Selasa, 21 Jun 2011

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Gambar Tugu Khurafat 1Malaysia RM352,000

Posted: 21 Jun 2011 03:47 AM PDT

Rakyat Melaka mempersoalkan kos pembinaan Tugu 1 Malaysia di Pantai Klebang bernilai RM 352,000 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak kerna ianya meningkat 3 kali ganda berbanding dengan harga pasaran sebanyak RM 100,000.

Ia baru di bina dalam masa 16 bulan dan Tugu tertinggi di Malaysia itu dibina sempena lawatan Najib ke Melaka pada 4 Februari 2010 tahun lepas. Ia juga memakan kos perbelanjaan makan malam berjumlah RM600,000 pada malam tersebut.
Baru 16 bulan dibina tapi dah hancur

 Tugu RM352,000.. Percaya tak?

 Tiada apa-apa di bawah tugu ini


 Kanvas sudah koyak

 Bumbung dialas zink nipis



 Semua sudah patah

Projek 1Malaysia bernilai RM352,000

Ianya dibina daripada tetulang besi dan tapak asasnya daripada konkrit simen, tingginya 58 kaki atau 17.7 meter dengan lebarnya 30 kaki atau 9.1 meter hanya dibaluti dengan kanvas di bahagian depan dan belakangnya.

Manakala, di bahagian kiri kanannya ditutup menggunakan aluminium nipis dan lantai pentas kecil di depannya ditutup dengan kayu lapis nipis serta termasuklah 15 unit tiang bendera di tepi tugu tersebut.

Dibahagian dalamnya pula diterangi dengan cahaya lampu kalimantan yang tidak sampai pun harga RM5,000 tetapi disebabkan banyak penipuan, maka kos yang sepatutnya lebih murah telah menyamai kos sebauh banglo dua tingkat.

Gambar tersebut diambil pada 19 Jun 2011. Tetapi beginilah keadaan tugu khurafat 1Malaysia yang menjahanamkan harta milik rakyat. Betapa besarnya nilai RM352,000 itu kepada rakyat yang memerlukan tetapi ini tidak dihiraukan oleh BN Melaka.

Membina replika tugu '1Malaysia' adalah ditegah kerana ia mengandungi unsur penghormatan yang dikhuatiri boleh menjurus kepada pemujaan al-Ansab sebagaimana yang ditegah di dalam surah al-Maidah ayat 90:

Mafhumnya: "Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi dan al-Ansab (menyembah berhala) dan a-Azlam (bertenung nasib) adalah najis daripada amalan syaitan. Maka hendaklah kamu jauhkan daripadanya moga-moga kamu berjaya"

Tegahan ini juga berdasarkan kaedah Sadd al-Zara'i (menutup pintu kemudharatan) bagi memelihara kemurnian akidah, ini sebagaimana larangan Baginda SAW terhadap para sahabat yang ingin menjadikan pokok Zat Anwath sebagai tempat berkumpul. (Hadith riwayat al-Tirmizi dan katanya: "Hadith ini Hasan Sahih". Ia juga dinilai Sahih oleh al-Haithami, Ahmad Syakir dan al-Albani)

Selain daripada itu kewajaran tegahan ini juga dilihat dari sudut pembaziran yang diharamkan oleh Islam.

99% Setuju BERSIH 2.0 Diadakan

Posted: 21 Jun 2011 01:15 AM PDT

 
Tinjauan portal dalam talian The Star Online mendapati  99 peratus daripada sejuta responden menyatakan sokongan supaya Perhimpunan Bersih 2.0  pada 9 Julai diteruskan.

Menurut Malaysiakini, bilangan responden sebenar tidak dapat disahkan kerana tinjauan itu telah diturunkan sejak tengahari tadi.

Berdasarkan paparan skrin berkenaan yang disiarkan pengguna Facebook, bilangan responden mencecah 1.3 juta pada 12.25, daripada 527,330 yang direkodkan pada 6.11 pagi ini,  berdasar petikan dari google cache.

Berdasarkan pertanyaan 'Apakah pandangan anda tentang cadangan perarakan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini', seramai 1,312,917 responden menjawab 'Ia patut dibenar diteruskan'.

Manakala seramai 14,222 responden pula memilih untuk menyatakan "Ia patut dibatalkan'.

Tinjauan itu dibincang secara hangat oleh laman kumpulan Facebook 'Curi-Curi Malaysia' yang diwujudkan untuk protes perbelanjaan Kementerian Pelancongan  sebanyak RM1.8 juta untuk kempen dalam laman sosial berkenaan.

Bagaimanapun mereka kecewa kerana tinjauan itu ditarik balik portal The Star.

Lelaki Cepat Mati Jika..

Posted: 20 Jun 2011 11:34 PM PDT

 
LONDON: Kemungkinan kematian sebelum usia 65 tahun di kalangan lelaki akibat terlalu banyak merokok dan minum arak adalah dua kali ganda berbanding wanita.

Satu kajian yang dilakukan oleh Kesatuan Eropah menunjukkan 630,000 lelaki mati pada usia bekerja berbanding 300,000 wanita di seluruh negara kesatuan itu.

Dr Richard de Visser, dari Universiti Sussex, penyelidik utama kajian berkenaan memberi tumpuan khusus terhadap kesan alkohol, penggunaan dadah dan kelakuan seks yang berkait dengan kematian pramasa itu.

Beliau mendapati, di seluruh Eropah, 63 peratus lelaki merokok berbanding 45 peratus wanita. Dianggarkan, kira-kira satu daripada setiap tujuh kematian di rantau itu berkait dengan amalan berkenaan.

Kajian itu juga mendapati, lelaki lebih ramai minum arak berlebihan dan terbabit dalam penyalahgunan dadah berbanding wanita.

Di 23 daripada 31 negara, kadar kematian di kalangan lelaki akibat penyakit hati kronik adalah dua kali ganda daripada wanita. Dalam pada itu, 82 peratus yang mati akibat penggunaan dadah berlebihan juga adalah lelaki. 
 
Agensi

Diarah Bogel Selepas Samun

Posted: 20 Jun 2011 09:20 PM PDT


SHAH ALAM: Akibat terlalu penat dan memberhentikan kereta di tepi jalan, seorang kontraktor bukan saja kerugian hampir RM100,000 apabila menjadi mangsa samun bersenjata, malah dibogelkan sebelum penyamun itu melarikan keretanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi semalam di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) itu, mangsa berusia 32 tahun berhenti berehat selepas memasuki Plaza Tol Setia Alam, di sini, sebelum merancang meneruskan pemanduan.

Difahamkan, ketika terlelap mangsa didatangi lelaki bersenjatakan parang yang memecahkan cermin kereta sebelum mengarahkan suspek berganjak ke bahagian sebelah penumpang.

Sumber berkata, suspek kemudian memandu Honda City milik mangsa dan diekori Toyota Vios berwarna hitam dipercayai dipandu rakan suspek.

"Sambil memandu ke Kuala Lumpur, suspek mengacukan parang dengan mengugut mangsa mengeluarkan semua barangan berharga termasuk melucutkan baju dan seluar.

"Mangsa yang masih terkejut mengikut semua arahan suspek berikutan takut diapa-apakan.

"Suspek meninggalkan mangsa keseorangan dalam keadaan bogel di Kilometer 7.1 NKVE sebelum melarikan diri menggunakan kereta mangsa," katanya.

Sumber berkata, kereta yang dipercayai dipandu rakan suspek turut melarikan diri, namun mangsa gagal mengenal pasti nombor plat Toyota Vios itu.

Menurutnya, anggaran kerugian dialami mangsa hampir RM100,000 itu termasuk kenderaan, wang, dua telefon bimbit, jam tangan, kasut berjenama dan beberapa lagi barang berharga.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan siasatan lanjut dijalankan.

'Parkir Berdarah' Ditikam Dengan Gunting

Posted: 20 Jun 2011 07:37 PM PDT

KOTA BHARU: 'Parkir asmara' sebuah pasar raya di sini, seperti didedahkan muka depan akhbar ini 8 Jun lalu, bertukar 'parkir berdarah', apabila seorang pelatih salun parah ditikam sekurang-kurangnya tujuh kali di kepala, leher dan muka menggunakan gunting oleh bekas suaminya dipercayai kerana gila talak, semalam.

Kejadian kira-kira jam 4 petang itu disedari petugas pasar raya berkenaan sejurus terdengar jeritan wanita berusia 28 tahun itu ketika dia cuba melarikan diri daripada 'ditawan' bekas suami yang memandu kenderaannya.

PARAH...Hazita dirawat di HRPZ II, semalam.

Dalam keadaan yang tidak bermaya dan berlumuran darah, mangsa, Hazita Mohamad memberitahu kejadian berkenaan kepada petugas pasar raya itu bahawa dia ditikam bekas suaminya dan memberitahu lelaki berusia 30-an terbabit melarikan diri dengan berjalan keluar dari parkir berkenaan.

Melihat keadaan mangsa yang parah, kakitangan pasar raya berkenaan menghantarnya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) bagi mendapatkan rawatan segera di wad kecemasan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi mengesahkan kejadian menimpa mangsa dan wanita itu dipercayai diekori bekas suaminya dari sebuah pusat beli-belah di sini, sehingga ke lot parkir pasar raya itu.

"Bekas suaminya menerpa masuk ke dalam kereta dan menikamnya menggunakan gunting hingga menyebabkan dia cedera di belakang kepala, leher kiri dan kanan serta muka.

Tiada ulasan: