Khamis, 16 Jun 2011

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Wei UMNO, Polis Baca Menatang Ni

Posted: 16 Jun 2011 02:12 AM PDT


PERKARA 10. KEBEBASAN BERCAKAP, BERHIMPUN DAN MENUBUH PERSATUAN.

(1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4);

(a) tiap-tiap warganegara adalah berhak bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran;

(b) semua warganegara adalah berhak berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata;

(c) semua warganegara adalah berhak menubuhkan persatuan;

(2) Parlimen boleh dengan undang-undang menggunakan:

(a) ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain, ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakkan penghinaan terhadap mahkamah, fitnah, atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan;

(b) ke atas hak yang diberi oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau ketenteraman awam;

(c) ke atas hak yang diberi oleh perenggan (c) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam atau akhlak.

(3) Sekatan-sekatan ke atas hak menubuhkan persatuan yang diberi oleh perenggan (c) Fasal (1) boleh juga dikenakan oleh mana-mana undang-undang mengenai buruh atau pelajaran.

(4) Pada mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam di bawah Fasal (2) (a), Parlimen boleh meluluskan undang-undang melarang perbuatan mempersoal apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak kedaulatan yang ditetapkan atau diperlindung oleh peruntukan bahagian 3, Perkara 152, 153 dan 181 berhubung dengan apa-apa jua melainkan berhubung dengan pelaksanaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang itu.

Norshahrul Idlan Talaha Ambil Posisi Penjaga Gol Ketika Lawan Myanmar?

Posted: 15 Jun 2011 11:27 PM PDT


Cuba kita lihat dalam gambar di atas yang telah dibulatkan. Terlalu ramai penjaga gol skuad kebangsaan untuk menentang Myanmar pada 18 Jun ini di Stadium Sultan Muhd ke-4. 

Betul atau tidak, penyerang kebangsaan yang juga penyerang Kelantan akan menggantikan penjaga gawang utama pasukan negara dari Khairul Fahmi Che Mat setelah senarai baru yang dikeluarkan oleh Harian Metro. Seramai 8 orang penjaga gol adn tiada penyerang kebangsaan pada kali ini.

Ini mungkin satu strategi skuad kebangsaan untuk menarik perhatian pembaca Harian Metro untuk melariskan akhbarnya. Kali ini merupakan paling ramai penjaga gol skuad kebangsaan yang diturunkan oleh jurulatih pasukan Malaysia.

Tahniah Harian Metro kerana anda telah buat lawak dalm sukan. Kemungkinan juga 'copy and paste' yang menjadi penyebab penyerang negara akan memikul tugas sebagai penjaga gol menggantikan 3 penjaga gol utama sebelum ini.

Godam Terus Ganas Hari Ini

Posted: 15 Jun 2011 08:30 PM PDT

KUALA LUMPUR, 16 Jun — Operation Malaysia dilancarkan oleh penggodam kumpulan antarabangsa Anonymous bukan sahaja menggodam laman web rasmi kerajaan, tetapi juga melakukan serangan ke atas 27 laman web yang lain.
 
Senarai itu termasuklah lima laman web kerajaan, antaranya kementerian penerangan, jabatan bomba dan suruhanjaya pengangkutan awam darat.
 
Meskipun ugutan kelmarin mengatakan bahawa serangan ke atas laman web rasmi kerajaan akan dilancarkan awal pagi ini tetapi beberapa laman web dan portal sudah mula diserang sejak petang semalam.
 
Sehingga pukul 8.30 pagi tadi, laman web www.malaysia.gov.my tidak dapat diakses manakala penggodam-penggodam lain juga menyasarkan laman web agensi pelancongan Sabah www.sabahtourism.com dan www.tourmalaysia.com.my.
 
Dengan menyerang laman web Sabah Tourism, penggodam mendakwa mereka telah memperoleh data melibakan lebih 3,400 pengguna agensi itu dan menyiarkan butiran 392 akaun.
 
Sabah Tourism yang dapat menstabilkan akses meletakkan notis "offline" di muka depan lamannya.
 
Bagaimanapun laman web Tour Malaysia kekal dengan paparan "Dragon Force" dan lagu  "heavy metal" berjudul "Through The Fire And The Flames" dan mesej mengecam kerajaan menghalang akses kepada beberapa laman web.
 
Malaysia menjadi negara terbaru berhadapan dengan sasaran perang siber yang digerakkan oleh aktivis, yang mula popular apabila mereka mengganggu laman web MasterCard dan Paypal yang memutuskan perkhidmatan kewangan kepada Wikileaks.
 
Mereka juga dilaporkan ada hubungan dengan kumpulan-kumpulan yang pernah menggodam laman web di Syria, Tunisia, Mesir dan India.
 
Laporan Reuters semalam menyebut, Anonymous mendakwa tindakan Malaysia menapis program televisyen dan filem dan menghalang laman-laman perkongsian fail menyebabkan pihaknya mengambil tindakan mahu menggodam laman web  http//:www.malaysia.gov.my.
 
Pada 2009, Malaysia bercadang untuk mengadakan sistem tapisan Internet, yang mirip projek Green Dam yang diperkenalkan oleh China.
 
Bagaimanapun seperti juga di China, Malaysia berundur daripada melaksanakannya ekoran kritikan banyak pihak.
 
Mengikut laporan media semalam, Anonymous mengancam untuk menggodam laman web kerajaan di bawah "Operation Malaysia" awal pagi ini.
 
Kumpulan itu menghantar mesej kelmarin mengatakan bahawa ia akan menggodam pada pukul 3.30 pagi ini waktu Malaysia.
 
Ugutan itu dibuat dalam bentuk grafik disiarkan di lamab web http://i.imgur.com/PTFWh.png.
Dalam
 pada itu, laman web akhbar tempatan New Straits Times (nst.com.my) juga tidak dapat diakses setakat pukul 10 pagi tadi, tetapi tidak pasti sama ada ia disebabkan oleh serangan siber ataupun sebaliknya.

Mati Ketika Merogol Wanita

Posted: 15 Jun 2011 06:48 PM PDT

Gambar hiasan

CHICAGO - Seorang lelaki di Texas mati semasa dia merogol seorang wanita berusia 77 tahun, lapor media tempatan.

Lelaki Texas itu, Chavelo Gutierrez, 53, memecah masuk ke rumah wanita berkenaan dengan bersenjatakan pisau dan menyerangnya.
 
Namun, akhbar Corpus Christi Caller melaporkan semasa dia sedang merogol wanita tersebut, Gutierrez mengadu dia berasa tidak sihat dan berhenti melakukan hubungan seks untuk berehat.
 
Lelaki tersebut kemudian mahu meneruskan perlakuan tidak senonoh itu tetapi dia kemudian jatuh tergolek dan meninggal dunia.
 
Wanita itu pada mulanya menyangka dia sudah meninggal dunia kerana mabuk disebabkan bau minuman keras pada nafasnya.
 
Selepas perogol itu meninggal dunia, wanita tersebut meninggalkan rumahnya dengan memandu sebuah kereta sebelum meminta bantuan daripada anak perempuannya.
 
Para penyiasat percaya, perogol itu mati kerana serangan jantung selepas dia menunggang basikal sejauh 3.21 kilometer ke rumah wanita berkenaan dalam cuaca panas.
 
AFP

Tiada ulasan: