Rabu, 1 Jun 2011

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


PRU-13 Bulan Jun?

Posted: 01 Jun 2011 09:01 AM PDT


Najib berkemungkinan besar akan membubarkan Parlimen lebih awal dan akan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 pada bulan Jun ini sebagai mendapat undi mudah menurut satu sumber. 

Ini berlaku dari kesan daripada kenaikan tarif elektrik. Perdana Menteri Najib Razak akan bertemu Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen 12 dalam waktu terdekat iaitu pada awal Jun tahun ini. Tidak syak lagi pada awal bulan ini.

Ia terpaksa dilakukan awal kerana tidak yakin untuk tunggu sehingga pembentangan Bajet 2012 kerana reaksi daripada rakyat yang tidak menentu sekarang ini ekoran kenaikan tarif elektrik pada hari ini. Menurut sumber, jika dilakukan awal maka Najib akan mendapat majoriti mudah.

Sumber juga berkata, terlalu lama untuk Najib menangguhkan perjalanan Pilihan Raya ke-13 ini kerana telah ada kroni yang mengumpul kekayaan sebelum menjelangnya PRU ke-13 ini.

Ketua UDA Holdings Nur Jazlan Mohamad tentang dakwaan di Pusat Kota Bukit Bintang (BBCC) jelas menunjukkan telah berputus asa dan tidak sabar di antara beberapa kumpulan UMNO untuk meningkatkan kekayaan mereka sebelum pilihanraya umum 13.

Jazlan baru-baru ini telah ditanya oleh pemimpin dari kumpulan Kuasa sayap kanan dan menuduh UMNO UDA Holdings dari menjauhkan kontraktor Bumiputera dalam pembangunan BBCC bernilai RM6.7 bilion.

Video: 1Malaysia Ada Maksud Lain?

Posted: 31 May 2011 11:19 PM PDT


Tahukah anda tentang slogan 1Malaysia? Untuk apa slogan itu dicipta kepada rakyat dan siapakah yang mencadangkan kepada Najib kalau bukan Israel dengan kos untuk wujudkan 1Malaysia bernila RM77 juta di bawah APCO Worldwide.

Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan itu sebenarnya boleh dijadikan untuk rakyat yang menyokong UMNO sahaja dan bukannya rakyat di Malaysia. Pernah suatu ketika "Rakyat Didahulukan" tetapi slogan belakang "Pencapaian Diutamakan" tidak digunakan semata-mata untuk menipu rakyat seperti dalam gambar di atas.



Gambar di atas adalah ketika Pilihan Raya Kecil N.27 Merlimau yang mana BN telah menggunakan "Rakyat Didahulukan" kerana pada masa itu banyak projek mee segera telah ditaburkan seperti pembinaan jalan raya dan longkang telah dilakukan begitu pantas sebelum tiba pilihanraya.

Pada masa itu juga, tiada pencapaian yang berlaku di Melaka kerana Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka tidak beroperasi dengan baik. Sebab itu BN telah menggunakan separuh moto slogannya demi menipu rakyat di Melaka.

Selepas beberapa bulan PRK Merlimau berakhir, Ketua Menterinya Ali Rustam telah mengistiharkan bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka tidak mendapat sambutan sekali gus menaikkan tarif air dari 5sen hingga ke 55 sen.

Cuba kita hayati lirik lagu dalam video di bawah. Semua itu berkait rapat dengan kenaikkan harga. Perubahan yang cuba dilakukan oleh BN.

3 Sahabat Rentung

Posted: 31 May 2011 07:21 PM PDT


KLUANG: Seorang anggota tentera dan dua orang awam rentung apabila kereta dinaiki mereka terbabas sebelum terbakar, manakala seorang lagi anggota tentera yang menaiki kenderaan sama melecur teruk dalam kemalangan maut di Kilometer 51.5 Jalan Batu Pahat-Mersing, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, empat sahabat berkenaan dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di pusat bandar Kluang dari arah Taman Kluang Barat sebelum kenderaan itu dipercayai gagal dikawal lalu merempuh penghadang jalan dan terbakar menyebabkan tiga lelaki berkenaan maut di tempat kejadian.

Ketua Trafik Daerah Kluang, Asisten Superintendan Azmi Suratman, berkata sejurus menerima maklumat berkenaan, pihaknya bergegas ke lokasi berhampiran Taman Intan di sini dan mendapati tiga mangsa rentung apabila terperangkap di dalam kereta berkenaan.

Menurutnya, hasil siasatan pihaknya percaya pemandu yang juga anggota tentera, Fannyrin Barata, 23, memandu laju kereta Proton Saga itu sebelum terbabas dan merempuh pembahagi jalan kiri jalan berkenaan.

"Kereta berkenaan melanggar pokok sebelum terbakar di tempat kejadian.

"Ketika kejadian, mangsa dari arah Taman Kluang Barat menuju ke bandar Kluang, dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing," katanya.

Menurutnya, tiga mangsa, Fannyrin dan dua orang awam, Kamarul Azman Musa, 38 dan Suharmi Maguntang, 30, maut dalam kejadian itu, manakala seorang rakan mereka yang juga seorang anggota tentera, Bony Sedek, 31, cedera parah.

Katanya, Fannyrin dan Suharmi berasal dari Sabah, manakala Kamarul Azman dari Simpang Renggam.

"Hasil siasatan, kami dapati Bony yang berasal dari Sabah terselamat kerana tercampak dari kereta berkenaan sebelum kenderaan itu terbakar," katanya.

Tiada ulasan: