shalehudin |
- Aku tabik kat Datuk Siti kalau dia boleh buat nii...
- Perkasa perkakas UMNO
- Teloq di picit orang
- Dr. Asri ni tibai sapa pulak dah... haha...
- Anwar cari pasai lagi...
- Hihihi... aku tabik...
- Betoi dak Perkasa tu Umno dan Umno tu Perkasa
- Orang gigit anjing... kahkahkah...
Aku tabik kat Datuk Siti kalau dia boleh buat nii... Posted: 17 Jun 2011 08:31 AM PDT |
Posted: 17 Jun 2011 07:14 AM PDT Perkasa boleh buat demo perjuangkan hak mereka bila bila masa, bukannya berdemo menentang hak kita... ini dah macam pengganas... |
Posted: 17 Jun 2011 06:55 AM PDT Khairy mungkin lupa, tapi orang kampung ramai yang ingat lagi... hihi... Dulu dia ni la jugak yang beria ia menyalak dengan berkata 'beruk beruk jalanan' pada rakyat yang berhimpun pada perhimpunan Bersih 2007 lalu, tapi la ni dia pulak yang terhegeh hegeh nak join Perkasa buat huru hara... kahkahkah... Patut la pun Pak Lah jatuh awai, menantu dia tak dak prinsip rupanya... haha... Bila dia tengok si Berahim Perkasa yang semakin glamour, tiap tiap hari terbit dalam akhbar, dia pun teringin nak cari idea buat sikit gimik sebagai publisiti murahan untuk masa depan politik dia juga... haha.... Bila dia dengaq Berahim pun nak buat huru hara pada perhimpunan Bersih 2.0, 9 julai nanti, baru la dia kalut nak join sama, tumpang tui... Nampak sangat teloq hangpa orang lain dok picit... kahkahkah... |
Dr. Asri ni tibai sapa pulak dah... haha... Posted: 17 Jun 2011 04:40 AM PDT Kartunis Utusan, rogol dan zina Mohd Asri Zainul Abidin Saya tidak pasti, apakah kartunis Utusan itu hendak menghina Islam atau hendak menghina pihak tertentu. Jika dia bertujuan menghina Islam, dilakukan pula dalam keadaan yang sedar akal fikirannya, maka dia terkeluar daripada Islam. Namun, jika dia bertujuan mengkritik salah faham sesetengah pihak mengenai perbezaan hukum zina dan rogol, maka itu tidak merosakkan imannya, bahkan satu sumbangan membetulkan fahaman yang salah. Adapun jika dia bertujuan membohongi fakta yang dimaksudkan oleh seseorang, sehingga menimbulkan salah sangka, maka dia berdosa besar. Persoalan yang timbul; apakah jika seseorang wanita membuat aduan kepada mahkamah syariah bahawa dia dirogol maka mahkamah syariat akan menyatakan: awak mesti mendatangkan empat orang saksi, jika tidak awak disebat 80 rotan? Adakah di dunia ini empat orang saksi yang soleh sanggup membiarkan seorang wanita dirogol di hadapan mereka? Rogol Mungkin ada yang tidak faham sehingga menyamakan jenayah rogol dan zina. Zina adalah maksiat peribadi yang Islam berusaha menutupnya. Sebab itu diketatkan dengan empat orang saksi. Adapun rogol adalah pencabulan terhadap individu lain tanpa rela dan kejam, maka pembuktiannya tidak seketat zina. Beza menuduh orang lain berzina dengan mendakwa diri menjadi mangsa adalah soal maruah. Menuduh orang lain berzina mempunyai unsur menjatuhkan maruah orang lain. Sementara mendakwa diri menjadi mangsa rogol adalah mempertaruhkan maruah diri sendiri. Secara lojiknya, sukar dilakukan melainkan dalam keadaan yang amat memaksa. Bagaimanakah mungkin seseorang mampu mendiamkan diri apabila dia dimangsakan? Maka, dalam kes kedua qarinah (bukti kaitan) boleh dipakai seperti yang disebut dalam Surah Yusuf: "Dan mereka berdua pun berkejaran ke pintu, serta perempuan itu mengoyakkan baju Yusuf dari belakang; lalu terserempaklah keduanya dengan suami perempuan itu di muka pintu. Tiba-tiba perempuan itu berkata (kepada suaminya): Tiada balasan bagi orang yang mahu membuat jahat terhadap isterimu melainkan dipenjarakan dia atau dikenakan azab yang menyiksanya". Yusuf pula berkata: "Dialah yang menggoda diriku". (Suaminya tercengang mendengarnya) dan seorang dari keluarga perempuan itu (yang ada bersama-sama) tampil memberi pendapatnya dengan berkata:"Jika baju Yusuf koyak dari depan maka benarlah tuduhan perempuan itu, dan menjadilah Yusuf dari orang-orang yang berdusta. Dan jika bajunya koyak dari belakang, maka dustalah perempuan itu, dan Yusuf adalah daripada orang-orang yang benar. Setelah suaminya melihat baju Yusuf koyak dari belakang, dia berkata: "Sesungguhnya ini adalah dari tipu daya kamu orang-orang perempuan; sesungguhnya tipu daya kamu amatlah besar pengaruhnya" (Surah Yusuf: ayat 25-28). Lihat, Al-Quran menceritakan bagaimana qarinah digunakan dalam peristiwa ini. Lian Sebab itu juga, Islam tidak mewajibkan pula seseorang yang menuduh isterinya berzina agar mendatangkan empat orang saksi. Ini kerana tuduhan zina kepada isteri sendiri hanya mencalarkan maruah penuduh. Maka, agak sukar untuk seseorang itu menuduh isterinya secara bohong berzina. Juga amat berat untuk seseorang itu mendiamkan diri apabila mengetahui isterinya berzina. Ini kerana kedua-dua keadaan itu merobohkan maruah dan kehormatan dirinya. Jika orang lain yang berzina, mungkin dia mampu mendiamkan diri disebabkan kekurangan saksi. Tetapi sudah pasti tidak bagi kes isterinya. Justeru Allah menyebut: (maksudnya) "Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya dia dari orang-orang yang benar; Dan sumpah yang kelima (hendaklah dia berkata): "bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika dia dari orang- orang yang dusta. Dan bagi menghindarkan hukuman seksa terhadap isteri (yang kena tuduh) itu hendaklah dia (isteri) bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya (yang menuduh) itu benar-benar daripada orang-orang yang berdusta; Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata); bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang- orang yang benar. (Surah al-Nur ayat 6-9). Bab ini dinamakan dengan 'li'an' atau penglaknatan. Inilah jalan yang Allah berikan kepada pasangan suami isteri yang tuduh-menuduh dalam perkara seperti ini. Selepas proses ini dilakukan, mereka dipisahkan selamanya, tanpa ada hukuman keseksaan mahkamah yang dijalankan, sebaliknya diserahkan urusan tersebut kepada Allah. Ini kerana, kes ini adalah kes mempalitkan keaiban diri sendiri. Maka, mereka yang mendakwa diri dirogol atau diliwat secara paksa juga adalah menampalkan keaiban ke atas diri sendiri. Amat sukar bagi insan normal itu membuat dakwaan seperti itu secara semberono. Melainkan jika ada kepentingan tersembunyi yang lain. Maka mereka juga tidak perlu mendatangkan empat saksi. Sebaliknya boleh diterima pakai kaitan (qarinah) yang membuktikan kejadian itu berlaku. Justeru, paksi dalam hal ini semua, ada demi memelihara keturunan dan maruah. |
Posted: 17 Jun 2011 12:00 AM PDT Penggantungan tidak sah, tegas Anwar KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertegas mengatakan penggantungan beliau dan tiga Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) dari Dewan Rakyat selama enam bulan, sebagai tidak sah. Anwar dan tiga lagi ahli parlimen berkenaan iaitu Azmin Ali (KEADILAN-Gombak), R.Sivarasa (KEADILAN-Subang) dan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), digantung pada Disember tahun lalu. "Saya kembali menyambung tugas tapi masih berpendirian penggantungan itu tidak sah, yang tidak memberi ruang kepada saya dan rakan-rakan untuk membela diri kami dan ini satu kecacatan dalam Parlimen Malaysia," kata beliau ketika sidang media di Parlimen di sini hari ini. Manakala Azmin yang turut mengecam tindakan itu menyifatkan prinsip dan peraturan diambil mudah oleh Barisan Nasional (BN) bagi menggantungkan seseorang Ahli Parlimen. "Kita dapat lihat pimpinan hari ini khususnya BN tidak lagi berpegang kepada perinsip dan peraturan tapi berpegang kepada majoriti mudah yang ada dalam dewan untuk menafikan kesemua hak yang dijamin dalam perlembagaan. "Kita akan bongkar banyak penyelewengan yang berlaku dalam tempoh enam bulan yang lalu dan kita akan mengambil bahagian secara aktif untuk memastikan perkara ini tidak mudah dilakukan pimpinan kerajaan pusat," kata beliau. Sementara itu, Sivarasa pula menyifatkan penggantungan mereka sebagai titik hitam dalam sejarah Parlimen yang mencerminkan BN tidak mampu menjalankan Parlimen yang demokrasi. "Penggantungan kami pada 16 Disember merupakan satu tanda hitam yang kekal di Parlimen di Malaysia di mana cara penggantungan melanggar peraturan dan ini mencerminkan BN tidak sedia menjalankan Parlimen yang demokrasi. Ini membezakan BN dengan Pakatan Rakyat," katanya. Pada 16 Disember tahun lalu, Dewan Rakyat meluluskan usul menggantung Anwar dan tiga wakil rakyat terbabit daripada menghadiri persidangan selama enam bulan. Ia berhubung pendedahan Anwar mengenai konsep 1Malaysia, yang menyamai konsep One Israel yang diperkenalkan syarikat firma perunding antarabangsa yang pro Israel, Apco Worldwide. Karpal, Sivarasa dan Azmin digantung kerana menghina dewan apabila menyokong Anwar dan menuntut speaker membenarkan Ketua Umum KEADILAN itu mempertahan diri. |
Posted: 16 Jun 2011 09:00 PM PDT |
Betoi dak Perkasa tu Umno dan Umno tu Perkasa Posted: 16 Jun 2011 07:00 PM PDT Betoi dak yang Perkasa tu adalah Umno dan Umno itu adalah Perkasa... Perkasa ni hanyalah perkakas Umno yang bersuara menajga kepentingan Umno yang mana suara suara itu terlalu sensitif untuk disuarakan oleh Umno sendiri demi menjaga keharmonian dalam BN. Umno terpaksa mencipta satu perkakas yang bila bercakap tak kira sesensitif mana pun isu tersebut, Umno tidak akan dipersalahkan oleh rakan rakan dalam BN. Perkasa yang diangkat menjadi lidah Umno hanya akan sensitif terhadap isu politik yang menyentuh PAS, PKR dan DAP sahaja. Dan akan terus menjuarai isu politik untuk mempertahankan Umno / BN tanpa memijak dibumi keadilan. Perkasa hanya hidup enak diatas isu isu yang dipolemikkan demi survival politik Umno / BN. Lihat saja isu murtad, kenapa Perkasa senyap bagai tiada hati dan perasaan langsung bagi NGO yang kekononnya menjaga kepentingan Melayu dan Islam itu. Melihat pada penyata rasmi yang dikeluarkan oleh Parlimen Malaysia dalam jawapan bertulis daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Mejar Jeneral (B) Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang mengatakan Mahkamah Syariah telah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010 ketika menjawab soalan lisan daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) memang mengharukan kita. Dimana presiden Perkasa ketika ini yang jugak sebagai seorang ahli parlimen bila mendengar sebanyak 135 orang yang diluluskan untuk keluar Islam atau murtad? Perkasa yang dikatakan ingin mempertahankan hak orang Melayu / Islam dalam semua aspek dan hak pribumi ini tetiba menjadi bisu dan tukang angguk pada Umno. Apa yang dilakukan oleh Datuk Ibrahim Ali setelah diperjelaskan oleh Datuk Seri Jamil Khir berkaitan statistik tersebut? Tak salah jika majoriti rakyat menjadi curiga dengan pendekatan Perkasa selama ini. Isu murtad ini langsung tidak memberikan kesan sensitif terhadap perjuangan Perkasa. |
Orang gigit anjing... kahkahkah... Posted: 16 Jun 2011 05:00 PM PDT Nak demo depan Utusan yang PUM kata hina Islam? Perkasa akan lawan anda! Oleh Penarik Beca Saya tidaklah pandai hukum hakam Islam. Oleh kerana itu, kecuali jelas sangat, saya tidak cukup ilmu untuk kata mana-mana pihak hina Islam. Tetapi apabila Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menyatakan karikatur dalam Utusan Malaysia menghina Islam, tentulah saya tak akan mampu menyatakan sebaliknya. Bila PUM kata karikatur dalam Utusan menghina Islam, orang melihat Utusanlah yang menghina Islam. Saya tidak nak tulis soal Umno atau ternakannya hina Islam atau Umno anti-Islam. Bagi saya, itu bukan berita. Lainlah kalau cerita Umno atau ternakannya tidak hina Islam dan tidak anti-Islam. Itu baru news. Ia sama dengan cerita anjing gigit orang. Ia bukan berita. Lainlah kalau orang gigit anjing. Itu baru news. Dalam kenyataannya kepada wartawan pada 20 April 1983, Perdana Menteri hari ini, Datuk Seri Najib Tun Razak kata "negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan". Dalam kenyataannya kepada wartawan pada 20 April 1992 pula Najib kata "Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu". Kenyataan seperti itu, nak kata apa lagi, nak bagi istilah apa lagi kalau bukan menghina Islam, anti-Islam dan lebih dari itu, menghina Allah s.w.t.? Nak bagi smokescreen yang lagu mana untuk menutupi perbuatan menghina Islam, menghina Allah yang terang-terangan itu? Sebab itu saya kata bukan berita. Dah berpuluh tahun menghina Islam. Apa Utusan buat itu bukan news sebab akhbar itu bukanlah ternakan Umno yang pertama menghina Islam. Pada 24/2/06, berlaku demonstrasi di hadapan pejabat NST kerana tindakan akhbar tersebut menyiarkan kartun yang disifatkan menghina Islam. Tetapi, masa itu lain. Kerana bergaduh dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menjadi Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri dilihat mengepalai kecaman ke atas NST. Malaysiakini 23/2/06 melaporkan berita bertajuk "Editor NST patut digantung kerja, kata Dr Mahathir". Bukan Dr Mahathir sahaja, situasi politik pada masa itu juga mendorong para pemimpin Umno yang lain mengecam NST. Mereka termasuk Ketua Pemuda Umno pada masa itu Datuk Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Penerangan Umno pada masa itu Tan Sri Muhammad Mohd Taib dan Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Pemuda Umno pada masa itu, Datuk Mukhriz Mahathir yang menyifatkan kartun NST itu "menghina Islam dan Rasulullah". Menteri Penerangan pada masa itu, Datuk Zainuddin Maidin pula mendakwa anggota kabinet termasuk yang bukan Islam kesal terhadap tindakan NST itu. Malah ada dakwaan yang membikin cerita bahawa sebahagian sepanduk yang diarak orang-orang PAS yang berdemonstrasi di hadapan pejabat NST itu sebenarnya dibekalkan oleh puak-puak Mukhriz. Harap-harap tidak benar. Kalau benar, sampai begitu sekali perebutan kuasa sesama Umno! Mao Tse Tung pernah kata, kalau dua ekor anjing bergaduh, mereka tentu sedang berebut tulang. Kini, apabila PUM menyatakan kartun Utusan menghina Islam, adakah anda fikir para pemimpin Umno akan mengecam akhbar itu? Adakah anda fikir ada orang Umno akan membekalkan sepanduk untuk anda berdemonstrasi di hadapan Utusan? Silakan bermimpi! Yang pasti, jika anda hendak berdemonstrasi di hadapan Utusan kerana karikaturnya yang disifatkan menghina Islam oleh PUM, jika anda hendak berdemonstrasi di hadapan Utusan kerana hendak mempertahankan maruah Islam yang menurut PUM dihina oleh akhbar itu, orang-orang Perkasa pasti akan bertembung dengan anda di sana. Firqah itu sudah bersumpah setia untuk "berjihad" mempertahankan Utusan Malaysia sehingga ke titisan darah terakhir!!! Hina Islam tak penting. Yang penting bagi bangsa Umno itu, Utusan mesti dipertahankan sehingga ke titisan darah terakhir. Jangan lupa!!! |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan