RAKYAT MARHAEN |
- Zalim.. Kerajaan Selangor Akan Rampas Tanah Rakyat.. Perkasa Dan GAPS Kena Cepat Berdemo! Hahaha
- Mufti Perlis mahu PAS bentang konsep negara kebajikan
- PAS rangka pelan kemenangan - Husam
- Mat Sabu: ‘PAS beri aktivis mandat, jangan salah tafsir peranan ulama’
- Usul-Usul Muktamar PAS 57
- Ketua Muslimat: Isteri harus taat suami tapi jangan lebih-lebih
- A pass for PAS
- More than ever, Malays need Ibrahim Ali and Perkasa: True or False?
- Berani pilih sedia berjuang
- Ucapan Terima Kasih Muslimat Atas Ucapan Dasar Presiden PAS
- Nik Aziz: ‘Mat Sabu menang kerana undi sah, bukan sebab undi MyKad’
- Negara Kebajikan sebati dalam Negara Islam
- Saya Ada Pasukan Yang Kuat - Presiden PAS
- Kenapa Tiba-tiba Utusan Sayang Kepada Ulama' ? - Mohamad Sabu
- Umno akan jatuh bukan kekuatan Islam sahaja tetapi..
- Md Sabu sebab Umno tidur tak lena - Nik Aziz
- Pasukan terbaik hadapi PRU-13
- Satu Kesalahan Serius oleh UMNO: Najib sekarang menghadapi ‘PAS baru’ pada PRU-13
- Kerajan Perpaduan : Umno-PAS tak mungkin bersatu demi Melayu
- Hala tuju tidak berubah
- Husam: Tuduhan ‘Kickdefella’ tak jejaskan kemenangan saya
- Video Seks : Umno Makin Terdesak
- Siapa Yang Paling Kecewa Bila Mat Sabu Dan Husam Menang ?
- Mohd Sabu: Akar tunjang yang menjalar merata
- Negara Berkebajikan Dan Negara Islam, Apa Bezanya?
Zalim.. Kerajaan Selangor Akan Rampas Tanah Rakyat.. Perkasa Dan GAPS Kena Cepat Berdemo! Hahaha Posted: 04 Jun 2011 08:28 PM PDT KERAJAAN NEGERI AKAN RAMPAS TANAH DI PJS1 Kerajaan Negeri telah mengeluarkan arahan untuk merampas tanah seluas 11 ekar di PJS1 bagi memastikan rumah mampu milik dan sekolah dapat dibina di tanah tersebut. Setiausaha kerajaan Negeri telah keluarkan arahan kepada Pejabat Tanah dan Daerah Petaling untuk keluarkan Notis 7A mengikut Seksyen 128 Kanun Tanah Negara kepada pemilik-pemilik tanah itu: Lee Man Construction Company Sdn Bhd dan Kembar Empat Sdn Bhd. Mengikut rekod, tanah itu telah diberi kerajaan negeri pada tahun 80-an kepada dua syarikat berkenaan dengan harga RM100 seekar untuk tujuan pembangunan bagi menyelesaikan masalah setinggan di kawasan tersebut. Read More / Baca Lagi >> |
Mufti Perlis mahu PAS bentang konsep negara kebajikan Posted: 04 Jun 2011 08:22 PM PDT GOMBAK, 5 Jun — Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berharap PAS akan membentangkan segera konsep negara berkebajikan yang disentuh oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya kelmarin. Read More / Baca Lagi >>"Kita juga harap PAS bentangkan segera konsep negara kebajikannya. Jangan sampai rakyat tunggu-tunggu seperti kerangka negara Islam PAS sebelum ini yang tidak muncul tiba," kata Juanda (gambar) dalam satu kenyataan SMS. Muktamar PAS kali ini dilangsungkan dengan penekanan ke atas tema "membangun negara berkebajikan", susulan daripada manifesto pilihan raya umum parti itu tiga tahun lalu. Dalam ulasannya semalam, bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula menyifatkan PAS sudah mula memperlihatkan "kemajuan memberangsangkan" memandangkan ia sanggup mengakui bahawa dalam al-Quran tidak disebut negara Islam, cuma ditekankan ialah negara berkebajikan. |
PAS rangka pelan kemenangan - Husam Posted: 04 Jun 2011 08:20 PM PDT KUALA LUMPUR, 5 Jun: Naib Presiden PAS yang baru terpilih, Datuk Husam Musa berkata, pihaknya akan merangka satu pelan kemenangan bagi menuju Pilihan Raya Umum ke-13. Ia adalah antara rangka untuk merealisasikan tema muktamar PAS kali ini, 'Membangun Negara Berkebajikan'. Ketika ditemui sejurus selepas diumumkan menang naib presiden, Husam berkata perkara tersebut akan diperincikan di peringkat semua dewan-dewan sesuai dengan peranan masing-masing. Read More / Baca Lagi >> |
Mat Sabu: ‘PAS beri aktivis mandat, jangan salah tafsir peranan ulama’ Posted: 04 Jun 2011 08:19 PM PDT GOMBAK, 5 Jun — Mohamad Sabu sambil menyifatkan perwakilan kali ini memilih saf kepimpinan lebih cenderung kepada aktivis menegaskan, beliau tidak mahu kepimpinan ulama dalam PAS disalahtafsirkan kedudukan dan peranan mereka. Read More / Baca Lagi >>"Aktivis ini adalah mereka yang terlibat secara langsung dengan masyarakat sama ada timbalan presiden dan naib-naib presiden yang dipilih. "Namun pada saya, bukanlah yang tidak cukup undi itu tak bersifat aktivis, tetapi pemilihan dibuat perwakilan cenderung ke arah itu (mengangkat aktivis)," kata timbalan presiden baru PAS ini dalam temu bual kepada Harakah Daily. |
Posted: 04 Jun 2011 08:17 PM PDT 1. Himpunan BERSIH 2 (PAS Pusat) • Menyedari ruang demokrasi semakin terhimpit oleh kerajaan BN, walaupun negara hampir mencapai kemerdekaan negara 54 tahun. • Menyedari BN takut bertarung secara anak jantan di gelanggang yang sama rata dengan memperalatkan SPR. • Menyedari tuntutan BERSIH 1 belum dilaksanakan, 1. Akses kepada media awam yang bebas dan adil kepada semua parti politik 2.Melaksanakan penggunaan dakwat kekal untuk menghalang pengundian berganda. 3.Memansuhkan sistem undi pos 4.Umur 21 tahun secara automatik didaftar sebagai pengundi. Maka Muktamar Parti Islam Semalaysia Pas Kali 57 yang bersidang di Dewan Dato' Fadhil Mohd Noor Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohammad (KUIZIM) pada1 hingga 3 Rejab 1432H bersamaan 3 hingga 5 Jun 2011 Read More / Baca Lagi >> |
Ketua Muslimat: Isteri harus taat suami tapi jangan lebih-lebih Posted: 04 Jun 2011 08:15 PM PDT Bagaimanapun kata beliau, sikap itu tidak boleh berlebih-lebihan. "Kita memang perlu taat pada suami. Tetapi tidak ada ketaatan yang lebih tinggi selain taat kepada Allah. "Jangan sampai tahap ketaatan kita pada suami itu melebihi sehingga mengatasi ketaatan kepada Allah," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider semalam. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 04 Jun 2011 06:34 PM PDT Indeed PAS must be commended. You would never see such world-class performance within BN. Now, BN stop getting furious. Read More / Baca Lagi >>If BN turns red from ear to ear or rages with anger for the rakyat's show of respect and commendation for PAS performance at its recently concluded Assembly, it is very well understood why. When BN meets - i.e. UMNO, MIC or MCA, we hear of fireworks and blatant cold blooded calls for race blood and race rights. It is like a broken record turned on the gramaphone of a bygone era. But when PAS meets they remain calm, collected, civil and above all professionally political. They vote with their heads and a spirit of clear unity. When their opponents convene it is always crowned with war cries of crushed bones and bloodied bodies and what have you. So what can we make out of all these? |
More than ever, Malays need Ibrahim Ali and Perkasa: True or False? Posted: 04 Jun 2011 06:33 PM PDT Perkasa is the self proclaimed saviour of the Malays and the Guardian of Article 153 in the federal constitution. Without article 153 there is no Perkasa. Without article 153, Malays will be the same as non-Malays. Perkasa believes that Article 153 has been written to guard the Malays and Bumiputras as first class citizens accorded with Special Privileges. The rest are second-class, who have no right to question their rights. Article 153 wouldn't have been known by Malaysians if not for Perkasa. Because of Article 153, human rights must take second place and so must meritocracy, equality and fair play. According to Perkasa, no one must or can or should question Article 153. Today Article 153, is the Mother of all articles in the Constitution. All hail Article 153. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 04 Jun 2011 06:23 PM PDT Wan Hamidi Hamid Pemisahan antara kumpulan-kumpulan itu yang wujud lebih sedekad lalu tidak lagi menjadi isu dalam PAS kerana latar belakang mereka disatukan atas kesetiaan perjuangan mereka berlandaskan perlembagaan parti. Yang menang adalah para perwakilan yang dilihat kecewa dengan kelembapan kepimpinan PAS dalam Pakatan Rakyat yang selama ini terganggu dek pujuk rayu Umno yang kononnya mahu mewujudkan perpaduan Melayu. Read More / Baca Lagi >> |
Ucapan Terima Kasih Muslimat Atas Ucapan Dasar Presiden PAS Posted: 04 Jun 2011 06:16 PM PDT Oleh AL UKHT. AIMAN ATHIRAH AL JUNDI Perwakilan Dewan Muslimat PAS Pusat 1.0 Ybhg. Tuan Pengerusi Tetap, YB Tuan Guru Datuk Seri Presiden, Ahli-Ahli Majlis Syura Ulamak, Soff Kepimpinan PAS Pusat, Sidang Perwakilan, Para Pemerhati Dan Seterusnya Rakan-Rakan Media, Blogers Serta Seluruh Aktivis Perjuangan Islam & Perjuangan Rakyat Di Mana Pun Mereka Memainkan Peranan. 2.0 AlhamduliLlah, ana saudara kamu dalam Islam dan saudara kamu seinsan/ sekemanusiaan : Aiman Athirah Al Jundi - Perwakilan dari Dewan Muslimat PAS Pusat ingin turut sama mengambil bahagian dalam Perbahasan Usul Ucapan Terima Kasih Atas Ucapan Dasar Datuk Seri TG Presiden ; yang hakikatnya telah pun upaya mengangkat suatu tema yang pada hemat kami begitu memenuhi ciri-ciri Rahmatan lil Alaamin (Rahmat kepada sekalian alam) : iaitu Membangun Negara Berkebajikan... ke persada Muktamar Tahunan PAS Kali yang ke-57, khususnya dan ke gelanggang politik tanahair amnya. Read More / Baca Lagi >> |
Nik Aziz: ‘Mat Sabu menang kerana undi sah, bukan sebab undi MyKad’ Posted: 04 Jun 2011 06:08 PM PDT GOMBAK, 5 Jun — Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memperakui kemenangan Mohamad Sabu sebagai timbalan presiden baru sambil menyifatkan pemimpin vokal itu menang dengan "undian sah" perwakilan yang yakin kerana kepimpinannya. |
Negara Kebajikan sebati dalam Negara Islam Posted: 04 Jun 2011 06:07 PM PDT GOMBAK, 5 Jun: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Umno sedang diserang hantu jembalang ekoran kenyataan pemimpin mereka yang sudah haru biru. Menurutnya, ketika PAS bermuktamar dengan tema Membangun Negara Kebajikan, Umno menuduh PAS sudah lari prinsip perjuangan parti. Katanya, pemimpin seperti Ali Rustam menyatakan PAS sudah hilang pedoman kerana sudah tidak bercakap tentang Negara Islam sebaliknya mula perjuangkan Negara Berkebajikan. Read More / Baca Lagi >> |
Saya Ada Pasukan Yang Kuat - Presiden PAS Posted: 04 Jun 2011 06:03 PM PDT GOMBAK, 4 Jun - "Saya lihat saya mempunyai pasukan yang kuat," tegas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu wawancara khas webtv sempena Muktamar Tahunan PAS kali ke-57 di Taman Melewar Gombak, ketika diminta mengulas mengenai saf kepimpinan baru. Beliau juga tidak menafikan pemilihan banyak muka baru dalam saf kepimpinan baru kali ini banyak dipengaruhi oleh cabaran pada PRU13 akan datang. "Saya berasa bangga apabila menyaksikan pemimpin PAS boleh duduk bersama-sama dan bermesra di atas pentas. Read More / Baca Lagi >> |
Kenapa Tiba-tiba Utusan Sayang Kepada Ulama' ? - Mohamad Sabu Posted: 04 Jun 2011 06:01 PM PDT GOMBAK, 4 Jun - Tema Muktamar Tahunan PAS kali ke-57 iaitu 'Membangun Negara Berkebajikan' merupakan mesej yang sangat jelas dalam menerangkan halatuju PAS pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang. Read More / Baca Lagi >>Pandangan tersebut disampaikan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu kepada dalam satu wawancara khas webtv muktamar hari ini. "Saya lihat ucapan dasar Presiden PAS pada kali ini lebih mudah difahami dan diterima oleh perwakilan menunjukkan halatuju muktamar pada kali ini sangat jelas selain peningkatan program," katanya. |
Umno akan jatuh bukan kekuatan Islam sahaja tetapi.. Posted: 04 Jun 2011 04:52 PM PDT KUALA LUMPUR, 5 Jun: Kerajaan BN yang ditunjangi Umno BN pasti akan jatuh suatu masa nanti bukan hanya kerana kekuatan umat Islam semata-mata, tetapi juga kerana kezalimannya sendiri sepanjang memerintah negara ini sejak lebih 50 tahun lalu. Catatan sejarah membuktikan kejatuhan kerajaan Parsi dan Rom bukan sahaja kerana kekuatan umat Islam, tetapi juga kerana kezallman pemerintahnya terhadap rakyatnya sendiri, walaupun kedua-duanya merupakan kuasa besar dunia pada masa lalu. Read More / Baca Lagi >> |
Md Sabu sebab Umno tidur tak lena - Nik Aziz Posted: 04 Jun 2011 04:50 PM PDT KUALA LUMPUR, 5 Jun: Keputusan yang dibuat oleh para perwakilan dengan memilih Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS yang baru akan memberikan keuntungan besar kepada PAS. Dengan pemilihan itu, para pemimpin Umno BN diyakini tidak akan lena tidur kerana bimbang dengan kekuatan PAS dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi. Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Mohamad Sabu sememangnya merupakan pemimpin PAS yang dibenci oleh Umno kerana memiliki kehebatan tersendiri. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 04 Jun 2011 04:47 PM PDT Mohamad Sabu menang untuk jawatan Timbalan Presiden PAS menewaskan penyandang asalnya Nasharudin Mat Isa dan seorang lagi calon Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man Mohamad mendapat 420 undi berbanding Tuan Ibrahim 399 dan Nasharudin 224 daripada jumlah keseluruhan 1045 undi. Manakala untuk jawatan Naib Presiden pula dimenangi Salahudin Ayub, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar. Ketiga-tiga mereka mendapat undi paling tinggi menewaskan tiga lagi calon iaitu Ustaz Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaludin. Read More / Baca Lagi >> |
Satu Kesalahan Serius oleh UMNO: Najib sekarang menghadapi ‘PAS baru’ pada PRU-13 Posted: 04 Jun 2011 04:45 PM PDT Pemilihan Parti PAS mungkin telah berakhir tetapi aksi baru sahaja bermula! Keputusannya telah membuatkan UMNO, musuh ketatnya terkejut. Perwakilan PAS telah memilih apa yang disebut pemerhati politik sebagai "barisan gerak-gempur" bagi PRU-13. Di antara wajah baru menonjol adalah Mat Sabu, Husam Musa dan Mazlan Aliman. Mat Sabu yang begitu popular dipilih sebagai Timbalan Presiden, menggantikan Ustaz Nasharuddin Mat Isa (ahli parlimen Bachok). Read More / Baca Lagi >> |
Kerajan Perpaduan : Umno-PAS tak mungkin bersatu demi Melayu Posted: 04 Jun 2011 04:43 PM PDT Beberapa perwakilan rata-rata menolak idea itu (kerajaan perpaduan) kerana jurang perbezaan dasar perjuangan yang wujud antara dua parti itu terlalu besar. GOMBAK: Kerajaan Perpaduan (UG) tidak akan wujud kerana Umno dan PAS tak mungkin bersatu, demikian reaksi perwakilan ketika mengulas ucapan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sempena Muktamar Tahunan PAS ke-57 di Taman Melewar di sini hari ini.Beberapa perwakilan ketika ditemui FMT rata-rata menolak idea itu kerana jurang perbezaan dasar perjuangan yang wujud antara dua parti itu terlalu besar. Menjangkakan ia akan menjadi isu hangat dalam perbahasan nanti, Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali menyifatkan adalah satu kerugian besar jika PAS dibubarkan dan bergabung dengan Umno. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 04 Jun 2011 04:40 PM PDT Pemilihan ini jelas menunjukkan suara ahli mahukan perubahan namun tidak mengubah matlamat asal parti, kata Presiden PAS. GOMBAK: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan hala tuju PAS masih tidak berubah walaupun barisan kepimpinan parti itu dimonopoli oleh golongan bukan ulama'. Menyifatkan perubahan yang berlaku dalam pucuk pimpinan sebagai perkara biasa, beliau berkata pemilihan ini jelas menunjukkan suara ahli mahukan perubahan namun tidak mengubah matlamat asal parti. "Saya dan ahli selesa dengan keputusan ini, malah ia menunjukkan kematangan ahli dalam membuat pilihan. Read More / Baca Lagi >> |
Husam: Tuduhan ‘Kickdefella’ tak jejaskan kemenangan saya Posted: 04 Jun 2011 04:37 PM PDT Blogger Syed Azidi Abdul Aziz sebelum ini mengakui beliau telah dibayar sebanyak RM350,000 oleh bekas majikannya. GOMBAK: Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa menganggap taktik blogger upahan 'Kickdefella' yang mengaitkan dirinya dengan tuduhan rasuah tidak menjejaskan kemenangannya dalam pemilihan kepimpinan parti yang baru. Blogger Syed Azidi Abdul Aziz sebelum ini mengakui beliau telah dibayar sebanyak RM350,000 oleh bekas majikannya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor melalui pembantu Husam pada 18 November dua tahun lalu. Syed Azidi mendakwa pemberian wang tersebut dikatakan sebagai tanda ihsan dan simpati beliau kerana digugurkan sekaligus ditamatkan kontrak oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. |
Video Seks : Umno Makin Terdesak Posted: 04 Jun 2011 04:36 PM PDT Tindakan gerombolan blogger pro-Umno-Barisan Nasional (BN) menyebarkan tiga lagi klip video seks yang cuba dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mempengaruhi PAS supaya merenggangkan diri dari Pakatan Rakyat tidak akan berjaya, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli. Read More / Baca Lagi >>Malah sebaliknya, kata beliau, ia menjadi dalil lebih kukuh di kalangan pimpinan PAS bahawa Umno-BN kini semakin terdesak di ambang menghadapi pilihanraya umum ke-13 apabila ikatan di kalangan kerabat Pakatan Rakyat kini adalah lebih akrab. |
Siapa Yang Paling Kecewa Bila Mat Sabu Dan Husam Menang ? Posted: 04 Jun 2011 04:34 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS TERLEBIH dahulu, syabas dan tahniah saya ucapkan kepada abang Mat Sabu kerana terpilih untuk menduduki kerusi Timbalan Presiden PAS. Kemenangan dengan majoriti 21 undi menewaskan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man serta penyandang Ustaz Nasha sudah cukup untuk membuat lidah Utusan Meloya dan TV 3 suku kelu seketika. Bertambah kelu apabila tokoh yang sabab hari dihentam melalui media pencacai tersebut, iaitu Datuk Paduka Husam Musa turut terpilih sebagai Naib Presiden PAS bersama penyandang Mahfuz Omar dan Sallahuddin Ayob. Tentu berita kemenangan Husam Musa ini membuatkan seorang Blogger dari Kelantan itu akan `meneguk air botol' sehingga mabuk untuk menenangkan fikiran.Read More / Baca Lagi >> |
Mohd Sabu: Akar tunjang yang menjalar merata Posted: 04 Jun 2011 04:33 PM PDT KUALA LUMPUR, 4 Jun: Penulis dan pemimpin veteran PAS, Subky Latif (gambar) menyifatkan Mohamad Sabu umpama akar selepas rotan (ulama yang sesuai) tidak ada tetapi 'akar ini akar tunjang yang menjalar merata'. "Ulama tak menang kerana tidak ada yang sesuai umpama rotan tidak ada, jadi akar yang menjadi pilihan...tetapi Mohamad Sabu ini umpama akar tunjang yang cabangnya merayap merata," kata Subky. Beliau mengulas kemenangan Mohamad dalam pertandingan jawatan timbalan presiden PAS hari ini. Mohamad menang apabila mendapat 420 undi berbanding Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (399) dan Nasharudin Mat Isa (224). Read More / Baca Lagi >> |
Negara Berkebajikan Dan Negara Islam, Apa Bezanya? Posted: 04 Jun 2011 03:52 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS MAKA, hiruk pikuk puak-puak sekular dari sekutu Apco mengulas tentang ucapan dasar Presiden PAS bahawa PAS akan berjuang untuk Negara Berkebajik an dan kununnya meninggalkan cita-cita untuk menubuhkan sebuah Negara Islam. Baca sini. Besarnya harapan puak itu agar PAS menubuhkan sebuah Negara Islam. Lucu bukan? Read More / Baca Lagi >>Memanglah melucukan apabila puak sekular mahu sangat PAS menubuhkan Negara Islam, sedangkan selama lebih 50 tahun mereka memerintah, mereka tidak pernah meletakkan Islam di atas sedangkan di dalam parti mereka boleh dikatakan 100% Melayu berugama Islam. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan