Sabtu, 18 Jun 2011

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


J.D's weird dream: Lebih Bersih 2.1

Posted: 18 Jun 2011 09:08 PM PDT

At the helm is the beloved First Lady of a tiny but big-in-feeling nation far away. Decked in her fine and radiating silk garment and adorned with her favorite marble-sized pearl necklace, and flashing diamonds on her fingers, the morning rays of sunshine sparkle her into a Lady of Grace and Glamor. J.D's weird dream: Lebih Bersih 2.1Keeping careful pace close behind her is the tiny nation's Foreign Minister, followed by several Cabinet members, VVIPs, and captains of industry.
More importantly there is a sea of citizens – grandfathers and grandmothers, fathers and mothers, sons and daughters from this far away tiny but big-in-feeling nation, all following the mammoth rally.
It is the country's first Lebih Bersih 2.1 Rally. On hand, in full battle outfit is their police force. The only difference is, in place of M16s, they are waving a white lily flower connoting blessings of peace and safety for the marching crowd.
The background music is that of "I did it my way".
The Prime Minster is missing in the crowd. Rumor has it that he decided to retire early in life, but his spouse who is known as no-quitter, and out of her undying love and concern for the millions of citizens, she promised to soldier-on with the burden of leadership.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih: Umno on the run, it can no longer curtail the people

Posted: 18 Jun 2011 09:07 PM PDT

Bersih: Umno on the run, it can no longer curtail the people
A seemingly harmless rally, organised by an NGO and not affiliated to any political party is causing UMNO to flip over in a seizure.
The first Bersih rally was organised in 2007, and 50,000 people took to the streets in a march of solidarity to demand free and fair elections. It came months before the 12th General Election that saw the opposition achieve great gains, winning over 5 states and denying the BN the key two-thirds majority in parliament.
It was a rude awakening for UMNO and BN.
It's 2 years on and a new souped-up Bersih 2.0 is now fast approaching. This time, UMNO has thrown a fit of even bigger proportions and the Bersih rally is being used as a convenient scapegoat for anything that has gone wrong in Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

The power of sex in Malaysian politics

Posted: 18 Jun 2011 09:05 PM PDT

The power of sex in Malaysian politicsIn devil-worship, sex rituals and sex orgies are the norm while in the realm of orthodox religion, marriage sanctifies sex.
For good or for evil, sex is a powerful tool indeed. Therefore, in the political arena, sex can be used and will be used to topple one's enemies.
Sex scandals can destroy a politician's career because according to public perception, a politician must be morally upright as he is upheld as a leader and a role model. Thus, if he has a sex scandal, he is considered immoral and must resign from his post with immediate effect.
Profumo and Monica Lewinsky
Over the years, there have been a number of famous political sex scandals around the world, for instance, the Profumo scandal at the height of the Cold War in the early 1960s.
Read More / Baca Lagi >>

The Greek tragedy is coming, Malaysia will not escape

Posted: 18 Jun 2011 09:04 PM PDT

The Greek tragedy is coming, Malaysia will not escapeThe European Union's failure to solve the Greek debt crisis is sending shockwaves through the financial, currencies, equities and derivatives markets. This will have a huge rolling impact, fanning out from the markets to the private sectors and to the governments around the world. Malaysia will not be spared.
At this moment in time, Greek bonds are pretty irrelevant with 3 year bond yields going at 2860 basis points and the 30 year bond is price at 40 cents to the dollar. Greek CDs are trading at 1900 basis points and that basically seals the fate of Greece as good as being a default nation.
There are two developing events that have totally shocked the markets.
Read More / Baca Lagi >>

Khairy, Khalid Samad antara sertai misi ke Gaza

Posted: 18 Jun 2011 09:02 PM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Jun — Malaysia akan meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memastikan keselamatan flotilla kemanusiaan, yang antara lain disertai Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin (gambar atas) dan Ahli Parlimen PAS dari Shah Alam Khalid Samad (gambar) — yang bakal berlepas ke Gaza minggu depan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan menulis kepada Setiausaha Agung PBB Ban Ki-Moon untuk melantik wakil bagi memeriksa dan mengesahkan flotilla kemanusiaan itu yang disertai lebih 600 pertubuhan bukan kerajaan dari 20 negara itu tidak membawa sebarang senjata, dan semata-mata membawa bantuan kemanusiaan.
Read More / Baca Lagi >>

Syarat baru ‘pelik’ Bank Negara gugat firma Abu Dhabi beli RHB

Posted: 18 Jun 2011 09:00 PM PDT


KUALA LUMPUR, 19 Jun — Beberapa syarat baru dikenakan Bank Negara didakwa mengancam urusan penjualan 25 peratus pegangan bernilai RM5.9 bilion dalam RHB Capital Bhd oleh dua firma Abu Dhabi, termasuk keperluan bahawa pemegang baru mesti menyokong kemungkinan penggabungannya dengan sebuah lagi bank Malaysia.
Kedua-dua syarat yang mengejutkan itu memerlukan  Abu Dhabi Commercial Bank (ADCB)  dan pemegang saham baru RHB dana pelaburan Abu Dhabi, Aabar Investments agar bertolak ansur jika harga jualan lebih rendah daripada harga penggabungan RM10.80 sesaham yang telah dipersetujui kedua-dua syarikat dan penggabungan tidak seharusnya terlalu menyimpang daripada harga pasaran agar ia tidak melemahkan urusan penggabungan kedua-dua entiti terbabit.
Read More / Baca Lagi >>

Video - Cabaran Transformasi Parti Politik: Ke arah Pertengahan dalam Kemajmukan

Posted: 18 Jun 2011 08:46 PM PDT

Rakyat Selangor Tolak Pemimpin Rasuah

Posted: 18 Jun 2011 08:41 PM PDT


SUNGAI BESAR 19 JUN : Selangor memerlukan pemimpin yang jujur dan amanah agar segala hasil mahsul negeri ini tidak dibolot sebaliknya dipulangkan kepada rakyat jelata.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berkata semua pemimpin harus meneladani sikap dan tindak tanduk Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam mengurus tadbir negeri yang terkaya di Malaysia itu.

Azmin berkata, teladan yang ditonjolkan Khalid jauh berbeza dengan gerak geri bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo.
Read More / Baca Lagi >>

Ku Li: Gugur pemusatan kuasa di tangan PM, Peguam Negara

Posted: 18 Jun 2011 08:39 PM PDT


KUALA LUMPUR, 19 Jun — Ahli politik veteran Tengku Razaleigh Hamzah menggesa agar pemusatan kuasa di pejabat Perdana Menteri dan Peguam Negara dikaji balik agar kepentingan rakyat jelata tidak terus terhakis sebagaimana disaksikan sejak tiga dekad lalu.
Dalam pandangan yang lantang terbaru ini, Ahli Parlimen Gua Musang (gambar) itu berkata, cabaran pada hari ini ialah meneliti kembali pemusatan kuasa di tangan individu tertentu termasuk perdana menteri dan mengembalikan persekitaran politik yang "imbang dan periksa" demi rakyat menikmati amalan demokrasi yang tulen.
"Kita sebagai rakyat Malaysia perlu mendapatkan balik hak-hak kita dalam (negara) demokrasi, bahawa kuasa dan jawatan adalah satu amanah dan tanggungjawab, bukan untuk kepentingan peribadi ataupun sebagai satu peluang untuk memperkayakan diri.
Read More / Baca Lagi >>

Himpunan Bersih 2.0 membuang kotor

Posted: 18 Jun 2011 08:38 PM PDT

Menuju BERSIH 2.0, sudah beratus-ratus laporan polis dibuat oleh wakil-wakil BN melalui UMNO di seluruh Malaysia dan proksi-proksi yang dihantar atau ditubuhkan di pelbagai NGO. Termasuklah ugutan pihak kerajaan untuk menggunakan 'penjara kekal' ISA. Hentaman demi hentaman di peringkat awal kepada seluruh aktivis masyarakat yang digemparkan bahawa penangkapan awal secara besar-besaran oleh pihak polis bagi menyekat gegaran BERSIH 2.0 ini.
Pihak kerajaan perlulah bersikap adil dengan lawan mereka. Jika BN menggunakan KOTOR, maka lawan mereka pastilah menggunakan BERSIH. Doktrin KOTOR melalui siaran televisyen sebenarnya lebih hebat dan tiada lawan yang mampu menyekatnya. Persepsi betapa teruknya Pakatan Rakyat dan betapa mulianya UMNO diserap ke dalam minda rakyat melalui 'risalah saraf' Utusan Malaysia dan sekutunya.
Jadi, BERSIH tidaklah setanding KOTOR yang dianjurkan oleh UMNO. BERSIH hanyalah sekadar perhimpunan aman yang ingin membuat beberapa tuntutan sempena pilihanraya umum. BERSIH hanyalah sekadar berjalan kaki secara beramai-ramai yang pastinya tidak menimbulkan kekacauan serta keganasan yang dimanipulasikan oleh beberapa pihak.
Read More / Baca Lagi >>

Suara UMporNO : Utusan dakwa Nik Aziz lebih teruk dari Ayah Pin

Posted: 18 Jun 2011 08:35 PM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Jun — Akhbar mingguan Kumpulan Utusan mendakwa Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang memperlihatkan pendirian tegas terhadap Umno dan media miliknya, lebih 'teruk' daripada Ayah Pin yang didakwa mengetuai kumpulan ajaran sesat di Terengganu lebih lima tahun lalu.
Awang Selamat dalam ruangan Mingguan Malaysia hari ini mendakwa "lebih banyak kecelaruan dicetuskan oleh Nik Aziz berbanding individu lain termasuk Ayah Pin, yang sedang diburu oleh pihak berkuasa."
"Angkara siapakah yang menampakkan Islam tidak ubah seperti kartun?" kata Awang Selamat lagi yang menulis pandangan itu ekoran keputusan kerajaan Kelantan semalam mengharamkan akhbar Kumpulan Utusan daripada membuat liputan acara yang melibatkan Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, dan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuat kuasa serta-merta.
Read More / Baca Lagi >>

Menanti pertembungan sengit di Parlimen

Posted: 18 Jun 2011 08:33 PM PDT

Mohd Rashidi Hassan
 Parlimen minggu ini kembali rancak dengan kemasukan semula empat pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas enam bulan digantung berhubung isu APCO.
Selain Anwar, Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh dan Timbalan Presiden KeADILan, Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden KeADILan,R Sivarasa kembali ke Parlimen 16 Jun lepas
Pada 16 Disember lalu, Dewan Rakyat meluluskan usul untuk menggantung Anwar dan tiga wakil rakyat terbabit daripada menghadiri persidangan selama enam bulan berhubung isu berkaitan firma perunding antarabangsa APCO Worldwide dengan kerajaan Malaysia.
Karpal yang merupakan wakil rakyat DAP bagi kerusi Bukit Gelugor,  Azmin (KeADILan-Gombak) dan Sivarasa (KeADILan-Subang) digantung kerana menghina dewan akibat membantah penggantungan Anwar.
Isunya di sini bukan soal penggantungan empat MP Pakatan Rakyat semata-mata. Tugas menggantung adalah hak Speaker, namun usul dan motif penggantungan itu yang dipertikaikan.
Read More / Baca Lagi >>

'Pemuda PKR diarah tumbangkan BN'

Posted: 18 Jun 2011 08:30 PM PDT

pkr congress pc 271110 saifuddin nasutionKejayaan Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) di Turki pada pilihan raya umum negara itu minggu lalu terletak pada kepercayaan kepimpinan parti itu kepada anak muda untuk mengetuai kempen pilihan raya, kata Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution.

Justeru, katanya, pemuda PKR - AMK harus bersedia memikul tanggungjawab berkenaan dalam usaha Pakatan Rakyat untuk menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan datang.

"Rahsia kejayaannya adalah organisasi parti yang baik. Kempen mereka tidak ubah seperi malam ini, ada ucapan dan ada nyanyian.

"Ada nampak gayanya (malam ini), (Kita) ada ciri-ciri ni," katanya yang mendapat tepukan gemuruh daripada anggota AMK.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar: Tiada tempat untuk yang 'merengek' di AMK

Posted: 18 Jun 2011 08:29 PM PDT

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Angkatan Muda Keadilan (AMK) untuk berada di barisan hadapan bagi memimpin perubahan (Islah) pada masa akan datang khususnya menjelang pilihan raya umum ke-13.

Beliau juga menggesa AMK terus bekerja sedaya upaya dengan menyusun jentera serta turun ke akar umbi untuk berdepan dengan BN dengan penuh yakin pada pilihan raya umum itu.

"Kita perlu berubah, (pemimpin yang) tak yakin duduk di barisan belakang, (pemimpin yang) yakin duduk di barisan hadapan.
Read More / Baca Lagi >>

LL4G: Pidato Mohamad Sabu diarah dibatalkan

Posted: 18 Jun 2011 08:25 PM PDT

poster Lifeline4Gaza (LL4G) Malaysia, mohamad sabu not invitedPenampilan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sebagai seorang daripada pemidato semasa pelancaran Pasukan Lifeline4Gaza (LL4G) Malaysia malam tadi dibatalkan.

Menurut Harakahdaily, difahamkan pembatalan itu dibuat oleh pihak penganjur setelah "mendapat tekanan" daripada Pejabat Perdana Menteri.

"Pihak JPM maklumkan kepada kita, Datuk Seri Najib tak nak Mohamad Sabu menyampaikan pidato.

"Kalau penganjur nak teruskan juga dengan Mohamad Sabu, PM pula tak mahu datang rasmi," kata salah seorang petugas yang tidak mahu identitinya diumumkan.
Read More / Baca Lagi >>

Video Shamsul Iskandar : Rapat Anak Muda 13.0 AMK Suk Shah Alam

Posted: 18 Jun 2011 12:18 PM PDT

Video Saifuddin Nasution : Rapat Anak Muda 13.0 Shah Alam

Posted: 18 Jun 2011 11:22 AM PDT

Video Anwar : Rapat Anak Muda 13.0 Shah Alam

Posted: 18 Jun 2011 10:37 AM PDT

Lifeline4Gaza: Pidato Mat Sabu dibatal, didakwa kerana tekanan JPM....ha..ha...takut...!!

Posted: 18 Jun 2011 09:01 AM PDT

KUALA LUMPUR, 18 Jun – Penganjur Majlis Pelancaran Pasukan Lifeline4Gaza, misi kemanusiaan membantu rakyat Palestin, yang dilancarkan malam ini oleh Datuk Seri Najib Razak, membatalkan acara pidato yang sepatutnya menampilkan penyertaan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Selain Mohamad (gambar) yang dijemput mewakili Pakatan Rakyat, pidato menyentuh isu Palestin yang diadakan di Stadium Badminton Cheras di sini juga sepatutnya disampaikan oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin sebagai mewakili Barisan Nasional.
Read More / Baca Lagi >>

Ada asas PRU-13 November 2011?

Posted: 18 Jun 2011 04:11 AM PDT

TUMPAT, 18 Jun: Bayangan pilihan raya umum (PRU) ke-13 semakin hampir sekarang apabila Perhubungan Umno Negeri-Negeri difahamkan sudah diarah membuat persiapan.
Teki teka tarikh yang disebut banyak pihak sebelum ini iaitu November 2011 mungkin ada asasnya, memandangkan ketika itu Perdana Menteri baru selesai membentang Bajet 2012.
Bajet 'gula-gula' kepada penjawat awam dan beberapa kumpulan sasar lain dikatakan bakal menjadi modal bagi memancing hati rakyat.
Selain itu Perhimpunan Agung Umno juga selesai diadakan pada Oktober. Kemungkinan selepas Hari Raya Haji. Di pantai timur pula musim tengkujuh.
Read More / Baca Lagi >>

Perkasa khianati Islam sokong Utusan

Posted: 18 Jun 2011 04:09 AM PDT

KUALA LUMPUR, 18 Jun: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menganggap tindakan Perkasa mempertahankan Utusan Malaysia yang menghina hukum Islam dengan menyiarkan karikatur bertajuk "Kekeliruan Kes Rogol" sebagai tindakan khianat kepada Islam.
"Sangat memalukan bila mana sebuah pertubuhan Melayu yang kononnya organisasi pejuang Melayu dan Islam kini menjadi seperti tikus yang sudah kehilangan gigi untuk menggigit," kata ketuanya, Kamaruzaman Mohamad kepada Harakahdaily.
Katanya, ramai pihak yang mengecam karikatur itu, tetapi tiba-tiba sahaja setiausaha agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali mengatakan ianya tidak menghina Islam.
Read More / Baca Lagi >>

Utusan: Kalau jahil jangan pula berlagak alim

Posted: 18 Jun 2011 04:07 AM PDT

KUALA LUMPUR, 18 Jun: Utusan Malaysia dinasihatkan agar jangan terus berlagak alim dengan membuat ulasan demi ulasan mengenai sistem perundangan Islam, tetapi menyedari keadaan diri yang sememangnya amat jahil dalam agama.
Sekiranya tidak sedar diri, akhbar milik Umno itu pasti melakukan kesilapan demi kesilapan sehingga sanggup mempersendakan hukum Allah yang boleh pula merosakkan akidahnya sendiri.
Naib Ketua Dewan Musllmat PAS Pusat (DMPP), Senator Mumtaz Md Nawi (gambar) berkata, tindakan terbaru Utusan yang menyiarkan kartun yang mengulas kes rogol amat jelas memperlihatkan kejahilan akhbar itu mengenai sistem perundangan Islam.
Menurut beliau, namun dalam masa yang sama akhbar itu tetap juga mahu mengulas perkara itu dari sudut agama sehingga menyebabkan mereka amat jelas mempersendakan hukum Allah, memperlekehkan umat Islam, menghina ulama dan mempermainkan sistem mahkamah syariah.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih 2.0 sambut baik pendirian Pemuda Umno berhimpun 9 Julai

Posted: 18 Jun 2011 04:03 AM PDT

KUALA LUMPUR, 18 Jun — Pengerusi badan pemantau pilihan raya bebas Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan mengalu-alukan pendirian Pemuda Umno yang turut memutuskan untuk mengadakan perhimpunan berkaitan pilihan raya bebas di negara pada hari yang sama dengan Himpunan Bersih 2.0, 9 Julai ini.
Read More / Baca Lagi >>

Anak Muda Jangan Lupa 9 Julai

Posted: 18 Jun 2011 04:02 AM PDT

Ibuku...
Halalkan setiap titis susumu..
Halalkan setiap keringatmu melahirkanku..
Halalkan setiap suapan ke mulutku..
Halalkan setiap air mata yang mengalir keranaku
Read More / Baca Lagi >>

Bersih 2.0 : Komen Rais kaitkan serangan siber tak masuk akal, kata Ambiga

Posted: 18 Jun 2011 04:00 AM PDT

KUALA LUMPUR, 18 Jun – Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan menyangkal dakwaan Datuk Seri Dr Rais Yatim sambil menafikan sebarang kaitan penganjuran Himpunan Bersih 2.0 dengan siri serangan siber ke atas laman web kerajaan dan swasta sejak Selasa lalu.
"Ia sangat tidak berasas, tidak munasabah dan tidak masuk akal bagi seorang anggota Kabinet membuat dakwaan ini, yang seharusnya lebih menyedari daripada membuat dakwaan liar seperti itu," kata Ambiga (gambar) kepada The Malaysian Insider.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: