Isnin, 13 Jun 2011

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Blogger UMNO Lemau - Zahid Hamidi

Posted: 13 Jun 2011 01:33 AM PDT


UMNO akui bahawa blogger Pakatan Rakyat kini bangkit setelah sekian lama menyepi selepas Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu dan kini bangkit menentang kedurjaan blogger milik UMNO/BN yang semakin hari semakin ketandusan isu.

Unit tempur siber parti itu (UMNO) ketika ini dilihat gagal menyampaikan maklumat secara berkesan kepada kumpulan sasar. Pengendalian unit itu tidak memberikan perincian serta penghayatan pada sesuatu isu sehingga gagal menangkis banyak isu yang dibangkitkan pembangkang meskipun apa yang didakwa itu tidak benar. 
Unit berkenaan juga selalu kalah dalam menjawab isu yang dibangkitkan pembangkang dalam media baru berbanding unit siber pembangkang yang lebih berkesan. - Zahid Hamidi

Bersiap sedia menggempur pasukan siber UMNO yang sekarang kekurangan duit setelah tiada bayaran untuk blogger mereka menyerang isu yang dilontarkan oleh blogger Pakatan Rakyat. Blogger mereka tidak dibayar semenjak dua bulan lalu selepas Pilihan Raya Negeri sarawak yang ke-10 lalu.

KOTOR 2.0 Diwujudkan Untuk Lawan BERSIH 2.0?

Posted: 12 Jun 2011 11:50 PM PDT


Kumpulan terdesak Melayu, PERKASA memberi amaran bahawa mereka akan menganjurkan protes bagi menghalang rancangan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) untuk mengadakan perhimpunan aman yang didakwa mereka sebagai "mengacau".

KOTOR 2.0 akan "lawan habis-habisan' bagi menghalang perhimpunan itu jika penganjurnya berkeras untuk turun ke jalanan di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini. Kumpulannya itu akan berarak menentang penunjuk perasaan BERSIH 2.0 bagi membuktikan bahawa tidak semua rakyat Malaysia setuju bahawa pilihan raya di negara ini adalah "kotor". 
Saya tak boleh bayangkan, bila ramai yang berhimpun, mereka akan baling batu, bakar kereta... KOTOR 2.0 akan turun ke jalannan dan halang mereka (perhimpunan BERSIH). - Ibrahim Ali.

Tujuannya ialah untuk menyerahkan satu petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong supaya campur tangan dalam memulakan reformasi sistem pilihan raya negara.

Petisyen itu akan mengusulkan tujuh permintaan BERSIH 2.0 ialah: 

1) Pendaftaran pengundi secara automatik ketika berusia 21

2) Reformasi bagi sistem undi pos untuk para pengundi luar bandar

3) Penggunaan dakwat yang tidak dapat dipadamkan bagi mengelakkan undi berulang-kali

4) Capaian media aliran utama untuk parti pembangkang

5) Tempoh kempen minimum 21 hari

6) Kebebasan badan penguatkuasaan bertindak berhubung kesalahan pilihan raya

7) Menghapuskan rasuah pilihan raya


P/s: Dahsyat betul KOTOR 2.0 ni. Sampai ada bakar-bakar kereta. Daripada bakar kereta baik bakar manusia. Bodoh betul pemikirkan sekor katak ni.


Inilah Empat Pemimpin Termasuk UMNO Jahil Islam

Posted: 12 Jun 2011 06:14 PM PDT


Empat pemimpin yang jahil tentang agama dan cemburu dengan Negara Berkebajikan yang dilakukan PAS telas melontarkan idea bodoh mereka kepada UTUSHIT. Mereka ialah Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam, Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Datuk Dr. Kamarudin Kachar dan Presiden Persatuan Sosial Harmoni Malaysia, Nordin Ahmad.

KEbodohan dan kejahilan mereka membuktikan mereka telah terhimpit dengan tagline baru PAS semasa Muktamar PAS yang lalu berkaitan Negara Berkebajikan. Kedua-dua pemimpin UMNO seperti Mohd. Puad Zarkashi dan Datuk Seri Mohd. Ali Rustam adalah individu yang menjual maruah rakyat.

Kita ambil contoh Ali Rustam, beliau merupakan Ketua Menteri Melaka tetapi tindakan kejamnya cuba merampas tanah milik rakyat di Jasin dan Bukit Katil membuktikan beliau seorang yang 'berkebajikan; di Melaka. Hari ini Mahkamah di Melaka akan bersidang berkaitan isu tanah rakyat di Jasin.

Di bawah ini ialah kenyataan mereka yang fasik dan jahil tentang negara berkebajikan. Jika mereka berani mencabar PAS gugur perkataan Islam, adakah mereka berani tukar UMNO kepada PERKEMBAR? KITA CABAR DIA BALIK GUGUR PERKATAAN MELAYU ATAU TUKAR NAMA KPD "UNITED 1MALAYSIA NATIONAL ORGANISATION. Ada berani?

Saya mencabar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggugurkan sahaja perkataan Islam daripada Pas atau tukar saja nama parti itu kepada Parti Kebajikan se-Malaysia. -  Dr. Mohd. Puad Zarkashi.
Saya meminta Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan penggunaan nama Islam pada Pas serta menghalang parti lain daripada menggunakan nama agama dalam parti mereka. - Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.
Pas tidak perlu dicabar untuk menukar nama itu sebaliknya melakukannya atas kesedaran sendiri kerana tindak tanduk mereka yang tidak seiring dengan nama Islam pada parti itu. Sepatutnya mereka tukar kepada nama Parti Amal Jariah sahaja selaras dengan langkah Pas mengubah perjuangan negara Islam kepada negara kebajikan. -  Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Datuk Dr. Kamarudin Kachar.
Keputusan pemilihan pada Muktamar Pas baru-baru ini menguatkan lagi gesaan supaya nama Islam pada parti itu digugurkan. Sekarang ini sudah tidak ada ulama lagi yang memegang jawatan pada peringkat tertinggi, jadi di mana Islamnya? Kemenangan Mohammad Sabu pula merupakan kemenangan DAP, jadi gugurkan sahaja perkataan Islam itu supaya orang ramai tidak keliru dengan perjuangan sebenar Pas yang semakin menyimpang. - Presiden Persatuan Sosial Harmoni Malaysia, Nordin Ahmad.

Cuba minta ulama dunia beri takrif Islam, sepanjang pengajian antara makna Islam ialah kesejahteraan yang terangkum juga makna kebajikan! Paling penting dan confirm, makna Melayu tak sama dengan makna Malaysia, PAS untuk Malaysia,Umno untuk Melayu sahaja.

UMNO bukan untuk Melayu sahaja, KIMMA pun boleh jadi Melayu. Paling pelik dalam UMNO, ia boleh menukar status bangsa dari Siam kepada Melayu, India kepada Melayu seperti Ketua Cawangan Bukit Beruang yang asalnya India terus jadi Melayu bila masuk UMNO.

P/s: Paling penting engkau empat ekor bukan ahli PAS. Jadi, jangan dilayan syaitan-syaitan ini. Mereka tidak ada agama. Nama sahaj Islam tapi fasik. Biarkan mereka melalak seperti anjing. Mereka sudah tersepit dengan isu kebajikan kerana mereka telah meberikan rakyat kebahanaan.

Tiada ulasan: