Isnin, 20 Jun 2011

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


MAP gesa semua pihak jayakan himpunan Bersih 2.0

Posted: 20 Jun 2011 08:49 PM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Jun: Memacu Arus Perjuangan (MAP) menggesa semua pihak supaya sama-sama menjayakan perhimpunan aman Bersih 2.0 akan diadakan pada 9 Julai  nanti.
Timbalan Presiden MAP, Zulkifly Ibrahim menyatakan bahawa perhimpunan aman adalah dibenarkan oleh Perlembagaan Malaysia.
Dengan merujuk kepada perhimpunan Bersih 1 sebelum ini, tiada berlaku kekecohan dan menganggu ketenteraman awam sebaliknya perhimpunan tersebut berjalan dengan baik dan akhirnya memorandum tersebut berjaya diserahkan kepada wakil Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.
"Kepada pihak berkuasa, terutama PDRM, yang menguatkuasakan undang-undang, hendaklah menghormati dan melaksanakan seksyen 27 Akta Polis, mengawal selia perhimpunan, perjumpaan dan perarakan yang bertujuan menjayakan objektif kebebasan bersuara dan bukannya menghalang kebebasan tersebut," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Read More / Baca Lagi >>

PAS S'gor kerah 50,00 ahli sertai BERSIH

Posted: 20 Jun 2011 08:49 PM PDT

PAS Selangor menjangkakan lebih separuh daripada 72,000 anggotanya akan menyertai perhimpunan BERSIH pada 9 Julai depan.

"Kita ada 72,000 ahli di Selangor. Paling minima 50,000 akan keluar (berhimpun). Kita sudah arah keluar tanpa kecuali," kata setiausaha PAS negeri Khairudin Othman.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan bagaimana mobilisasi anggotanya itu akan dibuat.

"Tak pernah jadi strategi kita naik bas. Ahli kita faham bagaimana," katanya ketika ditanya sama ada parti itu menyediakan bas untuk membawa anggotanya.

Bukan takat nak bakar kereta baling batu, siap nak bakar kedai!

Posted: 20 Jun 2011 07:53 PM PDT

Malaysian Insider semalam melaporkan berita bertajuk "Khairy: Ibrahim Ali tak wakili majoriti Melayu". Ketua Pemuda Umno itu boleh jadi betul bila dia kata gitu. Malah, ramai orang Melayu dan orang Kelantan yang merasa malu bila Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dikaitkan dengan bangsa mereka atau negeri mereka. Ramai orang Melayu yang malu nak mengaku satu bangsa dengan Ibrahim. Ramai orang Kelantan yang malu nak mengaku satu negeri dengan Ibrahim. Bagi mereka, alangkah baiknya kalau Ibrahim bukan orang Melayu dan bukan orang Kelantan.

Tetapi, Khairy Jamaluddin yang kelihatan semakin out of touch dengan Umno nyata tidak ada kemampuan untuk melihat hakikat sebenar. Dia langsung tak nampak hakikat bahawa Ibrahim sebenarnya mewakili majoriti Umno.

Nak tengok macam mana kelaku Umno, tengok Ibrahim. Nak tengok macam mana perangai Umno, tengok Ibrahim. Nak tengok betapa gedebenya Umno bila depa ramai-ramai atau terasa dah ramai dapat depa perbodohkan, tengok Ibrahim. Nak tengok kelaku Umno yang cari makan atau jadi penumpang business tauke Cina tetapi berlagak macam wira Melayu, tengok Ibrahim.
Read More / Baca Lagi >>

Ruang Penipuan UMNO Terhad Jika BERSIH 2.0 Berjaya, Kata Badrul

Posted: 20 Jun 2011 07:41 PM PDT


KUALA LUMPUR 21 JUN: Isu keselamatan negara bukan faktor utama kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) membantah perhimpunan besar-besaran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 pada 9 Julai ini.

Namun menurut Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, kerisauan dan pelbagai bantahan yang timbul berikutan kekhuatiran rejim Umno bahawa ruang penipuan dalam pilihan raya oleh parti itu semakin terhad.

Apatah lagi, jika perhimpunan BERSIH 2.0 kali ini mampu menarik serta memberi kesedaran kepada ratusan ribu rakyat Malaysia akan ketidak telusan sistem pilihan raya di negara ini. 
Read More / Baca Lagi >>

Ugutan dan Rasis : Perkasa bakar gambar Ambiga, amaran kepada kaum Cina, pembunuhan beramai ramai

Posted: 20 Jun 2011 07:30 PM PDT


Penyokong Perkasa membakar poster Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga di pekarangan Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur petang tadi. — Foto oleh Jack Ooi
 
(The Malaysian Insider) — Perkasa bersama 164 badan bukan kerajaan (NGO) hari ini melancarkan "perang" terhadap Himpunan Bersih 2.0 dengan membakar gambar Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Datuk Ambiga Sreenevasan dan memberi amaran kepada kaum Cina agar jangan keluar pada 9 Julai ini kerana "apa sahaja boleh berlaku."
Read More / Baca Lagi >>

Utusansex kaitkan ulama Umno dengan pengganas JI

Posted: 20 Jun 2011 07:21 PM PDT


Macamana akhbar Utusan Malaysia boleh kaitkan ulama muda Umno dengan kononnya kegiatan militan Jemaah Islamiah (JI)? Adakah Utusan tak buat kajian sebelum keluarkan artikel di bawah ini di mana sebuah maahad di Kuala Pilah tempat dimana ulama muda Umno ditangkap penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan kerana mengajar tanpa tauliah dikaitkan pula dengan JI.


 
Agaknya Utusan hendak mengkritik Umno tanpa mereka sedari.
 
Hentam sajalah Labu !
MAAHAD, SEKOLAH AGAMA TERLIBAT
Utusan Malaysia 20 Jun 2011
 
SEREMBAN 19 Jun – Selepas pendedahan mengenai sebuah maahad di negara ini yang merekrut belia berasaskan ideologi pemimpin militan Jemaah Islamiah (JI), gerakan yang sama itu juga dikatakan aktif mempengaruhi belia seawal usia 16 tahun di beberapa sekolah agama dan maahad di Negeri Sembilan.
Read More / Baca Lagi >>

Jual beli bangunan Tabung Haji-TTDI diragui

Posted: 20 Jun 2011 07:17 PM PDT

Datuk Mahfuz Omar (PAS- Pokok Sena) mendakwa wujud keraguan dalam proses jual beli bangunan 38 tingkat di Platinum Park di antara Tabung Haji dengan TTDI Development Sdn Bhd.
Beliau meminta kerajaan menjelaskan mengenai keraguan dalam proses jual beli dan tawar menawar memandangkan pengarah urusan Kumpulan TTDI, Datuk Johan Ariffin yang merupakan pihak yang menjual turut bertindak sebagai kontraktor membina bangunan tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Dilema JKR, ‘dua’ ketua pengarah

Posted: 20 Jun 2011 07:07 PM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Jun — Jabatan Kerja Raya (JKR), agensi mengawal selia pembinaan projek awam dilihat berhadapan dengan krisis seolah-olah mempunyai 'dua ketua pengarah' sejak awal bulan lalu — didakwa kerana penurunan pangkat — dipercayai kali pertama berlaku di negara ini.
The Malaysian Insider difahamkan Datuk Seri Dr. Judin Abdul Karim, yang memegang jawatan ketua pengarah sejak Mei 2007, masih berada di pejabatnya manakala pengganti beliau Datuk Mohd. Noor Yaacob menjalankan tugasnya dari pejabat lama beliau.
Situasi itu dikatakan bersangkut paut dengan tindakan menurunkan pangkat beliau, yang menurut beberapa bekas pemimpin kesatuan sekerja sektor awam tidak sepatutnya berlaku, malah tidak pernah berlaku di negara ini.
Read More / Baca Lagi >>

Teks Perbahasan Belanjawan Tambahan Pertama 2011 Oleh Dato Seri Anwar

Posted: 20 Jun 2011 06:57 PM PDT

Perbahasan Belanjawan Tambahan Pertama 2011
Oleh Ketua Pembangkang

PENDAHULUAN
1. Belanjawan Tambahan ini mewakili suatu peningkatan sejumlah 8.2% daripada belanjawan asal 2011 sebanyak RM162.8 billion. Perbelanjaan tambahan RM13.2 billion ini digunakan selepas hanya tiga bulan pusingan belanjawan tahun ini selesai. Tidak mustahil menjelang akhir tahun ini peningkatan mungkin mencecah 15%. Ini menimbulkan suatu tanda tanya berhubung keupayaan kerajaan untuk merangka belanjawan negara, yakni salah satu tugas asas mengurus ekonomi negara selain memunculkan persoalan terhadap keupayaan mereka untuk membuat unjuran, penjelasan atau bertanggungjawab dan mengurus perbelanjaan yang telah diluluskan dalam Dewan Yang Mulia ini.
2. Sesebuah kerajaan bertanggungjawab terhadap rakyatnya dan wakil yang dipilih mereka manakala urusan berkaitan perbelanjaan wang rakyat itu mestilah diurus serta ditadbir dengan cekap dan baik kerana itulah ciri ciri sebuah kerajaan yang berwibawa serta demokratik.
Read More / Baca Lagi >>

Video Utama : Demi Rakyat

Posted: 20 Jun 2011 06:46 PM PDT

Shameless Umno drags Agong into its politics

Posted: 20 Jun 2011 06:43 PM PDT

The Agong should not allow his August office to be drawn into Umno's infighting and acts of subversion to undermine the Penang state government.


A few days ago Umno people in Penang celebrated  a 'victory' of sorts. The 'victory' I refer to is the royal command to stop the elections of mosque officials. A 'victory' which I'm afraid will be a 'pyrrhic victory' and achieved at the cost of staggering losses.
It is ironic that Umno has to turn to the very symbol representing the institution which it wanted to downsize in the 1980s.
Our Agong has now been dragged into the murky and directionless politics of Umno.
Why do Umno people worry if elections are held for choosing mosque officials? The answer is that Umno would be routed out.
Positions as mosque office bearers represent the last bastion of power that Umno people have to gain direct access to people.
Read More / Baca Lagi >>

Kesian la kat saya.....waa kah..kah...!!!

Posted: 20 Jun 2011 06:42 PM PDT

Jangan la gelak... tak baik woiii dok gelak kat orang... kahkahkah...

Zunar on difference between insulting Muslims and insulting Islam

Posted: 20 Jun 2011 06:41 PM PDT

Zunar on difference between insulting Muslims and insulting IslamKUALA LUMPUR - Local political satirist Zulkiflee Anwar Ulhaque, popularly known as Zunar, has spoken out against attempts by UMNO to equate two cartoons he produced not long ago to the paper's own publication of a blasphemous cartoon insulting Islamic laws.

Responding to an article in Utusan Malaysia condemning him of insulting Muslims, Zunar said he had only targeted Muslims who defied the teachings of Islam and not the religion itself.

"My stand is clear. A cartoon's message can be critical of Muslims, but to question and criticise the religion of Islam without backing with solid arguments according to religion," said Zunar.
Read More / Baca Lagi >>

Muslim group condemns Perkasa's racist threats

Posted: 20 Jun 2011 06:39 PM PDT

Muslim group condemns Perkasa's racist threatsKUALA LUMPUR - An Islamic youth empowerment group has condemned the "inane behaviour" by several members of UMNO's right wing offshoot Perkasa as well as the threat by its leader Ibrahim Ali over the weekend against the Chinese community.

In a statement expressing outrage over Ibrahim's warning to Chinese to stay away from the July 9 rally called by electoral reform group Bersih, the Islamic Renaissance Front described the act of burning and stomping on pictures of Bersih chairperson Ambiga Sreenevasan as "extremely offensive".
"The inane behavior of burning and stomping on pictures of BERSIH Chairperson Ambiga Sreenevasan was extremely offensive and disparaging. Furthermore to address her as 'the Hindu woman' is plainly rude and clearly depicted the insolent attitude of PERKASA's President himself," said IRF director Dr Ahmad Farouk Musa (pic), who is part of Bersih's steering committee.
Read More / Baca Lagi >>

Kabinet baru PAS Kelantan, Kedah dan Perak.

Posted: 20 Jun 2011 06:36 PM PDT

Nampak gayanya, kebanyakkan Perhubungan negeri buat rombakan besar-besaran. Bukan sahaja PAS Terengganu dan Melaka yang dapat Pesuruhjaya baru buat rombakan tapi negeri-negeri yang dikekalkan pesuruhjaya pun buat rombakan.

Nampak gayanya memang kebanyakkan negeri memasukkan muka baru dari kalangan orang muda untuk menguatkan 'kabinet pilihanraya' masing masing.

Kat bawah ni aku senaraikan 'kabinet perang' PAS negeri Kelantan, Kedah dan Perak.Read More / Baca Lagi >>

80 groups renew support as countdown begins for July 9 rally

Posted: 20 Jun 2011 06:34 PM PDT

80 groups renew support as countdown begins for July 9 rallyKUALA LUMPUR - In what appears to be the launching of a countdown to the much anticipated Bersih rally on July 9, some 80 organisations yesterday renewed their support for the coalition and listed eight demands on reforming the electoral system.

Topping the list is a call for a cleansing of the electoral roll which it said was "marred with irregularities such as deceased persons and multiple persons registered under a single address or non-existent addresses".

"The rakyat have a right to an electoral roll that is an accurate reflection of the voting population," said the steering committee of Bersih 2.0, a follow up to the much leaner Bersih which held a massive rally in 2007 attended by more than 50,000 people in Kuala Lumpur. This year, rallies would also be held in London and Taipei as part of its campaign to highlight concerns by Malaysian citizens living abroad.
Read More / Baca Lagi >>

Beyond July 9: Between reality and illusion

Posted: 20 Jun 2011 06:32 PM PDT

Beyond July 9: Between reality and illusionThe on-going issues surrounding the announced Bersih 2.0 rally is unearthing truths as well as floating a deluge of illusions about Malaysian politics and its band wagon of cronies.
To begin with, everyone from UMNO – BN quarters wants a piece of the action to short circuit the announced citizens' rally. The DPM's most recent allegation or leak if you like, that Pakatan is trying to unseat UMNO and its allies under cover of the Bersih 2.0. is the crowning statement for the week.
Perkasa wants to puts its members on the line as they are prepared to wage a jihad if the Bersih 2.0 takes off.
UMNO Youth are wanting not to miss part of the electrifying action. They too will march for democracy – a democracy that apparently is going to be of a different color from Bersih 2.0. And to give this move an added color of courage, the Home Minster warned his own UMNO Youth.
Read More / Baca Lagi >>

EC's conditional offer to Bersih rejected: Najib's hand suspected

Posted: 20 Jun 2011 06:31 PM PDT

EC's conditional offer to Bersih rejected: Najib's hand suspectedAs expected, the Bersih 2.0 organizers have rejected the Election Commission's offer to discuss electoral reform after the EC set conditions on their meeting.
"We thank the EC for the invitation but the time for talk and discussion has passed," Bersih chairman Ambiga Sreenevasan said in a statement.
Indeed civil rights activists and pressure groups had scoffed at the EC's offer to meet Bersih but on the condition the planned demonstration was scrapped.
"It is not for the Election Commission to dictate terms. Their job is simply to clean up irregular practises," Batu MP and prominent civil rights activist Tian Chua told Malaysia Chronicle. Tian is also a PKR vice president.

Ambiga had stressed July 9 rally was "purely a civil society initiative", although they have invited other organisations including political parties from all sides of the divide to join them in upholding democracy and calling for electoral reform.
Read More / Baca Lagi >>

MANUSIA BERKULIT PANDI KUTTI DARI KULIM PUNYA AUTA

Posted: 20 Jun 2011 06:26 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

ADA seorang manusia berkulit binatang `pandi kutti' berasal di Kulim Bandar Baru menjerit-jerit macam orang gila bagitau semua orang bahawa di era reformasi Anwar telah mengarahkannya membuat onar atau huru-hara. Manusia kaki temberang dan terkenal dengan kaki kencing dan berhutang merata-rata ini cuba nak memperbodohkan rakyat melalui media syaitan yang ada.

Beliau sangka di era reformasi dulu semua rakyat yang ada hari ini belum lahir ke dunia lagi, sebab itu firaun besar Kulim ini mahu menipu. Kita semua tahu siapa yang berjuang kuat di era itu, dan VCD reformasi masih ada lagi tersimpan. Kita lihat mana muka `pandi kutti' Kulim waktu itu kecuali tukang pegang `loud healer'.Read More / Baca Lagi >>

PAS Selangor: Khalid kembali timbalan pesuruhjaya, 80 peratus muka baru

Posted: 20 Jun 2011 06:25 PM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Jun — Barisan kepimpinan PAS Selangor mengalami perubahan sehingga 80 peratus, menyaksikan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad kembali sebagai timbalan pesuruhjaya negeri.
Khalid, Yang Dipertua PAS Shah Alam, pernah memegang jawatan itu selama setahun sehingga 2009.
Pesuruhjya PAS Selangor yang baru Dr Abdul Rani Osman mengekalkan Exco Kerajaan Negeri Iskandar Abdul Samad sebagai timbalan pesuruhjaya satu.
Read More / Baca Lagi >>

Dokumen Harapan Baru tuntut mahasiswa berubah

Posted: 20 Jun 2011 06:24 PM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Jun: Dokumen Harapan Baru Mahasiswa Malaysia bakal menyuntik kesedaran di kalangan mahasiswa selaku tonggak masa depan negara bangkit menuntut perubahan dan keadilan demi masa depan Malaysia yang lebih gemilang.
Pengarah Biro Mahasiswa AMK, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli berkata, dokumen yang bertemakan 'Demi Rakyat: Mahasiswa Bangkit' itu telah dilancarkan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim dalam Himpunan Mahasiswa pada Ahad lepas di Kajang.
Katanya, dokumen yang mengambil semangat Buku Jingga dirangka melalui proses wacana meja bulat bersama mahasiswa dan pihak pimpinan Angkatan Muda Keadilan di bawah Biro Mahasiswa AMK.
Read More / Baca Lagi >>

Najib Lupa : Emolumen guru, doktor tertinggal dalam belanjawan 2011...untuk PERMATA tak boleh lupa tau..!!!

Posted: 20 Jun 2011 06:22 PM PDT

KUALA LUMPUR: Sejumlah RM1.01 bilion yang diperuntukkan dalam belanjawan tambahan berjumlah RM 13.2 bilion digunakan bagi menampung kekurangan emolumen pada tahun 2011 untuk pegawai perubatan pelbagai gred dan skim.
Ia termasuk RM1.3 bilion emolumen yang sepatutnya dibayar untuk kakitangan awam di bawah kementerian pelajaran iaitu untuk guru serta kenaikan pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan Diploma.
Perkara itu dinyatakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Perbahasan Belanjawan Tambahan Pertama 2011 di parlimen hari ini.
"Peningkatan perbelanjaan belanjawan berlaku akibat dari tindak balas pergerakan harga komoditi yang buruk. Namun yang dimusykilkan adalah peningkatan sebanyak 5 peratus emolumen sedangkan ianya sepatutnya mudah untuk diunjurkan.
Read More / Baca Lagi >>

SPR: Pemilih undi ikut sentimen, jangan salah kami...kerana ia kehendak UMporNO kan...!!!

Posted: 20 Jun 2011 06:16 PM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Jun — Kemenangan dan kekalahan sesuatu parti yang bertanding dalam pilihan raya berubah mengikut sentimen pengundi, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sambil meminta agar ia tidak "sepatutnya dipersalahkan" atas keputusan sesuatu.
"Parti dan calon yang disukai akan menang. Buatlah macam mana pun, sentimen memainkan peranan. Ini sentimen pada (pilihan raya umum) 2008. Pada 2004 berbeza," kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
"Dan, saya yakin sentimen akan berubah (lagi) dan ini jangan salahkan SPR. Ada masanya kita menang ada masanya kita kalah," katanya semasa wawancara khas bersama RTM bertajuk "SPR Menepati Proses Demokrasi" selama 30 minit.
Menyentuh mengenai cadangan menurunkan had umur mereka yang layak mengundi kepada 18 tahun daripada 21 tahun pada masa ini, Aziz berkata, ia memerlukan pindaan ke atas Perlembagaan Persekutuan, seperti juga penggunaan dakwat kekal bagi mengelakkan pengundi mengundi dua kali dalam satu-satu pilihan raya.
Read More / Baca Lagi >>

Masa untuk bincang sudah lalu, Bersih beritahu SPR.,.....ha..ha..SPR tak de peluang nak kencing lagi...!!!

Posted: 20 Jun 2011 06:14 PM PDT

June 21, 2011KUALA LUMPUR, 21 Jun — Bersih 2.0 menyambut baik kesediaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan perbincangan mengenai pembaharuan pilihan raya tetapi menegaskan sudah terlambat untuk berbincang lagi ekoran penyalahgunaan yang jelas dan ketidakinginan kerajaan untuk memperbaiki sistem sedia ada.

"Kami mengucapkan terima kasih kepada SPR atas pelawaan (mereka) tetapi masa untuk berbincang dan bercakap sudah berlalu," kata Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan (gambar) dalam satu kenyataannya malam tadi.
"Ini ekoran laporan-laporan terbaru mengenai penyalahgunaan yang ketara ketika pilihan raya negeri Sarawak dan menjelang pilihan raya umum (ke-13)," kata beliau.
Read More / Baca Lagi >>

Video Pelancaran BERSIH 2.0 - KLSCAH 19-6-2011

Posted: 20 Jun 2011 04:20 PM PDT

Tiada ulasan: