Jumaat, 24 Jun 2011

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


6 pemimpin BERSIH dipanggil polis

Posted: 24 Jun 2011 07:59 PM PDT

BERSIH mendakwa enam pemimpin mereka yang terdiri daripada aktivis NGO dan pemimpin politik dipanggil polis untuk disoalsiasat hari ini.

Mereka adalah pengerusi gabungan itu Ambiga Sreenevasan, ahli jawatankuasa pemandunya Maria Chin Abdullah, exco kerajaan Selangor Teresa Kok, aktivis sosial Hishamuddin Rais, koordinator kumpulan peguam Lawyers for Liberty Fadiah Nadwa Fikri dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan.

Menurut Maria, pegawai polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah memaklumkan perkara itu melalui pesanan SMS semalam yang meminta mereka hadir ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi supaya kenyataan mereka dapat diambil.

Maria antara yang pertama dipanggil untuk menemui pihak polis pada jam 2 petang ini.

Manakala Ambiga pula difahamkan menghadapi sesi itu sejam setengah selepasya. Teresa dan Fadiah diminta hadir pada Isnin ini.

Sapa penasihat depa taktik takut takutkan rakyat nih...

Posted: 24 Jun 2011 07:45 PM PDT

Ni semua ataih nasihat APCO kot kat Piem Umno... Lawan demo dengan demo, tapi kuatkan suara minoriti tu, bagi pulak sokongan penuh media seolah olah kekacauan besaq akan berlaku kalau majoriti ni engkar. Takut takutkan pulak rakyat terutama bangsa lain yang kerap sangat diulang ulang sebagai golongan pendatang tuh... haha...Read More / Baca Lagi >>

Yb Dr Dzulkiflee Diserang Oleh 4 Hero Rosmah....

Posted: 24 Jun 2011 07:44 PM PDT

Nak tergelak tengok program rancangan "Bicara Rakyat" di tv 1 jam 10.00 hingga 11.00 malam tadi 24 jun 2011. Rancangan langsung dari UTM tadi membariskan 3 ahli panel. Lokman Adam (Wakil BN), Dr. Dzulkiflee (wakil PAS) , DR. Ridwan Tee Abdullah (pro BN) dan moderator (pun Pro BN)..

Ditambah dengan videoklip pendapat penonton sudah dilkira 10 lawan 1. Nak tergelak dengar hujah2 yang tak matang dari ketiga2 panel UMNO itu.Sudahlah semua menyebelahi UMNO, bahkan selalu memintas cakap DR. Dzulkiflee yang tenang dan hujah mantik lagi berakademik serta logik.

Lawak juga dengar hujah2 Lokman Adam yang lari dari topik. DR. Ridwan Tee cadang buat kat stadium dan Lokman Adam seolah2 tahu ia takkan aman. Tapi saya tabik sama Dr. Dzulkifli yang tenang dan bijak berhujah walaupun di padang yang senget serta pengadil (moderator) pun berpihak kepada BN. Dr. Dzulkifli berhujah bahawa BERSIH akan aman jika polis memainkan peranan  yang betul mengawal perhimpunan.

Read More / Baca Lagi >>

Rahim Tamby Chik 'cipta' video bodek Najib demi perhatian politik

Posted: 24 Jun 2011 07:41 PM PDT

Video fitnah : Eskay marah Anwar tak bantu saman RM20 juta

Posted: 24 Jun 2011 07:41 PM PDT

Video fitnah : Hidung pelaku mirip Rahim Tamby Chik

Posted: 24 Jun 2011 07:40 PM PDT

Video fitnah : Jam Omega milik eskay

Posted: 24 Jun 2011 07:40 PM PDT

Video fitnah : Banyak persoalan

Posted: 24 Jun 2011 07:40 PM PDT

Video fitnah : Banyak persoalan

Posted: 24 Jun 2011 07:40 PM PDT

Video fitnah : Visual hitam putih kaburkan wajah pelaku

Posted: 24 Jun 2011 07:39 PM PDT

Video fitnah : Pelaku sedar dirinya dirakam

Posted: 24 Jun 2011 07:39 PM PDT

Video fitnah : Pelaku berkaca mata, perot boroi,tetek labuh dan memakai ...

Posted: 24 Jun 2011 07:38 PM PDT

Pendedahan Dalang Video Fitnah 4

Posted: 24 Jun 2011 07:38 PM PDT

Pendedahan Dalang Video Fitnah 3

Posted: 24 Jun 2011 07:37 PM PDT

Pendedahan Dalang Video Fitnah 2

Posted: 24 Jun 2011 07:37 PM PDT

Pendedahan Dalang Video Fitnah 1

Posted: 24 Jun 2011 07:37 PM PDT

Tangkapan lucu pertama untuk menghalang BERSIH 2.0

Posted: 24 Jun 2011 03:01 PM PDT

APA yang ReJaM© nak kongsi hari ini adalah beberapa keping gambar yang dikirim oleh salah seorang pembaca MiLo SuaM. Satu tangkapan lucu telah dibuat malam tadi. Seorang pemuda bernama Khairul Anuar Zainuddin yang sedang minum di uptown Shah Alam, telah ditangkap dan digari hanya kerana memakai baju BERSIH 2.0. Berikut gambar saat beliau ditahan di Balai Polis Seksyen 9 IPD Shah Alam.


Read More / Baca Lagi >>

Jonah ditahan, dipercayai kerana kemeja-T Bersih 2.0

Posted: 24 Jun 2011 09:17 AM PDT

KUALA LUMPUR, 24 Jun — Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Khairul Anuar Ahmad Zainudin ditahan polis Selangor kerana mengenakan kemeja-T Bersih 2.0 di Shah Alam malam ini.
Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, beliau dimaklumkan oleh Khairul Anuar sendiri bahawa polis menahannya kerana memakai kemeja-T yang tertera perkataan Bersih 2.0.
"Saya baru sahaja cakap dengan Khairul (kira-kira 11.30 malam), dia memberitahu bahawa dia ditahan kerana kemeja -T menjelang pelancaran awal kempen Bersih 2.0 di Seksyen 24 Shah Alam," katanya ketika dihubungi.
"Saya tidak faham apa kesalahan memakai kemeja-T Bersih... saya lihat ini salah satu strategi mahu menakut-nakutkan orang ramai menjelang Himpunan Bersih 2.0," kata beliau lagi.
Pelancaran awal Bersih 2.0 malam ini merupakan sebahagian daripada program menjelang Himpunan Bersih 2.0 9 Julai ini.
"Dia sedang memberikan keterangan kepada polis," kata Shamsul Iskandar lagi.
Dalam pada itu, kepimpinan Bersih mengecam penahanan Khairul Anuar, yang turut merupakan ahli jawatankuasa pertubuhan bukan kerajaan itu.
Selain Khairul Anuar, tujuh lagi ditahan di Kluang, Johor.
(Di Johor, tujuh aktivis dari Parti Sosialis Malaysia ditahan kerana mengedarkan risalah Bersih 2.0.
"Ketua Polis Daerah (Kluang) mendakwa risalah itu bersifat hasutan," kata kepimpinan Bersih dalam satu kenyataan dikeluarkan lewat malam ini.
Mereka yang ditahan ialah Letchimi Devi, Josephine, Shanta, Jaya, William dan Saravanan.

Khairy: Himpunan 9 Julai kekal, MCA tak serta

Posted: 24 Jun 2011 08:26 AM PDT

KUALA LUMPUR, 24 Jun — Pemuda Umno akan tetap meneruskan perhimpunannya pada 9 Julai ini walaupun tidak diberi permit oleh Kementerian Dalam Negeri, kata Ketuanya Khairy Jamaluddin.
Katanya selain Pemuda Umno, Pemuda MIC dan Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP) akan turut serta dalam perhimpunan itu.
"Bagaimanapun, Pemuda MCA tidak akan menyertai perhimpunan tersebut atas sebab-sebab tertentu dan Pemuda Umno menghormati keputusan mereka," katanya dipetik Bernama Online.
Khairy (gambar) terdahulu merasmikan mesyuarat agung tahunan Pemuda PPP hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Maksiat punya cerita

Posted: 24 Jun 2011 08:15 AM PDT

Fuuhhh... !! Hebatnya. Dia berjaya mendedahkan maksiat. [sini]

Maksiat siapa??

Anwar?? Ehh... orang tak caya ler!!

Kalau betul, dah lama Anwar kena dah. Depa tak tunggu punyer!! But Anwar still lives...

Aha, ini ada satu lagi kes maksiat... Best punyer!!

Maksiat budak sekolah 14 tahun. Gempaq 1Malaysai suatu ketika dulu.

In case you've forgotten, let me refresh your memory...

Lihat dan ingat gambar ini serta peristiwa di sebaliknya....


Untuk lebih jelas, baca kenyataan pihak ynag terbabit dengan maksiat ini.....
Read More / Baca Lagi >>

Puak2 umPORno Gila Meroyan... hahaha... Kita Bakor Lagi...!!!!

Posted: 24 Jun 2011 08:05 AM PDT

 
8.00pm tadi gua jumpa pelanggan di Tanjung Malim, so kami lepak di sebuah restoran kat pekan tanjong malim.. sambil makan sambil berbincang... bla..bla...bla..., dan di restoran tu ada big skrin dan macam biasalah waktu perdana maka siarannya adalah Buletin TV3 Suku.
Read More / Baca Lagi >>

Terkini : Halang road show Bersih, FRU kepung Uptown Shah Alam

Posted: 24 Jun 2011 07:56 AM PDT

SHAH ALAM: Terdesak dengan kehebatan momentum perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini, sepasukan polis bertindak keras dengan menghalang road show anjuran Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Shah Alam di Uptown di sini, malam ini.
Polis dengan bilangan keanggotaan yang ramai termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dikerah mengepung sekitar laluan menghala ke Uptown Shah Alam – lokasi tumpuan anak muda sekitar bandar raya itu.
Tekanan awal mulai dirasai apabila beberapa sekatan jalan raya dibuat sebelum polis yang kemudian menghalang orang ramai memasuki Uptown di Seksyen 24 itu, dengan melakukan kepungan sejak jam 7 malam.
Anggota polis turut menutup pentas Uptown yang dijadual berlangsung ucapan pimpinan AMK sempena program road show itu.
"Kawasan ceramah di Uptown dikepung polis sehingga tiada pengunjung dibenar memasuki Uptown itu," kata imbalan Ketua AMK Pusat, Khairul Anuar atau Jonah kepada Keadilan Daily, malam ini.
Selain Shah Alam, Jonah dalam kiriman pesanan ringkas (SMS), berkata polis juga menahan beberapa anggota AMK yang berceramah di Felda Hulu Selangor.

Perbicaraan 'Datuk T' atau Pesta Serang Anwar ?

Posted: 24 Jun 2011 06:57 AM PDT

24 JUN : Adakah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail akan mengambil langkah berani untuk mensabitkan Anwar Ibrahim atas tuduhan membuat laporan polis palsu ?

Atau, adakah memadai untuk Peguam Negara menutup kes ini di sini, selepas pendakwaraya mengambil kesempatan menghebahkan kononnya dua profesor  sebuah kolej dari Amerika Syarikat memberitahu Polis DiRaja Malaysia bahawa orang dalam video itu adalah mirip Anwar.

Tidak ada peluang untuk peguam- peguam Anwar mempertikaikan laporan profesor dari Dartmouth College Hanover New Hampshire itu atau rekod akademik kolej itu sendiri kerana pertuduhan hanya membabitkan 'Datuk T'.
Read More / Baca Lagi >>

Sex, Lies and Videotape in Malaysia

Posted: 24 Jun 2011 06:31 AM PDT


Image
Three Happy Fellas. (Photo: Malaysian Insider)
Three who exposed Anwar video – if it was him – are  happy to plead guilty


Three men known collectively as "Datuk T" pleaded guilty Friday in a Kuala Lumpur magistrate's court to screening a videotape in March allegedly featuring Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim having sex with a Chinese prostitute earlier this year.
The three are former Malacca Chief Minister Abdul Rahim Thamby Chik, a stalwart of the United Malays National Organization, Shazryl Eskay Abdullah, formerly a close friend of and fundraiser for Anwar, and Shuib Lazim, former treasurer of the Malay supremacy NGO Perkasa, which is closely aligned with former Prime Minister Mahathir Mohamad.   The three said they had made the video to demonstrate that Anwar wasn't qualified to be prime minister.
Read More / Baca Lagi >>

Peguam Wakili Rahim Ada Agenda Politik

Posted: 24 Jun 2011 06:24 AM PDT


PETALING JAYA 24 JUN: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin mendakwa peguam Datuk Shafee Abdullah yang mewakili Tan Sri Rahim Thamby Chik dalam kes penayangan video seks lucah mempunyai agenda peribadi terhadap Ketua Pembangkang.

Ini kerana menurutnya, fakta kes yang dibaca dalam mahkamah oleh Shafee bertujuan mengemukakan hujah meringankan hukuman Rahim dilihat lebih menjurus kearah meyakinkan hakim bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video seks berkenaan.

"Kemungkinan peguam Shafee mempunyai motif peribadi, mungkin masalah beliau dengan Anwar sehingga beliau mengemukakan hujah dalam rayuan dengan menyebut dan menyerang Anwar.

"Rayuan dalam kes ini seharusnya dilakukan dalam konteks mengurangkan hukuman dan kenapa Rahim tidak boleh diberikan hukuman berat. Bukan menyerang Anwar untuk menyelamatkan Rahim, itu bukan kaedah," kata beliau.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: