Senyum Tangis Sendu |
- Ayahanda Akan Turut Demonstrasi Dengan Bersih
- Siapakah Pemain Bola Yang Lari ke Hutan?
- Kos Projek Banjir Melaka RM128juta?
Ayahanda Akan Turut Demonstrasi Dengan Bersih Posted: 23 Jun 2011 11:55 PM PDT Perhimpunan Bersih terus mendapat bantahan apabila Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda-Ayahanda Malaysia (PERMAS) mengecam penganjuran perhimpunan tersebut yang disifatkan mempunyai udang di sebalik batu serta mempunyai agenda tersendiri selain tujuan mereka sekadar menghantar memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong. Penasihat Utama Permas, Ayahanda Syed Hussain Al Shahab berkata, PERMAS kecewa, dukacita dan marah dengan tindakan penganjur Bersih dan mempersoalkan apa guna mereka melibatkan rakyat yang begitu ramai jika hanya ingin menghantar memorandum dan hajat mereka. "Adakah pihak Istana terlalu kejam, zalim dan anti rakyat untuk pihak Istana menerima memorandum rakyat pada waktu-waktu sebelum ini. Adakah negeri-negeri di bawah pakatan pembangkang yang dinaungi mereka telah dan sedang dizalimi oleh Kerajaan Persekutuan? "Ataupun tujuan perhimpunan ini hanyalah untuk menunjukkan di kacamata dunia, bahawa kerajaan dan pimpinan di Malaysia amatlah diktator, kejam dan sungguh zalim apabila pihak berkuasa (Polis) terpaksa menggunakan kekerasan bagi menghalang perhimpunan haram ini terus terjadi," ujarnya. Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan di PWTC di sini, hari ini. Sehubungan itu, beliau berkata PERMAS menggesa semua jemaah-jemaah bai-ah di bawah dan di dalam gabungan PERMAS untuk hadir pada 9 julai ini, dengan berkumpul beramai-ramai di Pasar Seni bagi menghalang dan menentang kumpulan dari Bersih. "Buat Ambiga, jika anda meneruskan perhimpunan 'Bersih 2.0', kami (PERMAS) akan hadir untuk menentang anda dengan mengajak semua jemaah-jemaah bai-ah kami untuk ke perhimpunan 'suci' yang akan diterajui PERMAS. Kami rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan perpaduan sangat marah, menyampah dan loya serta menganggap kelakuan Ambiga dan Bersih ini amatlah jijik kerana bertujuan untuk mengkucar kacirkan negara. "Kami juga ampu menggerakkan jemaah bai-ah kami untuk hadir pada hari tersebut. Kami telah lama melihat agenda-agenda tersembunyi yang bertujuan mencipta keburukan pemimpin-pemimpin Melayu di persaDa dunia agar pihak-pihak tertentu mendapat simpati dari pemimpin-pemimpin negara luar, contohnya seperti apa yang berlaku di Libya," katanya. Beliau seterusnya berkata pihaknya juga melihat penganjur Bersih ini terlalu angkuh, bongkak dan sombong kerana tetap mahu meneruskan hasrat mereka anjurkan perhimpunan ini. Justeru tegasnya PERMAS turut mengharapkan tindakan segera diambil oleh pihak berkuasa agar perhimpunan ini dapat dicegah sebelum menjadi barah yang akan merosakkan nama baik Malaysia di mata dunia. "Gunakanlah apa-apa undang-undang yang ada bagi mencegah perhimpunan ini. Jika tidak ditegah, kami juga akan turun tetapi sebagai kumpulan 'suci' untuk menentang kumpulan yang menganggap diri mereka 'Bersih' ini," ujarnya. MediaUMNO. |
Siapakah Pemain Bola Yang Lari ke Hutan? Posted: 23 Jun 2011 08:17 PM PDT KAJANG: Seorang lelaki berusia 23 tahun yang juga bekas pemain bola Piala Presiden sebuah negeri pada 2006 bertindak nekad melarikan diri dengan tangan masih bergari dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, di sini kelmarin. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, suspek melarikan diri kira-kira jam 4.45 petang kelmarin ketika anggota polis membawanya untuk dimasukkan ke dalam lokap sebelum dia berjaya ditahan semula kira-kira jam 1.30 petang (semalam) di kawasan hutan berhampiran Plaza Tol Sungai Balak. "Suspek dengan tangan bergari bertindak berani dengan memanjat tembok IPD Kajang sebelum melarikan diri menuju ke kawasan berhampiran pemancar Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk bersembunyi. "Sewaktu melarikan diri, suspek sempat singgah di rumah neneknya di Simpang Balak dipercayai untuk menukar baju bagi mengelak dikesan polis, " katanya. Rashid berkata, gerakan mengesan suspek dilancarkan IPD Kajang dengan bantuan Unit Anjing Pengesan dan polis turut membuat sekatan jalan raya bermula semalam di sekitar Kajang. "Polis menerima maklumat awam yang ternampak kelibat suspek di Taman Sutera sebelum anggota polis dihantar ke tempat kejadian untuk pemeriksaan. "Suspek yang menyedari kehadiran polis kemudian melarikan diri dan berlaku pergelutan dengan anggota yang mahu menahannya sebelum dia ditahan dalam keadaan tangan masih bergari," katanya. Katanya, suspek sepatutnya dibawa ke Mahkamah Putrajaya semalam bagi prosiding untuk dijatuhkan hukuman atas kesalahan rogol yang dilakukannya pada 2009. "Suspek kini ditahan reman di lokap IPD Kajang dan akan didakwa mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan (KK) kerana melarikan diri ketika dalam tahanan," katanya. |
Kos Projek Banjir Melaka RM128juta? Posted: 23 Jun 2011 07:41 PM PDT Masalah banjir kilat yang selama ini menghantui penduduk di beberapa kawasan di bandar Melaka akan dapat diatasi berikutan selesainya Projek Tebatan Banjir Fasa Pertama. Projek yang menelan belanja RM50 juta itu dimulakan sejak tiga tahun lalu, selepas menerima aduan penduduk berikutan masalah banjir kilat yang berlaku sebahagian besar kawasan bandar di negeri ini. Fasa pertama melibatkan kerja-kerja pembesaran parit dan pembinaan rumah pam yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Melaka (JPSNM). Kawasan terlibat adalah Kampung Chetti, Tangga Batu, Sungai Udang ,Taman Merak Mas, Bukit Katil, Lorong Pandan, Limbongan, Taman Melawis, Taman Sentosa, Bukit Beruang, Taman Peringgit Jaya dan Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka (IPPM) di Durian Daun. Bagi projek fasa kedua yang menelan kos sebanyak RM78 juta dapat diperolehi dengan segera bagi mengatasi masalah banjir dan membaiki sistem perparitan di beberapa buah tempat lagi di bandar ini. Kawasan yang dikenalpasti terlibat dalam projek tebatan banjir fasa dua ini adalah Kampung Enam dan Kampung Tujuh, Jalan Bachang, Sekolah Menengah Tun Tuah, Kampung Lapan, Parit Besar di Bukit Katil, kawasan di belakang pusat membeli belah Fajar, Bachang dan berhampiran Aeon Bandaraya Melaka, Peringgit Jaya. P/s: Patutlah kadar air Melaka tinggi. Rupa-rupanya mahu buat projek "buang air" (banjir). Banyak juga kosnya samapi RM128juta. Bila boleh siap agaknya? Sudah berapa kali diheboh tidak siap-siap dan baru sekarang selesai projek fasa pertama. Inilah akibat asyik sibuk dengan projek monorail dan litar go-kart sampai berjuta-juta ringgit duit rakyat hangus |
You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan