Senyum Tangis Sendu |
- Perhimpunan Jingga?
- BERSIH: Polis Jejak Sampai Parlimen
- UMNO Ugut PKR
- Video: Bakar Pejabat PKR
- Puak BERSIH Ko Tangkap, Puak Ni Ko Tengok Je.. Lahanat
- Jatuh Apartment Ketika Berbual Telefon
Posted: 28 Jun 2011 01:20 AM PDT KUALA LUMPUR, 28 Jun: 1000 keluarga mangsa projek rumah terbengkalai di seluruh Kuala Lumpur dan Selangor akan memakai baju jingga esok Rabu jam 2.30 petang bagi menzahirkan kemarahan terhadap pihak yang bertanggungjawab. Perhimpunan amam itu akan didadakan di Bukit Damansara untuk menyerahkan satu memorandum kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi menggesa kerajaan mengambil tindakan terhadap seorang tan sri yang menjadi Pengarah Bukan Eksekutif Talam Corporation. Difahamkan mangsa projek rumah terbengkalai ini mendakwa beribu-ribu keluarga di Selangor dan Kuala Lumpur mengalami kesengsaraan dan beban ekonomi yang teruk disebabkan kegagalan syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Tan Sri ini dalam menyiapkan rumah mereka yang kini tertunggak lebih daripada enam tahun. Menurut Jaafar Ismail Pengerusi Badan Bertindak Casa Gemilang (BBCG), pihaknya telah bergabung dengan Victims (Persatuan Bangunan Terbengkalai Malaysia) sebagai gabungan kesemua mangsa projek terbengkalai di Malaysia, khususnya di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. "Perhimpunan besar-besaran sebanyak 1000 keluarga ini untuk menunjukkan kemarahan kita kepada manusia ini serta kami menuntut kerajaan campur tangan dan mendakwa orang ini dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk melindungi kepentingan kami sebagaimana yang ditetapkan di bawah Akta Pembangunan Perumahan. "Perhimpunan ini adalah permulaan siri perhimpunan yang kami berhasrat untuk meneruskan sehingga kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap orang ini. "Kita tidak boleh memahami mengapa lelaki ini menikmati keistimewaan dan kekebalan kepada kerajaan. "Kami mahu kerajaan membatalkan semua gelaran Kehormat yang telah diberikan oleh kerajaan," katanya. Victims adalah sebuah badan bukan kerajaan yang dipimpin oleh Dr. Muhammad Rafick yang juga Pengerusi rumah terbengkalai UK Bistari yang pada ketika ini, hampir 500 ahli berjaya didaftarkan dibawah Victims. Sementara itu, BBCG yang mewakili pembeli-pembeli projek terbengkalai Casa Gemilang Servis Apartment dan Rumah Bandar di Sungai Pusu, Gombak. |
BERSIH: Polis Jejak Sampai Parlimen Posted: 28 Jun 2011 12:24 AM PDT Polis hadir di parlimen untuk mengambil keterangan sekurang-kurangnya dua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, Azmin Ali (KEADILAN- Gombak) dan Mohd Firdaus Jaafar (Pas- Jerai) berhubung perhimpunan Bersih 2.0, 9 Julai ini. Asisten Supretenden Polis dari ibu Pejabat Kontinjen Selangor dilihat mengambil keterangan dua MP terbabit. "Saya diberitahu oleh polis lewat tengah hari semalam bahawa mereka mahu marakamkan kenyataan saya berdasarkan ceramah yang diberikan di Sabak Bernam pada 17 Jun bawah program Jelajah Selangor (JELAS)," kata Azmin ketika ditemui pemberita di lobi parlimen. Menurut Azmin, mereka disiasat atas "dakwaan mengundang" orang ramai menyertai perhimpunan Bersih 2.0 dalam ceramah dua minggu lalu. |
Posted: 27 Jun 2011 09:54 PM PDT Mereka sudah berani buat dajal. Siap ugut lagi. Sekarang belum 9 Julai tetapi samseng durjana telah keluar dari kepompong gelap untuk membuat kacau. Puak-puak balaci dan barua sudah tunjuk ganas. Apa tindakan polis? ada berani? KUALA LUMPUR, 28 Jun — Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Rizalman Mokhtar mempertahankan tindakan 'ganas' sekitar 600 ahli sayap itu di luar ibu pejabat PKR dekat sini malam tadi atas alasan ia satu-satunya cara untuk memastikan pesaing politik menerima mesej bahawa ia tidak akan bertolak ansur dengan sebarang ancaman ke atas pemimpin mereka. "Kami tahu pemimpin-pemimpin PKR di belakang ugutan bunuh ke atas Ketua Pemuda kami. Itu sebabnya kami mahu menghantar mesej. Jangan cuba main-main dengan kami," kata beliau (gambar) kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi pagi ini. Rakaman gelagat mereka mengepung ibu pejabat PKR lewat malam tadi boleh diikuti di YouTube. Sesetengah pihak menyamakan tindakan mereka itu seolah-olah aksi 'mat rempit'. Rizalman tidak menafikan label itu selepas sayap tersebut berjanji akan mengadakan perhimpunan balas dengan aman pada 9 Julai ini. Bersih merancang untuk mengadakan Himpunan Bersih 2.0 pada tarikh tersebut. "Kami tidak melihat adanya cara lain. Jika kami melakukan dengan cara yang baik, kumpulan macam ini, sangat sukar untuk bercakap dengan mereka. Mereka selalu mempolitikkan isu-isu semasa," katanya yang merujuk kepada PKR. "Ini adalah tahap maksimum untuk menunjukkan kami ini serius," kata beliau. |
Posted: 27 Jun 2011 07:49 PM PDT |
Puak BERSIH Ko Tangkap, Puak Ni Ko Tengok Je.. Lahanat Posted: 27 Jun 2011 06:20 PM PDT DAMANSARA: Kira-kira 300 Pemuda Umno yang berkonvoi dengan motosikal, kereta dan kenderaan pacuan 4 roda berhimpun depan ibu pejabat KEADILAN dengan lempar ugutan untuk membakar bangunan itu, jika pimpinan KEADILAN meneruskan Himpunan Bersih. Konvoi itu tiba di hadapan ibu pejabat parti di Tropicana di sini, kira-kira jam 11 malam semalam dan melaungkan perkataan kesat termasuk mencaci dan menghina pimpinan Bersih, Datuk Ambiga Sreevenasan dan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mengikut paparan twitter, konvoi itu dilapor bergerak dari Batu Tiga, Shah Alam dan berkumpul di stesen minyak Kampung Sungai Kayu Ara sebelum bergerak ke ibu pejabat parti. Ketua Ranting PJS, M Jeyabalan memberitahu Keadilan Daily, anggota polis yang berada di tempat kejadian hanya memerhati gelagat penyokong yang membawa bendera Umno dan memakai t-shirt Patriot, tanpa mengambil sebarang tindakan menghalang. Ketika konvoi yang diketuai Exco Pemuda Umno, Lokman Nor Adam tiba di ibu pejabat parti, tiada pimpinan KEADILAN berada di lokasi berkenaan. Mengikut satu sumber, konvoi berkenaan kemudian bergerak ke PJS 8, Petaling Jaya. Beberapa pimpinan parti termasuk Angkatan Muda KEADILAN (AMK) kemudian bergegas ke ibu pejabat sebelum membuat laporan polis di balai Tropicana yang terletak di deretan bangunan sama. Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail ketika dihubungi awal pagi ini, menjelaskan Umno Barisan Nasional (BN) begitu terdesak hingga sanggup mengupah remaja membuat kekacauan. "Ini tindakan samseng yang sedang menggelabah. Mereka cuba takutkan orang ramai untuk menggagalkan Himpunan Bersih 9 Julai ini. "Anehnya, tiada seorang pun pemimpin Umno mahupun Perkasa dipanggil polis. Ironinya pimpinan Bersih termasuk Datuk Ambiga dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said pula yang disoal. "Namun, jika itu tujuan mereka, nampaknya mereka silap besar. Budaya ugut dan ancam Umno BN hanya akan menyebabkan rakyat bangkit dan menolak mereka. "Tuntutan kami jelas iaitu sistem pilihan raya yang bersih dan adil," kata Saifuddin. |
Jatuh Apartment Ketika Berbual Telefon Posted: 27 Jun 2011 05:18 PM PDT KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia awal 30-an patah kaki kanan, leher dan tangan kiri selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah apartmen di Plaza Idaman, Setapak, di sini, semalam. Difahamkan, lelaki terbabit terjatuh ketika leka berbual di telefon dengan teman wanitanya. Gambar hiasan Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa mencangkung di tembok tempat letak kereta apartmen berkenaan sebelum tergelincir dan terjatuh. Menurut sumber, seorang wanita berusia awal 20-an yang menyaksikan kejadian itu menghubungi Balai Polis Setapak, di sini. "Wanita terbabit baru pulang dari kerja sebelum melihat seorang lelaki terjatuh dari kawasan itu ketika dia mahu meletakkan kenderaannya di tingkat sama. "Sepasukan anggota polis dan ambulans dikejarkan ke tempat kejadian. Ketika pasukan perubatan tiba kira-kira 10 minit kemudian, mangsa yang parah dilaporkan tidak sedarkan diri," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan memberitahu tiada unsur jenayah dalam insiden itu. |
You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan