Rabu, 22 Jun 2011

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


23hb. Jun : Memperingati Almarhum Ustaz Fadzil Noor

Posted: 22 Jun 2011 09:10 PM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Jun: Tanggal tarikh 23 Jun, pasti saya terkenang pulangnya sahabat saya, almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor ke sisi Allah SWT, tulis Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam blognya.
Menurutnya, almarhum merupakan sahabat sejati semenjak dari zaman ABIM lagi.
"Pada tahun 1998, almarhum setia membela saya serta keluarga yang difitnah dan ditohmah dengan tuduhan yang mengaibkan," katanya.



Read More / Baca Lagi >>

Presiden PAS akan terbit buku Negara Berkebajikan

Posted: 22 Jun 2011 09:06 PM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sedang menyiapkan sebuah buku khas bagi menerangkan dengan lebih lanjut apa yang dimaksudkan beliau dengan negara berkebajikan.
Ia adalah susulan dari ucapan dasar yang dibentangkan beliau dalam muktamar tahunan PAS ke 57 baru-baru ini yang bertemakan Membangun Negara Berkebajikan.
Buku yang dalam proses akhir penerbitan itu dijangka akan diterbitkan tidak lama lagi.
Selepas muktamar baru-baru ini, pelbagai pihak termasuk para mufti meminta PAS menerangkan apa yang dimaksudkan dengan negara berkebajikan itu.
"Buku ini adalah syarahan kepada konsep negara kebajikan yang saya bentangkan dalam muktamar lalu yang saya cedok dari Al Quran, hadis, sejarah Islam khasnya zaman Rasulullah, khalifah Rasyidin dan kemuncaknya zaman Omar Abdul Aziz di samping zaman Zulkarnain dan Nabi Sulaiman," kata Abdul Hadi.
Read More / Baca Lagi >>

Peserta Bersih perlu tahu hak mereka- LFL

Posted: 22 Jun 2011 09:05 PM PDT

Oleh: Nur Nabihah Hamid
Kuala Lumpur : Pertubuhan Lawyers For Liberty (LFL) menganjurkan bengkel terbuka berhubung hak peserta ketika  perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.
Peguam, Fadiah Nadwa Fikri berkata, bengkel tersebut diadakan bagi memberi pendedahan tentang hak peserta perhimpunan sekiranya mereka berdepan salahgunakuasa atau ditangkap polis.
"Persediaan awal sangat penting dan mereka menyertai perhimpunan ini tidak perlu takut kerana dengan pendedahan yang diberikan pastinya mereka akan mendapat perlindungan dari segi undang-undang"
"Ramai masih lagi keliru dan tidak tahu tentang hak asasi mereka. Anda berhak untuk mendapatkan khidmat peguam sebelum memberi apa-apa kenyataan (ketika ditahan)," kata Fadiah ketika dihubungi Keadilandaily.
Menurut Fadiah, Peguam LFL dan Pusat Bantuan Guaman sedaya upaya  memberikan bantuan kepada mereka yang ditahan pada hari perhimpunan tersebut.
Namun beliau percaya pihak berkuasa itu akan menggunakan pelbagai cara bagi menyukarkan peserta untuk mendapatkan khidmat peguam mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Undang2 bikinan manusia tak mendidik... Islam terus ditolak

Posted: 22 Jun 2011 08:52 PM PDT

Oleh SERIKANDI MUJAHIDAH

law-bookLagi-lagi menghina Islam. Undang-undang lansung tak mendidik. Dah cantik termaktub dalam perundangan Islam tak mau ikut. Maka tak hairanlah kalau maksiat berleluasa. Kalau dapat cekup pun hukuman tak seberapa. Lansung tak menggerunkan pesalah, habis sangat malu..tu pun lama mana..

Serikandi tersentuh dengan satu berita mengenai seorang bapa yang bersedudukan dengan anak sendiri sehingga melahirkan anak seramai tiga orang.

Anak pertama dah berusia enam tahun, bayangkan berapa lama mereka hidup dalam kemaksiatan. Bapa sepatutnya menjadi penyelamat anak-anak bukan penjahaman kepada anak-anak.

Read More / Baca Lagi >>

Serah kembali monopoli air kepada Selangor

Posted: 22 Jun 2011 08:49 PM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Jun: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) wajar menyerahkan kembali monopoli pembekalan air di Kuala Lumpur dan Selangor kepada Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar (gambar) berkata, ini bagi membolehkan kerajaan negeri merencana pembekalan air secara menyeluruh kepada pengguna.
Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas penutupan sementara kerja-kerja penyenggaran Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) oleh Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn. Bhd. (SPLASH) serta kerja-kerja menaiktaraf sistem bekalan air oleh kontraktor Syabas yang menyebabkan bekalan air terputus di Kuala Lumpur, Petaling, Gombak dan Hulu Selangor melibatkan satu juta pengguna dari 8 pagi semalam hingga 8 pagi esok.
Read More / Baca Lagi >>

Tapis internet untuk jaga moral atau rejim?

Posted: 22 Jun 2011 08:43 PM PDT

Ketika kemenangan besar Parti Keadilan dan Pembangunan, AKP, masih diraikan dan menjadi tumpuan media, kerajaan popular pimpinan Recep Tayyip Erdogan itu memulakan satu langkah penapisan internet, yang berpotensi menjejaskan imejnya di peringkat antarabangsa.
AKP kini memulakan langkah penapisan internet besar-besaran, melibatkan pendaftaran pengguna internet di negara itu untuk menguruskan penapisan, yang didakwa berasaskan alasan moral.
Read More / Baca Lagi >>

Negara berkebajikan ialah pelaksanaan politik Islam

Posted: 22 Jun 2011 08:42 PM PDT

Oleh ZAKARIA ISMAIL

Ramai yang suka menjadi pemerhati yang tidak PAS dan tidak Umno, tidak Barisan Nasional dan tidak Pakatan Rakyat. Tengah-tengah kata mereka.

Kemudian mereka mengeluarkan pendapat yang pada anggapannya sangat bernas, PAS tak boleh begitu, Umno mesti begini, PR sepatutnya begini dan BN sepatutnya begitu.

Tetapi dalam kebanyakan keadaan, mereka sahaja yang selamat daripada kritikan. Menjayakan sesuatu agenda dan memperjuangkannya dalam wadah yang kita pilih seribu kali lebih sukar daripada mengkritik daripada jauh.
Read More / Baca Lagi >>

Land Bill aimed at ‘punishing natives’

Posted: 22 Jun 2011 08:39 PM PDT

The proposed Land Custody and Development Authority Bill currently being debated clearly shows that the BN government does 'not trust' its courts, says DAP.
KUCHING: The bill to bar Sarawak natives from seeking legal redress for grievances involving their native customary rights (NCR) to land is draconian, says Sarawak DAP.
State chairman Wong Ho Leng said the move clearly showed that the government of Chief Minister Abdul Taib Mahmud was bent on depriving the natives of their legal rights to their land.
"This bill is draconian in the topmost degree. It is unfair to stop the natives from going to court, even when they receive no dividends or benefits from joint ventures (to develop the land).
Read More / Baca Lagi >>

Taib Mahmud explains himself but why is it unbelievable

Posted: 22 Jun 2011 08:38 PM PDT

Taib Mahmud explains himself but why is it unbelievable Sarawak Chief Minister Taib Mahmud could only manage a statement that leaves more questions than answers. At the first day for the new Sarawak Assembly, he states, "I have no assets in Switzerland".
If Taib has no such assets in Switzerland, then whose assets did the Swiss authorities freeze?
Denying the allegations against him, Taib went further to suggest that there is a political motive behind all the attacks by the Bruno Manser Fund though he stops at providing more information into what the motive might be and how the Bruno Manser Fund would actually benefit from demonizing him.
He further illiterate that all the accusations by BMF are false and are merely meant to smear the state government, the state and its leaders. This is clearly a statement engineered to draw attention away from him and to turn the whole affair into a case of the state of Sarawak against the Bruno Manser Fund.
Read More / Baca Lagi >>

Hisham makes Bersih illegal but leaves Ibrahim Ali alone

Posted: 22 Jun 2011 08:36 PM PDT

Hisham makes Bersih illegal but leaves Ibrahim Ali aloneThe Home Minister finally speaks and it is not the announcement everyone has been waiting for. Not only did he ban the Bersih rally by refusing to grant its organisers a permit, he sinisterly called them to the the Bukit Aman headquarters for a grilling.
This has upset many civil society leaders, who are not part of the Bersih movement, although they support the principles of the rally, which basically is a call to Malaysians to insist that Prime Minister Najib Razak ensures free and fair elections.
"By refusing to issue a permit is to make it illegal. So to punish those who take part is very unfair. Why should the permit be withheld in the first place? By doing so, the government will be seen as forcing the people to take part in an illegal activity," Ramon Navaratnem, past president of Transparency International told Malaysia Chronicle.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia is now on 'auto-pilot'

Posted: 22 Jun 2011 08:34 PM PDT

Malaysia is now on 'auto-pilot'During the era of World War II, British Prime Minister Sir Winston Churchill had to administer the country and at the same time co-ordinate the British War Effort against Nazi Germany.
Everyday, he would go to the War Operations Room in the basement of No. 10 Downing Street to get updates on the latest situation and to plan what needs to be done. He was considered one of the world's greatest statesmen.
The victory of the British Royal Air Force in 1940 in The Battle of Britain prompted Churchill to utter the memorable line, "Never in the field of human conflict was so much owed by so many to so few". He was referring to the vastly outnumbered British pilots, who had bravely defended the skies of their country against the invasion of the German Luftwaffe
Citizens of Malaysia may be able to say the same thing if a similarly under-resourced Pakatan Rakyat succeeds in wresting control of the federal government in the 13th General Election.
Read More / Baca Lagi >>

Apa yang ditakuti sangat pada BERSIH 2.0?

Posted: 22 Jun 2011 08:30 PM PDT

Apakah dia tuntutan penganjur Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH2.0) yang dipandang oleh polis, Umno (termasuk Pemuda Umno) serta PERKASA sebagai keterlaluan dan memudaratkan keselamatan negara?
Read More / Baca Lagi >>

Peniaga mohon maaf pada kerajaan negeri

Posted: 22 Jun 2011 08:19 PM PDT

KOTA BHARU, 23 Jun: "Saya bagi pihak Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB memohon maaf kepada kerajaan negeri di bawah kepimpinan YAB Tuan Guru Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang mana silap laku saya itu saya mohon maaf," demikian pengakuan mohon maaf secara terbuka Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB, Abdul Salim Ahmad.
Read More / Baca Lagi >>

9 Julai: PERKASA umum empat lokasi berkumpul

Posted: 22 Jun 2011 08:18 PM PDT

Kumpulan pendesak Melayu - PERKASA mengesahkan empat lokasi berkumpul bagi perhimpunan 9 Julai anjurannya di Kuala Lumpur bagi menolak perhimpunan BERSIH 2.0 yang menuntut supaya reform pilihan raya diadakan di negara ini.

Mengikut maklumat dari sekeping risalah yang diperolehi oleh Malaysiakini dari sebuah stesen petrol, perhimpunan 'Gerak Aman' itu akan berkumpul di perkarangan Masjid Negara, Dataran Merdeka, perkarangan Stadium Merdeka dan Istana Negara.Read More / Baca Lagi >>

Flip- Flop : Putrajaya ubah dasar, hanya pelajar ijazah layak biasiswa JPA

Posted: 22 Jun 2011 08:16 PM PDT


PETALING JAYA, 23 Jun — Pentadbiran Najib memutuskan untuk menganugerahkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hanya kepada pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian ijazah, bukannya kepada calon cemerlang SPM mulai tahun depan bagi mengelakkan siri masalah yang wujud sebelum ini.
Putrajaya mengumumkan dasar baru ini di sebalik berulangnya rintihan dan kritikan pelbagai pihak mengenai proses pemberian biasiswa JPA kepada 1,500 pelajar baru-baru ini.
Read More / Baca Lagi >>

Utusan Enggan Mohon Maaf, DPPP Anjur Demo Esok

Posted: 22 Jun 2011 08:15 PM PDT

KUALA LUMPUR 23 JUN : Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) akan menganjurkan demo besar-besaran esok sebagai membantah sikap Utusan Malaysia yang enggan membuat permohonan maaf ekoran tindakan akhbar itu menyiarkan karikatur menghina Islam.

Menurut ketuanya, Nasrudin Hasan, pihaknya kesal dengan akhbar milikan Umno itu yang seolah-olah mengambil pendirian "tidak bersalah" dalam perkara tersebut.

Beliau yang dipetik dari portal The Malaysian Insider berkata, tempoh tujuh hari yang diberikan sebelum ini telah tamat kelmarin dan tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak Utusan.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih 2.0 : SMS ugut bunuh Ambiga, pemimpin Pakatan diedarkan

Posted: 22 Jun 2011 08:13 PM PDT

Beberapa wartawan dan ahli Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) telah menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) berhubung ugutan bagi membunuh pemimpin NGO itu dan Pakatan Rakyat lewat malam semalam dan awal pagi ini.

SMS yang dihantar dari nombor telefon 601119732179 memuatkan ugutan bunuh ke atas pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan dan juga beberapa pemimpin PAS serta PKR yang akan terbabit pada perhimpunan 9 Julai bagi menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara.Read More / Baca Lagi >>

Akta Kg Baru: Tangguh bacaan kali kedua hingga referendum selesai

Posted: 22 Jun 2011 08:11 PM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Jun — Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menuntut Putrajaya menangguhkan bacaan kali kedua Rang Undang-undang Perbadanan Kampong Baru 2010, yang dijadualkan minggu depan, sehingga keputusan referendum melibatkan pemilik tanah kawasan eksklusif orang Melayu itu diketahui.
Jelas Ahli Parlimen Kubang Kerian ini, keputusan referendum akan menunjukkan sokongan pemilik dan pewaris tanah terhadap rang undang-undang itu.
"Malah saya juga difahamkan hasil referendum juga masih belum diterima sedangkan rang undang-undang ini akan dibentangkan pada minggu depan.
Read More / Baca Lagi >>

Video - 101East debate on Bersih Rally (Prelude)

Posted: 22 Jun 2011 06:20 PM PDT

Video BERSIH : Gelombang Kuning

Posted: 22 Jun 2011 06:15 PM PDT

Video : Tribute to Bersih Mass Rally 2007

Posted: 22 Jun 2011 06:13 PM PDT

Video : Semangat perhimpunan BERSIH 2.0

Posted: 22 Jun 2011 06:12 PM PDT

Video : BERSIH 2.0 vs korupsi UMNNO

Posted: 22 Jun 2011 06:10 PM PDT

Video : Konvensyen Pilihanraya KeADILan 2011- Kami Rakyat

Posted: 22 Jun 2011 11:42 AM PDT

Video : Konvensyen Pilihanraya KeADILan 2011- Yb Dtk Johari Abdul

Posted: 22 Jun 2011 11:34 AM PDT

Tiada ulasan: