berbunyi "Bagus...Alat itu pun boleh jadi bukti!" Sementara itu, Kelab Wartawan Kelantan Darul Naim hari ini membidas kerajaan PAS Kelantan kerana menjadikan media sebagai mangsa politik dengan mengharamkan Utusan membuat liputan pada majlis rasminya. Timbalan Presidennya Mohd Harris Hazri Abdul Halim berkata tindakan itu tidak melambangkan PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan demokrasi. "Seharusnya PAS Kelantan lebih bersikap terbuka kerana rakyat perlu mengetahui hal pentadbiran kerajaan melalui akhbar Utusan. Perkara ini tidak wajar dipolitikkan dengan PAS menunjukkan kuasa mereka dan mengharamkan wartawan di Kelantan. Apa dosa mereka?," katanya. Mohd Harris berkata tindakan PAS tersebut adalah tidak adil bagi wakil Utusan di Kelantan yang tidak terbabit dengan penyiaran karikatur berkenaan. "Ini bukan salah wartawan Utusan Malaysia di Kelantan, mereka bukannya pelukis karikatur itu tetapi ianya dilakukan oleh ibu pejabat mereka di Kuala Lumpur. Apakah rasional diharamkan mereka membuat liputan majlis kerajaan negeri," katanya. |
Hangpa tak rasa pelik ka tengok gambaq nih... Posted: 18 Jun 2011 01:54 AM PDT Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin (dua dari kiri) bersama (dari kiri) Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar; Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Zulkifli Zainal Abidin dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud berjanji menjaga keamanan negara pada majlis perbarisan perintah ulung Panglima Angkatan Tentera di Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur, semalam. - Foto Lim Poh Chin |
Posted: 18 Jun 2011 01:06 AM PDT Skrip lama dari filem lama... cuma pelakon ja yang baru... kahkahkah... Depa main wayang kekononnya berbalah, tapi sebenaqnya bertujuan nak bagi rakyat gelabah. Nak bagi rakyat jadi takut untuk menegakkan hak mereka untuk berhimpun secara aman. Rakyat sedar, mereka bukan berlawan dengan Polis tapi menjulang hak rakyat menuntut pilihanraya yang lebih telus dan bersih seperti yang telah di mintak sekian lama.... Hishamuddin bagi amaran kat Khairy Jamaluddin berhubung perhimpunan yang dirancangkan oleh Pemuda Umno, KJ balaih balik katakan Hishamuddin jangan dok gempaq pemuda dengan permit Polis, pasai mereka tetap akan teruskan. Hangpa tak percaya kata depa ni tengah berwayang? Tunggu ja laa... sampai masa mesti tak jadi punya. Gertakan Hishamuddin kelmarin terhadap Pemuda Umno hanyalah satu lagi gimik dalam menyaingi populariti presiden Perkasa... Polis akan bagi amaran keras, Umno akan nasihatkan KJ balik dok bawah ketiak bini... last last cancel tak jadi... Apa pun sebabnya, ia bertujuan untuk menggagalkan perhimpunan Bersih 2.0 yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini. |
Posted: 17 Jun 2011 05:00 PM PDT |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan