Senyum Tangis Sendu |
- Kasihan UMNO Merayu Pada PAS
- Gambar: Gajah Serang Anak Lembu, Seorang Maut
- Tunjuk Kemaluan Dalam LRT
- Cabul 6 Siswi
| Posted: 09 Jun 2011 02:41 AM PDT Menteri Pengajian AUKU, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pemimpin PAS sebelum ini lantang menuduh UMNO dengan pelbagai gelaran, termasuk melabelkan parti itu kafir kerana tidak memperjuangkan negara Islam. "Mereka menuduh UMNO tidak betul tetapi baru-baru ini mengubah dan menyatakan perjuangan itu tidak ada dalam al-Quran dan yang ada ialah negara berkebajikan," katanya. P/s: Kasihan UMNO sebab tiada lagi ruang untuk mereka bersama PAS |
| Gambar: Gajah Serang Anak Lembu, Seorang Maut Posted: 08 Jun 2011 09:31 PM PDT |
| Posted: 08 Jun 2011 08:23 PM PDT KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Bangladesh berusia 28 tahun dipercayai gila seks ditahan polis selepas menunjukkan kemaluannya kepada penumpang lain di dalam tren Transit Aliran Ringan (LRT), KLCC, di sini, kelmarin. Sehari sebelum ditahan, lelaki terbabit dikatakan meraba seorang penumpang wanita berusia 26 tahun sehingga menyebabkan berlaku kekecohan dalam pengangkutan awam berkenaan. Bagaimanapun, tindakan suspek meneruskan rutin peliknya itu kelmarin di kawasan sama memakan diri apabila dia ditahan dua anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan berkenaan kira-kira jam 8.30 pagi. Menurut sumber, suspek ditahan ketika menunjukkan kemaluannya kepada penumpang lain dalam LRT itu. "Biarpun berlaku sedikit pergelutan, suspek berjaya ditahan sebelum dibawa ke Balai Polis Dang Wangi, untuk tindakan lanjut," katanya. Menceritakan semula kejadian yang berlaku Isnin lalu, sumber polis berkata, mangsa yang menaiki LRT dari Gombak mendakwa diraba seorang lelaki warga asing ketika dalam perjalanan menuju ke KLCC. "Lelaki terbabit dikatakan duduk di sebelah mangsa dan melakukan perbuatan aneh dengan menggerakkan badannya namun tidak dipedulikan mangsa. "Suspek yang berang dengan keadaan itu kemudian meraba paha wanita berkenaan. Tindakan suspek menyebabkan mangsa berang sebelum memarahinya. Berang dengan keadaan itu selain bimbang kejadian sama berulang, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini. |
| Posted: 08 Jun 2011 06:01 PM PDT GEORGETOWN: Seorang pengarah sebuah syarikat bertindak licik kononnya mampu menawarkan markah tinggi bagi penilaian latihan amali disyarikatnya sebelum mengambil kesempatan mencabul enam pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) dalam kejadian di Pulau Tikus, di sini, kelmarin. Tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki lingkungan 50-an itu, enam mangsa terbabit bersepakat membuat laporan di Balai Polis Pulau Tikus kira-kira jam 9 pagi, kelmarin. Difahamkan, semua mangsa berusia 20-an itu ditawarkan penilaian baik dan markah tinggi asalkan mereka mengikut kehendak pengarah syarikat terbabit. Menurut sumber, semua pelajar itu baru memulakan latihan amali di syarikat terbabit. Katanya, terbabit turut menjanjikan kenaikan elaun latihan jika pelajar terbabit dapat memenuhi tuntutan nafsu serta arahannya. "Difahamkan, mereka semua pelajar jurusan perakaunan yang membuat latihan amali di syarikat yang menyediakan latihan untuk menjadi kru penerbangan. |
| You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan