Khamis, 16 Jun 2011

shalehudin

shalehudin


Woii... ni berita paling lawak nih... kahkahkah...

Posted: 16 Jun 2011 09:25 AM PDT

Kahkahkah.... ini la berita paling lawak yang pernah aku dengar... kahkahkah...

Macamana la gamaknya jutawan muda dalam Umno nak berdemo yerk? Tak terpikiaq aku yang jutawan muda dalam Pergerakan Pemuda Umno Malaysia berani bercakap gini, nak adakan perhimpunan jugak pada tarikh dan tempat yang sama dengan perhimpunan BERSIH di ibunegara pada 9 Julai depan.... kahkahkah...

Berdemo belakang pungkok Polis berani la depa... kahkahkah...

Ikut kata Khairy, depa jugak akan berarak ke Istana Negara pada 9 Julai dan butiran lanjut akan diumumkan kemudian.... Jutawan muda dalam pemuda Umno ni tok sah cakap la, memang membabun buta menyokong sistem pilihan raya sedia ada dan mahu bekerjasama dengan SPR kononnya untuk melakukan penambahbaikan... ptutuihhh....

Sebelum ni, PERKASA juga mengumumkan akan menganjurkan perhimpunan pada masa dan tempat yang sama.

Tapi aku jangkakan pada 8hb Julai nanti tetiba ja KJ umumkan tak jadi pasai hormati uniform Polis... kahkahkah... tak percaya hangpa tunggu tengok laa... Hekeelleehhh... jutawan muda la katakan, mana reti nak lari dari cota Polis... kahkahkah....

Macam ni punya hensem pun dikambing kan jugak... haha...

Posted: 16 Jun 2011 06:34 AM PDT

Sepandai pandai katak melompat... ooppsss, sori ya Pak Berahim... hihi... pi nyanyi lagu kat hang pulak dah... haha... Sepandai pandai Khir melompat, akhirnya jatuh diatas riba Rosmah jua... haha... Hang mungkin terlepas dari kes nih atas sebab sebab teknikal yang dicipta sebagai membalas budi atau apa apa pun laa... tapi nama hang dah diconteng teruk. Hang telah dikambing hitamkan demi kemenangan BN dalam PRU ke 13 nanti...

Saksi utama kes rasuah Dr Mohd Khir Toyo hari ini mendakwa bekas menteri Besar itu telah menggesa beliau agar berbohong kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan tidak melibatkannya.

Dalam keterangannya, Pengarah Ditamas Sdn Bhd Shamsuddin Hayroni berkata Dr Khir (gambar) ada meminta agar tidak melibatkan beliau ketika memberikan keterangan kepada SPRM dua tahun lalu.

Pandai jugak si Khir ni kelentong kawan dia bila terbaca petikan dari si Shamsuddin nih... Khir berani kelentong macam ni selalunya bila dia teramat yakin... keyakinan dia tentu bersebab kan? Ada ke sesapa yang boleh cerita sebab sebab si Khir ni teramat yakin yang dirinya dan si Pengarah Ditamas tu tak didakwa? Kahkahkah...

"Banyak kali, saya dijanjikan bahawa kes ini akan diselesaikan dan beliau (Dr Khir) dan saya tidak akan didakwa," kata Shamsuddin di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.

"Apabila saya pergi ke SPRM, saya percaya saya cuma (jadi) seorang saksi... apabila SPRM datang dengan kertas tuduhan di mahkamah, Datuk Seri Khir Toyo memberitahu saya 'jangan risau Shamsuddin. Kita boleh selesaikan ini'," kata beliau.

Shamsuddin dalam suara tersekat-sekat memberitahu, dia tidak mahu mengaibkan sesiapa sebelum Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki mencelah dan memberitahu bahawa "ini bukan forum untuk memberi ucapan."

"Saya dituduh dan saya tidak tahu mengapa saya didakwa," kata ahli perniagaan berusia 55 tahun itu.

Errr... apa komen ahli ahli berbangsa Umno yerk...

Artikel ni jugak boleh jawab kartun celaka Utusan Malaysia

Posted: 16 Jun 2011 03:47 AM PDT

Hudud: Siapa Kata Kes Rogol Kena 4 Orang Saksi?
Oleh: mazwandi

Kan ke hamba sudah kabor, orang Melayu sekarang sudah terlalu bodoh tentang Islam. Kenapa orang Melayu sudah bodoh tentang Islam? Sebab umno sudah mendidik agar umat Melayu bodoh tentang Islam selama-lamanya. Kenapa umno hendakkan orang Melayu bodoh tentang Islam selama-lamanya? Sebab umno hendak memerintah Tanah Melayu selama-lamanya.

Hamba terkesan dengan kebodohan orang Melayu tentang Islam apabila terbaca sebuah artikel dari Blog Al-Banjari bertajuk (Aishah, Ketua Srikandi Keadilan diugut rogol ! ).

Baca dahulu artikel itu, nanti anda semua akan tahu, tahap kebodohan umat Melayu tentang Islam. Lagi senang, hamba copy paste ugutan mamat umno ini kepada Srikandi PKR;

Ugutannya berbunyi "kepada perogol2 yang tengah sangap sekarang..sila rogol geng2 srikandi PKR....jgn risau k..(AMARAN!!!!! Jikalau anda nak rogol..pastikan anda seorang sahaja buat kerja....sbb apa?????? Kalau anda kena tangkap anda akan terlepas hukuman...sbb xda 4 orang saksi..kalau anda nak rakam pun xpa..2xleh jd saksi...don WORY k....rogol ja.....xda mslah..jnj buat seorang dq..kalu kna tangkap..korang kna da 4saksi...kalu da video pun...xda guna....((KATA HADIAQ AWANG BAWANG kes anuar xsah..sbb xda 4orang saksi...))PULOK DAH. PR???? PARTI ROSAK" dari FB bernama Rango Crew.

Tahap kebodohan umat Melayu ini amat ketara mengatakan jika ada minah yang kena rogol, beliau kena cari 4 saksi untuk pertuduhan dirinya dirogol. Kan ke bangang namanya? Jika tidak tahu hukum, janganlah membodohkan diri. Sudahlah bodoh, sombong pula tu, sehingga tahap hendak merogol orang. Apa punya kes puak umno ni?

Mula-mula kome kena tahu, apa dia takrif zina. Kalau hendak tahu, meh hamba beritahu, takrif zina adalah;
"Persetubuhan haram yang SENGAJA antara lelaki dan perempuan tanpa sebarang SYUBHAH".

Kemudian Rukunnya;
1) Persetubuhan Haram
2) Niat SENGAJA.

Jika sudah kena rogol, bukan sengajalah namanya. Takkan tidak faham Bahasa Melayu kot?

Jika sudah kena rogol, perempuan itu hendak tuduh si lelaki itu merogolnya, tuduh je lah, kenapa pula hendak diberikan 4 saksi. Nama pun rogol. Kena faham ya, perempuan itu dirogol dan silelaki perogol itu berzina.

Seseorang Perempuan yang menuduh silelaki telah merogolnya, tidak dibolehkan oleh Qadhi untuk menyuruh perempuan itu menyediakan 4 orang saksi. Namun ianya mestilah disediakan pembuktian (Qarinah) dan diadili didalam mahkamah. Jika kompem lelaki itu merogolnya, maka hudud dikenakan kepada lelaki itu. Senang je.

Yang kome bising berkenaan Tok Guru Hadi, apa yang beliau katakan ialah berkenaan kes video lucah Anwar Ibrahim. Sudahlah banyak kesangsian dalam video itu, kemudian yang menuduhnya, adalah memang SAH adalah SETERU Anwar Ibrahim yang berdendam dengannya. Itu adalah syarat UMUM bagi saksi yang menuduh zina itu.

Maka janganlah kome menjadi penyambung lidah syaitan, kerana buat apalah kome semua buat kerja susah-susah fitnah dinah ini. Kemudian siap suruh orang rogol orang lagi. Ditambahkan dengan menipu manusia tentang hukuman hudud. Buat apa kome susah-susah buat kerja untuk kompem masuk neraka? Bodoh punya Melayu.

(Artikel ini juga boleh menjawab kartun celaka Utusan Malaysia hari ini).

http://ibnmustaffa.blogspot.com/

Sah!! Malaysia amalkan budaya lucah

Posted: 15 Jun 2011 11:00 PM PDT

Diusir keluar pesawat kerana cakap lucah
oleh PenjualCendol

Sisipan Penjual Cendol

NEW YORK: Seorang penulis buku kanak-kanak diusir keluar dari pesawat kerana menggunakan perkataan lucah ketika merungut mengenai kelewatan penerbangan yang dinaikinya.

Macam mana kalau aksi lucah macam ini?

Robert Sayegh, 37, berkata syarikat penerbangan Atlantic Southeast Airlines bertindak melampau apabila memanggil polis untuk mengusir beliau keluar dari pesawat itu yang berada di lapangan terbang Detroit Metro petang Ahad lalu.

"Perkataan F yang saya gunakan itu tidaklah baik digunakan tetapi saya hanya menggunakannya untuk melepaskan geram dan tidak ditujukan kepada sesiapa," katanya semalam.

"Saya tidak rasa saya menengking ketika itu."

Sayegh yang juga seorang penerbit rancangan televisyen berkata beliau sedang dalam perjalanan untuk menghadiri majlis perkahwinan saudaranya di Kansas City, Missouri. – Reuters

Di Malaysia aksi lucah bagaimana pun tak kisah, sebab negara ini mengamalkan budaya lucah. Malah TV Malaysia mudah sahaja menyiarkan aksi lucah untuk tontonan ramai.

http://penjualcendol.blogspot.com

Ni betina mana pulak dahhh....

Posted: 15 Jun 2011 09:00 PM PDT

Siapa betina ini yang mahu pingat Anwar di tarik?
Oleh: wfauzdin_ns

UMI Hafilda, betina yang dulunya adik kandung kepada YB Azmin Ali dan juga kakak kepada Pengacara Azwan Ali, yang dikatakan telah dibuang dari keluarga oleh Alllahyarham ayahnya telah mengeluarkan kenyataan menggesa agar Pingat dan Darjah Kebesaran yang dimiliki oleh Ketua Pembangkang, DS Anwar ditarik balik.

Betina berumur yang masih belum mempunyai laki ini semakin meroyan dan masih tidak mahu insaf dengan apa yang telah terjadi di dalam seluruh kehidupannya. Sifat dendam, sakit hati dan cemburu beliau terhadap pengaruh DS Anwar seolah-olah menggambarkan beliau adalah musuh politik DS Anwar yang utama, sedangkan Umi Hafilda tiada pengaruh hatta menjadi Ketua Wanita Umno Cawangan sekalipun. Maka, memang wajar DS Anwar tidak melayani betina yang mengaku memiliki berbelas-belas video lucah ini.

DS Anwar sejak mula lagi menyebut beliau tidak hairan jika Pingat/Darjah Kebesarannya ditarik balik kerana beliau tidak pernah memintanya dulu. Bahkan, beliau bersedia untuk mengarahkan isterinya DS Wan Azizah meletakkan kesemua Pingat/Darjah Kebesaran yang dimilikinya ke dalam dulang dan diletakkan di pintu pagar rumahnya jika ada yang ingin menariknya kembali.

Untuk pengetahuan betina itu, sokongan dan dokongan rakyat terhadap DS Anwar bukan terletak kepada Pingat/Darjah Kebesaran yang beliau miliki. Rakyat menyokong kerana prinsip perjuangannya sama seperti sokongan terhadap Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu walaupun beliau tidak mempunyai satu Pingat/Darjah Kebesaran sekalipun. Seandainya kesemua Pingat/Darjah Kebesaran yang dimiliki oleh DS Anwar itu ditarik balik kemudiannya diserahkan kepada Umi Hafilda, adakah rakyat akan menyokong dan menyanjung "Dato' Seri Umi Hafilda"? Sekejap, terasa mahu muntah pula.

Kenyataan Umi di dalam Malaysiakini,
" Justeru, beliau mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Majlis Raja-Raja mempertimbangkan supaya menggugurkan gelaran dan darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Anwar ketika berkhidmat dalam kerajaan sebelum ini. "Beliau adalah pengerak reformis dalam parti pembangkang yang menentang ketuanan negara dan mempertikaian kredibiliti Majlis Raja-Raja, dia tidak layak diberikan sebarang anugerah dan pingat," katanya.

Menurut Umi lagi, Anwar tidak boleh diberi muka lebih-lebih lagi pemimpin terbabit pernah menerima hukuman penjara. Umi Hafilda, 37, mengeluarkan kenyataan itu sebaik hadir memberikan sokongan kepada 13 NGO yang membuat laporan polis berkenaan Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) di Balai Polis Melaka Tengah.

Hujah bodoh dari Umi dapat membayangkan betapa rosaknya pemikiran anak terbuang ini. Semenjak bila DS Anwar mempertikaikan kredibiliti Majlis Raja-Raja? Apakah ketuanan negara yang dimaksudkan oleh Umi itu? Saya percaya, Umi Hafilda pun tidak tahu apakah ketuanan negara kita sekarang. Adakah ketuanan Melayu atau 1 Malaysia? Hujah Umi bahawa DS Anwar pernah masuk penjara maka wajar Pingat/Darjah Kebesaran beliau ditarik balik. Mengapa tidak gesa agar Presiden Perkasa, Ibrahim Alkataki juga diambil tindakan sedemikian? Mengapa Umi Hafilda tidak menggesa Najib memecat Ezam raja Sesumpah dari menjadi Senator? Bukankah Ibrahim Alkataki dan Ezam juga pernah masuk penjara?

Demi untuk mencari sesuap nasi, betina ini sanggup berbuat apa sahaja hatta memakan `bangkai' yang disajikan. Memang kadangkala kita merasa simpati dengan anak yang terbuang ini, jika dahulu adiknya Azwan Ali bersamanya tetapi sekarang adiknya sendiri sering mengungkap perkataan `betina neraka ke tujuh' di dalam Twitternya. Memang sudah nasib dan balasan terhadap orang yang derhaka kepada ayahnya./wfauzdin,blogspot.com"

Kalau betoi tak kotor dan tak zalim, awat menggelabah... kahkahkah...

Posted: 15 Jun 2011 08:00 PM PDT

Bersih :Tangkaplah! Bunuhlah!
Oleh Penarik Beca

Amboi, bukan main lagi Khalid. Teringat pula tentang rungutan-rungutan pegawai kanan polis tentang Khalid yang melangkau dua tiga orang termasuk Datuk Seri Mohd Bakri Zinin untuk jadi Timbalan KPN. Lantaklah. Biar polis membara dengan rasa tak puas hati sesama sendiri. Kalau orang lain naik pun, bukannya depa nak baik dengan rakyat yang melawan Umno.

Dalam berita bertajuk "Bersih: Amaran polis akan buat tangkapan pencegahan", Malaysiakini hari ini melaporkan:

Polis akan mengambil tindakan perlu termasuk membuat tangkapan pencegahan sebelum dan semasa perhimpunan Bersih yang dijadual berlangsung pada 9 Julai depan, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar.
Saya ni, bila nampak muka Khaid atau bila orang sebut nama dia, saya teringat cakap bohong. Saya pernah dihubungi oleh polis selepas saya tulis tentang Khalid dan bohong ketika dia jadi Ketua Polis Selangor dulu. Nasib baik tak kena tangkap lagi.

Khalid taklah kata, tetapi nampak kenyataan dia seolah-olah nak ambil tindakan kepada kedua-dua pihak, yang menyokong dan menentang Bersih. Saya tak percaya puak lawan Bersih yang ugut tentang pertembungan serta memberi amaran tentang bakar kereta dan baling batu akan diambil tindakan tegas.

Bila Khalid kata polis nak tangkap, saya teringat diri saya. Ketika saya masih kuat, biasanya saya tak akan izinkan diri saya ditangkap walaupun beberapa kali kena tangkap jugak. Bodoh sangatlah kalau saya biarkan polis nafikan kebebasan saya dan sumbat saya dalam lokap.

Tetapi, pada 9 Julai ini, iaitu hari perhimpunan Bersih, belum cukup dua bulan lagi saya keluar wad pada 29 Mei lalu akibat serangan jantung - sedih jugak, muda lagi dah sakit jantung, doktor bayangkan kerana kuat sangat hisap rokok, sejak umur 13 tahun. AlhamduliLlah, masih panjang umur dan tersangat pondan untuk hisap rokok lagi. Pada 9 Julai, stress test pun belum buat lagi.

Mengambil kira keadaan kesihatan saya, tentulah saya tak larat nak menyelinap ke sana sini. Peluru gas pemedih mata, air beracun serta debikan cota polis tak kenal siapa. Hang sakit ka, hang apa ka, peluru, gas dan cota tak bermata, tak kenal siapa. Saya terpaksa meredah lagi semua itu.

Kalau polis ligan, mobiliti untuk mengelak buruan hampir tidak ada. Kalau lari, tiba-tiba jantung jadi hal, mati pulak sat gi. Tak berani lari sebab takut jantung jadi hal dan mati pulak sat gi. Tak ada pilihan melainkan merelakan diri ditangkap. Tangkaplah!

Malam tadi pun orang bercerita lagi di Restoran Thaqwa yang saya pernah bertumbuk di Chow Kit kerana politik masa muda dulu. Tak ada maknanya. Itu dulu. Sekarang saya dah 53 tahun. Walaupun muda lagi 53 tahun tu, tapi dengan jantung yang baru kena serang, taklah setangkas orang yang betul-betul muda. Sebab itulah, apabila ada ancaman bunuh, dalam posting 14 Jun lalu saya hanya boleh bersedia dan kata:

Kalau benar tak kotor dan tak zalim, kenapa menggelabah sangat bila orang mahukan pilihan raya yang bersih dan adil? Mengapa sampai ke peringkat memberi isyarat bahawa puaknya hendak membakar kereta dan membaling batu untuk menghalang perhimpunan Bersih? Bila batu dibaling dan kereta terbakar, mungkin ada yang terbunuh. Takkan hampa nak bunuh diri sendiri. Nak bunuh kami yang berhimpunlah tu.

Bunuhlah!

Mai baca pasai politik Islam nih

Posted: 15 Jun 2011 07:00 PM PDT

Siasah perubahan dengan maslahah
Oleh PROF MADYA DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN

NABI s.a.w. tidak meninggalkan perincian dalam masalah politik. Politik bukanlah ibadah khusus seperti solat, puasa yang seumpamanya yang tidak boleh diubah. Politik itu sesuatu yang bergerak berdasarkan kemaslahatan hidup manusia.

Justeru itu, Nabi s.a.w tidak meninggalkan pendetilan tentang politik, sebaliknya hanyalah prinsip-prinsip umum untuk dipegang oleh manusia. Jika ada pendetilan, ia mempunyai faktor tempat dan masa yang terdedah kepada perubahan. Apatahlagi, pentadbiran kerajaan Nabi s.a.w tidaklah sistematik seperti zaman selepas itu.

Ini kerana keperluan politik sudah memadai dengan bentuk pengurusan yang lebih menjurus kepada tribal system ketika itu.

Maka pengurusan Nabi s.a.w berdasarkan kepada keperluan rakyat. Kemudian politik itu berkembang dan pengurusannya lebih rumit dan terperinci. Tidak sama pula antara satu tempat dengan yang lain, antara negeri dengan negeri, antara negara dengan negara.

Maka, kita dapati banyak perubahan politik yang dilakukan selepas kewafatan Nabi s.a.w, khususnya bermula pada zaman Saidina ëUmar al-Khattab. Ijtihad dalam politik lebih luas dan terbuka. Terasnya, kemaslahatan rakyat. Islam bersifat luas dalam hal politik.

Ini kerana syariat itu dibina atas dasar kemaslahatan manusia.

Kata al-Imam Ibn Qayyim al- Jauziyyah (meninggal 751H): "Sesungguhnya syariah Islam itu binaan dan asasnya adalah atas segala hikmah dan kebaikan untuk manusia di dunia dan akhirat.

Syariah Islam itu segalanya keadilan, kebaikan dan hikmat.

Maka setiap perkara yang terkeluar dari keadilan kepada kezaliman, dari rahmat kepada yang berlawanan dengannya, dari kebaikan kepada kerosakan, dari hikmat kepada sia-sia maka ianya bukan syariah Islam sekalipun diberikan takwilan untuknyaî. (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, Iílam al-Muwaqqiíin, 3/3, Beirut: Dar al-Jail).

Ertinya, apa yang penting dalam penegakan syariat adalah tujuan atau maqsad utama syariat itu iaitu kemaslahatan manusia.

Bukan soal nama yang penting tetapi matlamat dari perlaksanaan sesuatu perkara yang dikaitkan dengan nama syariah itulah yang paling penting.

Jika kita memberikan nama yang "islamik" sekalipun, tetapi tidak mencapai tujuan syariah iaitu keadilan untuk manusia, maka ia tidak boleh dianggap islamik.

Nama bukan penentu, isi dan pencapaian maqsad itulah yang paling penting. Sebab itu, jika menamakan negara dengan "daulah islamiyyah" tetapi tidak mencapai maqsad keadilan, maka nama itu tidak bererti, bahkan memberikan salahfaham umum terhadap agama yang suci ini.

Realiti semasa Untuk mencapai keadilan dan tujuan perlaksanaan syariah, ia memerlukan kefahaman terhadap nas dan penelitian terhadap realiti semasa. Kefahaman yang literal terhadap hadis-hadis siyasah akan menjadikan perlaksanaan Islam dalam bidang tersebut gagal mencapai tujuan sebenar syariat.

Sebab itu dalam hadis Nabi s.a.w bersabda: "Jangan dipotong tangan (pencuri) ketika dalam peperangan." (Riwayat al-Tirmizi dan al-Darimi. Hadis dinilai sahih oleh al-Albani)

Al-Imam Tirmizi (297H) ketika meriwayat hadis ini menyebut: "Sebahagian ilmuwan berpegang dengan nas ini, antara mereka al-Auzaíi, mereka berpendapat tidak dilaksanakan hudud ketika peperangan, berhadapan dengan musuh kerana dibimbangi individu yang dihukum itu akan pergi menyertai musuhÖî.

Dalam riwayat Abu Daud: "Jangan dipotong tangan ketika pemusafiran" (Riwayat Abu Daud. Dinilai sahih oleh al- Albani.)

Dalam hadis di atas, Nabi s.a.w mengambil kira persoalan realiti tempat, masa dan kesan terhadap sesuatu perlaksanaan hukum.

Saya melihat, jika kebimbangan musuh mengambil kesempatan atau orang Islam meninggalkan Islam itu adalah sebab yang dilihat oleh sebahagian sarjana mengapa Nabi s.a.w melarang hukuman tersebut dilaksanakan, maka pada zaman yang fitnah terhadap Islam di pelbagai penjuru dan kerapuhan iman umat Islam begitu nyata, penelitian tentang perlaksanaan hudud itu mestilah lebih berhati-hati.

Perlaksanaan hudud mestilah membawa natijah yang positif, bukan negatif kepada Islam. Maka perjuangan mengujudkan suasana yang kondusif itu mendahului usaha perlaksanaan hudud.

Setelah wujudnya masyarakat adil; pemerintah dan rakyat, suasana iman dan Islam, kehidupan yang aman dan bahagia, tiba-tiba ada yang mencetuskan jenayah yang mencemarkan itu semua, ketika itu apabila dilaksanakan hudud tertonjollah kesan dan keindahannya.

Demikian juga dalam hadis Anas bin Malik, dia berkata: "Harga barang telah menjadi mahal di Madinah pada suatu ketika di zaman Rasulullah s.a.w. Maka orang ramai pun berkata: "Wahai Rasulullah! Harga barang telah mahal, tetapkan harga untuk kamiî. Jawab Rasulullah s.a.w: ìSesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga, yang menyempit dan melimpahkan (kurniaan), yang maha memberi rezeki. Sesungguhnya aku berharap untuk menemui Allah dalam keadaan tiada seorang pun dalam kalangan kamu yang menuntut daripadaku haknya yang dizalimi samada pada darah atau harta." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah, al- Darimi dll. Dinilai sahih oleh al- Albani)

Dalam hadis ini, Nabi s.a.w enggan menetapkan atau mengawal harga barang (price control policy). Baginda bimbang itu akan menzalimi peniaga. Ini sangat relevan dengan keadaan para peniaga pada zaman baginda, keadaan barangan yang diniagakan dan juga bentuk perdagangan yang ada ketika itu.

Namun, apabila zaman berubah, sikap peniaga, keadaan pasaran (market situation) pun berubah. Jika price control policy tidak diwujudkan, para pembeli pula mungkin menjadi mangsa.

Untuk itu kita dapati para sarjana fikah sejak dahulu ada yang memboleh penetapan harga oleh pihak berkuasa apabila melihat kepada perubahan keadaan.

Kata al-Munawi (meninggal 1031H): "Rabiah (bin 'Abd al- Rahman) telah mengharuskan penetapan harga. Ini sebenarnya Mazhab 'Umar, kerana itu akan memelihara sistem harga. Kata Ibn al-'Arabi al-Maliki: sebenarnya, harus menetapkan harga dan mengawal urusan dengan suatu undang-undang yang tidak menzalimi kedua belah pihak (peniaga dan pembeli). Apa yang disebut oleh al-Mustafa (Nabi s.a.w) adalah benar, apa yang dilakukannya adalah tepat, namun itu untuk yang betul niat dan agama mereka.

Adapun kaum yang berhasrat memakan harta dan menyusahkan orang ramai, maka pintu Allah adalah luas dan hukum dilaksanakan."( Al-Munawi, Faidh al- Qadir, 2/337. Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah).

Hal yang sama disebut oleh Ibn Taimiyyah dalam Majmu' al- Fatawa.

Kefahaman yang sebegini bukan menolak hadis, sebaliknya berusaha melihat nas dari segi teks dan konteks.

Maka, pemimpin muslim yang hendak memimpin umat dalam era ini, tidak boleh terlalu literal dalam memahami nas, tetapi hendaklah melihat Maqasid al-Syariah (The higher objectives of Islamic Law) bagi setiap nas-nas yang berkaitan politik islami.

Mati kena pukui pasai kacau bini orang

Posted: 15 Jun 2011 06:00 PM PDT

Mati dipukul ganggu isteri orang
Oleh RAFIDAH YA'AKOB

Anggota polis memeriksa mayat yang ditanam berhampiran rumah kongsi di Kampung Pelangi, Kota Kinabatangan, semalam

KINABATANGAN 14 Jun - Akibat mengganggu isteri orang, seorang lelaki warga asing maut dipukul dengan tukul besi di sebuah rumah kongsi di Kampung Pelangi di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Jaini Abul Kadir berkata, mayat mangsa ditemui ditanam berhampiran rumah kongsi berkenaan, kira-kira pukul 8 malam.

"Berdasarkan laporan, suami wanita berkenaan yang baru pulang dari kerja terlihat isterinya sedang bergelut dengan mangsa di dalam rumahnya.

"Isteri suspek kemudian memaklumkan bahawa mangsa telah memasuki rumah mereka lalu mengganggunya.

"Suami wanita berkenaan kemudian bertindak memukul mangsa, seorang rakyat asing dengan tukul besi yang dipegangnya," katanya di sini hari ini.

Tambah Jaini, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah sebelum mayat lelaki itu dibawa ke kawasan lereng bukit sebelum ditanam.

Katanya, suspek kemudian menyerah diri kepada penduduk di rumah kongsi berkenaan sebelum pihak polis dimaklumkan berhubung kejadian itu keesokan harinya.

"Pasangan suami isteri warga asing berkenaan ditahan dan tukul besi yang digunakan memukul mangsa dirampas. Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kinabatangan untuk bedah siasat.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan," katanya.

Mai tengok rupa candu Umno... kahkahkah...

Posted: 15 Jun 2011 05:00 PM PDT

Rakyat dicandui mimpi muluk Umno-BN lagi
Oleh Wira Arjuna

Dalam lawatan saya ke India baru-baru ini, saban hari saya membaca iklan-iklan berbayar oleh kerajaan-kerajaan negeri di rantau itu mengenai projek-projek yang mereka telah mulakan untuk kebaikan rakyat.

Iklan itu dihiasi dengan pelbagai slogan, semuanya untuk memberikan mesej bagaimana rakyat bakal menerima manfaat begitu besar hasil pemerintahan kerajaan berkenaan.

Peliknya kerajaan-kerajaan negeri yang membuat janji-janji sedemikian sudah pun lama memerintah. Jadi jika rakyat baru dijanjikan manafaat "yang bakal" dinikmati mereka, tentunya ada sesuatu yang tidak kena.

Di sebalik iklan-iklan yang penuh dengan janji-janji sedemikian, saya hanya perlu melangkah ke luar hotel untuk berdepan dengan realiti hidup di India.

Memang diakui New Dehli, Jaipur dan bandaraya-bandaraya lain seperti Amritsar mempunyai bangunan pencakar langit dan lebuh raya sibuk dengan kereta mewah, namun ia juga penuh dengan pengemis tua, muda dan kanak-kanak.

Menyayat hati

Amat menyayat hati bila melihat ibu mendokong bayi belasan bulan yang berpakaian nipis di musim sejuk dengan suhu 10 darjah Celsius di celah-celah kotaraya, mencari makanan di tong-tong sampah.

Saya tidak dapat mengelak daripada membandingkan iklan-iklan di India itu dengan muka depan akhbar-akhbar arus perdana di Malaysia semalam mengenai kejayaan Program Transformasi Ekonomi (ETP) membabitkan pelaburan sebanyak RM2.27 bilion.

Utusan Malaysia melaporkan gabungan semua 15 inisiatif ini dalam tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) mewakili pelaburan RM63.38 bilion dan pendapatan negara kasar sebanyak RM66.13 bilion serta mewujudkan 63,531 peluang pekerjaan.

Berdasarkan laporan media itu semata-mata, nampaknya Malaysia kini memasuki era keemasan di bawah pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mungkinkah ini satu hakikat? Atau, ia sebenarnya sama seperti apa yang berlaku di India?

Kita bersyukur kerana pengemis-pengemis jalanan yang berkeliaran di negara kita kini kebanyakan mereka adalah rakyat asing; buat masa ini.

Namun siapa yang sanggup menafikan hakikat kita semua semakin merasakan kesempitan hidup.

Kos sara hidup yang melambung, tanpa kenaikan gaji yang selari, penarikan balik subsidi, kenaikan harga hampir semua barangan perlu, dari secawan kopi di gerai kepada bil elektrik – semuanya semakin mencengkam kita.

Bajet tambahan

Sehari selepas Najib mendabik dada memberitahu dunia mengenai manfaat yang bakal dikecapi rakyat daripada NKRA dan ETP tajaannya, timbalan beliau terpaksa berdiri di Parlimen memohon Belanjawan tambahan sebanyak RM13 bilion.

"Ini untuk menampung keperluan perbelanjaan menguruskan negara," kata Timbalan Menteri Kewangan Awang Adek Hussain (kiri).

Bermakna Belanjawan sebelum ini yang dibentangkan oleh Najib iaitu sebanyak RM162.8 bilion tidak mencukupi.

Ini juga bermakna belanjawan Najib hanya bertahan untuk tempoh begitu singkat, dan segala unjuran oleh pakar-pakar beliau tidak menepati sasaran!

Adakah kita sanggup dibuai dengan janji-janji indah NKRA, ETP dan sebagainya atau berpegang kepada realiti hidup semasa untuk merumuskan bahawa ada sesuatu yang amat tidak kena dengan ekonomi negara kita.

Kenapa subsidi untuk rakyat ditarik balik, manakala subsidi untuk Penjana Eletrik Bebas di kekalkan?

Kenapa perlu diadakan projek mega 100 tingkat Menara Warisan bernilai RM5 bilion atau membelanjakan RM65 juta untuk mengubah suai kediaman Perdana Menteri?

Apakah keperluan untuk kerajaan bergabung dengan sektor swasta membelanjakan RM27 juta ringgit untuk mengumpul sejuta pemuda bagi beramah mesra dengan Perdana Menteri, baru-baru ini?

Keperitan hidup

Bagaimanakah Kementerian Perlancongan boleh diberi kelulusan membelanjakan RM1.8 juta untuk mengendalikan laman Facebooknya, sesuatu yang boleh dilakukan dengan belanja jauh lebih murah?

Jawapan kepada persoalan-persoalan ini tidak mungkin akan dikupas oleh media arus perdana milik kerajaan, namun ini tidak bererti rakyat tidak boleh memikirkan mengenainya.

Dalam mengharungi keperitan hidup akibat pemotongan subsidi, rakyat kini menyaksikan kerajaan yang sama memohon kepada Parlimen untuk diberikan tambahan RM13 bilion bagi pengurusan negara.

Sudah tentu ia akan memburukkan lagi defisit negara, dan jika defisit negara bertambah meruncing, apakah ini tidak bermakna rakyat akan dijadikan mangsa menerusi pemotongan subsidi yang lebih dahsyat?

Pembaziran, ketirisan dan rasuah mewarnai setiap kerajaan yang memerintah di India sejak kemerdekaan. Prinsip-prinsip yang dijulang oleh Bapa India – Mahatma Gandhi sudah lama diabaikan oleh kebanyakan ahli poltik negara itu dalam mengejar kemewahan untuk diri dan kroni.

Segelintir daripada rakyatnya adalah antara yang terkaya di dunia, namun sebilangan besar masih lagi terperangkap dalam kancah kemiskinan tegar yang amat memeritkan.

Di Malaysia, janji-janji NKRA-ETP ialah pusingan mimpi baru yang dijual oleh kerajaan Umno-BN kepada rakyat negara ini.

Ungkapan kroni, kronisme

Kita sudahpun menyaksikan bagaimana pengswastaan Tun Dr Mahathir Mohamad mempopularkan ungkapan kroni dan kronisme.

Duit rakyat beratus billion ringgit disalur untuk membayar syarikat-syarikat konsesi air, elektrik, dan sistem aliran transit ringan dan sebagainya.

Hasil jelas pemerintahan beliau, rakyat terpaksa membayar tol tinggi untuk menggunakan lebuhraya, bil elektrik dan air juga meningkatkan manakala kemudahan pengangkutan awam negara ini jauh daripada memuaskan.

Selepas Mahathir, rakyat disajikan pula rancangan-rancangan seperti Koridor Ekonomi wawasan Tun Abdullah Badawi.

Belum pun Koridor itu menjadi realiti, rakyat diminta menerima keindahan NKRA dan ETA oleh Perdana Menteri 1Malaysia Najib Razak.

Maaf jika rasa sinis saya membaca iklan-iklan akhbar berbayar kerajaan di India menyerlah sekali lagi apabila membaca "kebesaran ETP dan NKRA" di muka depan akhbar-akhbar arus perdana semalam.

Saya cuma memikirkan nasib rakyat yang terperangkap dengan segala sara hidup semakin melambung yang cuba dibuai dengan mimpi-mimpi seorang lagi Perdana Menteri Umno-BN. (M/kini)

Tiada ulasan: