shalehudin |
- Terima kasih Hassan Ali
- Anwar bakal dipenjara
- Gerun betoi laa...
- Najib ni apa pun dia tak faham
- Jangan biaq Umno balaih
- Depa pakai penasihat Yahudi
- Guan Eng sanggah Najib
Posted: 12 Jun 2011 08:00 AM PDT Mustafa Ali masih diberi kepercayaan sekali lagi. Pas, dalam susunan kabinet barunya petang ini telah mengekalkan Mustafa Ali sebagai Setiausaha Agung sementara Dr Mohd Hatta Ramli dilantik sebagai Pengerusi Jabatan Pilihan Raya (JPP) menganggantikan tempat Abdul Hakim Abdul Rahman yang dilantik sebagai Bendahari. Sementara Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man Man yang tewas dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden dilantik memegang jawatan Ketua Penerangan. Idris Ahmad pula dilantik sebagai AJK tambahan. Kedudukan Pesuruhjaya Negeri Negeri pula tidak berubah kecuali Dr. Hasan Ali yang telah digugurkan dari jawatan Pesuruhjaya Selangor dan digantikan oleh Dr. Abd. Rani Osman. Anyway, terima kasih pada Dr Hassan Ali yang telah melaksanakan tugasnya sebagai Pesuruhjaya Negeri dengan sebaik mungkin mengikut acuannya sendiri sebelum ini... |
Posted: 12 Jun 2011 06:30 AM PDT Hakim enggan undur, Anwar bakal dipenjara- Presiden Aliran KUALA LUMPUR: Sejak hari pertama perbicaraan kes Fitnah II berlangsung, semua jentera kerajaan digunakan untuk memastikan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan. Ini kerana sekiranya Anwar bebas, ia menandakan Barisan Nasional (BN) bakal tersungkur tidak lama lagi. Demikian dinyatakan, P Ramakrishnan, Presiden Aliran Kesedaran Negara (Aliran), sebuah gerakan pelbagai etnik berpusat di Pulau Pinang yang memperjuangkan reformasi dalam sistem keadilan, kebebasan dan perpaduan. Ramakrishnan menyatakan pendapatnya itu dalam rencana terbarunya berjudul "Anwar akan dipenjarakan – walau apa cara sekalipun" dalam laman web gerakan itu. Menurut Ramakrishan, perkara paling menghairankan setakat ini adalah keengganan Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada terus menghakimi perbicaraan itu walaupun diminta berbuat demikian sebanyak tiga kali oleh peguambela. "Perkara yang paling menghairankan adalah keengganan Hakim Zabidin menarik diri daripada terus menghakimi perbicaraan itu. Sebaik sahaja tertuduh merasakan dirinya tidak dihakimi dengan adil, itu sudah cukup untuk memastikan hakim ditukar bagi memastikan tertuduh memperoleh keadilan yang sewajarnya," kata Ramakrishnan. Satu lagi soalan penting yang masih belum terjawab sehingga kini, katanya, adalah persoalan mengenai DNA Anwar yang diperoleh pada tahun 1998, tidak digunakan polis untuk proses mengenalpasti DNA Anwar pada bukti yang diperolehi. Menurutnya, polis memerlukan bukti DNA baru untuk mensabitkan Anwar kerana jika DNA tahun 1998 digunakan, konspirasi untuk memfitnah Anwar akan terbongkar. Selain daripada polis, rakyat juga percaya bahawa mahkamah bersekongkol untuk menafikan akses Anwar kepada beberapa dokumen penting walau pun mahkamah sepatutnya memastikan tertuduh memperolehi perbicaraan yang adil. "Apabila seorang individu mendakwa menjadi mangsa rancangan jahat polis, mahkamah perlu memberikannya akses kepada dokumen penting yang diperlukan untuk mempertahankan dirinya. Berlawanan dengan amalan keadilan ini, mahkamah menafikan Anwar maklumat ini," kata Ramakrisnan. Beliau turut mempersoalkan sebab laporan perubatan daripada Hospital Pusrawi yang ditandatangani Dr Mohamed Osman tidak pernah digunakan di mahkamah sehingga ke hari ini. Laporan itu mengesahkan Saiful tidak pernah diliwat sesiapa pun sewaktu beliau membuat laporan polis kononnya diliwat Anwar. Menurut Ramakrishnan, orang ramai juga tertanya-tanya apakah penghakiman akhir yang akan disampaikan Hakim Zabidin kerana sekarang lagi beliau sudah menyimpulkan kononnya Saiful adalah saksi berwibawa dan boleh dipercayai. Zabidin juga membuat kesimpulan keterangan tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur mengesahkan terdapat penetrasi menggunakan pelincir, serta tiada kemungkinan bukti telah diubahsuai dan kesemua bukti yang dikemukakan saksi juga amat kukuh. "Jika ada sebarang penemuan yang bercanggahan (dengan kesimpulannya), ia pasti menjejaskan kesimpulan dibuatnya yang membuatkan beliau memerintahkan Anwar untuk membela diri," kata Ramakrishnan.- KD |
Posted: 12 Jun 2011 05:00 AM PDT Santai: Pak Long Salam semua... Kepercayaan orang kat kita ni bukan boleh dijuai beli, bukan boleh main pakai timbang kati... dan langsung tak boleh nak dipaksa paksa. Kepercayaan ni kena dibina dan dijaga, semua tu makan masa yang bukan sekelip mata... Macam tu la jugak kepercayaan rakyat kat Polis kita, kena kukuh dan utuh... Kepercayaan ni kena la dibina sendiri oleh pasukan Polis dengan bantuan dari anggota anggotanya yang berdisiplin, komited dan tahan diuji. Baru rakyat boleh tidoq lena... janda Limah pun tak risau nak meniaga, Mak Long hang pun tak takut nak melenggang sorang sorang. Masa zaman Pak Long dedulu, kerja Polis ni orang kampung tengok penuh mulia. Berebut rebut orang kampung nak jodohkan anak dara depa ngan Polis. Sapa yang dapat Polis, boleh jalan bukak dada la penuh kampung. Kerja sebagai anggota Polis dah jadi sesatunya matlamat orang orang zaman Pak Long dulu, sebab tu depa kerja dengan penuh dedikasi dan komited pada tugaih depa. Pak Long tau la, itu dulu... La ni, pasukan Polis mungkin dah jadi pilihan last sekali dah kot bagi pencari kerja... Pak Long dengaq pun sedih, sebab depa mungkin akan kerja sambil lewa, sikap tak pa saja... kepala dok frust pasai buat kerja kerana sukatakrela... haha... Mungkin sebab tu la jugak kita dengaq banyak sangat dah rungutan pasai perangai Polis kita... Terbaru ni kisah arwah Syamil ngan dua orang kawan dia. Si Syamil ni baru umoq 15 tahun, tak dan puaih kenai dunia... kalau perati secara luaran la, apa la yang budak tingkatan tiga ni boleh buat kan. Tapi bukan sesaja orang macam Mak Long hang ni nak kalut, tapi dah pasai laporan bedah siasat dia dah terbit pelik sangat... tergedik gedik la rakyat nak tau, apa cerita ngan pemegang amanah untuk jaga keamanan negara kita ni buat. Polis kata depa pertahankan diri dari parang bebudak nih, tapi pasai apa bedah siasat kata peluru tu tembuih kepala, 45 darjah terbit kot tengkok... seolah olah bebudak ni dok melutut... Dakwaan terhadap PDRM ni serius woii, tok sah kata orang lain la, Pak Long pun gerun... Tak gerun mai mana, dah macam koboi dah Pak Long rasa... lagi lagi gerun bila pihak Polis buat dono ja, langsung tak kata apa bila dah ada dakwaan camtu... Kes arwah jutawan Sosilawati punya cepat depa selesai, kes ni dah enam bulan masih tak terongkai... Puak PDRM kena la perjelaih cepat cepat dakwaan nih, mana dia Peguam Negara apa cerita, Menteri Dalam Negeri dok buat apa... tolong cakap kuat sikit, Mak Long hang tak dengaq apa pun nih... Dok nganga tak tau nak buat apa bukanlah pilihan dalam keadaan la nih... Wassalam... |
Najib ni apa pun dia tak faham Posted: 12 Jun 2011 03:10 AM PDT Najib tak faham negara berkebajikan PAS Oleh Nazri Abdullah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, perdana menteri sebenarnya tidak faham konsep 'negara berkebajikan', apabila mendakwa PAS mahu meniru BN. Tegasnya, negara berkebajikan yang mahu diperkenal PAS jauh berbeza dengan apa yang didakwa oleh Umno BN bahawa mereka sudah mengamalkannya sejak sekian lama. Malah PAS tidak pernah menganggap Umno BN mengamalkan konsep itu dengan tekanan ekonomi termasuk kenaikan harga barang dan pengurangan subsidi yang terpaksa ditanggung rakyat. "Jelas dia (Datuk Seri Najib Razak) tak tahu negara berkebajikan," katanya ketika ditemui di majlis perkahwinan anak sulung kepada Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub di Markaz PAS Taman Melewar di sini, petang ini. Iskandar Zulkarnain Salahuddin dan isteri, Khalilah Abd Majid diraikan pada majlis makan di Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Najib semalam yang mendakwa konsep negara berkebajikan PAS cuba meniru apa yang telah dibuat BN. Ditanya apa beza negara berkebajikan PAS dan Umno BN, Abdul Hadi berkata negara berkebajikan PAS adalah mengikut acuan al-Quran dan Hadis. Ianya termasuk bebas rasuah dan penyalahgunaan kuasa serta tidak menzalimi rakyat. "Kita tak sama, kita ikut perlembagaan PAS iaitu sandar pada al-Quran dan Hadis. "Kita ada amar makruf nahi mungkar (mengajak kepada kebaikan, mencegah kemungkaran), dia (Umno BN) tidak ada,"katanya. Sebelum ini beliau juga menjelaskan konsep negara berkebajikan yang mahu dilaksanakan PAS menitikberatkan soal halal haram yang juga tidak ada dalam pengamalan Umno BN. Sehubungan itu juga beliau memaklumkan akan menulis satu buku khusus menjelaskan konsep yang mahu dibawa PAS itu. Umno tak nyenyak tidur Sementara itu, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika diminta mengulas perkara sama berkata, Najib terbukti 'tidak nyenyak tidur' dengan pendekatan negara berkebajikan yang mahu diperkenal PAS. Tegasnya, Umno menyedari mereka berdepan laluan sukar dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti apabila PAS menawarkan konsep negara berkebajikan itu. "Dulu dia (Umno BN) kata PAS jauh ketinggalan di belakang. "Sekarang ini kita sama-sama, dia kiri kita kanan. Nanti kita akan potong dia,"katanya.H/Daily |
Posted: 11 Jun 2011 11:00 PM PDT 'Kalau PAS tak ambil, Umno akan ambil' Oleh Salhan K Ahmad PAS perlu mencontohi tadbir urus yang baik seperti yang diamalkan negeri Pulau Pinang bagi meningkatkan integriti dalam pentadbiran negeri yang dikuasainya – Kelantan dan Kedah, kata timbalan presiden parti itu, Mohamad Sabu. Katanya, pemimpin berkenaan perlu berbuat demikian memandangkan perubahan yang berlaku di kedua-dua negeri tersebut masih belum cukup dan lebih buruk lagi, masih ada lagi golongan dalam PAS yang masih berfikiran seperti pemimpin Umno. "Bukanlah kalau PAS pergi ke Putrajaya dengan rakan-rakannya hal ini akan selesai. Tadbir urus baik ini masih perlu difahami. "Bila kita ceramah, kita tanya 'bila kita memerintah setuju tak kita tangkap (Datuk Seri) Najib (Razak) bawah ISA?' Orang kata setuju. Itu bermakna dalam pemikiran untuk balas dendam ini masih tebal. "Maknanya bila kita perintah kita ganti Umno. Itu yang kita tak mahu. Sekarang di Kedah, Kelantan, perubahan berlaku tapi tak cukup," katanya dalam satu temubual eksklusif dengan Malaysiakini. Mohamad menjelaskan, perubahan di negeri Kelantan, misalnya, akan berdepan masalah apatah lagi sekiranya menteri besarnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak lagi mengetuai pentadbiran negeri berkenaan. ADUN, exco tak boleh pohon tanah "Dari segi tadbir urus, sebab pergantungan Kelantan misalnya pada Tok Guru (Datuk) Nik Abdul Aziz (Nik Mat) terlalu tinggi," kata Mohamad yang vokal terhadap pentadbiran PAS sejak parti itu dapat mengembalikan kuasa di negeri itu pada 1990. Penceramah popular itu juga menegaskan, PAS perlu mengubah sikap yang wujud di kalangan wakil rakyatnya bagi meningkatkan integriti barisan pentadbiran di negeri yang dikuasai. "Misalnya anggota exco, ADUN tak boleh pohon tanah kerajaan. (Kalau) mahu mohon, berhenti, jadi orang berniaga. Selagi jadi ADUN, exco tak boleh memohon dan sebagainya. Ini yang perlu diubah oleh kerajaan yang dipimpin oleh PAS. "Setengah bercakap kalau PAS tak ambil, Umno ambil. Ertinya (PAS) sama (dengan Umno) – benda macam ini yang saya akan berdepan, di dalam isu misalnya balak," katanya lagi yang mengakui bahawa pandangan seperti itulah yang menyebabkan beliau dilihat sebagai "pro-DAP." Mohamad yang bimbang dengan penyelewengan yang wujud dalam parti itu berkata demikian dengan merujuk kepada dakwaan yang dilemparkan berhubung sumber balak di negeri berkenaan. Berebut untuk dapat 'Datuk' Satu lagi perkara yang menjengkelkannya ialah minat yang ditunjukkan pemimpin PAS untuk mendapatkan gelaran daripada istana – sikap yang dikutuknya sebagai pemujaan kepada sistem kasta dan feudalisme. "Penyanyi menyanyi dua tiga lagu dah 'Datuk'. Pelawak (juga dapat). Kalau P Ramlee itu OK lah bagi Datuk, ini semua, kita baling batu boleh jatuh kepala Datuk. "Kalau gelaran Datuk, semua mencari. Kalau umum 'siapa nak (pangkat) Datuk esok datang depan istana', saya ingat pemimpin PAS akan berebut pergi depan istana," katanya. Mohamad yang popular dengan gelaran Mat Sabu itu bagaimanapun berkata, beliau setakat ini menolak tawaran bagi gelaran berkenaan kerana tidak melihat keperluannya. "Saya tolak buat masa ini. Tak berani cakap besarlah untuk akan datang, tapi buat masa ini tak nampak (keperluan). Tak perlu," katanya yang telah menolak tawaran untuk mendapat pingat kebesaran daripada Pulau Pinang sebanyak dua kali.M/kini |
Posted: 11 Jun 2011 09:00 PM PDT Penasihat Yahudi cipta istilah 'Erdogan', 'Anwariyun' Oleh: ZULKIFLI YAHAYA Bersepakat dalam perkara merapu hampir tidak mungkin berlaku tanpa perancangan. Apabila tiba-tiba semua media talibarut BN bersepakat menggunakan istilah kumpulan 'Erdogan' dan 'Anwariyun' kepada beberapa individu bukan ulamak yang menang dalam muktamar PAS baru-baru ini, maka tidak syak lagi ianya suatu perancangan dalam membuat tuduhan terhadap PAS. 'Erdogan' adalah nama yang diambil dari Perdana Menteri Turki, Reccep Teyeib Erdogan yang memimpin Parti Kebajikan (AK). Bekas Ketua Pemuda Parti Refah (parti Islam Turki) bukan seorang ulamak tetapi memimpin parti yang membawa misi dan visi Islam. Refah atau AK adalah parti yang dipelopori aktivis Islam tetapi kerana Turki yang sekular mengharamkan parti Islam, maka AK dipimpin Erdogan dengan imej samaran dan bukan dipimpin ulamak. Jika imej 'Erdogan' itu yang mahu dilabelkan kepada golongan bukan ulamak dalam PAS, maka ia adalah usaha yang sangat terdesak untuk memecahkan ulamak dan bukan ulamak dalam PAS. Tidak pernah wujud pertikaian antara ulamak dan bukan ulamak, jauh sekali dari kewujudan kem atau kumpulan. Kebetulan pemilihan dalam Muktamar Tahunan PAS ke 57 kali ini, menyaksikan semua pemenang jawatan Timbalan dan Naib Presiden adalah individu bukan ulamak. Tapi kebetulan yang lain pula Ketua Pemuda dan Muslimat adalah ulamak. Bahkan dalam pemlihan Pemuda, lagi berlaku kebetulan, 13 dari 17 yang dipilih mewakili saf kepimpinan Pemuda adalah dari kalangan ulamak. Sebenarnya siapa pun yang terpilih, jika berlaku persamaan, ia hanya kebetulan dan bukan perancangan dari mana-mana pihak. Setiap perwakilan yang memangkah kertas undi, memikirkan individu yang dia rasakan layak untuk berada di tempat tersebut. Semua calon yang bertanding adalah ahli PAS, justeru perwakilan tidak akan memikirkan individu ini dari kumpulan ulamak atau tidak kerana semua tahu bahawa tidak wujud pun kumpulan serupa itu. Jika terdapat perwakilan yang terfikir untuk memilih ulamak semuanya, maka ia keputusan individu perwakilan bukan dorongan dari mana-mana kumpulan. Soalan yang popular ditimbulkan oleh ahi-ahli PAS pada muktamar kali ini ialah; mengapa semua media talibarut BN, khususnya Utusan Malaysia, tiba-tiba begitu prihatin untuk membariskan ulamak dalam kepimpinan PAS, walhal sejak berpuluh tahun ulamak dalam PAS itulah yang menjadi sasaran maki hamun dan fitnah mereka? Tiada apa yang ikhlas dari lubuk hati editor media-media talibarut BN itu, melainkan cubaan mahu memecahbelahkan PAS. Mungkin kerana penggunaan label 'Erdogan' tidak berkesan, maka mereka mencari label baru terhadap individu-individu (yang mereka dakwa kumpulan) dari kalangan bukan ulamak yang menang jawatan-jawatan penting dalam PAS. Label tersebut ialah 'Anwariyun', kononnya mereka adalah golongan pro Anwar yang mendapat 'arahan langsung' dari Ketua Pembangkang itu. Sepanjang menjadi pendengar sepenuh masa dalam muktamar yang berlangsung selama tiga hari, saya tidak mendengar barang sepatah perkataan 'Anwar' diucapkan oleh perwakilan serta pihak kepimpinan ketika berucap. Perwakilan yang membawa usul membantah fitnah video lucah juga tidak menyebut nama Anwar, kerana fokusnya terhadap isu fitnah bukan pembelaan terhadap mana-mana individu. Ulasan ini tidak bermaksud untuk memberitahu bahawa Anwar sudah diketepikan oleh PAS tetapi sekadar menjelaskan bahawa pembelaan terhadap manusia bernama Anwar Ibrahim bukan agenda dalam perjuangan PAS. Anwar sendiri pun bersetuju bahawa isu kontroversi yang dipaksakan terhadapnya oleh BN hanya untuk mengalih segala kebejatan yang dilakukan oleh BN. Malah dalam mana-mana ceramah Anwar mutakhir ini, beliau tidak beriya-iya mempertahankan dirinya. "Malas nak layan dan buang masa," itu yang sering diucapkannya. Paling menarik apabila Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dikaitkan dengan 'Anwariyun'. Sejak tercetus isu Anwar pada 1998 sehingga ke hari ini, Mat Sabu pernah melahirkan simpati terhadap Anwar yang dizalimi oleh BN tapi peminat ceramah Mat Sabu tidak pernah mendengar beliau berhujah mempertahankan Anwar dalam isu-isu tuduhan moral hingga ke aspek teknikal seperti yang dilakukan oleh penceramah tertentu. Mohamad Sabu tidak pernah menjadi 'peguambela' Anwar dalam ceramahnya. Sewaktu negara sibuk dengan isu kerajaan 16 September, Mohamad Sabu muncul dengan kenyataan, "Selama ni saya dok ceramah ajak rakyat tukar kerajaan melalui pilihanraya, saya tak reti kalau nak tukar kerajaan melalui lompat parti, itu bukan cara saya." Sekali jangan silap faham, bukan untuk menyatakan perbezaan. Tahalluf siyasi dalam Pakatan Rakyat pasti berlangsung dengan baik dengan terpilihnya Mohamad Sabu di kedudukan nombor 2 parti. Apa yang dinukilkan adalah untuk memberitahu bahawa dakwaan kononnya Mat Sabu adalah dari golongan 'Anwariyun' adalah tuduhan yang sangat melucukan. Hakikatnya golongan 'Erdogan' atau 'Anwariyun' tidak pernah wujud dalam PAS. Ia adalah ciptaan musuh untuk membina persepsi buruk rakyat terhadap PAS, kononnya PAS berpecah, PAS tiada jati diri dan menerima petunjuk dari luar. Semua itu adalah arahan terancang BN melalui media-media talibarut mereka. Siapa lagi yang bijak dan berupaya melakukan semua ini kalau bukan perunding Yahudi BN yang dibayar berjuta-juta dari duit rakyat dalam usaha memulihkan imej BN pasca Tsunami 2008. |
Posted: 11 Jun 2011 08:47 PM PDT Usaha Najib nak lagakan PAS-DAP akan gagal, kata Guan Eng Oleh Syed Mu'az Syed Putra KUALA LUMPUR, 11 Jun — Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyifatkan Datuk Seri Najib Razak sebagai "batu api" kerana cuba melaga-lagakan PAS dengan parti itu ekoran keputusan pemilihan parti Islam itu minggu lalu. Semalam Najib berkata keputusan pemilihan PAS yang memihak kepada golongan profesional adalah kemenangan kepada DAP kerana parti itu berjaya "mempengaruhi" parti Islam itu mengubah dasar memperjuangkan negara Islam kepada negara berkebajikan. "DAP telah berjaya dalam mengubah perjuangan PAS," kata perdana menteri . Najib yang juga Presiden Umno berkata, barisan kepimpinan baru PAS kini memperjuangkan negara berkebajikan dan bukannya negara Islam sambil berkata, ia diambil daripada pegangan Barisan Nasional (BN). Beliau berkata elemen konsisten diperlukan untuk mentadbir dengan baik tetapi Pakatan Rakyat khususnya PAS dan PKR sentiasa mengubahsuai mengikut keadaan supaya dapat disesuaikan dengan keperluan mereka. Namun Lim (gambar) yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menegaskan, usaha yang dilakukan Najib itu tidak akan berhasil kerana pendirian terbaru PAS itu adalah demi kebajikan rakyat yang diketepikan kerajaan sedia ada. "Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak akan berjaya memainkan peranan baru beliau sebagai batu api kepada PAS dalam usaha mempengaruhi parti itu untuk bertarung dengan DAP dengan mengatakan penekanan PAS untuk menjadikan Malaysia sebagai negara kebajikan adalah kemenangan DAP. "Kemenangan pilihan raya di peringkat pusat, dan DAP dapat memahami kebimbangan Najib di mana PAS sekarang berdiri di pendirian pertengahan terutamanya untuk membantu masyarakat miskin yang terjejas berikutan pemotongan subsidi oleh Umno-BN yang turut akan menjejaskan undi mereka dalam pilihan raya akan datang," katanya dalam satu kenyataan. Tegas Ketua Menteri Pulau Pinang itu, tindakan tidak bertanggungjawab yang dilakukan BN menyebabkan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah menanggung kesan teruk kesan, antaranya kerana pemotongan subsidi. "Pemotongan subsidi terkini ke atas barangan harian seperti petrol, gula, tarif elektrik dan beras mempengaruhi 27 juta rakyat Malaysia biasa tetapi pemberian subsidi gas kepada Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) menunjukkan bagaimana BN mengorbankan golongan miskin untuk memberi kebaikan kepada golongan kaya. "Itulah sebabnya DAP mencabar Najib untuk menetapkan kadar upah minimum dan peningkatan gaji seiring dengan pemotongan subsidi," katanya. Dalam kenyataan itu juga, Lim berkata, kerajaan negeri pimpinannya terpaksa menggunakan sumber kewangan sendiri untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah di negeri itu. "Kegagalan BN untuk melakukannya memaksa negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang untuk menggunakan sumber yang terhad ini untuk melaksanakan beberapa langkah dalam usaha untuk membantu golongan miskin. "Ia termasuk meningkatkan pemberian bantuan kebajikan, pemberian RM100 kepada warga emas, ibu tunggal dan orang kelainan upaya (OKU), pemberian RM1,000 sekali sahaja kepada waris warga emas, ibu tunggal dan OKU dan penolakan tawaran untuk menaikkan tarif domestik air seperti di Johor yang menjadikan tarif air tiga hingga enam kali ganda mahal dari Pulau Pinang. "Selain itu, kita juga terpaksa menubuhkan pusat dialisis bernilai RM2 juta di Balik Pulau dengan kadar bayaran RM30 bagi setiap rawatan dan memperuntukkan 150 ekar tanah untuk projek perumahan rakyat di Batu Kawan yang berharga dari RM72,500 hingga RM220, 000," katanya. Dalam komennya awal minggu ini, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga mendakwa pihak menang besar di sebalik pemilihan PAS adalah tokoh-tokoh yang tidak hadir dan bukan ahli PAS khususnya Karpal Singh. Sehubungan itu, kata Dr Mahathir, perjuangan Karpal, selaku Pengerusi DAP kebangsaan, supaya PAS menggugurkan matlamat mendirikan negara Islam, yang akan menguatkuasakan hukum hudud sudah pun tercapai. |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan