Selasa, 14 Jun 2011

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Kempen Boikot Mula Berkesan : Pemuda BN terokai ceramah, akui media arus perdana gagal

Posted: 14 Jun 2011 08:51 PM PDT


KUALA LUMPUR, 15 Jun — Melihat pada sikap golongan muda yang tidak terpikat dengan media arus perdana, Barisan Nasional (BN) terpaksa menggunakan pendekatan ceramah untuk meraih sokongan. Dan, mengakui "media alternatif tidak boleh dikawal", pemimpin-pemimpin  Pemuda Umno memberitahu The Malaysian Insider, mereka cuba beralih kepada usaha menganjurkan ceramah umum untuk melawan cengkaman Pakatan Rakyat.
"Pengundi baru tidak mempeduli media arus perdana. Mereka tidak menonton Warta Perdana atau Buletin Utama," kata Lokman Noor Adam, ketua Unit Pidato Pemuda BN merujuk kepada program berita perdana TV3 dan RTM1.
Read More / Baca Lagi >>

Penganalisa Politik Profesor Ipomoea Reptans

Posted: 14 Jun 2011 08:41 PM PDT

MASIH teringat ketika berjumpa dengan bekas Ketua Penerangan Umno Malaysia yang juga tokoh Umno Kelantan Hussein Ahmad beliau ada mencemuhi beberapa orang cerdik pandai yang bergelar profesor yang sering bercakap di kaca tv mengenai politik negara ini. Katanya, semua profesor yang bercakap dalam tv itulah yang memusnahkan pilitik orang Melayu. Menurutnya apa yang mereka cakapkan itu tidak sedikit pun membantu orang Melayu mempertingkat daya intelektual politik orang Melayu tetapi lebih menambahkan kelukaan orang Melayu.

"Baik hentikan saja dari mengundang mereka bercakap. Lagi banyak mereka bercakap lagi rosak orang Melayu." demikian tuturnya denga nada marah. Mengapa beliau berkata begitu kerana mereka bercakap mengikut haluan yang ditetapkan dan bukan memberi pandangan mengikut ilmu atau pun bidang yang mereka pelajari. Mereka dikandangkan oleh ideologi.
Read More / Baca Lagi >>

ETP-EPP hanya jana kekayaan di atas kertas

Posted: 14 Jun 2011 08:37 PM PDT

KUALA LUMPUR, 15 Jun: PAS menganggap Program Transformasi Ekonomi  (ETP) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sehingga kini hanya mampu 'menjana kekayaan atas kertas'.
"Saya membangkitkan dalam soalan tambahan saya tentang Program Transformasi Ekonomi  (ETP) yang sehingga kini hanya mampu 'menjana kekayaan atas kertas' dan masih belum menggarap 'kekangan utama' atau critical bottle-neck yakni persoalan modal insane atau skilled workforce," kata Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata, Najib pada 2 hari lalu, mengumumkan 9 inisiatif baru di bawah ETP bernilai pelaburan RM2.77 bilion dengan jangkaan kesan Pendapatan Negara Kasar (GNI) RM18.67 bilion serta bakal mewujudkan 36,595 pekerjaan menjelang 2020.
Read More / Baca Lagi >>

Rais: Pengodam salah faham niat baik k'jaan....baik sangatlah gomen UMporNO...!!

Posted: 14 Jun 2011 08:37 PM PDT

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim melahirkan rasa kekecewaannya apabila tindakan kerajaan membanteras jenyah siber menerima reaksi negatif.

NONEMengulas ancaman sesetengah pihak untuk mengodam laman web kerajaan berikutan tindakan kerajaan menyekat 10 laman web perkongsian fail, Rais berkata pengodam menjadikan pihak yang salah sebagai sasaran mereka.

"Mereka salah faham niat baik kita. Tidak ada penapisan siber di Malaysia kecuali jika sesuatu jenayah dilakukan," katanya.

Ahad lalu sekumpulan pengodam memberi amaran akan menyerang laman kerajaan bermula hari ini sebagai reaksi kepada penyekatan laman-laman berkenaan.
Antara laman-laman web yang disekat itu, termasuk:
  • ThePirateBay.org
  • MegaUpload.com
  • FileServe.com
  • DepositFiles.com
  • FilesTube.com
  • Warez-BB.org
  • Movie2k.to
  • MegaVideo.com
  • PutLocker.com
  • DuckLoad.com

IGP: Ugutan godam laman web kerajaan, Malaysia tingkat sekuriti

Posted: 14 Jun 2011 08:35 PM PDT

Paparan skrin mengatakan Anonymous mengugut untuk menggodam laman web kerajaan Malaysia awal pagi esok.
KUALA LUMPUR, 15 Jun — Malaysia mula meningkatkan tahap keselamatan ekoran ugutan bahawa laman web rasmi kerajaan akan digodam oleh kumpulan yang menggelar diri mereka Anonymous berikutan langkah pihak berkuasa mengadakan tapisan program hiburan dan menjejaki aktivis. "Kami ada menerima kata-kata ugutan ini. Banyak agensi terlibat dalam ini dan kami akan bertindak," kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar kepada Reuters hari ini.
"Siasatan perlu dijalankan dan kami harus melindungi sistem kami pada masa yang sama," katanya.
Laporan Reuters juga berkata, Malaysia menjadi negara terbaru berhadapan dengan sasaran perang siber yang digerakkan oleh aktivis, yang mula popular apabila mereka mengganggu laman web MasterCard dan Paypal yang memutuskan perkhidmatan kewangan kepada Wikileaks.
Read More / Baca Lagi >>

Ummi mahu gelaran 'Datuk Seri' Anwar dilucutkan...ha.ha...sundal berbunyi lagi..!!!

Posted: 14 Jun 2011 08:34 PM PDT

Saksi penting kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 - Ummi Hafilda Ali terus menyerang bekas timbalan perdana menteri itu.

Kali ini, beliau memohon supaya gelaran 'Datuk Seri' yang diberikan kepada Anwar ditarik kembali kerana merasakan ketua pembangkang itu tidak layak memegang gelaran berkenaan.

Justeru, beliau mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Majlis Raja-Raja mempertimbangkan supaya menggugurkan gelaran dan darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Anwar ketika berkhidmat dalam kerajaan sebelum ini.
Read More / Baca Lagi >>

Umno Selangor makin gelabah

Posted: 14 Jun 2011 08:33 PM PDT

SHAH ALAM, 15 Jun: Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani Osman (gambar) menyifatkan Umno dalam keadaan gelabah sekarang ini hingga mengeluarkan kenyataan tidak berasas.
Beliau yang juga Adun Meru berkata demikian ketika mengulas kenyataan Umno Selangor yang mendesak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggugurkan Datuk Dr Hasan Ali sebagai exco kerajaan negeri.
Desakan ini ekoran penyusunan semula Pesuruhjaya Selangor yang sebelum ini dipegang Dr Hasan yang juga Exco Agama, Adat Melayu dan Kemudahan Asas negeri.
Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang bersidang pada 12 Jun lalu membuat keputusan melantik Dr Rani mengambilalih tugas Pesuruhjaya PAS Selangor dari Dr Hasan.
Dalam hal ini, Dr Rani berkata, kenapa pula MB perlu menggugurkan Dr Hasan kerana asas pelantikan beliau adalah untuk memberi peluang dan ruang luas untuk Dr Hasan tumpukan kepada tugasan exconya.
Read More / Baca Lagi >>

Padah kena sumpah dan kena laknat

Posted: 14 Jun 2011 07:07 PM PDT


Ke mana saja dia pergi, kalau orang mengenai si katak betina ini, mereka akan ludah dia, mereka akan maki dia dengan kata-kata kesat, mereka akan sidir dia. Mereka akan sumpah seranah dia dengan pelbagai sumpah seranah dan carutan-marut.
Read More / Baca Lagi >>

Rakyat 1Malaysia Wajib Tahu...!!!!

Posted: 14 Jun 2011 07:06 PM PDT

Patut laa... depa pulon sungguh nak pertahankan kuasa yang telah depa dok pegang selama 50 tahun nie..., apa punya kompeni.. BOS (baca RAKYAT) gaji kecik, KULI (baca YB - Yang Berkhidmat) gaji besaq....

Ibarat kat sebuah negara.. RAKYAT merempat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang tapi PEMIMPIN duduk senang lenang makan gaji hasil duit rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Video - Ambiga Sreenevasan: A Crisis Of Confidence In The Institutions

Posted: 14 Jun 2011 06:50 PM PDT

Aktifkan Segera Jentera Pilihanraya PAS!!

Posted: 14 Jun 2011 06:49 PM PDT

Oleh Mohd Faris
Jika sebelum ini pihak lawan sudah mula memalu gendang perang, memberi arahan kepada jentera mereka untuk bersiap sedia dan banyak lagi, adakah pihak jentera Pakatan Rakyat (PR) khususnya PAS masih berada dalam zon selesa, tihttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhHq-Tk7Q01Syv_DI59rJoiwHQcIN1tdquy3Rd8Psdxt-pZuDXxXzDs4iQyN_KZe5XpR8QspDeStpIGUl4_XkGJLW2zcXe1EQuMEOKhepfTVgoL-ez0ie6ryTBHlw3cAFt5j6yZitZK1f4/s1600/PRU+13+Ubah+Lanskap+Politik.jpgdak mahu menggerakkan jentera dari akar umbi dengan segera secara serius?? Saya puji ada beberapa PAS negeri yang telah melancarkan jentera PRU 13 mereka baru-baru ini.
Dengan rentetan kenyataan Najib Tun Razak yang sanggup menggunakan apa sahaja 'senjata' untuk merampas negeri-negeri yang dimenangi terutama negeri Selangor, adakah kita masih mahu berdiam diri?

Read More / Baca Lagi >>

Surat Terbuka Buat Pimpinan Dan Ahli PAS, Menjelang BERSIH2.0!!!

Posted: 14 Jun 2011 06:47 PM PDT

Oleh: kiyaiharaki


Ikhwani Fiddin…. Percayalah,lama baru itu fitrah,yang tidak fitrah bg seorang yang berada dalam gerakan Islam bilamana mencerca dan memaki hamun sesama sendiri,mengatur strategi bagai duri dalam jamaah!Yang menang melaui majority adalah pilihan manusia, tidak semestinya dia yang terbaik,kerana hukum demokrasi ialah berpandukan yang banyak undi,bukan yang banyak budi, ilmu dan yang terbaik peribadi.

Jika kita mengatakan yang banyak undi itulah yang terbaik,maknanya UMNO adalah yang paling baik dari dulu kerana dapat banyak undi.Namun yang lama itu sudah ada nama,keikhlasannya tiada boleh dipertikaikan walau sekecil Cuma.Yang baru ingatlah,ujian anda baru bermula hari ini,satu langkahan kalian akan menentukan jutaan langkahan seterusnya.

Read More / Baca Lagi >>

Seronok tengok puak Umno berebut-rebut akui pilihan raya negara ini kotor

Posted: 14 Jun 2011 06:44 PM PDT

Oleh Penarik Beca
Saya selalu sebut, ketika kita orang awam tak ada kemampuan untuk menuduh seseorang itu bersalah, kita akhirnya memilih untuk melihat kelaku orang berkenaan. Saya bagi contoh, kita tak boleh menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terlibat dengan pembunuhan kejam broker dari Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Tak ada bukti, mana boleh tuduh Najib terlibat dalam pembunuhan itu.


Namun, ketika begitu ramai orang mengesyaki Najib terlibat, apa yang kita boleh buat ialah melihat kelaku serta body language Najib dan perkara-perkara yang bersifat circumstantial. Setakat itu sahaja. Tuduh tak boleh.
Read More / Baca Lagi >>

Cyber War, Anonymous nak godam Kerajaan Malaysia dan PRU-13

Posted: 14 Jun 2011 06:41 PM PDT

Oleh: TinBuruk

"Menurut web Pastebin, kumpulan yang dikenali Anonymous akan bertindak terhadap kerajaan Malaysia di atas dakwaan bahawa kerajaan Malaysia yang mengenakan pelbagai akta-akta penapisan dan dakwaan terbaru kerajaan Malaysia menyekat laman web perkongsian fail, seperti Pirate Bay dan ini adalah satu perlanggaran hak asasi manusia.

Serangan ini akan di buat pada hari Khamis 3.30 pagi waktu Malaysia yangg dikenali sebagai "Operation Malaysia."

Read More / Baca Lagi >>

Mat Sabu mara, Umno hilang punca!

Posted: 14 Jun 2011 06:40 PM PDT

Oleh PENA HAYAT
MAJORITI perwakilan di Muktamar Agung PAS ke-57 telah membuat perhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi5lCYhmzlOpBUi7BCizy5kt3J6po2DcccnBiv_S2Cdj2qRjLqPAHIsXRfLo9bk4xZ6bf45dDyP09gv_yyR2_3nD9n3aLIQMfKkzvl9uw8eG3URub9DikTpqbEJzXav6fI8JQv30tK33a0g/s1600/Mat+Sabu.jpghitungan tersendiri dengan memilih Mohamad Sabu untuk jawatan nombor dua tertinggi parti.
Begitu juga untuk jawatan naib-naib presiden serta ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat, perwakilan telah memilih pemimpin yang mempunyai imej dan keterampilan sebagai tokoh yang rajin dan aktif bergerak untuk parti.


Keputusan itu agak mengejutkan para pemerhati lantas diambil kesempatan oleh media massa pro Umno-BN untuk menempelak PAS dengan melabel puak yang terpilih itu sebagai kumpulan profesional atau Erdogan di dalam PAS dan tidak sehaluan dengan ulama.Read More / Baca Lagi >>

Harga Ayam Melampau, Tiada Yang Prihatin?

Posted: 14 Jun 2011 06:40 PM PDT

Oleh Khairul Faizi Ahmad Kamil

Harga ayam semakin melampau dan sukar diterima khususnya masyarakat bawahan. Di Johor Baru, harga ayam proses mencecah RM 8.10 sekilo dan dijangka akan meningkat lagi 30 sen dalam masa terdekat.

Persoalannya, kenapa harga ayam semakin tinggi seperti tidak ada tanda akan turun lagi? Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Johari Baharum memberikan alasan bahawa musim cuti sekolah memang sering menjadi pendorong kenaikan harga bahan makanan tersebut selain sikap sesetengah peniaga yang cuba mengaut untung berlebihan.

Read More / Baca Lagi >>

Mudah Murtad, Ulama UMNO baca Komik Ke?

Posted: 14 Jun 2011 06:30 PM PDT

Oleh: mohdnoorawang

"Syabas 1 Malaysia. 1 Ummah. Nak murtad (orang Islam nak keluar ugama) hanya dengan berhujah di mahkamah kerajaan BN/UMNO. Senyap sepi ulama UMNO dan PM Najib.

>Malah dengan gahya menteri jaga ugama Islam DS Jamil Khir memberi tahu kepada MP seramai 300 orang yang berugama Islam telah diluluskan keluar ugama Islam atau murtad.

Riuh rendah macam gelagat kera dan monyet pemimpin UMNO bermula dari PM Najib sehingga cerdikpandai pembodek bodoh UMNO menyerang PAS dan DS Tuan Guru Haji Hadi dengan kaedah uslud berdawah dan berpolitik dengan gagasan sebuah negara berkebajikan.
Read More / Baca Lagi >>

Najib janji laksana gaji minimum akhir tahun.....anda percaya..???

Posted: 14 Jun 2011 06:27 PM PDT

Datuk Seri Najib Razak malam ini berkata kerajaan akan melaksanakan gaji minimum menjelang penghujung tahun ini selepas Parlimen meluluskan rang undang-undang majlis perundingan gaji kebangsaan pada sesi yang berlangsung sekarang.
Perdana Menteri (gambar) berkata Kabinet masih menunggu Kementerian Sumber Manusia membentangkan kertas berkaitan sebelum rang undang-undang itu dibentangkan di Parlimen.
"Apabila yang ini (rang undang-undang) diluluskan, maka kita boleh mengadakan majlis perundingan gaji kebangsaan dan (kemudian) boleh adakan gaji minimum akhir 2011," kata beliau pada majlis makan malam Hari Pekerja anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) di sini.
Pengumuman Najib menjawab dakwaan bahawa kerajaan sudah memungkiri janji bahawa rang undang-undang ini akan dibentangkan di Palimen kali ini.
DAP berkata rang undang-undang itu seharusnya dibentangkan pada sesi Parlimen semasa tetapi kertas aturan menunjukkan sebaliknya.
Pentadbiran Najib menyasarkan tahun ini untuk melaksanakan dasar gaji minimum, tetapi berhadapan dengan bantahan majikan.

Bersih Budaya Kita (Untuk Bersih 2.0)

Posted: 14 Jun 2011 06:25 PM PDT

Nikotin menerimaku bagai kawan
dijerit oleh sekalian politikus, cendekiawan, malah Sasterawan!
bercakap denganku dalam bahasa terucap lengkap
kemerdekaan adalah nafas terakhir yang kian lesap

Read More / Baca Lagi >>

UMNO, BN tidak mahu pilihan raya adil dan bersih

Posted: 14 Jun 2011 06:23 PM PDT

KUALA LUMPUR, 15 JUN – Semua pemimpin Pakatan Rakyat telah bersetuju untuk menyokong Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai depan.
Suara sokongan daripada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu telah beberapa kali dijelaskan dalam perhimpunan dan ceramah sejak kebelakangan ini.
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Teresa Kok yang juga Ahli Parlimen Seputeh berkata Jawatankuasa Pusat Eksekutif DAP juga telah menyatakan sokongan penuh kepada BERSIH 2.0 yang menuntut kerajaan untuk melaksanakan pilihan raya yang bersih, adil dan telus.
"DAP akan menggerakkan ahli-ahli kami untuk menyertai perhimpunan BERSIH 2.0," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau juga memberi sokonga penuh kepada Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan atas keberanian dan kecekalan beliau menghadapi ugutan dan ancaman pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional, kumpulan ultra Melayu Perkasa dan suara rasmi mereka Utusan Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

Bagaimana kerajaan BN membelanjakan wang kita?

Posted: 14 Jun 2011 06:22 PM PDT

Subsidi petrol, diesel dan gas serta gula telah dikurangkan. Kadar tariff elektrik dinaikkan. Cukai GST sedang dipertimbang untuk dilaksanakan. Semuanya kerana kerajaan mendakwa kononnya mahu menjimatkan perbelanjaan.
Tetapi mengapa ini pula yang dilakukan?
  • Satu laman rangkaian sosial Facebook untuk Kementerian Pelancongan dibina dan diselenggara dengan belanja RM1.8 juta;
  • Satu laman web 1pengguna bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dibina dan diselenggarakan dengan belanja RM1.4 juta; dan
  • Projek e-mel 1Malaysia yang menelan belanja RM50 juta.
Tidak diketahui pula bagaimana kementerian-kementerian, jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan lain membelanjakan wang hasil  sumber negara dan wang pembayar cukai negara untuk laman-laman internet yang amat murah penyelenggaraannya.
Read More / Baca Lagi >>

Selangor Sedia Perancangan Naik Taraf Hidup Peneroka

Posted: 14 Jun 2011 06:18 PM PDT


SHAH ALAM 15 JUN : Golongan peneroka Felda di Selangor kini bakal menikmati manfaat daripada usaha kerajaan negeri untuk meningkatkan taraf hidup rakyatnya melalui perancangan utamanya dalam pembentangan kertas kerja Akta Tanah (Kawalan Penempatan Berkelompok) 1960 atau GSA 1960, semalam.

Tiga perancangan utama terbabit adalah pemberian hak milik tanah kepada peneroka, pembinaan rumah mampu milik dan juga penamatan status GSA 1960.

Menurut ahli panel Dialog-Diskusi, Suhaimi Said,usaha Kerajaan Negeri Selangor ini mampu dilaksanakan dibawah peruntukan GSA 1960 sekali gus memberikan kuasa kepada kerajaan negeri untuk mengambil alih Felda Plantation untuk mengurus sendiri pentadbiran tanah berkenaan.
Read More / Baca Lagi >>

Tunggu 9 Julai tengok siapa kuat, Perkasa cabar Bersih 2.0

Posted: 14 Jun 2011 06:17 PM PDT


KUALA LUMPUR, 15 Jun — Sambil mendakwa mempunyai sokongan 36 pertubuhan bukan kerajaan, Perkasa mengajak penganjur Himpunan Bersih 2.0 melihat sendiri siapa yang dapat menghimpunkan sokongan terbanyak pada 9 Julai ini.
Himpunan Bersih 2.0 menyasarkan penyertaan 300,000 peserta di ibu negara awal bulan depan untuk menuntut pilihan raya yang bebas dan adil.
Pertubuhan pembela Melayu itu berkata, pihaknya tiada pilihan kecuali untuk turun di jalan bagi berhadapan dengan Bersih 2.0 kerana "jika kita tidak lakukan, maka dunia akan menganggap bahawa mereka (Bersih 2.0) ada sokongan semua rakyat Malaysia."
"Tunggu sehingga 9 Julai, kita akan lihat siapa ada sokongan terbanyak," kata Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali (gambar) selepas perbincangan meja bulat dengan wakil pelbagai pertubuhan bukan kerajaan malam tadi.
Read More / Baca Lagi >>

Keluarga Sarbaini tolak inkues, mahu Putrajaya tubuh suruhanjaya

Posted: 14 Jun 2011 06:16 PM PDT

1 KUALA LUMPUR, 15 Jun — Keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed menolak keputusan Putrajaya mengadakan inkues, yang akan berlangsung bulan depan, bagi menyiasat punca kematian penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia itu.
Inkues itu akan diadakan dari 4 hingga 15 Julai ini dengan diketuai koroner Aizatul Akmal Maharani.
Anak lelakinya, Shahril Ahmad Sarbaini berkata, pihaknya lebih suka jika Putrajaya terus menubuhkan suruhanjaya diraja siasatan berbanding inkues.
Kata Shahril, keluarga itu percaya inkues yang mahu diadakan sukar untuk mengenal pasti punca kematian selain akan melambatkan proses menuntut keadilan.
"Memang itulah tujuan inkues diadakan... kami nak tahu jawapan kepada kejadian ini tapi kami merasakan suruhanjaya diraja siasatan lebih tepat sebab nampak lebih telus berbanding inkues.
Read More / Baca Lagi >>

Isu IPP : Najib Di Pihak Rakyat Hanya Retorik

Posted: 14 Jun 2011 06:15 PM PDT


KUALA LUMPUR 15 JUN : Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa kerajaan berada di pihak rakyat berhubung isu melibatkan pengeluar tenaga bebas (IPP) hanyalah retorik semata-mata.

Rata-rata ahli parlimen PR yang ditemui TV Selangor di lobi parlimen bersependapat dalam isu itu dan menganggap ianya hanya untuk mengaburi mata rakyat demi meraih sokongan yang kian terhakis.

Ahli Parlimen Kuantan, Fauziah Saleh berkata kerajaan perlu bertindak telus dalam membentangkan mengenai perjanjian bersama IPP dan ianya juga perlu dikaji semula.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: