Rabu, 8 Jun 2011

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


UMNO Seperti Tikus Kencing Berlari

Posted: 08 Jun 2011 03:00 AM PDT

Mulanya menyerang, kemudian menyatakan bahawa UMNO sudahpun melaksana negara kebajikan dan kini bertukar kepada rayuan 'UMNO tetap membuka ruang untuk penyatuan Melayu' dan kad simpati dengan mengatakan 'UMNO kecewa PAS tolak perpaduan' dan sebagainya,".

Istilah UMNO seperti tikus kencing berlari itu sesuai memandang seekor tikus apabila berkejaran sesama mereka, akan terkencing sambil berlari. Itulah rupa UMNO. Cakap seperti biawak lidah bercabang. Sekejap merayu, sekejap menghentam dan macam-macam lagi sifat tikus seperti UMNO ini.

Apabila PAS mengutarakan negara berkebajikan, tak tersangka pula Umno yang mengelupor dengan istilah tersebut, bak kata tok bomoh picit lada hitam pada jari kaki orang masuk hantu. Barangkali memang Umno ini dah lama kena rasuk… Cuma mungkin tak kena cara tiupnya saja.
Kini, kita boleh lihat dengan nyata bahawa Umno benar-benar terasa dengan istilah 'negara kebajikan' ini kerana ia memberi ancaman kepada mereka. - Tuan Guru Abdul Hadi

Pimpinan Umno dan medianya telah menyerang bertubi-tubi untuk menguasai pemikiran rakyat terhadap parti Islam tersebut dengan tuduhan kononnya PAS telah mengubah dasar perjuangan.

Walhalnya konsep negara berkebajikan, keadilan, keselamatan, kesejahteraan, kemakmuran adalah intipati dari negara Islam.
Kebijaksaan perwakilan membaca keperluan barisan pimpinan bagi mengempur Umno menyebabkan mereka rasa tertekan. Ini dapat dibaca dari luahan kenyataan mereka. - Tuan Ibrahim.

UMNO ibarat tikus apabila diajak berdebat, ibarat biawak apabila berkata-kata kepada rakyat, ibarat anjing tersepit apabila ajak PAS bergabung dan ibarat kubur ternganga untuk talkinkan mereka.

Najib Jahil Tentang Sejarah Islam

Posted: 08 Jun 2011 01:12 AM PDT


Perdana Menteri yang jahil tentang sejarah Islam telah bersuara terhadap PAS bahawa PAS telah mencipta tema baru untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 dengan tema Membangun Negara Berkebajikan semata-mata untuk mengaburi mata rakyat.

Kejahilan Najib itu menunjukkan bahawa beliau sebenarnya tidak tahu apa-apa tentang Islam apatah lagi tentang sejarah Islam. Beliau menyangkakan bahawa Membangun Negara Kebajikan ini adalah ciptaan PAS sedangkan ini telah wujud sejak zaman Rasulullah s.a.w lagi.

Konsep Negara Berkebajikan telah diwujudkan sejak zaman Nabi Muhammad SAW lagi ketika Baginda mentadbir Madinah sebagai sebuah Negara Islam. PAS perjuangkan dasar Negara Berkebajikan yang didirikan oleh Baginda Nabi sejak zaman Madinah lagi dan bukan hanya untuk PRU13 sahaja.
Negara Berkebajikan itu disebut juga di dalam Al-Quran sebagai baldatun Toyyibatun wa Rabbul-Ghafur iaitu Negara yang baik yang mendapat pengampunan Tuhan. - Mat Sabu

Sewajarnya beliau menjawab sebagai seorang negarawan dengan hujah kuat dan bukannya menolak ucapan dasar yang penuh ilmiah dengan hanya mengatakan 'itu modal PRU13' sahaja. Berikanlah komitmen sebagai seorang pemimpin negara, apakah yang telah, sedang dan akan diberikan kepada rakyat bagi mengatasi dan lebih baik dari konsep Negara Berkebajikan itu.

Rakyat boleh menilai antara gagasan besar Presiden PAS dengan jawapan cetek Najib. Minda orang tidak bertamadun seperti Najib hanyalah minda golongan badut sarkas.

Adegan Berahi Tempat Parkir

Posted: 07 Jun 2011 11:00 PM PDT

TAK SENONOH...rakaman CCTV menunjukkan adegan berahi pasangan dalam kereta di tempat parkir terbabit.
TAK SENONOH...rakaman CCTV menunjukkan adegan berahi pasangan dalam kereta di tempat parkir terbabit.

Hanya dengan bayaran RM2 untuk sekali masuk, parkir sebuah pasar raya, di sini, tidak ubah seperti 'parkir asmara' apabila dijadikan sasaran suami dan isteri curang untuk melampiaskan nafsu ketika keluar dari pejabat pada waktu makan tengah hari.

Mereka membawa kenderaan secara berasingan untuk mengelak gerak-geri dihidu kenalan atau keluarga masing-masing sebelum melakukan aksi terlarang di kawasan gelap di dalam kereta mereka. 

Difahamkan, walaupun waktu rehat hanya sejam, pertemuan singkat terbabit digunakan sebaik mungkin untuk melepaskan rindu.

pix_topright

Perkara itu didedahkan seorang kakitangan pasar raya berkenaan yang mengakui terkejut melihat gelagat suami dan isteri curang yang menjadikan parkir pasar raya itu untuk bermadu kasih.

Dia yang enggan dikenali berkata, bukti perlakuan tidak senonoh itu kerap kali disaksikannya bersama pekerja lain menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di setiap ruang tempat meletak kenderaan itu.

Payudara Bernanah

Posted: 07 Jun 2011 09:00 PM PDT

SAKIT...Mei Ling menunjukkan resit bayaran pembedahan pembesaran payudara kepada Michael Chong.
SAKIT...Mei Ling menunjukkan resit bayaran pembedahan pembesaran payudara kepada Michael Chong.

KUALA LUMPUR: Ketaksuban wanita yang ingin kelihatan cantik dan mempunyai payudara menarik demi memuaskan hati teman lelakinya bertukar mimpi ngeri apabila terpaksa menanggung kesakitan kesan daripada pembedahan yang dijalankan di sebuah pusat rawatan kosmetik di ibu kota, tahun lalu.

Niat wanita terbabit, Tham Mei Leng, 30, ingin memberi kejutan kepada pasangannya selepas lelaki itu sering bersungut dia mahu kekasihnya kurus dan berpayudara besar menyebabkan mangsa nekad melakukan pembedahan itu bagi memenuhi tuntutan teman lelakinya.

Bagaimanapun, kejutan yang diharapkan tidak kesampaian sebaliknya dia menanggung kesakitan sehingga kini akibat pembedahan itu tidak berjaya malah menyebabkan payu daranya bernanah dan kehitaman.

Lebih menyedihkan RM13,100 yang digunakan untuk kos pembedahan itu menjadi episod hitam dalam hidupnya apabila tubuh badannya menjadi hodoh sehingga percintaannya selama lima tahun dengan teman lelaki terputus gara-gara lelaki itu tidak dapat menerima kekurangan dirinya.

Mei Leng berkata, penderitaan dialaminya kini bermula pada 11 Mac 2010, apabila kenalan mencadangkannya membuat rawatan kecantikan di premis di sini.

126 Daripada 131 Cawangan UMNO Kelantan Tidak Sah Pendaftran ROS

Posted: 07 Jun 2011 07:30 PM PDT


KUALA LUMPUR, 8 Jun — Seorang ahli Umno yang dipecat tahun lalu kerana melanggar perlembagaan parti telah memfailkan kes terhadap Pendaftar Pertubuhan (RoS) semalam untuk mendapatkan balik keahliannya — kes yang mengingatkan kembali krisis 1987 dalam parti teras Barisan Nasional (BN) itu.

Seorang ahli perniagaan dari Kelantan Amran Abdul Rahman, yang pernah menjadi ahli Umno selama 14 tahun, mencabar RoS untuk menunjukkan bukti bahawa cawangan-cawangan di bahagian Tanah Merah telah didaftarkan secara sah, dan jika tidak, agensi itu harus mengisytiharkan Umno Kelantan haram, satu langkah yang akan membawa kepada pembatalan pemecatan beliau daripada parti.

Amran, 47, merupakan setiausaha Umno bahagian Tanah Merah ketika beliau dilucutkan keahlian pada 1 Mac 2010 mengikut Perkara 20.7 perlembagaan parti kerana membawa ketua bahagiannya Datuk Ikmal Hisham ke mahkamah.

Ekoran krisis kepimpinan 1987 yang menyaksikan parti itu diisytiharkan sebagai haram, satu perlembagaan baru dirangka selepas penubuhan Umno Baru, sekali gus melarang ahlinya membawa sebarang pertikaian ke mahkamah.
 
Selepas memfailkan kesnya, Amran berkata, isu utama ialah impak ke atas parti itu di negeri yang ditadbir PAS ekoran pemilihan bahagian 2008.

Umno mengadakan pemilihan pusat awal 2009.

"Isunya ialah 190 perwakilan yang menghadiri perhimpunan yang memilih anggota Majlis Kerja Tertinggi pada 2009 adalah haram," katanya sambil menambah, perpecahan dalam parti Melayu itu akan menjejaskan peluangnya untuk mendapatkan balik Kelantan dalam pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut akan diadakan tahun ini.

Dalam permohonannya, Amran berkata: "saya percaya bahawa responden (RoS) telah mendaftarkan Umno Baru di bawah Seksyen 7 akta tersebut (Akta Pertubuhan 1966) dan Sijil Pendaftaran telah dikeluarkan seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 8 akta tersebut.

"Saya juga percaya bahawa peruntukan Seksyen 12 akta tersebut menyatakan bahawa kesemua cawangan yang hendak ditubuhkan mesti mendapat kebenaran Pendaftar Pertubuhan," katanya.

Amran menambah, beliau setelah dinasihatkan oleh peguamnya percaya bahawa peruntukan Seksyen 12(3) Akta Pertubuhan 1966 menyatakan bahawa cawangan yang ditubuhkan tanpa kebenaran responden adalah pertubuhan haram.

justeru Amran memohon semakan kehakiman daripada Mahkamah Tinggi untuk mengetepikan keputusan RoS yang menafikan aksesnya kepada dokumen-dokumen mengenai 126 cawangan dan 14 bahagian di Kelantan, dan juga perintah mahkamah mengarahkan RoS membekalkan maklumat yang diperlukan.

Peguamnya, Adlan Hadi Mohamed Yusof menjelaskan, di bawah Seksyen 10 Akta Pertubuhan mana-mana individu ada hak untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan berhubung satu-satu pertubuhan yang didaftarkan.

Terdapat 131 cawangan Umno di Kelantan. Menurut Amran, daripada jumlah itu hanya lima yang sah manakala yang baki termasuk cawangan Simpang Tiga Seri Mahligai tidak pernah didaftarkan.

Cubaan Merogol Dalam Bas Ekspress

Posted: 07 Jun 2011 06:29 PM PDT

BUKTI...bas yang dipercayai menjadi tempat seorang wanita hampir dirogol malam kelmarin.
BUKTI...bas yang dipercayai menjadi tempat seorang wanita hampir dirogol malam kelmarin.

JASIN: Seorang pemandu bas ekspres bertindak gila apabila menayangkan filem lucah sebelum cuba merogol seorang wanita yang menjadi penumpang terakhir kenderaan terbabit ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Melaka Sentral.

Dalam kejadian jam 10.45 malam kelmarin, pemandu berusia 38 tahun itu melencongkan bas dipandunya ke ladang sawit di Jalan Tiang Dua-Bukit Kajang sebelum cuba merogol mangsa.

Wanita warga Indonesia yang bekerja sebagai tukang urut refleksologi di Kuala Lumpur itu menegur pemandu berkenaan kerana menayangkan filem lucah ketika dia menjadi penumpang terakhir dalam bas.

Bagaimanapun, lelaki itu tidak mengendahkannya, malah terus membuka seluarnya sebaik memberhentikan bas di kawasan sunyi.

Namun, wanita berkenaan bernasib baik kerana kebetulan dua anggota polis yang menaiki kereta peronda melalui kawasan itu dan terus memeriksa selepas melihat keadaan bas mencurigakan.

Tiada ulasan: